8.28.2010

SAYA MAHU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR..MUDAH-MUDAHAN ( AMEEN=) )

Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat sekalian...Lama sungguh blogspot ni x di keluarkan dengan entri baru..Sedikit sibuk di bulan yang mulia dan penuh barakah ni =)...Maaf, ada masa..saya akan terjah kamu-kamu..

Wah...sedar xsedar...dah menginjak hampir ke fasa terakhir Ramadhan...10 malam terakhir Ramadhan yang dinantikan..Entri kali ni, adalah luahan dan coretan ringkas tuan tanah..Tadi, selesai saja solat terawikh, duduk sebentar..Mode: muhasabah diri....

Rasanya;

1) Dah lama benar x demam..
2) Dah lama benar x batuk-batuk
3) Dah lama benar x selesema
4) Dah lama benar x kena migrain
5) Dah lama benar x kena marah dengan orang
6) Dah lama benar x bergaduh dan ada sengketa dengan orang
7) Dah lama benar x keluar untuk 'shopping' dan 'berjimba-jimba'
8) Dah lama benar x mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu yang merepek
9) Dah lama benar x buat jahat (erk..signifikan kata*)
10) Dah lama benar x mengalami kesempitan duit (walaupun sebenarnya banyak yang saya kena uruskan dan bayar setelah habis belajar ni)
11) Dah lama benar x...ah, macam2 lah...



nota mata palsu:
1) motif?...Alhamdulillah, syukur padaNya sebab 'dah lama benar x alami perkara di atas' =)..Sesungguhnya, rasa sangat tenang apabila tidak di himpit dengan masalah2 begitu..tapi, who knOws?..after this, saya di uji dengan perkara2 di atas?..mungkin lebih berat?..Alhamdulillah, setakat ni masih mampu untuk meng 'handle' segalanya..Syukur..Syukur yang amat sangat...terduduk dan terdiam memikirkannya..Apakah ini sementara cuma?...MUngkin ujian dan dugaan yang lebih berat akan di tempuh selepas ini?..Ya Allah, moga di jauhkan..Sayangi hambu Mu ini =)

2) Ramadhan semakin menghampiri dan melabuhkan tirainya..Sedikit sedih apabila lihat 'saf2' semakin tidak d penuhi..kadang-kadang, hanya satu saf saja untuk perempuan..walhal, duduk dalam taman berpuluh-puluh dan hampir cecah ratus rumah ada..masih x mampu penuhkan...bangga dengan adik2 kecil pula yang datang penuhkan surau depan rumah ni..hmmmm....

3) x mengalami masalah di atas, tapi saya masih rungsing memikirkan sesuatu...bila agaknya 'rezeki' itu mau datang ye?...hmm, wallahualam =)...saya menanti penuh sabar..InsyaAllah, dengan niat yang betul dan usaha yang saya taburkan, InsyaAllah, Allah mendengar doa saya..Mudah-mudahan di permudahkan..Ameen =)

RESEPI : AGAR-AGAR ROTI DAN NASI KERABU

Today...nk include 2 resepi =)...Rata2, sama je bhn dia d page2 resepi yg laen =)...

1) Agar-agar roti
2) Nasi kerabu

1) AGAR -AGAR ROTI


20 gram solid agar - agar ( 1 bungkus)
1000 ml air
200 gram gula
200 ml fresh milk
150 gram roti sandwish
1 biji telur
3 jenis pewarna
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :

1) Di dalam mangkuk masukkan telur dan fresh milk, kacau rata.
2) Masukkan roti yang di koyak-koyakkan, gaul rata.
3) Apabila roti kembang, blender hingga halus.
4) Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan.
5) Masak agar, agar dengan airsehingga hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
6) Masukkan gula, apabila gula telah hancur masukkan bahan - bahan yang diblender tadi dan esen vanila. Kacau sekejap dengan api perlahan.
7) Bahagikan ke 3 bahagian dan masukkan warna setiap bahagian. Kacau rata.
8) Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
9) Sejukkan di dalam peti sebelum dipotong.


2) NASI KERABU


NASI

Bergantung pada individu nk masak bpe cawan/pot ....=)....Masak mcm nasi biasa..letak daun pandan n pewarna biru utk menampakkan lagi nasi kerabu anda...hehe...


SAMBAL TUMIS

Bahan:

5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
200ml/ 1/2 tin santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
2 sudu besar budu / 3 sudu besar belacan ( pilih antara satu)
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak(kena banyak sikit), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak.


SAMBAL IKAN/KELAPA


Bahan:

1 ekor ikan kembung- saiz besar ( kita gantikan dgn ikan tenggiri)
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
2 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
1 batang serai
1cm halia



Cara:

1.Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa.
2.Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
3.Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
4.Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
5.Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
6.Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.


ULAM-ULAMAN

Bahan:

kubis,timun,taugeh,daun kesum dan kacang panjang


Cara:

Hiris halus semua sayur kecuali taugeh dan gaul rata.


SOLOK LADA - resipi dr Kak Jie Jie

Bahan-bahannya:

20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah
4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya- kita guna isi ikan tenggiri
2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan )- kita gunakan kelapa kering je dan bubuh sedikit air panas dan santan dlm tin.
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula

Cara membuatnya

1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili)
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut.
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Nota mata palsu:
1) ~agar-agar roti sedap =)...bole la =)...klo change to laici pun sOdap =)...

2) ~nasi kerabu, erm...mgkin bole d tingkatkan lagi..d page2 laen, mostly kate sedap...tpi, bgi int...p bli kt kedai lagi masyuk oOOoo...hehe...

3) ~nasi kerabu tu klO tmbah daging salai, ikan goreng, telur masin, ayam goreng..pergh, best nya...heeee =)

4) ~perghhhh....syurga makanan =)...heaven kO =)...best2! =)...

8.19.2010

TEPUK DADA, TANYA SELERA (APA PUN, JANGAN MUDAH MENGALAH DAN PUTUS ASA)









Ive Quote sOme of my friends wOrd:




TEPUK DADA TANYA SELERA....GAMBAR2 INI PUNYA ERTI TERSENDIRI...SARAT...PENUH TERSURAT DAN TERSIRAT....KEJI SUNGGUH~KAFIR LAKNATULLAH....KITA?...WALLAHUALAM...TEPUK DADA TANYA SELERA~

nota mata palsu:
1) try over look at this articel...might be, give us some motivation..pembakar semangat juga ia...ia, jangan pernah mengalah dan putus asa.. ~ SAIFULISLAM
2) Credit to isuhangat n emi =)
3) mOga kita sentiasa di bawah naunganNya...
40 moga umat Islam sentiasa bersatu dan kita sentiasa di bawah syiar Nya...Islam adalah agama syumul ...



8.18.2010

PENGHARGAAN + BERBLOG? (ada aku kisah?)


Berblog~ pertama kalinya menulis blog: Pada 16 September 2008...Okey, untuk entri kali ini, mahu menggunakan perkataan 'aku'...Kadang-kadang terfikir, sudah berapa kali dah pun terfikir...apa tujuan kmu berblog intan shafiqah?..x tipu...berkali-kali soalan ini di soal...

Pada asasnya, aku menulis blog kerana 'ikutan' ...jawapan yang pasti dan tepat..Menjengah dan melihat kehidupan insan lain, buat diri rasa 'teruja', 'teringin'...Mereka ada kehidupan mereka, aku juga ada kehidupan aku..tidak salahkan untuk aku menulis kisah suka duka hidup aku?

Itu saat-saat dahulu..Menulis daripada tiada idea sehingga muncul idea di benak fikiran...Sekarang, menulis untuk apa pula intan shafiqah?

.............................????

Mungkin, masih boleh menggunakan ayat yang sama, kisah suka duka hidup aku...aku kan punya kehidupan?...

Tapi, aku sudah hilang identiti?...dan aku masih mencari identiti itu...aku keliru dengan gaya penulisan aku sendiri...aku garap penulisan aku dengan gaya apakah?

Jawapan: GAYA BEBAS =)...'kuang lentang' ada...'kupu-kupu' ada....'berirama' ada...'kuak dada' ada....'katak' pun ada...tapi, lebih kepada 'GAYA BEBAS'

Mungkin pengaruh jawapan GAYA BEBAS itu di sebabkan oleh 'blogger' dan 'nuffnangers'..Tidak aku nafikan, pada awal aku berblog, ianya hanyalah sekadar menceritakan insan-insan d sekeliling aku dan sebagai ceritera kehidupan aku sendiri...Tidak kisah sama ada, ada 'followers' @ tidak...aku menulis untuk menceritkan kehidupan aku..aku punya kawan-kawan yang bisa baca dan berkongsi sedikit kisah hidup mereka juga dengan aku..Itu sudah cukup dan memadai..Aku tidak perlukan insan lain...

Tapi, itu dulu..sekarang?....Baru aku tahu, bukan aku dan kawan-kawan aku sahaja yang ada kehidupan...makhluk-makhluk yang aku tidak kenal juga punya kehidupan...

Dan kerana kehidupan itulah, menghidupkan aku semula...menjadi wadah untuk aku menulis semula ...aku pernah 'mati seketika'...umpama dalam keadaan 'walang'...aku pernah berhenti dari arena penulisan maya ni...itu semua gara-gara aku kehilangan pembaca setia aku sendiri..pembaca yang tidak pernah jemu pun untuk membaca kisah hidup aku...dan aku tidak punya cerita lagi untuk di ceritakan..aku bukan suka mengheboh-hebohkan cerita aku...siapa yang nampak aku, dia baca...siapa yang tak nampak aku, dia tulikan saja mata dia..aku tidak kisah semua tu..tapi, dia sudah tiada lagi...rakan-rakan seangkatan aku yang juga menulis blog, sudah lama meninggalkan arena ni..meninggalkan aku seorang terkontang kanting...aku tak tipu...aku rindukan mereka...kalau boleh, masih mahu melihat mereka mencoretkan cerita hidup mereka...cerita hidup mereka indah...

tapi...seperti yang aku katakan tadi, kehidupan itulah yang menghidupkan aku...pernah suatu ketika, aku lalui jalan suram yang aku kira amat perit...blog ini tempat luahan aku...sahabat-sahabat aku, sudah jauh meninggalkan aku (maaf sahabat, aku agak terkilan di situ)...waima kamu semua masih ada di dunia nyata, aku tidak rasakan bibit-bibit kehadiran kalian secara dekat dalam hidup aku..cukup sekadar aku katakan, kalian ada di dunia nyata ini dan bila diri ini butuh kalian, kalian akan munculkan diri...~umpama chipsmore...~...maaf sahabat, ini adalah 'general' pernyataan yang keluar dari hati aku...

berbalik pada kehidupan yang menghidupkan aku di arena maya ini..aku hanya mampu ucapkan terima kasih..makhluk-makhluk yang aku tidak kenal, 'bloggers', nuffnangers'...itu yang menghidupkan aku...kenapa aku harus 'mati' terus ?...aku juga ingin 'gah' dan punya kehidupan seperti yang mereka ada! =)...terima kasih sekali lagi aku ucapkan buat kalian!...TERIMA KASIH!
with lot of love: aku menulis dengan penuh 'cinta'

Nota mata palsu:
1) eh, masih ada yang aku mahu persoalkan...bukan lagi soalan kenapa aku berblog....tapi, kenapa 'cara penyampaian aku dalam berblog' berbeda-beda?'...tidak 'stick' ?...sekejap macam ini, sekejap macam itu?..
2) sahabat, aku bukan terkilan apa...aku terkilan, kalian sudah tiada di blog ini sahaja..hehe...kalian masih ada di facebook aku, masih ada di hp aku...tapi aku tamak, aku x rasa cukup pun!...hehe...dan mungkin, apa yang aku keutarakan di atas, pusingan kata...kalau kalian baca, harap kalian faham..dalam...memang dalam..
3) kalian rasa, melalui gaya penulisan seseorang itu, dapat menggambarkan identiti dan sifat seseorang itu @ tidak?
4) gaya penulisan kalian itulah yang buatkan gaya penulisan aku berbeda (nah, jawapan no.1 aku bgi =) ...rupanya~...)
5) aku dah lama x cerita kisah harian aku dalam blog ini...mgkin, nanti...mode skrg masih pd general..
6) eh, sebenarnya bukan menulis kan?...menaip!...haha..
7) btw, ukhwah fillah abadan abada..moga Allah redha akan persahabatan kita semua=)
8) Okey, last but not least...apa pula tujuan kalian berblog?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Entri luar: Cuba kalian jengah blog ini...TUJUHHARIMENCARICINTA (sik terlupa untuk khabarkan...hehe...)...kalian kenal 'gadis' ini?

8.14.2010

REDHA + AL-FATIHAH BUAT BLOGGER: ZAZA

Meletakkan sesuatu pada keadaan bukan senang...Entri kali ini lebih berbentuk tazkirah..Ya, mungkin terbawa-bawa dengan 'mode' Ramadhan...tapi, baik untuk diri rasanya...ia, minimakan segala calar2/parut diri...Rasanya, sebelum menginjak Ramadhan lagi, ketika bulan Syaaban lagi....~yang int kira, paling banyak int terima berita akan kematian dan musibah...Rasa terpanggil untuk memberi kata-kata semangat pada mereka yang mengalaminya...Hanya empunya diri yang tahu betapa luluh, betapa sukarnya untuk menghadapi situasi itu..Tapi, alangkah 'naifnya' diri...Hanya mampu berkata-kata dari jauh...Masakan tidak, tidak mengenali rapat pun dengan mereka..

Andaikata int di beri peluang untuk turut sama merasa apa yang mereka alami, insyaAllah, kata-kata ini yang akan int lampirkan pada mereka...Mungkin, serba sedikit akan meredakan lelah dihati mereka...Buat mereka, jangan sesekali mempersoalkan dan menyalahkan apa yang berlaku ke atas mereka...itu suma adalah takdir...segalanya adalah qada' dan qadar Allah...segalanya, ketentuan Dia...Dia yang lebih tahu..Subhanallah, Allah Maha Besar...Maha bijak percaturanNya..Setiap persoalan yang timbul di benak fikiran mereka, Allah lebih dahulu menjawab persoalan2 itu dalam ayat-ayatNya..Bersabarlah wahai kalian..Semoga persoalan kalian terjawab dan moga kalian redha.


Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139) "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?
(Al-Ankabut : 2-3)



Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kalian, juga diri int sendiri menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya....Wallahualam~..


nota mata palsu: 1) Al-fatihah buat blogger, Zaza atas pemergiannya menghadap Ilahi..Salam takziah daripada int buat keluarga Zaza...Sesungguhnya, penghujung akhir nyawa kita, adalah penuh rahsia.. 2) Moga diri ini juga tabah dalam menghadapi segala rintanganNya..Kematian banyak mengajar erti diri ini dalam menjadi hambaNya...3) Takut untuk menghadapi kematian..Tidak kira orang sekeliling mahupun diri sendri....Tidak dapat digambarkan perasaan...Moga diri ini kuat untuk menghadapinya..~Kadangkala goyah juga diri ini apabila teringat akan kematian..4) Teringat pula kata-kata sahabat, andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir kita...If tomorrow never comes 5) Sedang 'belajar semula' menaip menggunakan 'frasa kata' penuh...6) Credit to Tazkirah FB...=)


8.12.2010

BUNUH KUCING GUNA 'STILETTO HEELS'

I guess, videO ni mula tersebar arOund early of 2006....dah lme....but since, kite ni cetek lgi 'ilmu2 bab it' ni, sO x terperasan akan videO ni...but, seriOusly..lately kt facebOOk, videO ni dah tersebar...rasa nya, cemuhan...makian,....rasa marah...geram...sayu...suma telah d keutarakan...kalau tgk pun, semua orang akan geram...ambil contOh int sajalah..seOrang yg xsuka n x minat kucing (althOugh terpaksa akui, kucing ni cOmel=) )...

OK, int post video ni kat sini untuk korang lihat betapa 'kejamnya' manusia zaman sekarang...

Quote sebentar;

~x sampai satu minit...air mate ni dh berjurai...tergamaknya dia buat cmtu...Astaghfirullah, kmu xda peri kemanusiaan ke?...binatang pun xda nk dera2 mcm tu...kmu ni mnusia ap ha?...int xminat kucing...tpi, ini sungguh melampau...melanggar nOrma~....cuba kmu yg kena...kucing tu makhluk yg comel...binatang peliharaan Rasulullah lagi...kalaupun kucing tu dh xbermaya,, kmu xperlu buat mcm tu...Nauzubillah hi min zalik..mOga kmu trima pembalasan yg setimpal ats perbuatan kmu!...



Setahu int, ini adalah rakaman video oleh seorang lelaki dan perempuan ni sebagai pelakunya (sanggup ek dia jadi kejam macam ni?)..Masa awal 2006, video ni di jual bagi sesiapa yang nak menontonnya..Sangat geram...tak silap int, tahun 2008, sekali lagi ada video yang tersebar pasal pembunuhan kucing ni menggunakan 'Stiletto Heels' (gambar bawah) ~poor n rase suck giler!...seriOus!

Btw, dekat China memang haiwan seperti kucing ni di anggap seperti 'tikus' ~haiwan yg membawa pnykit/musibah..bukan setakat video ni sahaja, banyak lagi video2 lain yang boleh menimbulkan rasa geram di hati ni...ini baru satu...belum lagi video haiwan 'kena rebus', 'kena bakar dalam oven', 'kena siat kulit'..banyak lagi...cuma kite sahajalah...samaada menyedari kes2 yg d anggap remeh ni @ tidak..


~Rasa terpanggil untuk post video ni akibat geram...itulah manusia, bila geram...tindakan kekang?....hmmm...
'There is little or no regards for life in China. The communists have no regards for the people's rights or lives. And the people there bring it out on the animals. They kill and eat everything that breath with the most cruel methods. The belief is that the more fear the animals go through, the more tastier.'

nota mata palsu: tengah belajar cara sayangi kucing...urghh~




8.10.2010

KARANGAN: GALAK MEMBACA

Baca karangan ni....sengal abis....haha...itu sajalah yg mampu d eksperasikan...haha...


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

8.09.2010

DOA JIBRIL MENJELANG RAMADHAN?...TIDAK SAHIH?..

Alhamdulillah, beberapa hari ni, celik mata je, rezeki masuk...Alhamdulillah, syukur pd Nya =)....
Hmm....btw, en.Asada...saya bangun pagi daa...haha...

BTw....tu bukn tajuk utama....tjuk utama arini...nk cite psal saya telah 'update status' d facebOok melulu tanpa menyelidiki dahulu kesahihannya!....ya, a big mistake 2day!>....~kekhilafan~...tQ to my sifu, en.Imran (ustaz yg dh lme x update blOg nya..alOh, sedey sgt okeyh~)...nasib dia bertanya dr mne sumber di keluarkan...aiyOo~>..saya pun 'advance sgt' maen fOrward je ayt...huhu...rupe nya, tidak sahih...mOhon rakan2 jgn gunakan hadis ini ya...kerana ia nya tidak sahih!...recently, i gOogle utk dapatkan 'kesahihannya'..berbincang sedikit ngn ustaz imran...haish, terima kasih tidak terhingga buat kmu...

ok, pagi tadi update status berkaitan:

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.

n, kmudian, int selitkan juga kata2 pOhon maaf dri int sempena mahu menginjak ke bulan Ramadhan yg mulia ni....ouh, nasib baek hnya ade beberpa rakan sahaja n like...klO tidak, mahu tersebar dh gamaknya hadis ni....intan2...cuai...kmu cuai..laen kali, sila check dahulu ya kesahihanya....ini bukan perkara main2..pOhOn maaf int pinta sekali lgi buat2 rakan2 yg dh baca psal status int tu....~smua itu, khilaf int...

Ok, kat sini,...int include serba sedikit penerangan tentang hadis ini...dOa jibril...

Pada Posting sebelumnya, sy mengutip doa Jibril saat menjelang Ramadhan, yang di amnin kan oleh Rasulullah SAW 3 kali. Dan setelah ada yang mempertanyakan posting tersebut shahih atau tidak maka ini dia jawabannya :

Ternyata setelah saya cari2 dan akhirnya menemukan sebuah hadist shahih yang juga berkisah tentang hal ini, tetapi dengan isi yang sangat berlainan. Berikut dari Abu Hurairah RA mengenai hal tersebut :

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada Baginda : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi s.a.w.) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin.” [Hadith Riwayat al-Bukhari didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

Jadi memang ini kisah aslinya, bukan seperti postingan sy sebelumnya. Selain itu ada juga riwayat dari Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma mengenai kisah yg sama :

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.
Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.
Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644).

Jadi 2 hadist shahih diatas bertentangan dengan kisah doa Jibril tersebut. Maka mungkin saya minta maaf kepada pembaca yang telah membaca postingan doa jibril sebelumnya, Juga tidak lupa ber-istigfar terhadap khilaf saya meneruskan pesan ym tentang hal itu. Sebagaimana Rasulullah membenci perkataan yang tidak benar dan menambah nambah :

"Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar". (Sahih Muslim - hadis no: 5)

"Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. (Sahih Muslim – no: 3).
"

Naudzubillah tsumma naudzubillah


~ d sertakan lagi dua link utk bacaan blOggers...



nOta mata palsu: YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T. dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri ..Wallahualam..

BTW...INT TLEBIH DLU MOHON MAAF jk int ad buat kslhn,baik yg xsngja maupun yg di sngja,trang2an @tsembunyi,mOga kta dpt mnjlni ibdh pOsa dgn khusyuk,diberkati n dirahmati Allah,insyaallah.

Slmt Mnymbut Ramadhan
SmOga Ramadhan AL MUBARAQ INI
mbawa kberkatan kpd smua n
mngukuhkn ukhwh yg tbina.

8.05.2010

JODOH NK SAMPAI KOT?..

Malam tadi, tidur lena d ulit mimpi...kalau mimpi yang 'best2' tak apalah juga..ni, mimpi int d tunangkan!...oh no!...perlu ke mimpi macam tu?...bangun2 pagi je, terus rasa liat je nak bangun...seluruh badan rasa letih, rasa sesak nafas dan kalau boleh rasa x nak bangun!>...no no no!...bangun intan bangun!...sila solat subuh (naseb baik mOtivate kuat tuk bgun subuh, maka bangunlah si intan dari tidur...selesai udah sOlat d kerjakan, terus rasa nak luahkan pada adik...cite la bagai kat dia...tau ap dia cite kt int plak?..huh, dia mimpi ular!...tapi, yg teruja akn ular tu, sayalah!...~intan...aiyOOOOooo...mimpi...mainan tidur anda sungguh menakutkan okeyh!....


Mimpi intan~

Umur intan 23 tahun...menginjak pada umur ni, menyebabkan mama intan bising sekali supaya cepat cari jodoh...nak2 pula, calon yg d bwa ke umah dulu, dh xda...jadi, dia suh tunjuk calon baru!...aiyOOo, saya ini udahlah jenis berahsia...jenis liat pula utk bawa sOmeone ke rumah...yg dulu tu pun, pakai dah serius..

sO, adalah mCik kt taman ni, yg 'recOmmend' seOrang lelaki ni, utk d tunangkan dengan int..tunang saja ye...belum kahwin...hehe...mCik tu pun xkenal si lelaki ni..tapi, lelaki ni memang tengah mencari calon isteri la...nk d pendekkan cerita, intan setuju dengan majlis tunangan tu....(wOww, setelah saya penat mendengar leteran ibu saya!, dlm ati, xsetuju sgggggtttt22)

ari majlis tu, jiran2 sekeliling taman ni dah kecah dah tOlong2 mama intan persiapkan segalanya...tema warna : KUNING EMAS okeyh!... (pergh..memg rasa mcm pengantin kO~)...haha...(ramai jiran2 datang n teruja anak sulung pCIk shaari nk bertunang ni..aish~)..bertunang je kot.

nk d pendekkan cite lgi, rOmbongan pihak lelaki pun sampai la...tau ap dia?...ok, umO dia might b dlm lingkungan 35-45 (umO yg auww...xrela i~)...datang dengan apa?...mak ai~...gila kapcai!..mOto kapcai yg sgt la dh uzur n berpakaian agk lusuh...dia dtg bersama 2 anak kecilnya..anak??????....ha, saya kena jadi 'IBU SEGERA' ke?..x mahu x mahu!...wuaaaaa...(masa tu, intan rasa nak pitam dah...panas seluruh badan)...Allah, betulke keputusan yg ak buat ni?...jantung dh dup dap dup dap dah ni...

masa persilakan lelaki tu masuk, Ya Allah...mamat ni, mulut tu xda insuran ke?...napalah anda ni x reti2 nak berhenti bercakap?...mulut anda memang nOn stOp eh?...masa tu, mama abah, jiran2, adik beradik suma dah bimbang, betulke ni yg nak jadi tunangan?...majlis dh siap bagai dh ni..meriah kO~...wuaaaaaa....masa lelaki tu d benarkan utk lihat calOnnya aka intan la tu, dia p kt intan, dia bagi ank dia kt int!...budak tu dlm keadaan yg kurg sempurna sikit la...maksud nya, badan dia melekit2 n berpeluh2..belum mandi agaknya (hehe)...wua, saya x mahu jadi ibu segera...!...saya nk anak sendiri...hukhuk..

pastu, mimpi tu mcm mati kt situ jap...cOZ tetibe int d kejutkan oleh adik int; alOng, nk cOntct lens 2 pasang..kawan org nk beli ni!..(hehe...Alhamdulillah, pagi2 rezeki masuk)...tpi, liat lagi tu nk bgun ...till la fikir, ouh...saya belum sOlat rupanya!...hehe...




Mimpi adik intan~

(Yg ni. pendek jela cita nya eh..sebab masing2 sibuk nak mandi nak siap bagai pergi kerja...hehe...)

Adik intan cite kat intan, lepas intan cita mimpi intan kt dia...wah, apsal mimpi berkait ni?...hu, xnak dengar..xnak dengar!...

Along, malam tadi ak mimpi pasal ular long..sempat lagi aku mengusik dia, ha angah...jOdoh dh dekat la tu...hehe, kO yg nk kawen kOt..bukan alOng ;p....pastu, dia sambung cite...tapi, masalahnya Along, ular tu, kO yg minat!....(haaaaaa?...euwwwww...geli ok!..meremang bulu rOma!)...Dia cerita la, kita pergi satu rumah ni lOng..dalam tu banyak gila ular...xterkira...tapi, alOng (intan) 'selamba badak' je maen2 ngn ular tu, usap2...belai2 (ha, yeke int gini?...oh tidak, int xkn berani utk usap n belai)...Along nampak sgt berminat ngn ular tu...haaaaa????....ok, cite mati mcm tu je cOz msing2 sibuk=)....

(damn...i dOnt like it! )


nOta mata palsu:

Mimpi Intan~masa majlis berlangsung, gmbr candid n cameraman2 x prOffesional byk....oh no, n mereka masukkan d facebOok n tagged saya!...oh tidak, saya rasa mcm xnk bangun pagi tu memandangkan saya telah bertunang secara rasminya!>..x mahu x mahu...!!!!!...wua....lgi satu, bOlehkah saya hidup dengan lelaki tu dgn melihat keadaan situasinya tu?...OMG, saya salu pK bukan2 =(...

Mimpi Adik Intan~org salu kata, mimpi pasal ular ni salu d kaitkan dengan jOdoh..apakah jOdoh saya semakin menghampiri?...haaa?...bila fikir balek, masih banyak yg saya belum bersedia utk laksanakan!...ok2, stOp fikir psal kawen!...bukan masanya...hehe...suma itu hanyalah mimpi ...hehe...gile mimpi!...