6.28.2011

AMLAH BINTI ABDULLAH - CHE AM




Akan merindui kalian. Entah bila akan berjumpa lagi.
Haya. Dayah. Isma. Che Am. Saadah. Leya. Nani. Kak Ayien.

Entri khas.
Tahniah sahabat di atas pertunangan. Bahasa pasarnya, opsss...anda sudah di 'COP!'..
Moga dipermudahkan segala urusan. Moga menggapai 'barakah'. Moga diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Hampir lengkap sudah. Bahagia rasa. Tahniah sahabat.
Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana 'beri rasa bahagia yg amat ini' pada sahabat hamba. Moga dipermudahkan ke jalan Mu ya Rabb.

No more 'gatal2', no more 'gedik2'. Kamu harus serius dalam hal ini. Bertolak ansur itu penting kawan. Jangan cepat melenting. Bahagia apabila melihat kamu bahagia.

Buat calon suami Amlah, jaga dia baik2. Kamu anak sulung. Dia anak bongsu. Harus nampak ada beza tingkah dan perangai. (ok, tak tipu, rasa nk nanges. belum kahwin lgi. baru tunang. adui.). Moga dipermudahkan jalan kamu berdua. Hamba doa yg terbaik untuk kamu berdua.


AMLAH BINTI ABDULLAH.



Hamba kenal dia dari tahun 1996. Darjah satu, Sekolah Agama. Bawa hingga ke sekolah menengah. Satu kelas juga. Masih boleh bawa cerita. Hingga ke Universiti juga. Nak tengok rapat lagi ke tak? Hamba satu bilik (roomate) dengan Amlah. Dari semester pertama, hingga semester enam. Tiga tahun pengajian di Universiti juga bersama dia. Hujung minggu juga bersama dia. Pulang ke kampung juga bersama dia.

Di hari pertunangan dia, hamba tak rasa sedih. Rasa gembira yang amat. Teruja sangat2 untuk lihat calon pilihan. Nah, tapi di saat entri ini di 'taip', hamba rasa sebak. Sahabat hamba mahu melangkah ke alam bahtera rumahtangga. Baitul muslim. Hamba rasa gembira. Tapi hamba juga rasa berat. Moga kamu berdua kuat untuk tempuh alam itu nanti. Moga kamu berdua persiapkan diri.

Nota mata palsu:
1) Kuat2 saja ya!

2) Fazli, hamba kenalkan Amlah. Amlah orangnya manja, gedik, gatal, sweet. Opsss..Tapi sangat serius apabila berbicara hal penting. Mudah ikut rentak bicara. Kamu bawa serius, dia akan jadi serius. Kamu bawa lawak, dia akan jadi lawak. Kamu bawa isu nakal, dia akan jadi nakal. Mudah saja dengan beliau. Asal tahu rentak beliau, maka mudahlah :)
3) Cepat2 nikah, kahwin!...Sekejap rasa tak sabar, sekejap rasa nantilah. Wei, aku tak terkejar wei~...hehe :)

4) Che am, ko di antara yang mengungguli carta :)..Hebat!

5) Eh, kawan2 amlah yang datang, hamba rindu kalian!

6) Ok lah, moga dipermudahkan Dia. Ameen ya Rabb

4.20.2011

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!

Assalamualaikum!...Salam bicara dimulakan...adeih~...Lama benar hamba tak menaip di laman blog hamba ni. MasyaAllah, 'last post' tarikh : 12/12/10...dan sekarang sudah menginjak ke tarikh: 20/4/11..Lama sungguh bukan?..

Entri ini, hamba tak nak cerita kenapa dan mengapa blog ini tidak di 'update'. Entri ini, hamba kira luahan hati hamba. Sungguh, hamba terkesan dek seorang perempuan. Nak 'update' di FB, pendek pula...nah, di sini hamba nak luahkan!...

Hamba tertarik dengan 'status' salah seorang kenalan hamba di FB..hamba kira, amat bersopan cara beliau luahkan apa yang mahu dinyatakan. Jadi, bukan beliau yang hamba mahu persoalkan. Tetapi, rakan beliau yang memberi 'komen'. Hangat!...Hamba tidak tertarik dengan komen rakan-rakan beliau yang lain, tetapi hamba amat2 tertarik dengan 'perempuan yang seorang ini'. Wah!...Bukan main emo beliau!...Kalau beliau emo, hamba juga emo!..Tapi, hamba tak mahu membalas secara keras. Itu bukan 'cara' hamba..Serius, hamba sendiri tidak mengenali 'siapa beliau'..

Ada 4 komen beliau yang hamba kira, begitu mengguris perasaan!..Tolong, anda sepatut nya tahu untuk membezakan antara dua ini: PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..dua PAKAIAN yg amat2 berbeza!..Hamba memang pantang betul bila ada yang mempersoalkan hal ini...Hamba tahu, hamba sendiri naif tidak kira dari PAKAIAN TAKWA mahupun PAKAIAN AURAT. Hamba tidak sempurna!..Tapi, tolonglah sahabat, tahulah bezakan antara dua ini. Hamba tidak mahu memandang serong pada yang bertudung, mahu pun yang tidak bertudung. Hamba juga tidak mahu memandang serong pada yang berperangai baik, mahu pun yang tidak berperangai baik. Hamba mahu 'positif2' saja. Jadi, tolonglah sama2 kita berfikiran positif!


'Komen beliau yang pertama, saudari yang amat hamba kasihi..saudari adalah seangkatan dengan hamba...keras sungguh kata2 saudari. CAPS LOCK!..hamba tidak mahu berkata, kami yang bertudung ini 'sempurna'. Ada kurangnya kami. Contoh am: Saudari tidak memakai tudung, tetapi perangai saudari baik. Alhamdulillah!...Hamba, memakai tudung (Alhamdulillah!), tetapi perangai hamba, Nauzubillah!...Nah, saudari sendiri dapat lihat bukan?..Saudari lebih di suatu sudut, tetapi kurang di suatu sudut. Hamba lebih di suatu sudut (Maha Suci Allah, moga contoh yang hamba berikan ini benar!), tetapi kurang di suatu sudut. Akal kita kadang2 hanya nampak pada suatu sudut itu baik, pada suatu sudut lagi itu buruk. Nah, terbatas sungguh kita ini bukan?...Memang tidak sempurna!..Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang kedua, MasyaAllah saudari..anda tunggu kami yang 'bertudung' ini menampakkan contoh yang terbaikkah?..Kami dah mulakan dengan 'bertudung', tidak mahu ikut yang inikah?..Terbuka hati untuk 'bertudung' hanya apabila melihat kami ini yang 'bertudung' dan 'berperangai baik'?..Sampai bila pun tak lepas saudari!...Kami yang bertudung ni pun masih belajar akan takwa daripada insan2 sekeliling, tidak kira sama ada yang bertudung mahu pun tidak bertudung. Perangai buruk tu, datang dari kita bukan? Tidak kira kita ini bertudung atau tidak bertudung bukan? Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang ketiga, Erk. Siapa yang memalukan kaum perempuan ni saudari (mungkin hamba?..Ya, mungkin hamba sebab hamba lampirkan permasalahan ini di sini..Mohon di jauhkan!..Moga benar apa yang hamba cuba sampaikan)...Bertudung atau tidak bertudung, perilaku, perangai tetap harus dijaga. Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, MasyaAllah, baik hamba kira!..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, MasyaAllah, baik juga hamba kira!..Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?...Ya Allah, siapa hamba untuk mempersoalkan mereka?..Siapa pula hamba untuk mempersoalkan saudari?..Ya, hamba tau hamba tidak layak. Tapi, tohmahan saudari ke atas kami yang bertudung ini sungguh keras. Hamba mau kita tengok balik. Kita sama-sama kurang, kita sama-sama lebih!..Kita patut belajar sama2 untuk menjadi lebih baik tidak kira dari segi apa2 pun. Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang keempat, MasyaAllah...yang ini hamba kira, saudari sendiri sudah tahu, kenapa kita 'bertudung'?..tak payah kira ikhlas la, tak payah kira suami la, tak payah kira mak bapak la, tak payah kira BF....yang perlu kita kira, kita ini bertudung atas melaksanakan perintah Dia!...Allah yang khaliq!...Kewajipan rasanya bukan?..Janganlah nak nafikan yang ini. hamba kira biar 'TERPAKSA' kerana yang SATU ini.

Ya Allah, maafkan hamba. Hamba bukan mahu mengaibkan kaum hamba sendiri. Hamba bukan juga mahu mengaibkan beliau. Sungguh, cantik paras rupa 'perempuan' yang hamba persoalkan ini. Tapi, tolonglah. Beliau harus tahu bezakan antara PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..Hamba tidak mahu memandang enteng pada yang tidak bertudung kerana MAJORITI rakan2 hamba yang tidak bertudung, sangat2 elok perilakunya. Dan hamba bersyukur, kerana dikurniakan juga rakan2 yang bertudung, yang juga sangat2 elok perilakunya. Hamba mahu 'positif2' sahaja.

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26) - Ini sudah cukup untuk menjawab segala tohmahan, persoalan hamba, saudari, mahupun insan2 di luar sana..


Nota mata palsu:
1) Maafkan hamba pada sahabat yang mengeluarkan 'status'. Anda seratus peratus tidak terlibat dalam hal ini. Hamba terkilan dengan kata2 perempuan ini sahaja
2) Maafkan hamba pada 'perempuan' ini. Hamba kira, beliau tidak tahu hamba mengutarakan permasalahan ini di sini. Tujuan hamba bukan untuk mengaibkan. Nauzubillah, jauhkan hamba dari perasaan itu!..Kalau kamu terbaca, hamba harap sangat kamu faham.
3) Jom, berusaha menjadi lebih baik!...Buang yang keruh, ambil yang jernih!..Sama2 menggapai redha Ilahi! :)
4) Maaf atas kekhilafan hamba dalam berkata2. Harap sampai!
6) Hamba rasa tunggang langgang pula apabila sudah lama tidak menaip entri!..Haha..harap sampai!