10.31.2010

TOKEY DEMAM DAN SAKIT TEKAK ~KAFFARAH DOSA



Sehari demam tanpa ada suara, pergh...memang heaven =)...Sehari je tu!..Itu adalah sebagai 'kaffarah dosa'...InsyaAllah...

Hari Sabtu - Gembira je!...Tapi, nak dijadikan cerita, kami berkumpul adik beradik berbual-bual kisah silam. Ceritakan kembali bagaimana mama dan abah mendidik kami. Yang tidak dialami adik2 kami sekarang. Berbeza rasanya cara didikan dulu dan sekarang. Masa berbual-bual tu, aku jamah '3 biji kuih manis (kuih kering)'..3 aje ok?...Ok, aku akui aku memang tak boleh makan-makanan yang terlalu manis. Kesannya, tekak sakit. Sangat perit okeyh?...Di akui oleh kawan-kawan aku, aku memang tak boleh makan manis. Tak tau napa jadi gitu..

Malam tu, tekak rasa sakit sikit saja. Mengadu pada adik, yang tekak sakit. Sempat dia berseloroh, 'Ini kalau xkena pada caranya Along, mesti boleh demam'...~Jangan minta la dik~

Malam tu tidur, beberapa kali terjaga. Ok, betul, tekak rasa sakit yang amat sangat. Pergi dapur, cari ubat. Aku 'taram' je ubat yang aku jumpa. Mula-mula makan ubat 'selesema dan batuk'. TIdur, terjaga lagi. Aku 'bahan' plak ubat batuk. Ok, lega. Bangun tidur, ngadu pada mama kurang sihat. Makan 2 biji 'Ponstan' ..Sekejap je aku bangun, pastu aku tidur balik. Mungkin kesan ubat yang 'merepek2 ikut suka aku je taram'. Aku tidur lama. Sampai ke petang. Mama yang masak and handle sumanya. Terjaga sekejap2, tapi 'kepala berat'..Tekak x usah cakap. Petang, mama belikan ubat. Makan, ok sikit. Hari yang lapar. Hanya makan bubur. Adik2 kuat menyakat, 'Tokey xble gelak tu..Ni yang best ni'.~Sabar jela..Rasa bahagia. Tak tipu, dikerumuni adik-adik dan mama. Walau mereka menyakat aku, aku tau mereka bimbang. Jarang sekali aku demam. Jarang sekali aku rebah dan terbaring begitu.

Teringat pula, bila kita berdepan dengan musibah sakit, itu adalah tanda Allah ingat kita. Bukan tanda kemurkaan @ kebencian, tapi itu adalah sebahagian drpd kasih sayang Allah. Moga dengan 'sakit yang sekejap ini', akan lebih mengingatkan aku akan dosa, kekurangan @ kealpaan aku pada Dia. Muhasabah diri sekejap. AigOoo~...

“Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

InsyaAllah.

Nota mata palsu :
1) Demam itu indah!...Kadang2, aku suka!...Sebab, kalau aku demam, insan2 yang aku sayang pasti ada disisi!~ Terngiang-ngiang lagi, usapan manja si ibu.
2) Mama dan abah kata, sape suh ngumpat mama ngan abah lagi?...Kan dah kena..(adOi, mungkin juga bah...Tak sayang mulut betul)
3) Aku dh baik demam. Tokey dah baek demam, siap korang!...haha..~Cuma, kepala sedikit berat.Adoi)
4) Belajar erti kesabaran dengan berlapang dada dan terbuka. Alhamdulillah.

10.25.2010

LAKONAN~

Entri ini bukan entri kegilaan. Tapi sekadar meminati lakonannya. Wah, betul..Saya adalah peminat pelakon Adi Putra ni. Tak dalah gila sangat minatnya. Tapi, suka tengok style cakap dan lakonan yang mamat ni bawa. Kalah Rizal Jaafar (no.2 cOZ of 'attitude'). Kalah Rosyam Nor. Kalah Fahrin. Kalah Mustapa Kamal. Kalah Ery Putra (ah, ni jauh kalahnya..Sangat xminat..Minta maaf ye Ery ;p)

Teringat kata mama : Tak payahlah dOk minat2 kat artis ni. Bukan boleh bawa ke mana. Banyak yang negatif dari positif...Bla bla bla (Perkataan 'sensored' telah d ucapkan. Tak baik untuk diluahkan di sini. Cukup sekadar perbualan mak dan anak =) )

Haha...untuk lakonan, saya memang suka Adi Putra! =)...Entri ini bukan entri 'mengagungkan'..Entri ini sempena watak yang di bawa oleh Adi Putra dalam Siri Drama Chinta (di tayangkan di TV3 pada setiap petang..jom, rehat2 santai dengan keluarga)





Adi Putra

Name: Mohamad Hadi Putera Bin Halim
Nickname: Putra
Date of birth: 26 February 1981
Siblings: Youngest of 3 siblings
Height: 174 cm
Weight: 72kg
TV Biograhies: Haryati2, Kelahiran Yang Teristimewa,Dakapan Senja,Kasih Relaku Pujuk, Mya Zara,Aku Cinta Padamu
Education: Diploma Kejuruteraan Penerbangan(Institut Pendidikan Teknikal Singapura)
Favourite colour: Orange
Hobbies: Singing, scuba diving, travelling and thinking
Favourite Actor/Actress: Johnny Depp and Hritik Roshan, Kuswadinata, Rosyam Nor

10.24.2010

15 BANGUNAN PALING PELIK DI DUNIA


TAK TIPU...
Jatuh cinta..
Saya nak pergi sana!
*saya x mahu edit gambar..=)..sebab cOpy paste sahaja*
besOr pun besOr la =)




The Crooked House (Sopot, Poland)



Forest Spiral - Hundertwasser Building (Darmstadt, Germany)



The Torre Galatea Figueres (Spain)



Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace (France)



The Basket Building (Ohio, United States)



Kansas City Public Library (Missouri, United States)



Wonderworks (Orlando, Florida, United States)




Habitat 67 (Montreal, Canada)




Cubic Houses (Rotterdam, Netherlands)




Hang Nga Guesthou se a.k.a Crazy House (Vietnam)




The Ufo House (Sanjhih, Taiwan)




Nakagin Capsule Tower (Tokyo, Japan)



Erwin Wurm: House Attack (Viena, Austria)



Wooden Gagster House (Archangelsk, Russia)



Ripley's Building (Ontario, Canada)

10.22.2010

DEDIKASI KHAS: CIK IDAH ( IBU, KAU RATU HATIKU.. KAU WANITA PENGGONCANG DUNIA...)

Taip. Padam. Taip. Padam. Macam-macam cerita sebenarnya nak dicerita. Dari A hinggalah C..Tapi, macam 'mati kutu' tak tahu nak mula dari mana. Ikut situasi mungkin boleh buat cerita ini lebih tersusun.

TIOMAN ISLAND
Aku habiskan masa 4 hari 3 malam di Tioman. Menjenguk atok dan nekda. Ambil peluang juga untuk cuci mata. Pak cik aku ada pelancong masa tu. Jadi, satu 'advantage' untuk aku kiranya. Meriah sikit chalet kat situ. Dengan ragam dan lagak pelancong.

Ketepikan cerita pelancong. Ketepikan juga aktiviti-aktiviti menarik sepanjang di sana. Yang mahu dicerita tentang kait 'agama' . Beruntung rasanya. Duduk di celah-celah manusia yang bercuti sakan. Faham-faham sajalah pelancong. Yang macam ini, yang macam itu. Memang macam-macam. Tapi, Alhamdulillah, lega rasanya. Dapat 'tazkirah' dari atOk dan juga pak cik. Satu malam yang dingin. Bergurukan dua tok guru, satu anak murid. Mungkin sukar untuk fahami 'total'. Tapi, 'tangkap' itu ada. Fahaman itu masuk. InsyaAllah. Agak lega. Sebab, dalam sehari kalau tak di motivasi, jiwa rasa tak tenang. Kacau.

Malam lain. Usai sudah makan malam hari akhir di Tioman, lepak-lepak dengan Nekda sambil menonton TV. Santai. Berbual-bual pelbagai isu. Tapi, isu malam itu lebih menjurus tentang 'penyakit' dan 'kematian'. Terasa macam satu isu menarik untuk dibincangkan.


MERSING, JOHOR
Tidak. Situasi sebenarnya masih di Pulau Tioman Pahang. Ketika berbual-bual dengan Nekda, telefon bimbitku berdering. Ah, siapa pula ni. Getus hati. Kacau saja. Lihat pada paparan skrin, rumah yang teleon. Angkat. Terdengar suara wanita sayup seakan-akan baru saja menangis. Itu suara mama.

Mama : Along..
Iqa : Ah sudah, napa pulak ni (getus hati)...Ya ma...esok alOng balik. boat pagi esok.
Mama : Bukan tu..Cik Zali dah meninggal.
Iqa : Cik Zali?...Cik Zali mana ma?..(sedikit terkejut)
Mama : (terdiam, agak lama)..Cik Zali yang salu hantar adik2 sekolah..
Iqa : (pening, siapa?)..Yang salu tinggal kereta kat abah tu ke ma?
Mama : Bukan (sebak)..Cik Zali Cik Idah
Iqa : (bertambah pening...pak long Zali ke?..apa kaitan ngan Cik Dah pak Besar lak..getus hati, tapi di tanya juga...)..Pak long Zali ke ma?.
Mama : Bukan!...Cik Zali bos angah...Laki Cik Idah..
Iqa : (serius terkejut)..Innalillah hi wa inna ilaihi ra'jiun.. Ia ke ma?..Nape tiba2?
Mama : bla bla bla...

Itu situasi di Mersing. Berita mengejutkan. Jiran. Memang sangat mengejutkan. Ajal maut, jodoh pertemuan, itu rahsia Allah. Ingat mati. Baca ini pula : Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Sehari.

PERSOALANNYA
Apa yang mahu kau timbulkan di sini sebenarnya?..aku nak cerita semua kalau boleh. Tapi aku ringkaskan ikut situasi. Seperti biasa, setiap hari, pasti luangkan sedikit masa untuk membaca. Ya, pasal ibu ini aku sudah baca suatu masa dulu. Seakan peringatan apabila ia kaitkan semula. Kalau kalian mahu baca, kalian boleh pergi sini : 8 Pembohongan Ibu kepadaku!

Hari ini. 22/10/10. Cik Idah datang rumah. Iqa, Cik Idah nak minta tolong topup 3 nombor ni..Terdiam aku..Topup dah habis. Lama juga aku tak masukkan duit. Bila orang datang, aku cakap topup habis. Tapi, yang datang ni Cik Idah. Lantas, aku ambil nombor-nombor tu. Baik Cik Idah, jap gi Iqa masukkan. Dalam hati, mana nak topup ni?...RM10 bole on9 lagi. Lagi 2 no ni nak RM5 setiap satu (mesti nombor anak-anaknya)..Mana nak top up on9 RM5?...Dan2, aku capai tudung, sweater..start enjin kereta..Pergi kedai topup. Sungguh aku tak sampai hati..

Mama ajak Cik Idah masuk rumah. Cik Idah kata, tak apalah. Aku ada kerja lagi ni. Salunya, Cik Idah pasti akan usik adik aku. Muka dia selalu tersenyum. Orangnya kelakar. Tapi ni, lain benar reaksinya. Aku tau dia sedih. Sebak. Tapi, tak nak tunjukkan.

Petang sedikit. Mama kata, esok Cik Idah buat tahlil. Minta mama buat makanan. Mama kata, kita sedekahkan saja. Aku tidak kisah. 'On saja'..Mama kata, Isnin ni temankan Cik Idah uruskan KWSP boleh?...Aku ia kan saja..Tak ada apa ma, kalau Cik Idah nak minta tolong apa2, ma suruh je Along. InsyaAllah, along bawa. Aku sebak. Serius dalam hati aku sebak. Sian ibu itu...Ibu yang baru saja bergelar 'ibu tunggal'..

Macam mana hari-hari yang bakal dilalui ibu itu?...Bukan itu sahaja yang aku fikirkan. Dari segala genap sudut aku fikirkan. Tapi, tak perlu diceritakan di sini. Cuma, aku terfikir, macam mana ibu itu hendak lalui semua itu?..Sangat kasihan. Tapi, aku teringat pula pada kata-kata ini ;

IBU,
KAU RATU HATIKU..
KAU WANITA PENGGONCANG DUNIA...


nota mata palsu ;
1) Lama benar tidak menaip.
2) Gambar di Tioman, mungkin untuk entri lain. Entri promote! =)
2) Moga Cik Idah kuat
3) Al-Fatihah buat arwah
4) Selalu sangat dengar akan kematian. Sungguh, aku takut.
5) Ibu, engkau sangat tabah, Moga terus kuat dan tabah!
6) Sekarang ni, kecoh dengan isu Islamic Fashion Festival dan juga 100 Storey Mega Tower. Geram.




10.09.2010

I'M OLD ENOUGH!


Ouh..tajuk ini bukan bermakna 'SAYA SUDAH CUKUP DEWASA' dalam erti kata lain merujuk pada 'saya' =)...Tapi, tuntasnya saya maksudkan sebuah rancangan dari Jepun/ Nippon/ Japanese yang saya kira amat diminati oleh segenap lapisan.. Tidak tipu, saya amat menggemari rancangan ini (walhal, baru sekali sahaja saya tengok....tapi, disebabkan banyak kali disogok oleh adik-adik saya, saya jadi 'gemar', ~) ..

Saluran TV3 ada menyiarkan rancangan ini pada setiap hari Ahad, pada pukul 6 petang. Luangkan sedikit masa anda, untuk menonton rancangan ini. InsyaAllah, pasti tidak kecewa. Kita ambil dari sudut positif..Anak-anak kecil dalam lingkungan umur 3-6 tahun disuruh dan di arah melaksanakan suatu tugasan yang memerlukan 'keringat' dan 'daya usaha' mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.

Contoh, anak-anak kecil ini diminta membeli 'pampers', kuih, dan sedikit barang. Bukan dekat anak kecil ini mahu pergi dan pulang semula ke rumah dengan membawa barang-barang berat yang dipesan si ibu. Menangis bersungguh anak-anak kecil ini apabila pulang ke rumah tapi dalam keadaan puas la!....Bersemangat memenuhi permintaan suruhan ibu. Berdikari dan bersungguh bukan?...

ambil contoh lagi dua cerita berkaitan :

1) crita yg pertama pasal 2 adik bradik, sekecil umo 2 thn g bawak helmet safety utk atok n ayah dia...naik keretapi n bas sendirian tanpa bantuan org dewasa...crita yg kedua psl 2 budak pompuan g beli brg..kecik2 dh diajar berdikari...but of course dlm pemantauan pekerja realiti tv nie kan....berani betul...kalo kat mesia mesti dh kena culik..huhuhu..

2) Dalam satu slot, anak kecil perempuan berusia 5 tahun disuruh ibunya supaya membawakan ikan dari pelabuhan ke rumah mereka.

Pada awalnya, ibu mengatakan yang dia baru mendapat panggilan telefon dari bapa saudaranya supaya mengambil ikan dari pelabuhan. Tetapi si ibu tidak dapat ke sana kerana sedang bekerja dan dia tidak boleh meninggalkan pejabat (pejabatnya di rumah) kerana bimbang dimarahi si ayah. Dengan rela, anak kecil ini menawarkan diri untuk ke sana seorang diri. Nampak sangat dia seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kerana tidak sanggup membiarkan ibunya ke pelabuhan di waktu kerja yang kemudian boleh mengundang kemarahan bapa. Terlihat sifat pelindung pada si kecil ini.

Jadi, si kecil ini berjalan seorang diri ke pelabuhan. Setibanya di sana, pakciknya memang menyediakan ikan-ikan untuk dibawa pulang. Bukan sekadar 5 ekor, tapi dalam 60-70 ekor. Berat tu! Walaupun mulutnya mengomel akan bebanan yang perlu dibawa sepanjang perjalanan, dia tetap mengheret beg plastik hingga ke pintu rumah. Si ibu terharu melihat anak kecilnya yang sudah boleh diharap. Aku pun turut kagum. Apabila ditanya adakah itu semua ikan yang diberi pakciknya untuk ibu, dia jawab, „Tak, ada lagi. Tapi berat sangat mak, tercicir tengah jalan“. Ikan-ikannya tercicir kerana beg plastik yang diseretnya telah terkoyak J.

Ah, si ibu menyuruhnya kembali mengutip ikan-ikan tersebut kerana semua itu telah diberi oleh pakcik untuk ibunya. Berat atau tidak dia perlu membawa pulang kesemua ikan-ikan itu ke rumah. Dia perlu bertanggungjawab atas amanah yang diserahkan padanya. Sekali lagi, si kecil ini meyakinkan ibunya yang dia boleh kembali ke jalan yang dilalui tadi untuk mengutip ikan-ikan yang tercicir. Oh, yang tercicir bukan sedikit ye! Ada dalam 57 ekor kesemuanya. Si kecil ini benar-benar mengutip kesemua ikan yang tercicir dan menyerahkan kepada ibunya.


nota mata palsu :
1) anak-anak kecil ini sangat comel bukan?..Sangat berdikari. Sangat amanah. Sangat bertanggungjawab. Walhal umur baru setahun jagung. Tulus dan jujur bila umpamakan anak kecil .
2) Jepun sengaja buat saya 'adore' pada cara mereka!....Memang mencerminkan negara mereka sendiri. Sedari dulu =)...
3) Moga kita rakyat Malaysia juga punya identiti begitu. Bahasa juga. Tak gitu along?....(entri berkait) =)

10.06.2010

QURANIC LAW OF ATTRACTION - ESOK P CARI NO~

Banyak benda nk update,..Tapi, xsempat. Kekangan masa. AiyOo blog~>.kesian kmu..
Ni pun, xble nk update...aish~...

Cuma nk ckp....

.....
........
...........
...............
.........................


Tertarik ngan buku ni...nak beli ah !....ada sesapa yg pernah baca?...boleh ulaskan untuk int?



Ok, tu je!...hehe, ketagih nak update blog sebenarnya!...tapi, xsempat nak cite banyak2...aigOooo~...

K la...daaaa...
Nak buku nak buku nak buku!