1.29.2010

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UM DIGANTUNG

ok..xnk cite....cuma nk suh readers bace entri ni...
huh~...UM...sentiasa panas...

1.28.2010

SAINGAN SENGIT : PRO MAHASISWA VS PENGGERAK MAHASISWA

(saya menyokong apabila sudut pidato di adakan semula!!!)


Hari ni menyaksikan seluruh warga UM~Universiti Malaya bertempiaran (hehe,,,bertempiaran)...bertempiaran untuk turun mengundi...Hmmm, x silap, untuk tahun ni, sistem e-undi d adakan...

Wat juniOr2 yg msih d UM n alsO teman seangkatan di UM, pilih yg terbaik k!....Pilihan terletak di tgn kalian =)...Kalian yg menentukan tonggak pimpinan bru UM...pimpinan bru yg bakal mencOrakkan kalian di sana..

Hmmm..(tetiba rasa rindu untuk turun mengundi n turut sama melihat ragam mahasiswa ketika kempen berlangsung)...


(hanya mampu memerhati dan melihat dari jauh)

Ok, setelah di nyah dri UM, maka nya...~intan shafiqah tidak layak lah mengundi...Cuma dpt memerhati dari jauh...

Utk undi kali ni, saingan sengit pasti berpihak pada Pro Mahasiswa n Penggerak Mahasiswa...n yg mne majOriti nya penghuni kampus mahupun mahasiswa2 luar memg berpihak pada dua tonggak besar ini...Moga tahun ni, kalian buat keputusan yg baek...Bukan ats dasar pada 2 pihak ni...Pilih calon yg betul2 berkualiti ok!!>..

(sedikit sebanyak terimbas masa lampau...yup, menyokong kuat ke arah itu =)...tetapi menyokong juga di sebelah pihak lain...namun, undian di buat mengikut kewibawaan calon yg bertanding...)...

p/s: btw, between Pro n Penggerak, masing2 punya kelebihan dan kekurangan masing2...

xsabar utk tggu keputusan undian =)...mcm2 ura n rumOurs sudah d dengari =)

Turut di siarkan, artikel utusan malaysia berkenaan isu sistem undi ;

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pelaksanaan sistem pengundian secara elektronik (e-undi) dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) hari ini, akan dipantau oleh Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) bagi menjamin ketelusan pilihan raya itu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris berkata, pihaknya membenarkan kumpulan Pro-Mahasiswa melantik Mafrel sebagai badan bebas untuk membuat pemantauan itu.

"Pihak UM sedia membayar kos perkhidmatan yang diminta oleh Mafrel bagi membuktikan tiada penglibatan HEP UM dalam sistem tersebut.

"Sepatutnya sistem itu dilaksanakan pada 2007 tetapi ditangguhkan kerana menerima bantahan daripada mahasiswa yang diketuai oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya semalam.

Azarae berkata, Pusat Teknologi Maklumat Universiti Malaya (PTM) mengambil masa dua tahun untuk membangunkan sistem tersebut dan sepanjang tempoh itu wakil persatuan pelajar termasuk PMIUM dijemput menyuarakan pandangan mereka.

"Pada pilihan raya kampus tahun lalu, sistem e-undi digunapakai dalam proses pendaftaran pengundi dan statistik undian tanpa mengalami sebarang masalah.

"Saya yakin sistem ini mampu melancarkan pilihan raya kali ini dan persediaan awal telah dilakukan dengan mengadakan sesi taklimat kepada mahasiswa sejak tiga bulan lalu," jelasnya.

Mengulas tempoh berkempen, Azarae berkata, tempoh tiga hari yang diberikan adalah sesuai pada ketika ini kerana calon boleh menggunakan laman blog dan SMS untuk berkempen.

"Teknologi yang moden ketika ini sangat membantu calon-calon memperkenalkan diri mereka dan menjimatkan masa," katanya.


(hehe....tkut sistem hang je time dak2 ni nk ngundi =) )




1.25.2010

SAYA PENGGUNA NUFFNANG sekarang~~


wuitttt....

okey, saya pengguna baru NUFFNANG ~~

minta tlOng ajr****..

hOho~....(saya masih dalam prOses pembelajaran...)...hehe~

mari yOk....sape2 rajin, klik iklan terpampang di blOg ni...

salam wt para nuffnangers~...

(hehe...lepas ni jadi nuff blogwalking tegar lah intan shafiQah)

1.24.2010

MARI KITA UBAH..

ok...entri ni bukn pasal ape2 pun...

cuma...rasa nk ubah n tmbh sOmting kt blOg ni....btw, backgrOund blOg agk bru d tukr...sO, xyh tukr ape2 lgi lah...

n den....
nk tmbh labels lagi la...oOoyey....

inspirasi : cik farhah kita...
~sO, saya mhu tmbh label utk masakan!!!>..memandangkan sekarang ni intan shafiqah sudah mula minat memasak...haha~>..si ngOk ngek ni tgh upgrade dia punya skill masak...hmmm, bOle la tmbh label ni cOZ secara x langsung leh kOngsi resepi~~~

~intan shafiqah rasa, dia mahu tmbh label pasal 'luahan' juga...tpi...xtau mO menamakannya apa...'eksperasi naluri' ok kOt~~...ni bukn luahan ati intan shafiqah but mOre 2wards masyrkt sekeliling....inspirasi?....of cOurse berita harian, utusan, n metro...hmm, ni memg fevret...suka sgt bca luahan org n baca pula kOmen n ulasan pkr psiko tu...

~ckup kOt tmbh 2 label..wt serabut je...yg sQunk pun terkOntang kanting~...tmbh label cOZ MINAT!!...~ye, saye suka kenyataan itu...


den, ckup utk label...(update nye xtau bile..hehe)...

sQunk mri kite ubah plak setting~...yOk bergerak!!!>..

(maka, selesai la entri kali ini)....eceh~

1.15.2010

HILANGKAN VIRUS YM

Sori sgt bgi rkn2 yg terkena 'virus YM' tu..xceli, int dpt but int x click pun....xtau la klO secara xsengaja ter ' click'....cOZ~memg dh tau 2 virus...xkn 'gatai' nk click kan...Rasa nye, mase tu , int ngn sis int tgk gmbr kt lappy...dlm dOk scrOll, tetibe jadi cmtu..wuah...xbengang naaa~

~ive try all sOlutioN dat my frens suggest but it wOrse!!!..tOtally wOrse~...it juz ok fOr a few hOurs, den seem 2 b happen again~...im gOnna b crazy if YM sntiasa mcm ni~...sO, ive decided 2 sOlve dis prOb wit my Own sOlution~....thnx tO inche gOogle (engine pencarian dat i mOst like...i loikkeee~)...key, pencarian bermula whereby i waste my time 2 get da mOst apprOpriate ans....~ya, a 'little bit of time'...argh~....grrr~..hehe~...

k, a simple sOlution but it wOrk..really works...nOt wOrse~...wOrk but nOt wOrse~..ekkeke~...i like dis wOrd~...

u all can follow dis step:

Step
1
Close out of your Internet browser and disconnect your Internet cable from your computer. This is to make sure that the virus is not spread while connected online.

Step
2
Go to the "Start" option on your computer and then click on the "C drive" option. Click on the "Program Files" option and then click on the "Yahoo! Messenger" option.

Step
3
Click on the "Uninstall" icon and go through the process of uninstalling Yahoo! Messenger from your computer. After the uninstall process is complete make sure to delete any Yahoo! Messenger icons and shortcuts from your computer.

Step
4
Download the free trial of Norton AntiVirus 2010.... Save the software to your desktop and then install it once the download is complete.

Step
5
Open the Norton AntiVirus 2010 software and click on the "Scan" button. The virus will be found and then can choose to remove it and any other viruses that are found on your compute.

Step
6
Restart your computer and then connect back to the Internet. Go to the Yahoo! Messenger website to download the application again. When you sign in with your Yahoo! account your information and friend list will remain the same, but the virus will be gone.

*
*
*

~ok...setel prOb YM...but i gOt a new prOb~>..wua....bole gile ini macam....oOo, 4got 2 tell~....b4 da 1st step, im running da 0 step ...hehe....ive decided tO 'Turn Off' my System Restore...but, u knO wt happen???....hua~...after all thOse ting i tried, System Restore cOuld nOt b open n im trying 2 open it using manual run~...but nOthing happen...it gOne!....

ok....n fOr nOw, i terpaksa cri anOthr way 2 sOlve it...n i fOund dis~

Re-enable v2 Portable 2.0
~whereby fungsi2 nya adlh utk adakan semula bnda yg hilang,...cthnya Task Manager, System Restore, Folder Options, Regedit n so on2 la~


*****after dOing all dis ting, my prOb, tOtally resOlve....hOpfully, xterjadi lagi la~amin...kawan2 yg terkena, huhu..try dis....insyaAllah, bOle punya.,.,,,********

p/s: xceli, dia nk prOmote norton la tu~>..eceh~...btw, i like nOrton 2010 ni la...cm best je...detect dia vry fast...wOOOoo~


1.06.2010

CERPEN : SELAMAT TINGGAL MUSLIMAHKU...NURUL HUDA

Cerpen ni ak baca tatkala tgh membelek2 page iluvislam...tika tu, ak jumpa cerpen n..k, kongsi dengan yg laen2...


Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. ****api wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya.

Kubelai perlahan rambut ikalnya yg wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari ,usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima.Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.

Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan.

Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.." Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ....Pasti!

"Huda....bangun.,...jom kita solat." Ku gerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ....

Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya....Ahh.Aku sayang padamu Huda..

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firmanAllah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur..

" Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua kudapati Huda dah berada di belakangku..Wajahnya masam, merajuklah tu.

Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.?Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.... Semakin menjadilah rajuknya. "kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya... Aku tersenyum cuma.

"Dah,abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..

Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang,Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : "Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja..

Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..!

Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .

Sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?

"Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.."Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Huda tak cemburu.

Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?

hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..?
"Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang.

"Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.

"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda sayang !Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail. Berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh..umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ...

Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan,beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan.

Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .."

Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ketelingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja .

Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut.

Huda dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..

"Bismillahirrahmanirrahim..ku potong kek istimewa itu.kami berbalas suapan.. Dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.."Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamil..!! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.

Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti; tika ini,.. tangisan SYUKUR..!

"kenapa jumpa doctor tak bagi tau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.."Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba..

Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.

Ku sangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik.Sungguh..!!

Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.

Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..

Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa'. Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa'. Ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,.

Dia berkhutbah panjang. "Abang sayang,abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini,bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..?

Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Ku rasa badannya, panas.!

Seingat aku Huda hanya akan melahirkan anak pada 26mei. Hari ni baru 26 april,.Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya Allah. selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali.. "Encik Saifuddin..?"

..Dr Khadijah,..pakar sakitpuan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutku cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,air ketumbannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?

" Tanyaku dgn nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..untuk menyelamatkan kedua-duanya,..

Yang lain kita serahkan pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .."Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah,.selamatkanlah isteriku,..

Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang..

Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,. Tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..

aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya. "Encik saifudin..?" ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.."Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr,khadijah terdiam ..Tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..

Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggelengkan kepalanya perlahan sambil tertunduk..

Mulutku ternganga seketika,.. "Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Huda,..

" Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan..Ku rasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,..
Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..Tanpa ku sedari ku dakap Huda seerat-eratnya..Tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! "Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,.."Nurse,.. tolong bawa anak encik saifudin.." katanya lagi,..

Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,. ****ap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya,hidungnya,mulutnya,..Allahuakbar..!!!

Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,..Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,.. "Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang kembali.." Huda,.. rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,..untuk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya,.



Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,.. Tidak,itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,.. Selamat jalan Huda…… Selamat jalan……

1.05.2010

RESEPI MASAKAN

hmm.....sQunk ni, dh addicted dgn masakan =)

dulu, 'bigar' x nk blaja masak/...sQunk, dh pandai masak (erk..'pandai masak'~in bracket), asik nk cuba try je...kesempatan cuti keje, masak!....wOw...best juga masak...cuba resepi2 buku, tenet buat daku sgt2 lah teruja~~

~sQunk, bnda pnting cm xnk tgk..resepi2 yg d lebihkan pula...ekeke~..

p/s: sgt lah tensen d mersing ni cOZ brg2 nk masak x byk...cmne nk masak bnda2 pelik mcm ni???...(muka n perasaan yg xpuas ati)...variasi kurang!...plez, build sOme mOre shOpping cOmplex (masyuk2 ckit, bru berkenan nk masuk)..ini...adOi~...(pakai je tggl d sini aman dan damai bersama keluarga ter 'chenta'.....

p/s: adeQ ckp, alOng...baek kO berenti keje la...klO ko xkeje, kenyang ckit perut ak...ble mkn mcm2..haha..(adeQ2 adelah mangsa utama utk mencuba makanan)..
hmmm....mknn d masak mgkin x sesedap mne, tpi yg pnting ikhlas n bersungguh2 bukan?

fall in luv wit masakan yg pelik2 =)

1.04.2010

JANUARI YANG MASYUK

2 jan-besday jenab

4 jan-besday abby..besday shasha

5 jan-besday ain

9-besday saadah…besday azli….besday abg naza….besday fahmi..

10-besday fairuz

11-besday hana

13-besday farah(adik arwah)

14besday zikin

16-besday nana…besday abg pie…besday tasha(adik arwah)

17 jan-besday alOng didi

18 jan-besday zul helmi (emi)

21-besday leya

22-besday fadzirul

23-besday syuk…besday farid

25-besday hani

26-besday farhan

27-besday baidin

30-besday ivy

31-besday intan (tuan rumah)