12.26.2013

BAYI: PETUA ATASI BATUK KAHAK SELSEMA

Allahu Allah.

Entri ni entri ringkas. Sekadar berkongsi. Sedia maklum hamba punya seorang anak. Puteri sulung hamba. Aisya Haseena. Berumur 9bulan. Masih bayi. Yang nak diceritakan di sini, Aisya demam haritu. Disusuli dengan selsema dan batuk. Aduhai, ibu mana tidak risau. Tak pernah Aisya selsema dan batuk. Pertama kali ni. Demam tu, Alhamdulillah. Kebah cepat. Lega sangat. La ni, selsema dan batuk pun dah beransur pulih, Alhamdulillah. Masa dia selsema dan batuk tu, risaunya hai. Mana taknya, ada satu malam tu, Aisya macam sukar bernafas. Batuk-batuk pula masa tidur tu. Batuk sampai termuntah. Risaunya aih. Nak nafas pun susah. Risau! Risau!..Hamba siap googling ok. Makin dibaca, makin seram. Tapi, ikut juga la saranan dan petua ibu2 yang concern tu. Alhamdulillah, semakin beransur pulih...Lega...

Antara petua yang digunapakai:

1) Demam. Yang ni tak guna petua. Hehe. Eh, guna. Selalu-selalu mandikan bayi 3-4kali dalam sehari. Jerlum bayi dengan kain basah. Pastikan bayi sentiasa lembap. Pakaikan hanya pampers sahaja @ pakaikan baju lubang2 aja. Bagi dia free. Sentiasa pantau suhu anak. Terus terang, Intan applied Basic H Shaklee. Penyerap haba terbaik tu. Jerlum bayi dengan air campuran Basic H. Mandikan bayi juga dengan campuran Basic H. InsyaAllah, suhu badan anak turun. InsyaAllah

2) Selsema dan batuk. Yang ni lambat betul nak baik. Risau betul. Kalau boleh, memang tak mahu bagi anak ubat batuk n so on. Tak mahu yang melibatkan drug. Dadah! Jadi, int google2 tgk cara mana yang boleh digunapakai.
a) Teknik tepukan + stim - Panaskan air dan letak dalam besar biar berwap (kalau ada steamer lagi bagus, mudah). Tiarapkan anak. Stimkan, wapkan anak. Biar hingus dari hidung keluar. Lepas dah bagi keluar tu, tepuk blakang anak, Hamba bagi gambar contoh macammana nak lakukan teknik ini. Tepuk bahagian tengah belakang anak. Diikuti kiri dan kanan. Laksanakan lebih kurang 15minit sehingga keluar kahak. Lama okeyh!

b) Minyak bawang putih/ ibu kunyit. - Dua-dua hamba buat. Alhamdulillah, tidur Aisya lebih nyenyak dari malam yang hamba tak buat. Bawang putih di bakar dengan kulit2 nya. Oles dengan minyak. Sapu pada bahagian dada dan belakang bayi, Sapu pada batang hidung bayi bawa ke ubun-ubun. Kalau kunyit pun sama. Tapi kunyit tak dibakar. Kunyit ditumbuk.

c) Sedut hingus bayi. Hehe, yang ni baba dia yang buat. Alhamdulillah, semakin berkurang hingus. Sedut ok. Sedut guna mulut!

d) Makan vit c Shaklee 2 biji! Seriously! Ini bagi ibu yang menyusu la..Hamba juga bagi Aisya air jus Roselle cair. Roselle kan kandungan vit c tinggi. Vit c diketika ini amatlah diperlukan!
 

Ok, korang cubalah. InsyaAllah berkesan. Pada Aisya berkesan Alhamdulillah. Ini semua adalah hasil googling yg diprakatikkan oleh hamba. Hehe. Alhamdulillah, menjadi.

Intan,
Your Shaklee Independent Distributor
969249
013-2007824

No comments: