9.06.2010

SOSILAWATI PENGASAS KOSMETIK HILANG??

Datuk Sosilawati Lawiya yg jugak ahli perniagaan dan pengasas produk kecantikan Novelle Vissage hilang bersama 3 individu lagi, berita mengejutkan ini dalam Buletin Utama Tv3 td, dan kes diklasifikasi sebagai kes orang hilang.

Datuk Sosilawati bekas isteri pennyanyi Nash ni keluar untuk urusan perniagaan selama 3 hari tapi belum pulang sejak 30hb Ogos lalu dan sekarang dah seminggu belum mendapat apa -apa berita. Individu yang hilang bersama Datuk Sosilawati ialah peguam, pegawai bank dan pemandunya.





Mereka dikatakan pergi ke Banting, Selangor atas urusan perniagaan bagi membincangkan projek baru dan lebih misteri sejak 30hb Ogos itu mereka tak ditemui hingga hari ini.

Polis pun belum menerima sebarang maklumat tentang tuntutan wang tebusan atau ugutan yang diterima dari pihak keluarga Datuk Sosilawati.

Update:

Selepas Datuk Sosilawati meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak. Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak
RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan. Wang tu masih belum dipastikan sama ada tunai atau pun dalam bentuk cek.
Sumber: Kosmo dan Utusan


nota mata palsu: TERKEJUT!....RM4JUTA?....BAWA ORANG YG 'ADA PANGKAT' PULA TU..KATEGORI APAKAH KES INI?...CULIK? ROMPAKAN? KEMALANGAN? @ DOT DOT DOT?...hmmm, wallahualam..mOga keluarga Sosilawati tabah menghadapi semua ini. Dan moga2 Sosilawati dan yang turut hilang bersamanya, berada dalam keadaan selamat dan sentiasa di bawah naunganNya....Moga2 tiada apa2 yg buruk berlaku...Sama-sama kita doakan...

3 comments:

Along Tapa said...

masa aku tgk berita tu...dah timbul perasaan macam ada yang tak kena....ko tak rasa cenggitu???

Gorengbaek - Penyelesaian yang agak bijak

Pencacai Alim said...

manala dia ilang..nk kata culik mcm tak jeh..

intan shafiqah said...

along : iye, same goes to me...memg ada rasa xkena...

takeshi ; hmmmm..wallahualam...payh mO d kata...hukhukhuk