Showing posts with label buat rakan ku..... Show all posts
Showing posts with label buat rakan ku..... Show all posts

6.28.2011

AMLAH BINTI ABDULLAH - CHE AM




Akan merindui kalian. Entah bila akan berjumpa lagi.
Haya. Dayah. Isma. Che Am. Saadah. Leya. Nani. Kak Ayien.

Entri khas.
Tahniah sahabat di atas pertunangan. Bahasa pasarnya, opsss...anda sudah di 'COP!'..
Moga dipermudahkan segala urusan. Moga menggapai 'barakah'. Moga diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Hampir lengkap sudah. Bahagia rasa. Tahniah sahabat.
Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana 'beri rasa bahagia yg amat ini' pada sahabat hamba. Moga dipermudahkan ke jalan Mu ya Rabb.

No more 'gatal2', no more 'gedik2'. Kamu harus serius dalam hal ini. Bertolak ansur itu penting kawan. Jangan cepat melenting. Bahagia apabila melihat kamu bahagia.

Buat calon suami Amlah, jaga dia baik2. Kamu anak sulung. Dia anak bongsu. Harus nampak ada beza tingkah dan perangai. (ok, tak tipu, rasa nk nanges. belum kahwin lgi. baru tunang. adui.). Moga dipermudahkan jalan kamu berdua. Hamba doa yg terbaik untuk kamu berdua.


AMLAH BINTI ABDULLAH.



Hamba kenal dia dari tahun 1996. Darjah satu, Sekolah Agama. Bawa hingga ke sekolah menengah. Satu kelas juga. Masih boleh bawa cerita. Hingga ke Universiti juga. Nak tengok rapat lagi ke tak? Hamba satu bilik (roomate) dengan Amlah. Dari semester pertama, hingga semester enam. Tiga tahun pengajian di Universiti juga bersama dia. Hujung minggu juga bersama dia. Pulang ke kampung juga bersama dia.

Di hari pertunangan dia, hamba tak rasa sedih. Rasa gembira yang amat. Teruja sangat2 untuk lihat calon pilihan. Nah, tapi di saat entri ini di 'taip', hamba rasa sebak. Sahabat hamba mahu melangkah ke alam bahtera rumahtangga. Baitul muslim. Hamba rasa gembira. Tapi hamba juga rasa berat. Moga kamu berdua kuat untuk tempuh alam itu nanti. Moga kamu berdua persiapkan diri.

Nota mata palsu:
1) Kuat2 saja ya!

2) Fazli, hamba kenalkan Amlah. Amlah orangnya manja, gedik, gatal, sweet. Opsss..Tapi sangat serius apabila berbicara hal penting. Mudah ikut rentak bicara. Kamu bawa serius, dia akan jadi serius. Kamu bawa lawak, dia akan jadi lawak. Kamu bawa isu nakal, dia akan jadi nakal. Mudah saja dengan beliau. Asal tahu rentak beliau, maka mudahlah :)
3) Cepat2 nikah, kahwin!...Sekejap rasa tak sabar, sekejap rasa nantilah. Wei, aku tak terkejar wei~...hehe :)

4) Che am, ko di antara yang mengungguli carta :)..Hebat!

5) Eh, kawan2 amlah yang datang, hamba rindu kalian!

6) Ok lah, moga dipermudahkan Dia. Ameen ya Rabb

4.20.2011

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!

Assalamualaikum!...Salam bicara dimulakan...adeih~...Lama benar hamba tak menaip di laman blog hamba ni. MasyaAllah, 'last post' tarikh : 12/12/10...dan sekarang sudah menginjak ke tarikh: 20/4/11..Lama sungguh bukan?..

Entri ini, hamba tak nak cerita kenapa dan mengapa blog ini tidak di 'update'. Entri ini, hamba kira luahan hati hamba. Sungguh, hamba terkesan dek seorang perempuan. Nak 'update' di FB, pendek pula...nah, di sini hamba nak luahkan!...

Hamba tertarik dengan 'status' salah seorang kenalan hamba di FB..hamba kira, amat bersopan cara beliau luahkan apa yang mahu dinyatakan. Jadi, bukan beliau yang hamba mahu persoalkan. Tetapi, rakan beliau yang memberi 'komen'. Hangat!...Hamba tidak tertarik dengan komen rakan-rakan beliau yang lain, tetapi hamba amat2 tertarik dengan 'perempuan yang seorang ini'. Wah!...Bukan main emo beliau!...Kalau beliau emo, hamba juga emo!..Tapi, hamba tak mahu membalas secara keras. Itu bukan 'cara' hamba..Serius, hamba sendiri tidak mengenali 'siapa beliau'..

Ada 4 komen beliau yang hamba kira, begitu mengguris perasaan!..Tolong, anda sepatut nya tahu untuk membezakan antara dua ini: PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..dua PAKAIAN yg amat2 berbeza!..Hamba memang pantang betul bila ada yang mempersoalkan hal ini...Hamba tahu, hamba sendiri naif tidak kira dari PAKAIAN TAKWA mahupun PAKAIAN AURAT. Hamba tidak sempurna!..Tapi, tolonglah sahabat, tahulah bezakan antara dua ini. Hamba tidak mahu memandang serong pada yang bertudung, mahu pun yang tidak bertudung. Hamba juga tidak mahu memandang serong pada yang berperangai baik, mahu pun yang tidak berperangai baik. Hamba mahu 'positif2' saja. Jadi, tolonglah sama2 kita berfikiran positif!


'Komen beliau yang pertama, saudari yang amat hamba kasihi..saudari adalah seangkatan dengan hamba...keras sungguh kata2 saudari. CAPS LOCK!..hamba tidak mahu berkata, kami yang bertudung ini 'sempurna'. Ada kurangnya kami. Contoh am: Saudari tidak memakai tudung, tetapi perangai saudari baik. Alhamdulillah!...Hamba, memakai tudung (Alhamdulillah!), tetapi perangai hamba, Nauzubillah!...Nah, saudari sendiri dapat lihat bukan?..Saudari lebih di suatu sudut, tetapi kurang di suatu sudut. Hamba lebih di suatu sudut (Maha Suci Allah, moga contoh yang hamba berikan ini benar!), tetapi kurang di suatu sudut. Akal kita kadang2 hanya nampak pada suatu sudut itu baik, pada suatu sudut lagi itu buruk. Nah, terbatas sungguh kita ini bukan?...Memang tidak sempurna!..Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang kedua, MasyaAllah saudari..anda tunggu kami yang 'bertudung' ini menampakkan contoh yang terbaikkah?..Kami dah mulakan dengan 'bertudung', tidak mahu ikut yang inikah?..Terbuka hati untuk 'bertudung' hanya apabila melihat kami ini yang 'bertudung' dan 'berperangai baik'?..Sampai bila pun tak lepas saudari!...Kami yang bertudung ni pun masih belajar akan takwa daripada insan2 sekeliling, tidak kira sama ada yang bertudung mahu pun tidak bertudung. Perangai buruk tu, datang dari kita bukan? Tidak kira kita ini bertudung atau tidak bertudung bukan? Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang ketiga, Erk. Siapa yang memalukan kaum perempuan ni saudari (mungkin hamba?..Ya, mungkin hamba sebab hamba lampirkan permasalahan ini di sini..Mohon di jauhkan!..Moga benar apa yang hamba cuba sampaikan)...Bertudung atau tidak bertudung, perilaku, perangai tetap harus dijaga. Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, MasyaAllah, baik hamba kira!..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, MasyaAllah, baik juga hamba kira!..Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?...Ya Allah, siapa hamba untuk mempersoalkan mereka?..Siapa pula hamba untuk mempersoalkan saudari?..Ya, hamba tau hamba tidak layak. Tapi, tohmahan saudari ke atas kami yang bertudung ini sungguh keras. Hamba mau kita tengok balik. Kita sama-sama kurang, kita sama-sama lebih!..Kita patut belajar sama2 untuk menjadi lebih baik tidak kira dari segi apa2 pun. Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang keempat, MasyaAllah...yang ini hamba kira, saudari sendiri sudah tahu, kenapa kita 'bertudung'?..tak payah kira ikhlas la, tak payah kira suami la, tak payah kira mak bapak la, tak payah kira BF....yang perlu kita kira, kita ini bertudung atas melaksanakan perintah Dia!...Allah yang khaliq!...Kewajipan rasanya bukan?..Janganlah nak nafikan yang ini. hamba kira biar 'TERPAKSA' kerana yang SATU ini.

Ya Allah, maafkan hamba. Hamba bukan mahu mengaibkan kaum hamba sendiri. Hamba bukan juga mahu mengaibkan beliau. Sungguh, cantik paras rupa 'perempuan' yang hamba persoalkan ini. Tapi, tolonglah. Beliau harus tahu bezakan antara PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..Hamba tidak mahu memandang enteng pada yang tidak bertudung kerana MAJORITI rakan2 hamba yang tidak bertudung, sangat2 elok perilakunya. Dan hamba bersyukur, kerana dikurniakan juga rakan2 yang bertudung, yang juga sangat2 elok perilakunya. Hamba mahu 'positif2' sahaja.

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26) - Ini sudah cukup untuk menjawab segala tohmahan, persoalan hamba, saudari, mahupun insan2 di luar sana..


Nota mata palsu:
1) Maafkan hamba pada sahabat yang mengeluarkan 'status'. Anda seratus peratus tidak terlibat dalam hal ini. Hamba terkilan dengan kata2 perempuan ini sahaja
2) Maafkan hamba pada 'perempuan' ini. Hamba kira, beliau tidak tahu hamba mengutarakan permasalahan ini di sini. Tujuan hamba bukan untuk mengaibkan. Nauzubillah, jauhkan hamba dari perasaan itu!..Kalau kamu terbaca, hamba harap sangat kamu faham.
3) Jom, berusaha menjadi lebih baik!...Buang yang keruh, ambil yang jernih!..Sama2 menggapai redha Ilahi! :)
4) Maaf atas kekhilafan hamba dalam berkata2. Harap sampai!
6) Hamba rasa tunggang langgang pula apabila sudah lama tidak menaip entri!..Haha..harap sampai!

12.12.2010

MABRUQ!...KAHWIN + KOYONG (mOde: GEMBIRA)

Entri pendek lagi. Saya rasa mode malas saya dalam menaip ni makin teruk...aish~....Rasa nak hentam ini, nak hentam itu. Tapi, tangan ni betul-betul malas. Tak apa, kita teruskan dengan entri pendek (Kan dah nampak malasnya tu...sabar ajalah ;p)

KAHWIN
Ok, cuti-cuti sekolah ni, macam biasa, undangan perkahwinan. Feuwww~....Banyak... Tapi, anak kawan 'parent'. Kawan sendiri?...Haha, mungkin belum masanya kot baya-baya geng nak kahwin..ahhaaa, ALASAN ;p...Banyaknya majlis kahwin cuti-cuti ni...;p...Tahniah wt anak2 orang yg bru kawen tu ;p...Dalam banyak-banyak undangan, tertarik dengan satu undangan. Yelah, undangan rakan sekolah masa kecil. Tidak rapat, tapi rasa teruja sangat nak pergi 'coz' satu-satunya undangan sahabat 1987 ;p...

Tahniah buat member lama (skolah rendah) - Azmah Noor =)...Moga kekal bahagia dunia akhirat hendaknya...Barakallah!...



KOYONG
Pernah dengar?...Jika tidak silap, membawa erti kata: Siput (bahasa Sarawak).
Entri campur pasal haiwan. Eh, pasal makanan ;p....Ouh, saya sangat suka makan ini~....Sekarang, dah kurang minat tapi masih kategOri 'jatuh hati' kalau ada orang pelawa makan ;p...


Pernah makan ini?..Bukan spesies siput sedut yang biasa kita makan. Rasanya, sedap!...Kalau di masak lauk lemak macam dalam gambar ni, memang cara!...Kuah lemak tu 'will be very nice!'...(untuk orang yang tak suka lauk lemak seperti saya ;p ). Mungkin cara makannya agak leceh, tapi itu istimewanya ia!...Perlukan, pin untuk makan ;p


Sebelum makan ;P

Selepas makan ;p


Ok, cukup di sini Entri Tahniah dan Entri Makan. Daaaa ;p



Nota mata palsu:
1) Sori ye azmah ;p..last minute punya hadiah...heee ;p
2) 5 Cemerlang, Practicum Hayat 1H03, EM UM bila nak rasa nasi minyak?...haha^^..xda sOrang pun pecah tradisi ni!!!!
3) Hooo ^^...bergasak antara satu sama lain siapa nak pecah tradisi ;p..Tunggu n lihat ;p...Kinda teruja okeyh~~
4) Lupa nk amek gmbr ngn Azmah~...Aish...terkubur lagi hajat nak buat album 'ambil berkat'...Ahhaaa~..Maybe, next time!...sO, gambar ehsan saja la yOO^^
5) Teringat pula pelancong omputih: How nice you can eat rOck!....Ahhaaaa....Siput itu memang macam batu. Tapi, kami makan isinya sahaja!...Heee~
6) Ouh, selain siput, ada terselit 'gewang di situ'...Ala, yang besar-besar tuuuu...Itu kami panggil la..Tak taula tempat lain =)
7) Saya gadis kampung yang tak reti pakai kain batik. Makan saja reti. Apa nak jadi?



12.07.2010

BARANG HANTARAN TUNANG (terima kasih, kawan ;p )


Woooo.....last update: Birthday Ayoi~...aigOoo....lme nye xjenguk blOg sayaaaaaaaa ni.....^^....aish....~......windu,..windu...aiiiii...alasan lapuk: busy ckit ngn kerenah dan cabaran harian ;p..ahhaaaa...

Haha...tapi, macam xda pOint juga mO update....Ok, want update sOmething...jangan gelak kalau ada yang tengok gambar2 ni....hehe...;p

Banyak gila barang x tersusun~...So, pack them all!...Yeah~...akhirnya....

Edisi Gempak Starz~....Fevret Angah~....Ini baru yg dia punya stOk....saya punya stOk pula, opkos Utopia =)...Tapi, suma sudah kasi bungkus masuk kOtak2,simpan!...haha^^...Utopia since sekolah till habis universiti..Pastu, stOp~...dah xminat ^^...Simpan berkOtak2...aish, nasib dh bungkus~~



Ruang buku yang dah pack simpan tempat lain ;p...Tinggal buku2 yang btul2 nk guna jeee =)..Kasi ruang kosong sikit^^...Menyemak je~



Kotak hadiah tOo much ^^...Letak yg suka je...Hehe, maaf kotak2 laen..kamu terpaksa saya sumbat di tempat lain...



Haish~...barang yang masih tak tau nak letak mana...CD2!!!!!....Kena bli bekas ni...Forgot~...But, sweet kan bekas ni...Tq!.....ahhaaa, tip tOp...pasti hargai!



Sementelah ahli kelab dah kurang, boleh letak barang dengan jayanya ^^...Yoo...Built a new one tempat, bekas and letak barang2 perhiasan diri...



Yoo^^...Barang x tersusun yOoo...lantak p~...asal dah organize mane yang ni, mana yang tu~..Hehe..



Hu~...bilik ni banyak gila teddy bear adiah~...Ini pun yg biasa main...hehe, yg laen yg tOo small, masuk kOtak,simpan...ahhaa, bukan kami adik beradik pOmpuan xhrgai^^...tak tau nak letak mana dah~...Al-maklum bukn org kaya^^..Ruang bilik x besar mana ;p...



Put it kat atas...sebab, chOmell n bersih suci gitu ;p...



VersiOn black bOx kami ;p...Chomell x???...Dalam tu, suma ada khazanah cHomell ^^




Key chain^^...Penggemar gitu ;p...Masih ada key chain yang xsusun, simpan dalam laci lemari...hehe^^...



Barang cOntengan ^^...Haha, menjadi pengguna tegar barang2 ini sekarang ;p...Untuk tenangkan fikiran =)



Ini pula, barang2 craft Angah~...Angah sangat suka wt crafting^^...Barang2 craft dia yg laen xjumpa ;p...dalam almari dia gamaknya ^^..



Ini pula, minat Abby~...pergh, penggila brg hiasan mcm ni...Sama macam Angah, tapi ini Abby punya~...Angah pnya, dia bawak p Melaka~...haha..Masih ada lagi yg Abby punya, tapi xberani usik, letak dalam kOtak saja lah ye^^..(ouh, Abby juga penggemar Novel..tpi, nOvel nya telah d simpan rapi..sO, xjadi masalah dalam mengemas^^)



Last but not least...Aish, ini minat Angah lagi...penggemar jam!!!!!!....gila banyak jam dia ni~...yg ni suma, dia dah xminat dah~...haha...I dOnt like jam!..(berbeza sebentar ;p)


Nota mata palsu:
1) Memang xda pOint nak update kan?...
2) Oittt, bukan tunang ;p...klise lebih~...ahhaaa...
3) Pada kawan2 yang ada kasi gift, rasa teringin benar nak letak d setiap sudut hadiah yang kalian berikan ;p..Mahu saja rasa hargai..tapi, x ckup space la ^^......xle nak hias lebih2..Kang barang yg ni lebih, barang yg tu kurang..;p
4) Tema bilik: Hijau, hitam, cream/brown..sO, banyak benda berasaskan warna2 ni..Jangan sakit mata ;p..Hijau itu menenangkan tau!
5) Gembira dah pack barang2....terlalu banyak yang x organize oOOo ^^...Masih ada yang x organize, kena tunggu anak dara lagi 2 orang balik tuk discuss!!..
6) Frame2, beg2, kaca2, n sO on...later tggu mereka~.....
7) Dek Girl nye barang rahsia ;p..xnk publish kata nya~ ;p
8) Hu....saya rindu blog ni!!!!!...Sungguh!~...

10.22.2010

DEDIKASI KHAS: CIK IDAH ( IBU, KAU RATU HATIKU.. KAU WANITA PENGGONCANG DUNIA...)

Taip. Padam. Taip. Padam. Macam-macam cerita sebenarnya nak dicerita. Dari A hinggalah C..Tapi, macam 'mati kutu' tak tahu nak mula dari mana. Ikut situasi mungkin boleh buat cerita ini lebih tersusun.

TIOMAN ISLAND
Aku habiskan masa 4 hari 3 malam di Tioman. Menjenguk atok dan nekda. Ambil peluang juga untuk cuci mata. Pak cik aku ada pelancong masa tu. Jadi, satu 'advantage' untuk aku kiranya. Meriah sikit chalet kat situ. Dengan ragam dan lagak pelancong.

Ketepikan cerita pelancong. Ketepikan juga aktiviti-aktiviti menarik sepanjang di sana. Yang mahu dicerita tentang kait 'agama' . Beruntung rasanya. Duduk di celah-celah manusia yang bercuti sakan. Faham-faham sajalah pelancong. Yang macam ini, yang macam itu. Memang macam-macam. Tapi, Alhamdulillah, lega rasanya. Dapat 'tazkirah' dari atOk dan juga pak cik. Satu malam yang dingin. Bergurukan dua tok guru, satu anak murid. Mungkin sukar untuk fahami 'total'. Tapi, 'tangkap' itu ada. Fahaman itu masuk. InsyaAllah. Agak lega. Sebab, dalam sehari kalau tak di motivasi, jiwa rasa tak tenang. Kacau.

Malam lain. Usai sudah makan malam hari akhir di Tioman, lepak-lepak dengan Nekda sambil menonton TV. Santai. Berbual-bual pelbagai isu. Tapi, isu malam itu lebih menjurus tentang 'penyakit' dan 'kematian'. Terasa macam satu isu menarik untuk dibincangkan.


MERSING, JOHOR
Tidak. Situasi sebenarnya masih di Pulau Tioman Pahang. Ketika berbual-bual dengan Nekda, telefon bimbitku berdering. Ah, siapa pula ni. Getus hati. Kacau saja. Lihat pada paparan skrin, rumah yang teleon. Angkat. Terdengar suara wanita sayup seakan-akan baru saja menangis. Itu suara mama.

Mama : Along..
Iqa : Ah sudah, napa pulak ni (getus hati)...Ya ma...esok alOng balik. boat pagi esok.
Mama : Bukan tu..Cik Zali dah meninggal.
Iqa : Cik Zali?...Cik Zali mana ma?..(sedikit terkejut)
Mama : (terdiam, agak lama)..Cik Zali yang salu hantar adik2 sekolah..
Iqa : (pening, siapa?)..Yang salu tinggal kereta kat abah tu ke ma?
Mama : Bukan (sebak)..Cik Zali Cik Idah
Iqa : (bertambah pening...pak long Zali ke?..apa kaitan ngan Cik Dah pak Besar lak..getus hati, tapi di tanya juga...)..Pak long Zali ke ma?.
Mama : Bukan!...Cik Zali bos angah...Laki Cik Idah..
Iqa : (serius terkejut)..Innalillah hi wa inna ilaihi ra'jiun.. Ia ke ma?..Nape tiba2?
Mama : bla bla bla...

Itu situasi di Mersing. Berita mengejutkan. Jiran. Memang sangat mengejutkan. Ajal maut, jodoh pertemuan, itu rahsia Allah. Ingat mati. Baca ini pula : Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Sehari.

PERSOALANNYA
Apa yang mahu kau timbulkan di sini sebenarnya?..aku nak cerita semua kalau boleh. Tapi aku ringkaskan ikut situasi. Seperti biasa, setiap hari, pasti luangkan sedikit masa untuk membaca. Ya, pasal ibu ini aku sudah baca suatu masa dulu. Seakan peringatan apabila ia kaitkan semula. Kalau kalian mahu baca, kalian boleh pergi sini : 8 Pembohongan Ibu kepadaku!

Hari ini. 22/10/10. Cik Idah datang rumah. Iqa, Cik Idah nak minta tolong topup 3 nombor ni..Terdiam aku..Topup dah habis. Lama juga aku tak masukkan duit. Bila orang datang, aku cakap topup habis. Tapi, yang datang ni Cik Idah. Lantas, aku ambil nombor-nombor tu. Baik Cik Idah, jap gi Iqa masukkan. Dalam hati, mana nak topup ni?...RM10 bole on9 lagi. Lagi 2 no ni nak RM5 setiap satu (mesti nombor anak-anaknya)..Mana nak top up on9 RM5?...Dan2, aku capai tudung, sweater..start enjin kereta..Pergi kedai topup. Sungguh aku tak sampai hati..

Mama ajak Cik Idah masuk rumah. Cik Idah kata, tak apalah. Aku ada kerja lagi ni. Salunya, Cik Idah pasti akan usik adik aku. Muka dia selalu tersenyum. Orangnya kelakar. Tapi ni, lain benar reaksinya. Aku tau dia sedih. Sebak. Tapi, tak nak tunjukkan.

Petang sedikit. Mama kata, esok Cik Idah buat tahlil. Minta mama buat makanan. Mama kata, kita sedekahkan saja. Aku tidak kisah. 'On saja'..Mama kata, Isnin ni temankan Cik Idah uruskan KWSP boleh?...Aku ia kan saja..Tak ada apa ma, kalau Cik Idah nak minta tolong apa2, ma suruh je Along. InsyaAllah, along bawa. Aku sebak. Serius dalam hati aku sebak. Sian ibu itu...Ibu yang baru saja bergelar 'ibu tunggal'..

Macam mana hari-hari yang bakal dilalui ibu itu?...Bukan itu sahaja yang aku fikirkan. Dari segala genap sudut aku fikirkan. Tapi, tak perlu diceritakan di sini. Cuma, aku terfikir, macam mana ibu itu hendak lalui semua itu?..Sangat kasihan. Tapi, aku teringat pula pada kata-kata ini ;

IBU,
KAU RATU HATIKU..
KAU WANITA PENGGONCANG DUNIA...


nota mata palsu ;
1) Lama benar tidak menaip.
2) Gambar di Tioman, mungkin untuk entri lain. Entri promote! =)
2) Moga Cik Idah kuat
3) Al-Fatihah buat arwah
4) Selalu sangat dengar akan kematian. Sungguh, aku takut.
5) Ibu, engkau sangat tabah, Moga terus kuat dan tabah!
6) Sekarang ni, kecoh dengan isu Islamic Fashion Festival dan juga 100 Storey Mega Tower. Geram.




9.09.2010

DEDIKASI KHAS: SALAM AIDILFITRI + HADIAH HARI RAYA DARI NUFFNANG (CHEQUE!)


Ramadhan sudah meninggalkan kita saat int coretkan entri baru ini... Sgt sedih. Tapi harus merelakan. xnk raya boleh?...hehe..

Erm..ok, di kesempatan ni, int nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yang mengenali int..xkenal pun xpe...khas untuk umat Islam seantero terutamanya...nampak macam mudh saja ucapan ni...tapi, sungguh int maksudkannya..sekiranya ada salah dan silap int sepanjang dan selama ini, harap di maafkan kekhilafan diri ini. Moga dengan berlalunya Ramadhan dan munculnya bulan Syawal, kita semua akan terus utuh bersatu dan terus utuh untuk meneruskan perjuangan kita. Perjuangan yang satu. Itu yang pasti.

Dedikasi khas ;

1) Buat ayahanda, ibunda, dan seisi keluarga int. Juga datuk, nenek, dan saudara mara int
2) Buat keluarga-keluarga angkat int ( a big appreciation to all of them ) dan juga keluarga arwah (thanx ats ingtn dan kad raya nya..sgt sweet. rindu rendang kalian)
3) Buat teman-teman seperjuangan ;
-Teman seperjuangan di sekolah rendah (Sek. Ren. Keb Ahmad Pekan, Pahang & Sek. Ren.
Keb Sri Mersing, dan Sek.Ren Keb Sri Pantai)
-Teman seperjuangan di sekolah menengah (Sek. Men Keb Sri Mersing, Sek Agama Sri Pantai, dan Sek Agama Bukit Timbalan)
-Teman seperjuangan di matrikulasi ( KMPH)
-Teman seperjuangan di universiti (Universiti Malaya - yg ni ramai...x terucap)
-Teman seperjuangan Bloggers (memang entri ni juga khusus buat korang)
-Teman seperjuangan di....dot dot dot...hehe..
4) Buat yang mengenali diri @ pun xkenal diri ni..
4) Buat yang membaca entri ini juga...tidak kira siapa pun kamu =)

Ok, sampai sini sahaja. Got a job to do..daaaa =)


nota mata palsu:
1) maaf, xbuat 'tagged di FB (nanti penuh notification kOrg and nanti tkut terlepas pndg ;p )
2) sengaja buat di sini, agar rakan bloggers turut sama diraikan =)
3) int dapat duit raya dari NUFFNANG..thnx nuffnang!..suka2..
4) kasut kt ats ni, bukn utk raya..tpi, dibeli atas sebab int dlm prOses sekali lagi ubah imej int..dOakan int agar istiQamah...masih seperti dahulu..sedikit-dikit sahaja. Moga di bulan yang mulia ini, hati int semakin kuat.
5) kami adik beradik yang comel. saja. comel ke? (lawan Along... ni baru comel long ;p )
6) Alhamdulillah, rezeki kecil-kecil selalu sahaja muncul. Syukur. Semuanya dipanjatkan padaNya.
7) Maaf, selalu saja int tidak menjemput kalian ke rumah. ReasOn ?...rumah int sentiasa kena serbu tiap-tiap tahun. Jadi, xperlu ajak. Kalian tahu, kalau kalian mahu pergi ke rumah int. Rumah kami sentiasa terbuka. Terpulang =)..
-QUOTE KATA SENDIRI DARI FB ;
semoga Ramadhan kali ini mengajar kita erti kesabaran, kesyukuran, keimanan, dakwah, ukhuwah yg sebenarnya.. n juga mbawa kita mncapai ketaqwaan yg diinginkan o Allah. Moga d saat akhir Ramadhan ini, kita masih mampu utk meneruskannya dengn pnuh erti juga...

Semoga beroleh Ramadhan yg d harapkan dan semOga hari raya yg bakal d smbut nnti, juga menjadi 1001 erti buat dri kita..tQ sahabat ;p

p/s: pohon maaf d pinta ;p..

8.18.2010

PENGHARGAAN + BERBLOG? (ada aku kisah?)


Berblog~ pertama kalinya menulis blog: Pada 16 September 2008...Okey, untuk entri kali ini, mahu menggunakan perkataan 'aku'...Kadang-kadang terfikir, sudah berapa kali dah pun terfikir...apa tujuan kmu berblog intan shafiqah?..x tipu...berkali-kali soalan ini di soal...

Pada asasnya, aku menulis blog kerana 'ikutan' ...jawapan yang pasti dan tepat..Menjengah dan melihat kehidupan insan lain, buat diri rasa 'teruja', 'teringin'...Mereka ada kehidupan mereka, aku juga ada kehidupan aku..tidak salahkan untuk aku menulis kisah suka duka hidup aku?

Itu saat-saat dahulu..Menulis daripada tiada idea sehingga muncul idea di benak fikiran...Sekarang, menulis untuk apa pula intan shafiqah?

.............................????

Mungkin, masih boleh menggunakan ayat yang sama, kisah suka duka hidup aku...aku kan punya kehidupan?...

Tapi, aku sudah hilang identiti?...dan aku masih mencari identiti itu...aku keliru dengan gaya penulisan aku sendiri...aku garap penulisan aku dengan gaya apakah?

Jawapan: GAYA BEBAS =)...'kuang lentang' ada...'kupu-kupu' ada....'berirama' ada...'kuak dada' ada....'katak' pun ada...tapi, lebih kepada 'GAYA BEBAS'

Mungkin pengaruh jawapan GAYA BEBAS itu di sebabkan oleh 'blogger' dan 'nuffnangers'..Tidak aku nafikan, pada awal aku berblog, ianya hanyalah sekadar menceritakan insan-insan d sekeliling aku dan sebagai ceritera kehidupan aku sendiri...Tidak kisah sama ada, ada 'followers' @ tidak...aku menulis untuk menceritkan kehidupan aku..aku punya kawan-kawan yang bisa baca dan berkongsi sedikit kisah hidup mereka juga dengan aku..Itu sudah cukup dan memadai..Aku tidak perlukan insan lain...

Tapi, itu dulu..sekarang?....Baru aku tahu, bukan aku dan kawan-kawan aku sahaja yang ada kehidupan...makhluk-makhluk yang aku tidak kenal juga punya kehidupan...

Dan kerana kehidupan itulah, menghidupkan aku semula...menjadi wadah untuk aku menulis semula ...aku pernah 'mati seketika'...umpama dalam keadaan 'walang'...aku pernah berhenti dari arena penulisan maya ni...itu semua gara-gara aku kehilangan pembaca setia aku sendiri..pembaca yang tidak pernah jemu pun untuk membaca kisah hidup aku...dan aku tidak punya cerita lagi untuk di ceritakan..aku bukan suka mengheboh-hebohkan cerita aku...siapa yang nampak aku, dia baca...siapa yang tak nampak aku, dia tulikan saja mata dia..aku tidak kisah semua tu..tapi, dia sudah tiada lagi...rakan-rakan seangkatan aku yang juga menulis blog, sudah lama meninggalkan arena ni..meninggalkan aku seorang terkontang kanting...aku tak tipu...aku rindukan mereka...kalau boleh, masih mahu melihat mereka mencoretkan cerita hidup mereka...cerita hidup mereka indah...

tapi...seperti yang aku katakan tadi, kehidupan itulah yang menghidupkan aku...pernah suatu ketika, aku lalui jalan suram yang aku kira amat perit...blog ini tempat luahan aku...sahabat-sahabat aku, sudah jauh meninggalkan aku (maaf sahabat, aku agak terkilan di situ)...waima kamu semua masih ada di dunia nyata, aku tidak rasakan bibit-bibit kehadiran kalian secara dekat dalam hidup aku..cukup sekadar aku katakan, kalian ada di dunia nyata ini dan bila diri ini butuh kalian, kalian akan munculkan diri...~umpama chipsmore...~...maaf sahabat, ini adalah 'general' pernyataan yang keluar dari hati aku...

berbalik pada kehidupan yang menghidupkan aku di arena maya ini..aku hanya mampu ucapkan terima kasih..makhluk-makhluk yang aku tidak kenal, 'bloggers', nuffnangers'...itu yang menghidupkan aku...kenapa aku harus 'mati' terus ?...aku juga ingin 'gah' dan punya kehidupan seperti yang mereka ada! =)...terima kasih sekali lagi aku ucapkan buat kalian!...TERIMA KASIH!
with lot of love: aku menulis dengan penuh 'cinta'

Nota mata palsu:
1) eh, masih ada yang aku mahu persoalkan...bukan lagi soalan kenapa aku berblog....tapi, kenapa 'cara penyampaian aku dalam berblog' berbeda-beda?'...tidak 'stick' ?...sekejap macam ini, sekejap macam itu?..
2) sahabat, aku bukan terkilan apa...aku terkilan, kalian sudah tiada di blog ini sahaja..hehe...kalian masih ada di facebook aku, masih ada di hp aku...tapi aku tamak, aku x rasa cukup pun!...hehe...dan mungkin, apa yang aku keutarakan di atas, pusingan kata...kalau kalian baca, harap kalian faham..dalam...memang dalam..
3) kalian rasa, melalui gaya penulisan seseorang itu, dapat menggambarkan identiti dan sifat seseorang itu @ tidak?
4) gaya penulisan kalian itulah yang buatkan gaya penulisan aku berbeda (nah, jawapan no.1 aku bgi =) ...rupanya~...)
5) aku dah lama x cerita kisah harian aku dalam blog ini...mgkin, nanti...mode skrg masih pd general..
6) eh, sebenarnya bukan menulis kan?...menaip!...haha..
7) btw, ukhwah fillah abadan abada..moga Allah redha akan persahabatan kita semua=)
8) Okey, last but not least...apa pula tujuan kalian berblog?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Entri luar: Cuba kalian jengah blog ini...TUJUHHARIMENCARICINTA (sik terlupa untuk khabarkan...hehe...)...kalian kenal 'gadis' ini?

8.14.2010

REDHA + AL-FATIHAH BUAT BLOGGER: ZAZA

Meletakkan sesuatu pada keadaan bukan senang...Entri kali ini lebih berbentuk tazkirah..Ya, mungkin terbawa-bawa dengan 'mode' Ramadhan...tapi, baik untuk diri rasanya...ia, minimakan segala calar2/parut diri...Rasanya, sebelum menginjak Ramadhan lagi, ketika bulan Syaaban lagi....~yang int kira, paling banyak int terima berita akan kematian dan musibah...Rasa terpanggil untuk memberi kata-kata semangat pada mereka yang mengalaminya...Hanya empunya diri yang tahu betapa luluh, betapa sukarnya untuk menghadapi situasi itu..Tapi, alangkah 'naifnya' diri...Hanya mampu berkata-kata dari jauh...Masakan tidak, tidak mengenali rapat pun dengan mereka..

Andaikata int di beri peluang untuk turut sama merasa apa yang mereka alami, insyaAllah, kata-kata ini yang akan int lampirkan pada mereka...Mungkin, serba sedikit akan meredakan lelah dihati mereka...Buat mereka, jangan sesekali mempersoalkan dan menyalahkan apa yang berlaku ke atas mereka...itu suma adalah takdir...segalanya adalah qada' dan qadar Allah...segalanya, ketentuan Dia...Dia yang lebih tahu..Subhanallah, Allah Maha Besar...Maha bijak percaturanNya..Setiap persoalan yang timbul di benak fikiran mereka, Allah lebih dahulu menjawab persoalan2 itu dalam ayat-ayatNya..Bersabarlah wahai kalian..Semoga persoalan kalian terjawab dan moga kalian redha.


Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya."
(Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139) "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?
(Al-Ankabut : 2-3)



Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kalian, juga diri int sendiri menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya....Wallahualam~..


nota mata palsu: 1) Al-fatihah buat blogger, Zaza atas pemergiannya menghadap Ilahi..Salam takziah daripada int buat keluarga Zaza...Sesungguhnya, penghujung akhir nyawa kita, adalah penuh rahsia.. 2) Moga diri ini juga tabah dalam menghadapi segala rintanganNya..Kematian banyak mengajar erti diri ini dalam menjadi hambaNya...3) Takut untuk menghadapi kematian..Tidak kira orang sekeliling mahupun diri sendri....Tidak dapat digambarkan perasaan...Moga diri ini kuat untuk menghadapinya..~Kadangkala goyah juga diri ini apabila teringat akan kematian..4) Teringat pula kata-kata sahabat, andai Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir kita...If tomorrow never comes 5) Sedang 'belajar semula' menaip menggunakan 'frasa kata' penuh...6) Credit to Tazkirah FB...=)


3.31.2010

CONTACT LENS MURAH AND BERBALOI-BALOI

HUHU.....LMAE GILE SEYH X UPDATE =(.....XDA MASE COZ BYK TERLIBAT NGN KERJA2 D UMAH......WUAAAA.....WINDU NGN BLOG NI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


OK....X NK CITE PAPE...(XCELI A LOT OF STORY NK CITE !!!!!....TPI, NNTI LA....)....

ERM....LUPE....SAPE2 LALU SINI AND TERBACE SINI,

JOM SINGGAH BLOG INT LAGI SATU, CHEAPER DUPER POPLULAR LENS ....


sape2 nk order CONTACT LENS yg COMEL2 n muarah, jom order ngn int k!>>..~duration 1 yaer meh!...lme oOOOo...murah pun murah...comel pun comel..ap lgi mau????....besh!!...

hehe...blOg tu pun int xsempat nk update...insyaAllah, terdekat ni int update....int bru buka batch order ke 3 (start from today 01 APRIL 2010 till 10 APRIL 2010)...sape2 nk order, cepat2!>...int masih trima order!>..trima kasih ats suppOrt anda semua!!!!!!!!!!!!!


3.05.2010

A GIRL GONE MISSING - Spread the message and help to find her!

I have received an email bOut member Razan saying that her beloved sister gone missing last week and no news so far. Hope you all members out there to give a hand of help for Razan’s family and spread thismessage.


Dont stay indifferent!...you never know when ur family will be in a need of help!!! Spread the message and help to find her!

If you have seen Siti Syakirah or you have any information please call the numbers bellow.


Spread the message and help to find her!!!!



Our prayers are with you Siti!


2.06.2010

SAYA MENANG RM7000 (PELANGGAN CELCOM)

melayan panggilan dari celcOm~

yay~...saya menang rm7000?//....wah, gempak seyh,,,,'AGAK TERUJA' mendengar nye bukan?

erk, rm7000???...celcoM nk kasi?...walawey...wt lawak bOdoh jela ...ade ke celcOm nk bgi cbutan bertuah....klO celcom nk wt cmtu, lme dh wt prOmotion besar2 an....tercetak d dada2 akhbar n media2 laen gitu =)

pagi tadi: BERSIAP utk ke RESORT okeyh =)

pekerja indOn aka pekerja celcOm : hello, camat ciang (ade felat2 ckit)....ini pemilik nO. 013-2.........???

pengguna celcOm yg tulus : ye, saya pemilik nO ni...siapa ni..ade ape ye? (bajet2 custOmer call utk reserve room~dgn nada 'prOfessiOnal nye')

pekerja indOn aka pekerja celcOm : terlebih dahulu, tahniah ya di ucapkan buat 'inchiQ' (inchiQ okeyh =)..ade felat2 sikit or adakah suara daku mcm Encik??~haha) dan kuluarga (keluarga okeyh =) )....caya (masih felat rupa nya) ingin beritau 'inchiQ' udah menang cabutan bertuah celcom sebanyak rm7000.00..'enchiQ' adalah d antara beberapa org yg terpilih utk ari ini,...(wah,,sape x teruja wei nk dapat rm7000???)...~xpe layankan saja..
sebelum itu, saya mO nanya (dengan jelasnya dia 'speak' indOn seyh =) ), adakah 'inchiQ' menggunakan perkhidmatan Maybank?
pengguna celcOm yg tulus : ye, saye memg mggunakan prkhdmtn Maybank....

pekerja indOn aka pekerja celcOm : sebenarnya gini 'inchiQ', pihak kami akan memasukkan rm7000 ke dalam akaun 'inchiQ' dan 'inchiQ' haruslah mengeluarkannya di mesin ATM...'incheQ' mempunyaki kad ATM?...bOleh 'incheQ' meluangkan sedikit masa dengan pergi ke mesin ATM utk pengeluaran wang?....pengeluaran wang cabutan cuma mengambil mase 2-3 minit (heh, kO nk trace ak hape?...)....bOle 'incheQ' luangkan mase?...bpe lme jarak 'incheQ' dgn mesin ATM?

pengguna celcOm yg tulus : kad ATM memg ad (haha..xda okeyh!....kad kena buat bru***...next week bru nk wt okeyh..cm tau2 je ak bru p bank Maybank smalam utk aktifkan smula bank ni)...luangkan mase?.. (huh, serius, mase ni malas dh nk layan....nk pegi keje okeyh..i dh lmbt!!!)...erm, saya sibuk sekarang..saye ade keje sedikit...erm, btw..bOle saye tau..mcm mne saya nk percaya yg saye meng cabutan bertuah ni ye?..

pekerja indOn aka pekerja celcOm : caya tepOn 'incheq' ini betul2, bukan maen2..saye wakil celcOm dri Jalan Semarak, KL utk memberitahu 'incheQ' mendapat rm7000.

pengguna celcOm yg tulus : oh, okey...n macam mana saya nk tau pggilan ini palsu atau tidak ye?

pekerja indOn aka pekerja celcOm : kalO 'incheQ' tidak percaya, 'incheQ' bOleh pergi ke mesin ATM utk menebus wang cabutan bertuah 'incheQ' (hO, suka benO ye nk suh ak p ATM tu)..bOleh 'incheQ' luangkan mase sebentar?

pengguna celcOm yg tulus : oh, maaf ...saya sgt sibuk sekarang ni...saya x akan pergi ke bandar utk hari ni..

pekerja indOn aka pekerja celcOm : oh, cibuk ya (masih slang pelat nye )..klO gitu, bila ya 'incheQ' bOleh luangkan sedikit masa utk pergi ke mesin ATM (okey, dia btul2 nk suh ak p)???

pengguna celcOm yg tulus : maaf, saya btul2 xdapat pergi..ari ini n esok, saya sgt2 bZy n saya xpegi bndr....senang cite, encik masuk je duit tu ke akaun....ade mase nnti, saya cash kan lah..(haha~.....ngOngbe tOl..klO dh menag duet, ikut suka ak la nk cash kan bila kan?...ade la ni gk nk suh ak...huh, nk trace mase ak msuk kad ATM ak ye...bOle bla~)

pekerja indOn aka pekerja celcOm : maaf 'incheQ' , pihak celcom hanya akan memasukkan wang ke akaun 'inchiQ' hari ini juga..sekiranya, 'incheq' tidak pergi ke mesin utk keluarkan wang arini, celcOm terpaska beri hadiah cabutan ini pada pengguna celcom lain. (oh, macam tu pula?..pndai kO putr ye....nk bgi ak terpesOna lgi ngn angka rm7000 tu??,,,haha~)

pengguna celcOm yg tulus : erm, klO macam tu xpela....saya betul2 bZy ni....n sebelum tu, saye nk tny, btul ke ni dari pihak celcOm ye (mne ak x was-was nye..suara ala2 wak karjo gitu..hehe...)

pekerja indOn aka pekerja celcOm : 'incheQ' , caya tidak akan tipu 'incheQ'..buat apa caya mO tipu 'incheQ' dengan 'mebazir kredit' utk tepon 'incheQ' (ellO??????...if celcOm call, diOrg xheran pun melayang bpe hengget okeyh...celcOm yg byr kot...bukn pekerja dia ...)

pengguna celcOm yg tulus : oh, ok...klO macam tu, mcm mne saye bOle 'redeem' wang cabutn ni ye'?

pekerja indOn aka pekerja celcOm : begini 'incheQ', 'incheQ' sila pergi ke mesin ATM terdekat, n keluarkan wang cabutan itu dengan segera ya..bpe lma dri tempat 'incheQ' tu utk ke mesin ATM terdekat?...

pengguna celcOm yg tulus : erm, kire2 dlm 30 minit...klO gitu, encik call saye smula dm mse 30 minit...

pekerja indOn aka pekerja celcOm : (teruja gamaknya)...baeklah, nnti caya akan tepOn 'incheQ' dlm masa 30 minit lgi..

(talian tutp sebntr)...**bersiap2 utk ke resort***

dlm perjalanan, telefOn berdering lgi ...oh, nOmbor private ni lagi..ok, mari menjawab!....

pekerja indOn aka pekerja celcOm : camat ciang...incheQ cudh berada d ATM?

pengguna celcOm yg tulus : oh, maaf..saya tidak dapat pergi ke mesin ATM..saya harus pergi ke tempt kerja dengan segera.

pekerja indOn aka pekerja celcOm : oh, klO begitu, bila ye 'incheQ' dapat luangkan mase utk ke mesin ATM..?

pengguna celcOm yg tulus : maaf ye, saya btul2 xdapat pergi ke ATM..

pekerja indOn aka pekerja celcOm : bagaimana dgn esOk harinya??? (esok harinya?...ni yg rse nk sesumpah ni***....ellO, bukn wak karjO kte adiah kena tntut arini juga ke??..haha)

pengguna celcOm yg tulus : oh, esok saye maseh sibuk...xpela encik, begini...saya sedekahkan saje rm7000 tu kepada encik...encik amek la buat blanja anak2...saya xnk duit 2..saye bgi encik aje ye...

pekerja indOn aka pekerja celcOm: (tercengang gamaknya~, cOz wak karjO ni tetibe jadi gagap n pekak)..erk, ape 'incheQ' cakap..?

pengguna celcOm yg tulus : x, saya kate..amek la duit tu..saya bgi trus kat encik dgn senang hatinya...rm7000 pun okey kan..byk tu...

pekerja indOn aka pekerja celcOm : (terkedu plak kOt) ...(diam)

pengguna celcOm yg tulus : ok, encik blanja duit tu baik2 okeyh...daaa...

(sepanjang perbualan pertama dan kedua~LOUDSPEAKER okeyh..pkai i lupe rakam..haha)...
(sepanjang perbualan kedua~d dengari oleh satu keluarga okeyh..haha..kami bantai gelak sakan...okeyh, saya dpt rm7000 babe..sape mO kasi..jOm, sape nk d blnja?...haha~)
(cerita d pendekkan cOz xpndai nk bercerita secara details)

TAMATLAH KISAH PEMENANG RM7000 SEKELIP MATA NI =)