5.12.2010

RESEPI : NASI HUJAN PANAS, AYAM MASAK MERAH, ACAR MASAK TIMUN

Mode: currently giler memasak! =)

HAri ni, int masak nasi hujan panas + ayam masak merah + n acar timun (~_*)...

MAma n abah xda kt umah, sO leh la masak gaya2 cmni=)....sedap2...eceh~...suka perasan...hehe~

Ok, jOm...int include resepi...


NASI HUJAN PANAS
4 cawan beras basmathi ( guna beras biasa pun bOle )
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
Pewarna merah, kuning dan hijau

---------------------Bahan-Bahan Tumis----------------
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi ( butter/marjerin pun bOle....)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih

--------------------Cara-Caranya-------------------------
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit.Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang halus semua jenis bawang.
3. Panaskan minyak,tumis semua bahan tumis sampai bau wangi.
4. Masukkan beras dan gaul rata smbil bace dOa pengikat ikatan=)
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masak nasi sampai masak.
7. Bila nasi kering,letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau di tempat yang berasingan kat atas nasi tu. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Tada....Dah siap......


AYAM MASAK MERAH
1/2 ekor ayam
sedikit garam dan kunyit

--------------------------- Bahan-Bahan Kisar -----------
10 tangkai cili kering
1cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2-3 batang serai
-----------------------------------------------------------
1/2 cawan sos tomato
garam
gula
kacang peas untuk hiasan

-----------------------Cara-Caranya----------------------
1. Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam dan kunyit.
Goreng sampai 2/3 masak.
2. Tumis bahan kisar kecuali sos sampai naik bau. Kemudian barulah masukkan sos,
dan sesuaikan gula dan garam. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah pekat. Sekali-sekala balik-balikkan beserta dgn iringan dOa=).
4. Bila kuah dah pekat, baru masukkan kacang peas. Biar 1-2 minit, padamkan api.
5. Dah boleh makan dah......


ACAR MASAK TIMUN
1 batang timun
1 batang lobak merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
3 sudu besar cuka
garam
gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar cili giling
1/2 sudu kecil biji sawi

-----------------------Cara-Caranya----------------------
1. Belah 4 bawang putih.
2. Mayang bawang besar
3. Potong memanjang lobak merah dan timun.
4. Rendam dalam air garam
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih
6. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
7. Masukkan air. Biar sampai mendidih
8. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Kacau dan baca dOA juga=)
(Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. )
9. Kemudian padamkan api.
10. Setel maa..

Yeay!....
I like...pasni bOle jadi suri rumah berjaya!...caya lah intan shafiqah..
haha~
TERBAEK!


1 comment:

hidayah saadah said...

pehh
kalo ko gile memasak
aku gile makan...
ngeh2
cayalahh..
leh jd kan resepi ni
panduan di hari akan dtg tuh!~
tq2