1.12.2014

FAQ Mengenai MealShakes : BAGUS KE?

FAQ Mengenai MealShakes : BAGUS KE?

MealShakes adalah antara produk Shaklee yang paling laris. Gabungan MealShakes bersama produk Shakes yang lain jugak memberikan kesan berbeza bergantung kepada kondisi dan keperluan pengguna tersebut. Namun masih ramai yang was-was dengan mealshakes ini. Betul ke itu, betul ke ini? OK, jom kita jawab soalan rambang yang biasa ditanya oleh mereka yang ingin menggunakan mealshakes.

1. Apakah itu Mealshakes?

    MealShakes adalah multivitamin dalam bentuk serbuk dengan perisa vanilla iaitu tiada sebarang pewarna atau gula tiruan yang mengandungi asid amino dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.

2. Apakah khasiat dalam MealShakes?

 i.  Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang kita tidak akan perolehi daripada makanan kita seharian.      
ii.  Mengandungi protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu untuk pembinaan sel-sel untuk kulit, kuku, rambut, darah dan sebagainya.


3. Siapakah yang boleh ambil MealShakes?

    Boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, lelaki dan wanita
   * Di bawah merupakan sebab utama pelanggan memilih mealshakes:
-Bayi bermula 1 tahun ke atas
-Kanak-kanak
-Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
-Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
-Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
-Warga tua
-anak tiada/ kurang selera makan
-selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery
-mempunyai athma & bronchitis
-mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).
-para atlet
-pengamal sayuran(vegetarian)
-orang yang selalu mengambil makanan segera
-individu yg tidak sempat sarapan pagi


4. Berapa sudu patut diambil satu hari?

    Dosage yang dicadangkan mengikut umur.
    Kanak-kanak 1 tahun-3tahun  = 1/2 @ 1 sudu teh untuk 3 kali seminggu/ tiap-tiap hari
    Kanak-kanak 3 tahun ke atas = 1 sudu teh setiap hari   
    Dewasa = 1-3 sudu besar sehari.
    *Lanjut, boleh terus berhubung dengan saya :)

5. Bolehkah Mealshakes dicampurkan dengan minuman yang lain?

   Ya, boleh dicampurkan dengan apa-apa minuman. Cuma elakkan dengan minuman berkafein seperti Nescafe ataupun kopi. Elok dibancuh dengan air suam. Nanti sekiranya berkesempatan, saya akan cuba masukkan resepi untuk hidangan mealshakes :)


6. Adakah fruktosa terkandung dalam MealShakes (iaitu kandungan gula)?

    Sebahagian gula dalam MealShakes adalah fruktosa iaitu karbohidrat semulajadi di dalam sayuran dan buah-buahan. Dalam Mealshakes, fruktosa adalah diekstrak daripada jagung.

7. Berapakah banyak kandungan fruktosa dalam Mealshakes?

    Kandungan fruktosa dalam MealShakes adalah 8.8 gram per hidangan

8. Adakah fruktosa menyebabkan kanser?

    Fruktosa tidak menyebabkan kanser.

9. Dalam MealShakes terkandung maltodextrin kan? Apakah itu maltodextrin?

    Maltodextrin adalah karbohidrat yang diperbuat daripada pecahan kanji yang ada secara semulajadi dalam jagung. Kegunaan maltodextrin adalah untuk mengikat(bonding) antara vitamin dan nutrisi.

10. Adakah maltodextrin itu berbahaya pada kanak-kanak?

      Maltodextrin yang terkandung dalam Mealshakes adalah tidak sama dengan junk food kerana MealShakesnya dibuat secara semulajadi daripada jagung.

11. Ibu menyusu boleh ambik MealShakes ke?

      Ya boleh malah ia boleh membantu membanyakkan susu.

12. Boleh ke MealShakes dibancuh bersama ESP ataupun Performance Drink?  Untuk kanak-kanak ataupun dewasa?

      Ya boleh. Boleh dibancuh iaitu dicadangkan campurkan 2 sudu besar MealShakes bersama ESP dan Performance (perut kosong) untuk dewasa. Untuk kanak-kanak dicadangkan ESP bersama Mealshakess tetapi dikurangkan dosage nya.



13. Selepas mengambil Mealshakes, anak saya mengalami kerap demam dan batuk. Mengapa?

      Anak anda mungkin mengalami healing crisis. Boleh teruskan pengambilan dalam mas seminggu dan pada masa yang sama banyak kan minum air kosong.

14. Selepas ambik Mealshakes, anak saya kurang makan sebab kekenyangan. Boleh ke keadaan begitu?

      Tak boleh keadaan macam itu sebab fungsi MealShakes adalah sebagai makanan tambahan iaitu menampung nutrisi yang tidak dapat daripada makanan utama. So makanan utama perlu diambil.

15. Anak-anak saya cirit birit lepas ambik MealShakes? Mengapa?

      Salah satu healing crisis jugak. Mungkin boleh kurangkan dose Mealshakes sebab MealShakes bertindak sebagai agen detox iaitu mengandungi serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada usus dan perut. So dengan persoalan di atas saya harap dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam mengenalpasti dan menangani masalah yang timbul mengenai MealShakes.Ataupun untuk nak order pun boleh dengan saya… hehehe.. Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian atau sesi kaunseling adalah secara percuma boleh hubungi saya


Your Shaklee Independent Distributor,
Intan
SID: 969249
0132007824
FB: Cheaper Holic
FB Page: Cheaper Lens

No comments: