TIOMAN ISLAND
Aku habiskan masa 4 hari 3 malam di Tioman. Menjenguk atok dan nekda. Ambil peluang juga untuk cuci mata. Pak cik aku ada pelancong masa tu. Jadi, satu 'advantage' untuk aku kiranya. Meriah sikit chalet kat situ. Dengan ragam dan lagak pelancong.
Ketepikan cerita pelancong. Ketepikan juga aktiviti-aktiviti menarik sepanjang di sana. Yang mahu dicerita tentang kait 'agama' . Beruntung rasanya. Duduk di celah-celah manusia yang bercuti sakan. Faham-faham sajalah pelancong. Yang macam ini, yang macam itu. Memang macam-macam. Tapi, Alhamdulillah, lega rasanya. Dapat 'tazkirah' dari atOk dan juga pak cik. Satu malam yang dingin. Bergurukan dua tok guru, satu anak murid. Mungkin sukar untuk fahami 'total'. Tapi, 'tangkap' itu ada. Fahaman itu masuk. InsyaAllah. Agak lega. Sebab, dalam sehari kalau tak di motivasi, jiwa rasa tak tenang. Kacau.
Malam lain. Usai sudah makan malam hari akhir di Tioman, lepak-lepak dengan Nekda sambil menonton TV. Santai. Berbual-bual pelbagai isu. Tapi, isu malam itu lebih menjurus tentang 'penyakit' dan 'kematian'. Terasa macam satu isu menarik untuk dibincangkan.
MERSING, JOHOR
Tidak. Situasi sebenarnya masih di Pulau Tioman Pahang. Ketika berbual-bual dengan Nekda, telefon bimbitku berdering. Ah, siapa pula ni. Getus hati. Kacau saja. Lihat pada paparan skrin, rumah yang teleon. Angkat. Terdengar suara wanita sayup seakan-akan baru saja menangis. Itu suara mama.
Mama : Along..
Iqa : Ah sudah, napa pulak ni (getus hati)...Ya ma...esok alOng balik. boat pagi esok.
Mama : Bukan tu..Cik Zali dah meninggal.
Iqa : Cik Zali?...Cik Zali mana ma?..(sedikit terkejut)
Mama : (terdiam, agak lama)..Cik Zali yang salu hantar adik2 sekolah..
Iqa : (pening, siapa?)..Yang salu tinggal kereta kat abah tu ke ma?
Mama : Bukan (sebak)..Cik Zali Cik Idah
Iqa : (bertambah pening...pak long Zali ke?..apa kaitan ngan Cik Dah pak Besar lak..getus hati, tapi di tanya juga...)..Pak long Zali ke ma?.
Mama : Bukan!...Cik Zali bos angah...Laki Cik Idah..
Iqa : (serius terkejut)..Innalillah hi wa inna ilaihi ra'jiun.. Ia ke ma?..Nape tiba2?
Mama : bla bla bla...
Itu situasi di Mersing. Berita mengejutkan. Jiran. Memang sangat mengejutkan. Ajal maut, jodoh pertemuan, itu rahsia Allah. Ingat mati. Baca ini pula : Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Sehari.
PERSOALANNYA
Apa yang mahu kau timbulkan di sini sebenarnya?..aku nak cerita semua kalau boleh. Tapi aku ringkaskan ikut situasi. Seperti biasa, setiap hari, pasti luangkan sedikit masa untuk membaca. Ya, pasal ibu ini aku sudah baca suatu masa dulu. Seakan peringatan apabila ia kaitkan semula. Kalau kalian mahu baca, kalian boleh pergi sini : 8 Pembohongan Ibu kepadaku!
Hari ini. 22/10/10. Cik Idah datang rumah. Iqa, Cik Idah nak minta tolong topup 3 nombor ni..Terdiam aku..Topup dah habis. Lama juga aku tak masukkan duit. Bila orang datang, aku cakap topup habis. Tapi, yang datang ni Cik Idah. Lantas, aku ambil nombor-nombor tu. Baik Cik Idah, jap gi Iqa masukkan. Dalam hati, mana nak topup ni?...RM10 bole on9 lagi. Lagi 2 no ni nak RM5 setiap satu (mesti nombor anak-anaknya)..Mana nak top up on9 RM5?...Dan2, aku capai tudung, sweater..start enjin kereta..Pergi kedai topup. Sungguh aku tak sampai hati..
Mama ajak Cik Idah masuk rumah. Cik Idah kata, tak apalah. Aku ada kerja lagi ni. Salunya, Cik Idah pasti akan usik adik aku. Muka dia selalu tersenyum. Orangnya kelakar. Tapi ni, lain benar reaksinya. Aku tau dia sedih. Sebak. Tapi, tak nak tunjukkan.
Petang sedikit. Mama kata, esok Cik Idah buat tahlil. Minta mama buat makanan. Mama kata, kita sedekahkan saja. Aku tidak kisah. 'On saja'..Mama kata, Isnin ni temankan Cik Idah uruskan KWSP boleh?...Aku ia kan saja..Tak ada apa ma, kalau Cik Idah nak minta tolong apa2, ma suruh je Along. InsyaAllah, along bawa. Aku sebak. Serius dalam hati aku sebak. Sian ibu itu...Ibu yang baru saja bergelar 'ibu tunggal'..
Macam mana hari-hari yang bakal dilalui ibu itu?...Bukan itu sahaja yang aku fikirkan. Dari segala genap sudut aku fikirkan. Tapi, tak perlu diceritakan di sini. Cuma, aku terfikir, macam mana ibu itu hendak lalui semua itu?..Sangat kasihan. Tapi, aku teringat pula pada kata-kata ini ;
IBU,
KAU RATU HATIKU..
KAU WANITA PENGGONCANG DUNIA...
nota mata palsu ;
1) Lama benar tidak menaip.
2) Gambar di Tioman, mungkin untuk entri lain. Entri promote! =)
2) Moga Cik Idah kuat
3) Al-Fatihah buat arwah
4) Selalu sangat dengar akan kematian. Sungguh, aku takut.
5) Ibu, engkau sangat tabah, Moga terus kuat dan tabah!
6) Sekarang ni, kecoh dengan isu Islamic Fashion Festival dan juga 100 Storey Mega Tower. Geram.
5 comments:
takziah ek pada cik idah...ko pun jgn sibuk pk mati sangat...amal dah banyak ke??baik pikir cemana nak tingkatkan amal...
Gorengbaek - Aku nak tengok benda lain gak wei...+Announcement
Hidup balik!!
salam takziah
ko semakin matang int.. gembira untuk itu..
moga cik idah mu kuatmenghadapi dugaan ALLAH..moga anak2nya menjadi hamba yg soleh..
moga arwah di tmptkn dlm golongan mereka2 yg beriman di jannah-NYA.
setiap yg berlaku adalah kehendak pencipta
along : InsyaAllah..hehe, trima kasih ats nasihat rOck nya..InsyaAllah, lubang2 akn cuba tutp walau x sesempurna mana ;p
emi: pasti kmu kenal.
aiman : Alhamdulillah, moga 'matang' ini mendatangkan kebaikan. Perjalanan dan rentetan hidup ini perlukan prOses pembelajaran. InsyaAllah, moga mereka kuat. moga kita juga kuat. sesungguhnya kita mahluk Allah yg istimewa.
takeshi :Betul ,sumanya datang dri Dia. Atas kehendak Dia. O itu, harus percaya pada Qada dan Qadarnya. =)
Post a Comment