9.25.2010

CAMPUR BAUR LANTERA HATI



Aku ungkaikan bait hati kapasku pada manik kata, untaian puisi..
Jangan kau persenda apa yang aku rasa..

1) aku cemburu...pada siapa harus ku ungkapkan?..dan wajarkah aku cemburu?..sedangkan aku tidak memilikinya?..cemburu tidak bertempat!...nyah kau~..aku tidak suka berfikir begini..nafsu lawammah~>..nyah..ak masih mmpu berfikir. mujur.


2) aku tersesat dalam bayanganku sendiri. Mimpikah aku?.. Kenapa harus aku memikirkannya?..Sedangkan, belum tiba masanya. Dan tidak perlu pun.


3) lelah yang merebuk. aku kaget.


4) aku hanya insan yang biasa. bimbing aku yang lemah. aku titipkan buat sahabat. aku panjatkan padaNya.

5) Sujud syukur padaMu atas segala cinta kurniaanMu..atas segala cinta ke atasMu..Ketika cinta betasbih.

6) Ya Rasulullah, kami rindukanmu..Rupanya, kami adalah hamba yang mulia...Ya Rasulullah, aku kerap kali alpa. Hati aku mungkin kuat. Tapi pada dasarnya tidak. Nah, lihat saja perlakuanku. Alpa.

7) Ambil masa kamu sejenak, tonton video ini. Hayatinya. Perlu tontonnya!..Perlu!




JUST BECAUSE THE PAST IS PAINFUL, DOESNT MEAN THE FUTURE WILL BE. SO NEVER LET EVENTS FROM THE PAST, CHANGE THE EVENTS FOR FUTURE, OR U WILL B MISERABLE FOREVER..
IT WAS A BLESSING IN DISGUISE..IVE STARTED TO LEARN IT..
ALHAMDULILLAH



nota mata palsu:
1) Sengaja menggunakan bait-bait kata indah. Interpretasi pada diri. Tidak terluah oleh kata-kata biasa.
2) Hati ini berkecamuk. Tapi masih dapat mengawalnya. Cuma, perlu ruang untuk luahkannya.
3) Ketika Cinta Bertasbih. Sedang menontonnya. Belum habis lagi. Aku 'admire'.
4) Aku tidak mahu bercerita tentang perasaanku. Perasaan yang akan berlalu pergi. InsyaAllah.
5) Ya Rasulullah, alangkah indahnya hidup ini..andai...
6) Tambahan ~ bila hati berkecamuk...Beginilah jadinya...pasti ramai yg x faham =)

9.20.2010

STOKIN DAN MIMPI

Entri ringkas. Sekadar luahan. hamba malas menaip. (hamba?...)...mungkin itu yg sesuai..selesa menggunakan kata ganti diri Melayu Klasik...

Semalam hamba mimpi... Mimpi itu panjang sebenarnya..Jalan cerita yang panjang tapi punya makna..

Tapi, ada satu 'part' yg buat hamba teruja..Bukan teruja sebenarnya..Tersentak sebenarnya...

Hamba ditegur. Wajar teguran itu. Hamba ditegur oleh kenalan lelaki hamba. Lelaki itu hamba hormati. 'Part' mimpi itu~...

Hamba tergesa-gesa keluar dari bilik. Pergi ke ruang tamu. Hamba bersalam dengan tetamu yang ada. Tiba-tiba hamba di tegur. Berkenaan 'aurat'. Tersentak sebentar hamba. Hamba ditegur kerana tidak memakai 'stokin'. Tersentak hamba. Hamba kira, ada maksud di situ.



Ok. Ini entri luahan. Bukan apa2. Hamba hanya tersentak. Itu sahaja.

nota mata palsu:
1) terkejut kerana kenalan hamba itu datang rumah dan dia menegur hamba.
2) semasa menegur itu, kenalan lelaki hamba bercakap di dalam bahasa Arab. Hamba pasti, itu bahasa Arab. Pelik, hamba faham bahasa Arab itu. Minta kata balik, ouh..hamba sudah lupa. Hanya dalam mimpi.
3) Arwah (sahabat hamba) pernah mimpi tentang 'aurat' hamba juga. Ketika solat bertelekung dan tidak bertelekung. Tapi, masih menutup aurat usai sudah mencabut telekung. Berkali-kali arwah tanya hamba, apa maksud mimpi itu....(maaf, hamba pendekkan saja jalan crita mimpi arwah)..Ada 3 mimpi yang hamba kira, mimpi yang aneh arwah pernah alami.
4) Hamba perlu lebih kuat. Bantu hamba.

9.11.2010

SAYANG SAJA TIDAK CUKUP...HARGAI ITU PERLIU

Again...Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai mahu ikut hati, raya satu hari saja cukup bukan? Tapi, erti 'raya' itu begitu besar. Pandangan setiap orang berbeza. Bukan meraikan raya terlalu meriah. Sederhana saja. Tapi, punya erti yang besar. Raya.

Tahun ini, seperti biasa. Tidak ada yang istimewa melampau. Raya. Pada pengakhiran Ramadhan, terasa sungguh tidak mahu raya. Mahu teruskan Ramadhan itu. Tapi, Syawal perlu menjelma bukan? Bulan2 lain juga perlu menjelma bukan? Setiap detik, setiap saat kita harus laluinya. Harus terus melalui selagi di izinkanNya, Lalui mengikut jalan keredhaan Nya.

Ok. Cukup dengan mukadimah. Mukadimah 'erti raya sebentar'.

Yang mahu dicerita, bukan itu =)..

Yang mahu dicerita, adalah tentang 2 hari yang dilalui pada bulan Syawal ini. 1 Syawal dan 2 Syawal.

1 Syawal

Pagi-pagi lagi sudah bangun. Selesai solat semua, duduk berkumpul sekeluarga. Tahun ni, terasa sungguh bila bersalam dengan ayahanda bonda. Hendak-hendak pula, apabila adik bongsu perempuan bersalam dengan ayahanda bonda. Aku pula yang terasa sebaknya. Sungguh, sebak!..Berjurai-jurai air mata, apabila adik mohon maaf pada bonda...pada ayahanda..

Pagi-pagi lagi, sahabat ayahanda sudah mahu menjenguk. Tapi, terpaksa di tolak dengan baik memandangkan kami punya urusan lain. Sudah bertolak pun saat menerima panggilan.

Bertolak. Meneruskan perjalanan ke rumah datuk dan nenek tercinta. Berkumpul bersama keluarga pak cik2 dan mak cik2. Raya tahun ini, kedatangan sahabat saudara yang datang dari Indonesia. Pertama kali beraya di Malaysia. Selesai sudah di rumah datuk dan nenek, konvoi ke rumah saudara mara yang lain pula. Konvoi ziarah diteruskan sehingga malam. Balik, terus tidur. Tak tipu, aku terus tidur. Mengantuk. Kesibukan di dapur dan juga konvoi dari rumah ke rumah. (punya keluarga yang besar. Syukur, terasa nikmat berhubung)


2 Syawal

Bangun pagi. Hari ini, lokasi adalah kubur. Selesai pergi kubur, rapi menyiapkan juadah untuk hari raya ke-2 ini. Seperti biasa, jangkaan besar. Rumah akan diserbu. Ia, memang benar. Tidak menang tangan di buatnya. Saudara mara dari Endau datang. Penuh rumah. Sungguh. Pulang saja mereka, tidak sampai 5 minit, sampai pula keluarga dari KL dan Hulu Langat. Ini betul-betul ramai. Tak menang tangan kami adik beradik. Nasib punya adik beradik perempuan yang ramai (bonus =) )

Selesai saja, datang pula anak-anak kecil jiran yang mahu beraya. Layan kerenah mereka. Ouh, baru aku perasan. Aku banyak mulut apabila berbicara dengan anak-anak kecil. Serius, suka mengusik mereka. Pulang. Kemudian, beberapa orang sahabat adik (Syahirah) pula datang. Layan. Datang pula sahabat adik yang lain (Athirah) . Nampak gaya, bukan tuan rumah yang halau tetamu supaya pulang. Tetapi, tetamu yang halau tetamu. Maaf (ketawa kecil yang sopan..hehe)..

Selesai saja dengan mereka, sahabat-sahabat aku pula yang tiba. Mahu sekali aku sebut nama di sini (Fathilah, Ami Royani - lama xjumpa sahabat ni..kali terakhir, sekolah rendah. Trima kasih sudi dtg, Allim, Zulfikar, Qayyum, Fadzil, dan juga Fadzirul- ini kepalanya). Pulang saja mereka, sahabat polis ayahanda pula datang. Dengan kereta polis lagi. Layaaaannn =)..Dalam melayan sahabat2 ayahanda, abang saudara bersama keluarganya pula sampai..Ouh, rumah bertambah meriah. Pagi-petang habis dengan kunjungan ziarah. Tidak sempat untuk buat perkara lagha. Tika dan saat entri ini di taip, tangan keletihan. Kaku. Tapi, terasa ingin benar menaip. Rasa bahagia waima penat.

Rasanya, hanya sempat berehat untuk solat sahaja. Basuh pinggan itu bukan rehat bukan?..Ouh, pinggan tidak usah di kata. Malamnya pula, sekali lagi menerima panggilan sahabat. Nak datang rumah katanya. Dipersilakan. Lama tak jumpa sahabat ni. Datang bersama 2 lagi sahabat tetapi junior di sekolah ( Fekry, Firus, dan Roy ). Tak sangka, dunia ini kecil. Firus, Cikgu kepada adik. Si Roy, aku juma beberapa hari lepas di Bazar. Tapi, tidak bertegur sapa. Hanya senyum2 saja. Nah, raya..datang rumah. Kunjungan ziarah ke rumah, habis sekitar pukul 12 tgh malam. Mata sudah mengantuk. Badan sudah lesu. Ayah bonda ajak keluar ambil angin di pantai. Kami seharian melayan tetamu. Agak penat. Pulang rumah, masing-masing hanya nampak katil...ZZzzzzz...

3 Syawal...kami menjangkakan rumah bakal di serbu lagi..Ini boleh lawan tahun bila ya...Ada satu tahun tu, satu bulan Syawal dipenuhi dengan kunjungan. Tahun ini nak lawan?..Bolehkah?

- update...(xsempat nk publish blog..busy sedikit)

3 Syawal

Alhamdulillah, hari ini..rehat sedikit..=)...Pagi-pagi bangun, menyediakan juadah untuk hari ini. Lodeh - fevret.. Tengah hari, sudah dapat panggilan dari sahabat adik (Athirah). Mahu datang selepas Zohor. Layankan. Masa melayan sahabat adik, datang pula saudara dari Penang. Baru sampai. Layankan. Menginjak ke petang, sahabat aku pula datang. Terima kasih sahabat2 kerana sudi menjenguk ( Liza, Ain, Farah, dan Saadah ) . Kemudian, ikut mereka, pergi ke rumah Amlah =). Malam, sahabat ayahanda dan bonda pula bertandang. Selesai pulang mereka, ayah bonda dan adik2 pergi ke rumah saudara. Tinggal aku di rumah bersama 2 lagi adik. Nah, dapat update!



Entri tambah. Untuk tajuk di atas sebenarnya.

Hari ini, sedih sangat. Tidak tipu. 2 Syawal. Kucing kesayangan keluarga kami mati. Sedih. Kena langgar secara tidak sengaja. Kucing paling baik pernah aku jumpa. Masa tahu, terus menitik air mata seakan-akan tidak percaya. Banyak dosa aku pada haiwan itu. Saat entri ini di taip, memang khusus untuk kucing itu sebenarnya. Tiada lagi panggilan Gemuk, Miang, Oren. Tiada. Mungkin hari ini sibuk, dapat seka air mata sebentar. Tapi, bila dah free semula, pasti terkenang kucing itu. Ketika buang sampah, buka pagar luar, teringat kucing itu. Masa hayat kucing itu ada, dia akan meluru terus masuk ke rumah. Kucing itu memang kucing rumah. Dibuang oleh tuan. Adik yang ambil pulang. Jadi, kucing itu lebih selesa duduk dalam rumah. Cuma kami x ajar agar terus duduk rumah. Kami biarkan dia di luar. Sekali sekala, kami bawa masuk. Pada permulaan, memang susah haiwan itu nak menyesuaikan diri dengan alam barunya. Yelah, kucing bela. Berak dalam tandas. Sekarang, harus berdikari. Teringat pula ketika hujan. Kucing ni sangat penakut.Dan betul, kucing ini memang comel. Habis tingkap kami. Dipanjat2 nya, dan habis robek 'cover' tingkap kami. Kucing ni juga penakut bila jumpa kucing liar lain. Menyeringau seakan-akan mahu melawan, tapi..badan berundur ke belakang. Memang penakut. Kalau bagi makan, kucing ini x akan berebut. Akan kucing ini biarkan dulu kucing-kucing lain yang makan dahulu. Adik-adik aku sangat sayangkan kucing ni. Kalau bergurau dengan kucing ni, kucing x akan melawan sedikit pun. Malah selesa dengan gurauan. Tak sama dengan kucing lain. Memang tak sama langsung. Tika aku pergi tarawikh di surau hadapan rumah, kucing ini akan ikut aku, sehingga aku sampai pintu surau. Boleh kata tiap-tiap hari dalam minggu terakhir Ramadhan. Bukan dekat jarak itu. Tapi kucing ni masih ikut. Macam tak percaya. Kucing ni mati dalam keadaan bunting. Sangat sedih. Teringat pula saat aku nak bagi makan ikan pada kucing ni. Makanan untuknya, khas sebenarnya. Untuk jaga bulunya. Tapi, kadang-kadang kami berikan juga makanan biasa. Campur-campur. Aku main-main masa berikan dia makanan. Bergurau. Sekarang, dah x boleh beri dia makan. Aku sangat susah untuk pegang kucing. Dan aku tak tipu, rasanya aku x penah angkat dan dokong kucing itu. Usap pernah. Aku akui, aku kurang gemar akan kucing. Kalau aku nak halau kucing itu, aku tolak perlahan menggunakan kaki. Aku tiada kekuatan untuk pegang kucing. Tidak tahu mengapa. Sekarang, aku rasa bersalah. Itulah manusia. Tidak tahu bersyukur. Hanya sayang. Tapi tak pernah nak menghargai. Aku sudah mula rindukan kucing tu walaupun sehari. Tak lagi dengar rengekan kucing tu. Tak lagi menyusup masuk ke rumah saat pintu pagar di buka. Tak lagi duduk di 'seat' kereta aku dan ayahanda aku. Tak akan lagi melihat adik-adik aku membelai, memeluk, dan bermain dengan kucing itu. 2 adik aku menangis sedu sedan hari ni. Mereka sangat sayangkan kucing tu. Aku yang xsuka ni pun sudah mula sayangkan kucing tu. Bagaimana?
Comel walau tidak suka. Sayang tapi xpandai hargai.

nota mata palsu:
1) Mungkin aku kena belajar untuk lebih menghargai orang/benda sekeliling aku. Aku tak mahu kehilangan. Dan aku tak suka akan kehilangan. Sayang saja tak cukup. Hargai itu perlu. Aku harus belajar ini.
2) Raya ni dapat mengeratkan silaturrahim. Yang dulu sudah lama tidak berhubung, dapat berhubung kembali. Bahagia dan gembira rasanya.
3) Macam2 cerita dapat dengar dari satu-satu mulut sahabat. Suka. Lama xberjumpa. Raya disambut dengan penuh erti. Suka.
4) Tadi, dapat pegang baby. Tapi, xsempat utk upload gambarnya. Sangat comel =)
5) Rindu Si Miang, Gemuk, Oren.

9.09.2010

DEDIKASI KHAS: SALAM AIDILFITRI + HADIAH HARI RAYA DARI NUFFNANG (CHEQUE!)


Ramadhan sudah meninggalkan kita saat int coretkan entri baru ini... Sgt sedih. Tapi harus merelakan. xnk raya boleh?...hehe..

Erm..ok, di kesempatan ni, int nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang mengenali int..xkenal pun xpe...khas untuk umat Islam seantero terutamanya...nampak macam mudh saja ucapan ni...tapi, sungguh int maksudkannya..sekiranya ada salah dan silap int sepanjang dan selama ini, harap di maafkan kekhilafan diri ini. Moga dengan berlalunya Ramadhan dan munculnya bulan Syawal, kita semua akan terus utuh bersatu dan terus utuh untuk meneruskan perjuangan kita. Perjuangan yang satu. Itu yang pasti.

Dedikasi khas ;

1) Buat ayahanda, ibunda, dan seisi keluarga int. Juga datuk, nenek, dan saudara mara int
2) Buat keluarga-keluarga angkat int ( a big appreciation to all of them ) dan juga keluarga arwah (thanx ats ingtn dan kad raya nya..sgt sweet. rindu rendang kalian)
3) Buat teman-teman seperjuangan ;
-Teman seperjuangan di sekolah rendah (Sek. Ren. Keb Ahmad Pekan, Pahang & Sek. Ren.
Keb Sri Mersing, dan Sek.Ren Keb Sri Pantai)
-Teman seperjuangan di sekolah menengah (Sek. Men Keb Sri Mersing, Sek Agama Sri Pantai, dan Sek Agama Bukit Timbalan)
-Teman seperjuangan di matrikulasi ( KMPH)
-Teman seperjuangan di universiti (Universiti Malaya - yg ni ramai...x terucap)
-Teman seperjuangan Bloggers (memang entri ni juga khusus buat korang)
-Teman seperjuangan di....dot dot dot...hehe..
4) Buat yang mengenali diri @ pun xkenal diri ni..
4) Buat yang membaca entri ini juga...tidak kira siapa pun kamu =)

Ok, sampai sini sahaja. Got a job to do..daaaa =)


nota mata palsu:
1) maaf, xbuat 'tagged di FB (nanti penuh notification kOrg and nanti tkut terlepas pndg ;p )
2) sengaja buat di sini, agar rakan bloggers turut sama diraikan =)
3) int dapat duit raya dari NUFFNANG..thnx nuffnang!..suka2..
4) kasut kt ats ni, bukn utk raya..tpi, dibeli atas sebab int dlm prOses sekali lagi ubah imej int..dOakan int agar istiQamah...masih seperti dahulu..sedikit-dikit sahaja. Moga di bulan yang mulia ini, hati int semakin kuat.
5) kami adik beradik yang comel. saja. comel ke? (lawan Along... ni baru comel long ;p )
6) Alhamdulillah, rezeki kecil-kecil selalu sahaja muncul. Syukur. Semuanya dipanjatkan padaNya.
7) Maaf, selalu saja int tidak menjemput kalian ke rumah. ReasOn ?...rumah int sentiasa kena serbu tiap-tiap tahun. Jadi, xperlu ajak. Kalian tahu, kalau kalian mahu pergi ke rumah int. Rumah kami sentiasa terbuka. Terpulang =)..
-QUOTE KATA SENDIRI DARI FB ;
semoga Ramadhan kali ini mengajar kita erti kesabaran, kesyukuran, keimanan, dakwah, ukhuwah yg sebenarnya.. n juga mbawa kita mncapai ketaqwaan yg diinginkan o Allah. Moga d saat akhir Ramadhan ini, kita masih mampu utk meneruskannya dengn pnuh erti juga...

Semoga beroleh Ramadhan yg d harapkan dan semOga hari raya yg bakal d smbut nnti, juga menjadi 1001 erti buat dri kita..tQ sahabat ;p

p/s: pohon maaf d pinta ;p..

9.06.2010

SOSILAWATI PENGASAS KOSMETIK HILANG??

Datuk Sosilawati Lawiya yg jugak ahli perniagaan dan pengasas produk kecantikan Novelle Vissage hilang bersama 3 individu lagi, berita mengejutkan ini dalam Buletin Utama Tv3 td, dan kes diklasifikasi sebagai kes orang hilang.

Datuk Sosilawati bekas isteri pennyanyi Nash ni keluar untuk urusan perniagaan selama 3 hari tapi belum pulang sejak 30hb Ogos lalu dan sekarang dah seminggu belum mendapat apa -apa berita. Individu yang hilang bersama Datuk Sosilawati ialah peguam, pegawai bank dan pemandunya.





Mereka dikatakan pergi ke Banting, Selangor atas urusan perniagaan bagi membincangkan projek baru dan lebih misteri sejak 30hb Ogos itu mereka tak ditemui hingga hari ini.

Polis pun belum menerima sebarang maklumat tentang tuntutan wang tebusan atau ugutan yang diterima dari pihak keluarga Datuk Sosilawati.

Update:

Selepas Datuk Sosilawati meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak. Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak
RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan. Wang tu masih belum dipastikan sama ada tunai atau pun dalam bentuk cek.
Sumber: Kosmo dan Utusan


nota mata palsu: TERKEJUT!....RM4JUTA?....BAWA ORANG YG 'ADA PANGKAT' PULA TU..KATEGORI APAKAH KES INI?...CULIK? ROMPAKAN? KEMALANGAN? @ DOT DOT DOT?...hmmm, wallahualam..mOga keluarga Sosilawati tabah menghadapi semua ini. Dan moga2 Sosilawati dan yang turut hilang bersamanya, berada dalam keadaan selamat dan sentiasa di bawah naunganNya....Moga2 tiada apa2 yg buruk berlaku...Sama-sama kita doakan...

9.04.2010

DEDIKASI KHAS: SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN AYAHANDA!

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN AYAHANDA, SHAARI BIN SHARIFF..
SANAH HELWAH..

(Bersama ayahanda =)....anak-anak perempuan ayahanda)

02 September 1959

Secebis penghargaan yang amat kecil. Tiada mampu untuk membalas segala-galanya..Maaf juga, sambutan biasa-biasa sahaja..Persediaan makanan yang biasa-biasa sahaja...Kek kecil dan comel yang biasa-biasa sahaja..Tapi, doa untukmu ayahanda, sangat istimewa dipanjatkan. Moga Allah, memakbulkan doa anakmu ini. Ameen =)

Sebuah nukilan khas buatmu ayahanda..

Kau bagai cahaya
Menyinari kehidupanku
Kau bagai roda
Berputar waktu hidupku

Belaian kasih tanganmu
Bagai ombak di pantai tubuhku
Lantunan kata bijakmu
Bagai angin menghembus telingaku

Kau berharap agar aku dewasa
Memegang prinsip kehidupanmu
Kau inginkan aku berguna
Melanjutkan perjuangan hidupmu

Akan ku pegang kata-kata itu
Hingga akhir hayatku
Akan ku sampaikan kepada keturunanmu
Hingga tegar harapanmu

Aku bangga akan dirimu
Kau hidup untuk keluargamu
Aku hormat kepada ragamu
Kerana engkau adalah Ayahku





nota mata palsu:
1) abah, mungkin tahun ini masih tidak bisa memberimu apa yang sepatutnya.
2) abah, terima kasih untuk segala-galanya. tiada rungutan. tiada kata.
3) penghargaan buat lelaki ;p...kmu, sungguh istimewa..kmu, adalah pelengkap hidup kami..pembimbing hidup kami..imam kami..kmu, memg sungguh istimewa..hargai kami juga, seperti kami hargai kamu =)