Showing posts with label atiku berbiCara... Show all posts
Showing posts with label atiku berbiCara... Show all posts

4.20.2011

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!

Assalamualaikum!...Salam bicara dimulakan...adeih~...Lama benar hamba tak menaip di laman blog hamba ni. MasyaAllah, 'last post' tarikh : 12/12/10...dan sekarang sudah menginjak ke tarikh: 20/4/11..Lama sungguh bukan?..

Entri ini, hamba tak nak cerita kenapa dan mengapa blog ini tidak di 'update'. Entri ini, hamba kira luahan hati hamba. Sungguh, hamba terkesan dek seorang perempuan. Nak 'update' di FB, pendek pula...nah, di sini hamba nak luahkan!...

Hamba tertarik dengan 'status' salah seorang kenalan hamba di FB..hamba kira, amat bersopan cara beliau luahkan apa yang mahu dinyatakan. Jadi, bukan beliau yang hamba mahu persoalkan. Tetapi, rakan beliau yang memberi 'komen'. Hangat!...Hamba tidak tertarik dengan komen rakan-rakan beliau yang lain, tetapi hamba amat2 tertarik dengan 'perempuan yang seorang ini'. Wah!...Bukan main emo beliau!...Kalau beliau emo, hamba juga emo!..Tapi, hamba tak mahu membalas secara keras. Itu bukan 'cara' hamba..Serius, hamba sendiri tidak mengenali 'siapa beliau'..

Ada 4 komen beliau yang hamba kira, begitu mengguris perasaan!..Tolong, anda sepatut nya tahu untuk membezakan antara dua ini: PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..dua PAKAIAN yg amat2 berbeza!..Hamba memang pantang betul bila ada yang mempersoalkan hal ini...Hamba tahu, hamba sendiri naif tidak kira dari PAKAIAN TAKWA mahupun PAKAIAN AURAT. Hamba tidak sempurna!..Tapi, tolonglah sahabat, tahulah bezakan antara dua ini. Hamba tidak mahu memandang serong pada yang bertudung, mahu pun yang tidak bertudung. Hamba juga tidak mahu memandang serong pada yang berperangai baik, mahu pun yang tidak berperangai baik. Hamba mahu 'positif2' saja. Jadi, tolonglah sama2 kita berfikiran positif!


'Komen beliau yang pertama, saudari yang amat hamba kasihi..saudari adalah seangkatan dengan hamba...keras sungguh kata2 saudari. CAPS LOCK!..hamba tidak mahu berkata, kami yang bertudung ini 'sempurna'. Ada kurangnya kami. Contoh am: Saudari tidak memakai tudung, tetapi perangai saudari baik. Alhamdulillah!...Hamba, memakai tudung (Alhamdulillah!), tetapi perangai hamba, Nauzubillah!...Nah, saudari sendiri dapat lihat bukan?..Saudari lebih di suatu sudut, tetapi kurang di suatu sudut. Hamba lebih di suatu sudut (Maha Suci Allah, moga contoh yang hamba berikan ini benar!), tetapi kurang di suatu sudut. Akal kita kadang2 hanya nampak pada suatu sudut itu baik, pada suatu sudut lagi itu buruk. Nah, terbatas sungguh kita ini bukan?...Memang tidak sempurna!..Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang kedua, MasyaAllah saudari..anda tunggu kami yang 'bertudung' ini menampakkan contoh yang terbaikkah?..Kami dah mulakan dengan 'bertudung', tidak mahu ikut yang inikah?..Terbuka hati untuk 'bertudung' hanya apabila melihat kami ini yang 'bertudung' dan 'berperangai baik'?..Sampai bila pun tak lepas saudari!...Kami yang bertudung ni pun masih belajar akan takwa daripada insan2 sekeliling, tidak kira sama ada yang bertudung mahu pun tidak bertudung. Perangai buruk tu, datang dari kita bukan? Tidak kira kita ini bertudung atau tidak bertudung bukan? Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang ketiga, Erk. Siapa yang memalukan kaum perempuan ni saudari (mungkin hamba?..Ya, mungkin hamba sebab hamba lampirkan permasalahan ini di sini..Mohon di jauhkan!..Moga benar apa yang hamba cuba sampaikan)...Bertudung atau tidak bertudung, perilaku, perangai tetap harus dijaga. Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, MasyaAllah, baik hamba kira!..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, MasyaAllah, baik juga hamba kira!..Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?...Ya Allah, siapa hamba untuk mempersoalkan mereka?..Siapa pula hamba untuk mempersoalkan saudari?..Ya, hamba tau hamba tidak layak. Tapi, tohmahan saudari ke atas kami yang bertudung ini sungguh keras. Hamba mau kita tengok balik. Kita sama-sama kurang, kita sama-sama lebih!..Kita patut belajar sama2 untuk menjadi lebih baik tidak kira dari segi apa2 pun. Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel'

'Komen beliau yang keempat, MasyaAllah...yang ini hamba kira, saudari sendiri sudah tahu, kenapa kita 'bertudung'?..tak payah kira ikhlas la, tak payah kira suami la, tak payah kira mak bapak la, tak payah kira BF....yang perlu kita kira, kita ini bertudung atas melaksanakan perintah Dia!...Allah yang khaliq!...Kewajipan rasanya bukan?..Janganlah nak nafikan yang ini. hamba kira biar 'TERPAKSA' kerana yang SATU ini.

Ya Allah, maafkan hamba. Hamba bukan mahu mengaibkan kaum hamba sendiri. Hamba bukan juga mahu mengaibkan beliau. Sungguh, cantik paras rupa 'perempuan' yang hamba persoalkan ini. Tapi, tolonglah. Beliau harus tahu bezakan antara PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..Hamba tidak mahu memandang enteng pada yang tidak bertudung kerana MAJORITI rakan2 hamba yang tidak bertudung, sangat2 elok perilakunya. Dan hamba bersyukur, kerana dikurniakan juga rakan2 yang bertudung, yang juga sangat2 elok perilakunya. Hamba mahu 'positif2' sahaja.

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26) - Ini sudah cukup untuk menjawab segala tohmahan, persoalan hamba, saudari, mahupun insan2 di luar sana..


Nota mata palsu:
1) Maafkan hamba pada sahabat yang mengeluarkan 'status'. Anda seratus peratus tidak terlibat dalam hal ini. Hamba terkilan dengan kata2 perempuan ini sahaja
2) Maafkan hamba pada 'perempuan' ini. Hamba kira, beliau tidak tahu hamba mengutarakan permasalahan ini di sini. Tujuan hamba bukan untuk mengaibkan. Nauzubillah, jauhkan hamba dari perasaan itu!..Kalau kamu terbaca, hamba harap sangat kamu faham.
3) Jom, berusaha menjadi lebih baik!...Buang yang keruh, ambil yang jernih!..Sama2 menggapai redha Ilahi! :)
4) Maaf atas kekhilafan hamba dalam berkata2. Harap sampai!
6) Hamba rasa tunggang langgang pula apabila sudah lama tidak menaip entri!..Haha..harap sampai!

10.31.2010

TOKEY DEMAM DAN SAKIT TEKAK ~KAFFARAH DOSA



Sehari demam tanpa ada suara, pergh...memang heaven =)...Sehari je tu!..Itu adalah sebagai 'kaffarah dosa'...InsyaAllah...

Hari Sabtu - Gembira je!...Tapi, nak dijadikan cerita, kami berkumpul adik beradik berbual-bual kisah silam. Ceritakan kembali bagaimana mama dan abah mendidik kami. Yang tidak dialami adik2 kami sekarang. Berbeza rasanya cara didikan dulu dan sekarang. Masa berbual-bual tu, aku jamah '3 biji kuih manis (kuih kering)'..3 aje ok?...Ok, aku akui aku memang tak boleh makan-makanan yang terlalu manis. Kesannya, tekak sakit. Sangat perit okeyh?...Di akui oleh kawan-kawan aku, aku memang tak boleh makan manis. Tak tau napa jadi gitu..

Malam tu, tekak rasa sakit sikit saja. Mengadu pada adik, yang tekak sakit. Sempat dia berseloroh, 'Ini kalau xkena pada caranya Along, mesti boleh demam'...~Jangan minta la dik~

Malam tu tidur, beberapa kali terjaga. Ok, betul, tekak rasa sakit yang amat sangat. Pergi dapur, cari ubat. Aku 'taram' je ubat yang aku jumpa. Mula-mula makan ubat 'selesema dan batuk'. TIdur, terjaga lagi. Aku 'bahan' plak ubat batuk. Ok, lega. Bangun tidur, ngadu pada mama kurang sihat. Makan 2 biji 'Ponstan' ..Sekejap je aku bangun, pastu aku tidur balik. Mungkin kesan ubat yang 'merepek2 ikut suka aku je taram'. Aku tidur lama. Sampai ke petang. Mama yang masak and handle sumanya. Terjaga sekejap2, tapi 'kepala berat'..Tekak x usah cakap. Petang, mama belikan ubat. Makan, ok sikit. Hari yang lapar. Hanya makan bubur. Adik2 kuat menyakat, 'Tokey xble gelak tu..Ni yang best ni'.~Sabar jela..Rasa bahagia. Tak tipu, dikerumuni adik-adik dan mama. Walau mereka menyakat aku, aku tau mereka bimbang. Jarang sekali aku demam. Jarang sekali aku rebah dan terbaring begitu.

Teringat pula, bila kita berdepan dengan musibah sakit, itu adalah tanda Allah ingat kita. Bukan tanda kemurkaan @ kebencian, tapi itu adalah sebahagian drpd kasih sayang Allah. Moga dengan 'sakit yang sekejap ini', akan lebih mengingatkan aku akan dosa, kekurangan @ kealpaan aku pada Dia. Muhasabah diri sekejap. AigOoo~...

“Sesungguhnya seorang yang beriman ketika ditimpa musibah sakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka itu adalah kaffarah (penghapus) bagi dosa-dosa yang dia lakukan sebelumnya, sekali gus menjadi peringatan berharga untuk menghadapi masa akan datang.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

InsyaAllah.

Nota mata palsu :
1) Demam itu indah!...Kadang2, aku suka!...Sebab, kalau aku demam, insan2 yang aku sayang pasti ada disisi!~ Terngiang-ngiang lagi, usapan manja si ibu.
2) Mama dan abah kata, sape suh ngumpat mama ngan abah lagi?...Kan dah kena..(adOi, mungkin juga bah...Tak sayang mulut betul)
3) Aku dh baik demam. Tokey dah baek demam, siap korang!...haha..~Cuma, kepala sedikit berat.Adoi)
4) Belajar erti kesabaran dengan berlapang dada dan terbuka. Alhamdulillah.

9.25.2010

CAMPUR BAUR LANTERA HATI



Aku ungkaikan bait hati kapasku pada manik kata, untaian puisi..
Jangan kau persenda apa yang aku rasa..

1) aku cemburu...pada siapa harus ku ungkapkan?..dan wajarkah aku cemburu?..sedangkan aku tidak memilikinya?..cemburu tidak bertempat!...nyah kau~..aku tidak suka berfikir begini..nafsu lawammah~>..nyah..ak masih mmpu berfikir. mujur.


2) aku tersesat dalam bayanganku sendiri. Mimpikah aku?.. Kenapa harus aku memikirkannya?..Sedangkan, belum tiba masanya. Dan tidak perlu pun.


3) lelah yang merebuk. aku kaget.


4) aku hanya insan yang biasa. bimbing aku yang lemah. aku titipkan buat sahabat. aku panjatkan padaNya.

5) Sujud syukur padaMu atas segala cinta kurniaanMu..atas segala cinta ke atasMu..Ketika cinta betasbih.

6) Ya Rasulullah, kami rindukanmu..Rupanya, kami adalah hamba yang mulia...Ya Rasulullah, aku kerap kali alpa. Hati aku mungkin kuat. Tapi pada dasarnya tidak. Nah, lihat saja perlakuanku. Alpa.

7) Ambil masa kamu sejenak, tonton video ini. Hayatinya. Perlu tontonnya!..Perlu!




JUST BECAUSE THE PAST IS PAINFUL, DOESNT MEAN THE FUTURE WILL BE. SO NEVER LET EVENTS FROM THE PAST, CHANGE THE EVENTS FOR FUTURE, OR U WILL B MISERABLE FOREVER..
IT WAS A BLESSING IN DISGUISE..IVE STARTED TO LEARN IT..
ALHAMDULILLAH



nota mata palsu:
1) Sengaja menggunakan bait-bait kata indah. Interpretasi pada diri. Tidak terluah oleh kata-kata biasa.
2) Hati ini berkecamuk. Tapi masih dapat mengawalnya. Cuma, perlu ruang untuk luahkannya.
3) Ketika Cinta Bertasbih. Sedang menontonnya. Belum habis lagi. Aku 'admire'.
4) Aku tidak mahu bercerita tentang perasaanku. Perasaan yang akan berlalu pergi. InsyaAllah.
5) Ya Rasulullah, alangkah indahnya hidup ini..andai...
6) Tambahan ~ bila hati berkecamuk...Beginilah jadinya...pasti ramai yg x faham =)

9.11.2010

SAYANG SAJA TIDAK CUKUP...HARGAI ITU PERLIU

Again...Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai mahu ikut hati, raya satu hari saja cukup bukan? Tapi, erti 'raya' itu begitu besar. Pandangan setiap orang berbeza. Bukan meraikan raya terlalu meriah. Sederhana saja. Tapi, punya erti yang besar. Raya.

Tahun ini, seperti biasa. Tidak ada yang istimewa melampau. Raya. Pada pengakhiran Ramadhan, terasa sungguh tidak mahu raya. Mahu teruskan Ramadhan itu. Tapi, Syawal perlu menjelma bukan? Bulan2 lain juga perlu menjelma bukan? Setiap detik, setiap saat kita harus laluinya. Harus terus melalui selagi di izinkanNya, Lalui mengikut jalan keredhaan Nya.

Ok. Cukup dengan mukadimah. Mukadimah 'erti raya sebentar'.

Yang mahu dicerita, bukan itu =)..

Yang mahu dicerita, adalah tentang 2 hari yang dilalui pada bulan Syawal ini. 1 Syawal dan 2 Syawal.

1 Syawal

Pagi-pagi lagi sudah bangun. Selesai solat semua, duduk berkumpul sekeluarga. Tahun ni, terasa sungguh bila bersalam dengan ayahanda bonda. Hendak-hendak pula, apabila adik bongsu perempuan bersalam dengan ayahanda bonda. Aku pula yang terasa sebaknya. Sungguh, sebak!..Berjurai-jurai air mata, apabila adik mohon maaf pada bonda...pada ayahanda..

Pagi-pagi lagi, sahabat ayahanda sudah mahu menjenguk. Tapi, terpaksa di tolak dengan baik memandangkan kami punya urusan lain. Sudah bertolak pun saat menerima panggilan.

Bertolak. Meneruskan perjalanan ke rumah datuk dan nenek tercinta. Berkumpul bersama keluarga pak cik2 dan mak cik2. Raya tahun ini, kedatangan sahabat saudara yang datang dari Indonesia. Pertama kali beraya di Malaysia. Selesai sudah di rumah datuk dan nenek, konvoi ke rumah saudara mara yang lain pula. Konvoi ziarah diteruskan sehingga malam. Balik, terus tidur. Tak tipu, aku terus tidur. Mengantuk. Kesibukan di dapur dan juga konvoi dari rumah ke rumah. (punya keluarga yang besar. Syukur, terasa nikmat berhubung)


2 Syawal

Bangun pagi. Hari ini, lokasi adalah kubur. Selesai pergi kubur, rapi menyiapkan juadah untuk hari raya ke-2 ini. Seperti biasa, jangkaan besar. Rumah akan diserbu. Ia, memang benar. Tidak menang tangan di buatnya. Saudara mara dari Endau datang. Penuh rumah. Sungguh. Pulang saja mereka, tidak sampai 5 minit, sampai pula keluarga dari KL dan Hulu Langat. Ini betul-betul ramai. Tak menang tangan kami adik beradik. Nasib punya adik beradik perempuan yang ramai (bonus =) )

Selesai saja, datang pula anak-anak kecil jiran yang mahu beraya. Layan kerenah mereka. Ouh, baru aku perasan. Aku banyak mulut apabila berbicara dengan anak-anak kecil. Serius, suka mengusik mereka. Pulang. Kemudian, beberapa orang sahabat adik (Syahirah) pula datang. Layan. Datang pula sahabat adik yang lain (Athirah) . Nampak gaya, bukan tuan rumah yang halau tetamu supaya pulang. Tetapi, tetamu yang halau tetamu. Maaf (ketawa kecil yang sopan..hehe)..

Selesai saja dengan mereka, sahabat-sahabat aku pula yang tiba. Mahu sekali aku sebut nama di sini (Fathilah, Ami Royani - lama xjumpa sahabat ni..kali terakhir, sekolah rendah. Trima kasih sudi dtg, Allim, Zulfikar, Qayyum, Fadzil, dan juga Fadzirul- ini kepalanya). Pulang saja mereka, sahabat polis ayahanda pula datang. Dengan kereta polis lagi. Layaaaannn =)..Dalam melayan sahabat2 ayahanda, abang saudara bersama keluarganya pula sampai..Ouh, rumah bertambah meriah. Pagi-petang habis dengan kunjungan ziarah. Tidak sempat untuk buat perkara lagha. Tika dan saat entri ini di taip, tangan keletihan. Kaku. Tapi, terasa ingin benar menaip. Rasa bahagia waima penat.

Rasanya, hanya sempat berehat untuk solat sahaja. Basuh pinggan itu bukan rehat bukan?..Ouh, pinggan tidak usah di kata. Malamnya pula, sekali lagi menerima panggilan sahabat. Nak datang rumah katanya. Dipersilakan. Lama tak jumpa sahabat ni. Datang bersama 2 lagi sahabat tetapi junior di sekolah ( Fekry, Firus, dan Roy ). Tak sangka, dunia ini kecil. Firus, Cikgu kepada adik. Si Roy, aku juma beberapa hari lepas di Bazar. Tapi, tidak bertegur sapa. Hanya senyum2 saja. Nah, raya..datang rumah. Kunjungan ziarah ke rumah, habis sekitar pukul 12 tgh malam. Mata sudah mengantuk. Badan sudah lesu. Ayah bonda ajak keluar ambil angin di pantai. Kami seharian melayan tetamu. Agak penat. Pulang rumah, masing-masing hanya nampak katil...ZZzzzzz...

3 Syawal...kami menjangkakan rumah bakal di serbu lagi..Ini boleh lawan tahun bila ya...Ada satu tahun tu, satu bulan Syawal dipenuhi dengan kunjungan. Tahun ini nak lawan?..Bolehkah?

- update...(xsempat nk publish blog..busy sedikit)

3 Syawal

Alhamdulillah, hari ini..rehat sedikit..=)...Pagi-pagi bangun, menyediakan juadah untuk hari ini. Lodeh - fevret.. Tengah hari, sudah dapat panggilan dari sahabat adik (Athirah). Mahu datang selepas Zohor. Layankan. Masa melayan sahabat adik, datang pula saudara dari Penang. Baru sampai. Layankan. Menginjak ke petang, sahabat aku pula datang. Terima kasih sahabat2 kerana sudi menjenguk ( Liza, Ain, Farah, dan Saadah ) . Kemudian, ikut mereka, pergi ke rumah Amlah =). Malam, sahabat ayahanda dan bonda pula bertandang. Selesai pulang mereka, ayah bonda dan adik2 pergi ke rumah saudara. Tinggal aku di rumah bersama 2 lagi adik. Nah, dapat update!



Entri tambah. Untuk tajuk di atas sebenarnya.

Hari ini, sedih sangat. Tidak tipu. 2 Syawal. Kucing kesayangan keluarga kami mati. Sedih. Kena langgar secara tidak sengaja. Kucing paling baik pernah aku jumpa. Masa tahu, terus menitik air mata seakan-akan tidak percaya. Banyak dosa aku pada haiwan itu. Saat entri ini di taip, memang khusus untuk kucing itu sebenarnya. Tiada lagi panggilan Gemuk, Miang, Oren. Tiada. Mungkin hari ini sibuk, dapat seka air mata sebentar. Tapi, bila dah free semula, pasti terkenang kucing itu. Ketika buang sampah, buka pagar luar, teringat kucing itu. Masa hayat kucing itu ada, dia akan meluru terus masuk ke rumah. Kucing itu memang kucing rumah. Dibuang oleh tuan. Adik yang ambil pulang. Jadi, kucing itu lebih selesa duduk dalam rumah. Cuma kami x ajar agar terus duduk rumah. Kami biarkan dia di luar. Sekali sekala, kami bawa masuk. Pada permulaan, memang susah haiwan itu nak menyesuaikan diri dengan alam barunya. Yelah, kucing bela. Berak dalam tandas. Sekarang, harus berdikari. Teringat pula ketika hujan. Kucing ni sangat penakut.Dan betul, kucing ini memang comel. Habis tingkap kami. Dipanjat2 nya, dan habis robek 'cover' tingkap kami. Kucing ni juga penakut bila jumpa kucing liar lain. Menyeringau seakan-akan mahu melawan, tapi..badan berundur ke belakang. Memang penakut. Kalau bagi makan, kucing ini x akan berebut. Akan kucing ini biarkan dulu kucing-kucing lain yang makan dahulu. Adik-adik aku sangat sayangkan kucing ni. Kalau bergurau dengan kucing ni, kucing x akan melawan sedikit pun. Malah selesa dengan gurauan. Tak sama dengan kucing lain. Memang tak sama langsung. Tika aku pergi tarawikh di surau hadapan rumah, kucing ini akan ikut aku, sehingga aku sampai pintu surau. Boleh kata tiap-tiap hari dalam minggu terakhir Ramadhan. Bukan dekat jarak itu. Tapi kucing ni masih ikut. Macam tak percaya. Kucing ni mati dalam keadaan bunting. Sangat sedih. Teringat pula saat aku nak bagi makan ikan pada kucing ni. Makanan untuknya, khas sebenarnya. Untuk jaga bulunya. Tapi, kadang-kadang kami berikan juga makanan biasa. Campur-campur. Aku main-main masa berikan dia makanan. Bergurau. Sekarang, dah x boleh beri dia makan. Aku sangat susah untuk pegang kucing. Dan aku tak tipu, rasanya aku x penah angkat dan dokong kucing itu. Usap pernah. Aku akui, aku kurang gemar akan kucing. Kalau aku nak halau kucing itu, aku tolak perlahan menggunakan kaki. Aku tiada kekuatan untuk pegang kucing. Tidak tahu mengapa. Sekarang, aku rasa bersalah. Itulah manusia. Tidak tahu bersyukur. Hanya sayang. Tapi tak pernah nak menghargai. Aku sudah mula rindukan kucing tu walaupun sehari. Tak lagi dengar rengekan kucing tu. Tak lagi menyusup masuk ke rumah saat pintu pagar di buka. Tak lagi duduk di 'seat' kereta aku dan ayahanda aku. Tak akan lagi melihat adik-adik aku membelai, memeluk, dan bermain dengan kucing itu. 2 adik aku menangis sedu sedan hari ni. Mereka sangat sayangkan kucing tu. Aku yang xsuka ni pun sudah mula sayangkan kucing tu. Bagaimana?
Comel walau tidak suka. Sayang tapi xpandai hargai.

nota mata palsu:
1) Mungkin aku kena belajar untuk lebih menghargai orang/benda sekeliling aku. Aku tak mahu kehilangan. Dan aku tak suka akan kehilangan. Sayang saja tak cukup. Hargai itu perlu. Aku harus belajar ini.
2) Raya ni dapat mengeratkan silaturrahim. Yang dulu sudah lama tidak berhubung, dapat berhubung kembali. Bahagia dan gembira rasanya.
3) Macam2 cerita dapat dengar dari satu-satu mulut sahabat. Suka. Lama xberjumpa. Raya disambut dengan penuh erti. Suka.
4) Tadi, dapat pegang baby. Tapi, xsempat utk upload gambarnya. Sangat comel =)
5) Rindu Si Miang, Gemuk, Oren.

8.28.2010

SAYA MAHU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR..MUDAH-MUDAHAN ( AMEEN=) )

Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat sekalian...Lama sungguh blogspot ni x di keluarkan dengan entri baru..Sedikit sibuk di bulan yang mulia dan penuh barakah ni =)...Maaf, ada masa..saya akan terjah kamu-kamu..

Wah...sedar xsedar...dah menginjak hampir ke fasa terakhir Ramadhan...10 malam terakhir Ramadhan yang dinantikan..Entri kali ni, adalah luahan dan coretan ringkas tuan tanah..Tadi, selesai saja solat terawikh, duduk sebentar..Mode: muhasabah diri....

Rasanya;

1) Dah lama benar x demam..
2) Dah lama benar x batuk-batuk
3) Dah lama benar x selesema
4) Dah lama benar x kena migrain
5) Dah lama benar x kena marah dengan orang
6) Dah lama benar x bergaduh dan ada sengketa dengan orang
7) Dah lama benar x keluar untuk 'shopping' dan 'berjimba-jimba'
8) Dah lama benar x mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu yang merepek
9) Dah lama benar x buat jahat (erk..signifikan kata*)
10) Dah lama benar x mengalami kesempitan duit (walaupun sebenarnya banyak yang saya kena uruskan dan bayar setelah habis belajar ni)
11) Dah lama benar x...ah, macam2 lah...



nota mata palsu:
1) motif?...Alhamdulillah, syukur padaNya sebab 'dah lama benar x alami perkara di atas' =)..Sesungguhnya, rasa sangat tenang apabila tidak di himpit dengan masalah2 begitu..tapi, who knOws?..after this, saya di uji dengan perkara2 di atas?..mungkin lebih berat?..Alhamdulillah, setakat ni masih mampu untuk meng 'handle' segalanya..Syukur..Syukur yang amat sangat...terduduk dan terdiam memikirkannya..Apakah ini sementara cuma?...MUngkin ujian dan dugaan yang lebih berat akan di tempuh selepas ini?..Ya Allah, moga di jauhkan..Sayangi hambu Mu ini =)

2) Ramadhan semakin menghampiri dan melabuhkan tirainya..Sedikit sedih apabila lihat 'saf2' semakin tidak d penuhi..kadang-kadang, hanya satu saf saja untuk perempuan..walhal, duduk dalam taman berpuluh-puluh dan hampir cecah ratus rumah ada..masih x mampu penuhkan...bangga dengan adik2 kecil pula yang datang penuhkan surau depan rumah ni..hmmmm....

3) x mengalami masalah di atas, tapi saya masih rungsing memikirkan sesuatu...bila agaknya 'rezeki' itu mau datang ye?...hmm, wallahualam =)...saya menanti penuh sabar..InsyaAllah, dengan niat yang betul dan usaha yang saya taburkan, InsyaAllah, Allah mendengar doa saya..Mudah-mudahan di permudahkan..Ameen =)

8.18.2010

PENGHARGAAN + BERBLOG? (ada aku kisah?)


Berblog~ pertama kalinya menulis blog: Pada 16 September 2008...Okey, untuk entri kali ini, mahu menggunakan perkataan 'aku'...Kadang-kadang terfikir, sudah berapa kali dah pun terfikir...apa tujuan kmu berblog intan shafiqah?..x tipu...berkali-kali soalan ini di soal...

Pada asasnya, aku menulis blog kerana 'ikutan' ...jawapan yang pasti dan tepat..Menjengah dan melihat kehidupan insan lain, buat diri rasa 'teruja', 'teringin'...Mereka ada kehidupan mereka, aku juga ada kehidupan aku..tidak salahkan untuk aku menulis kisah suka duka hidup aku?

Itu saat-saat dahulu..Menulis daripada tiada idea sehingga muncul idea di benak fikiran...Sekarang, menulis untuk apa pula intan shafiqah?

.............................????

Mungkin, masih boleh menggunakan ayat yang sama, kisah suka duka hidup aku...aku kan punya kehidupan?...

Tapi, aku sudah hilang identiti?...dan aku masih mencari identiti itu...aku keliru dengan gaya penulisan aku sendiri...aku garap penulisan aku dengan gaya apakah?

Jawapan: GAYA BEBAS =)...'kuang lentang' ada...'kupu-kupu' ada....'berirama' ada...'kuak dada' ada....'katak' pun ada...tapi, lebih kepada 'GAYA BEBAS'

Mungkin pengaruh jawapan GAYA BEBAS itu di sebabkan oleh 'blogger' dan 'nuffnangers'..Tidak aku nafikan, pada awal aku berblog, ianya hanyalah sekadar menceritakan insan-insan d sekeliling aku dan sebagai ceritera kehidupan aku sendiri...Tidak kisah sama ada, ada 'followers' @ tidak...aku menulis untuk menceritkan kehidupan aku..aku punya kawan-kawan yang bisa baca dan berkongsi sedikit kisah hidup mereka juga dengan aku..Itu sudah cukup dan memadai..Aku tidak perlukan insan lain...

Tapi, itu dulu..sekarang?....Baru aku tahu, bukan aku dan kawan-kawan aku sahaja yang ada kehidupan...makhluk-makhluk yang aku tidak kenal juga punya kehidupan...

Dan kerana kehidupan itulah, menghidupkan aku semula...menjadi wadah untuk aku menulis semula ...aku pernah 'mati seketika'...umpama dalam keadaan 'walang'...aku pernah berhenti dari arena penulisan maya ni...itu semua gara-gara aku kehilangan pembaca setia aku sendiri..pembaca yang tidak pernah jemu pun untuk membaca kisah hidup aku...dan aku tidak punya cerita lagi untuk di ceritakan..aku bukan suka mengheboh-hebohkan cerita aku...siapa yang nampak aku, dia baca...siapa yang tak nampak aku, dia tulikan saja mata dia..aku tidak kisah semua tu..tapi, dia sudah tiada lagi...rakan-rakan seangkatan aku yang juga menulis blog, sudah lama meninggalkan arena ni..meninggalkan aku seorang terkontang kanting...aku tak tipu...aku rindukan mereka...kalau boleh, masih mahu melihat mereka mencoretkan cerita hidup mereka...cerita hidup mereka indah...

tapi...seperti yang aku katakan tadi, kehidupan itulah yang menghidupkan aku...pernah suatu ketika, aku lalui jalan suram yang aku kira amat perit...blog ini tempat luahan aku...sahabat-sahabat aku, sudah jauh meninggalkan aku (maaf sahabat, aku agak terkilan di situ)...waima kamu semua masih ada di dunia nyata, aku tidak rasakan bibit-bibit kehadiran kalian secara dekat dalam hidup aku..cukup sekadar aku katakan, kalian ada di dunia nyata ini dan bila diri ini butuh kalian, kalian akan munculkan diri...~umpama chipsmore...~...maaf sahabat, ini adalah 'general' pernyataan yang keluar dari hati aku...

berbalik pada kehidupan yang menghidupkan aku di arena maya ini..aku hanya mampu ucapkan terima kasih..makhluk-makhluk yang aku tidak kenal, 'bloggers', nuffnangers'...itu yang menghidupkan aku...kenapa aku harus 'mati' terus ?...aku juga ingin 'gah' dan punya kehidupan seperti yang mereka ada! =)...terima kasih sekali lagi aku ucapkan buat kalian!...TERIMA KASIH!
with lot of love: aku menulis dengan penuh 'cinta'

Nota mata palsu:
1) eh, masih ada yang aku mahu persoalkan...bukan lagi soalan kenapa aku berblog....tapi, kenapa 'cara penyampaian aku dalam berblog' berbeda-beda?'...tidak 'stick' ?...sekejap macam ini, sekejap macam itu?..
2) sahabat, aku bukan terkilan apa...aku terkilan, kalian sudah tiada di blog ini sahaja..hehe...kalian masih ada di facebook aku, masih ada di hp aku...tapi aku tamak, aku x rasa cukup pun!...hehe...dan mungkin, apa yang aku keutarakan di atas, pusingan kata...kalau kalian baca, harap kalian faham..dalam...memang dalam..
3) kalian rasa, melalui gaya penulisan seseorang itu, dapat menggambarkan identiti dan sifat seseorang itu @ tidak?
4) gaya penulisan kalian itulah yang buatkan gaya penulisan aku berbeda (nah, jawapan no.1 aku bgi =) ...rupanya~...)
5) aku dah lama x cerita kisah harian aku dalam blog ini...mgkin, nanti...mode skrg masih pd general..
6) eh, sebenarnya bukan menulis kan?...menaip!...haha..
7) btw, ukhwah fillah abadan abada..moga Allah redha akan persahabatan kita semua=)
8) Okey, last but not least...apa pula tujuan kalian berblog?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Entri luar: Cuba kalian jengah blog ini...TUJUHHARIMENCARICINTA (sik terlupa untuk khabarkan...hehe...)...kalian kenal 'gadis' ini?

8.05.2010

JODOH NK SAMPAI KOT?..

Malam tadi, tidur lena d ulit mimpi...kalau mimpi yang 'best2' tak apalah juga..ni, mimpi int d tunangkan!...oh no!...perlu ke mimpi macam tu?...bangun2 pagi je, terus rasa liat je nak bangun...seluruh badan rasa letih, rasa sesak nafas dan kalau boleh rasa x nak bangun!>...no no no!...bangun intan bangun!...sila solat subuh (naseb baik mOtivate kuat tuk bgun subuh, maka bangunlah si intan dari tidur...selesai udah sOlat d kerjakan, terus rasa nak luahkan pada adik...cite la bagai kat dia...tau ap dia cite kt int plak?..huh, dia mimpi ular!...tapi, yg teruja akn ular tu, sayalah!...~intan...aiyOOOOooo...mimpi...mainan tidur anda sungguh menakutkan okeyh!....


Mimpi intan~

Umur intan 23 tahun...menginjak pada umur ni, menyebabkan mama intan bising sekali supaya cepat cari jodoh...nak2 pula, calon yg d bwa ke umah dulu, dh xda...jadi, dia suh tunjuk calon baru!...aiyOOo, saya ini udahlah jenis berahsia...jenis liat pula utk bawa sOmeone ke rumah...yg dulu tu pun, pakai dah serius..

sO, adalah mCik kt taman ni, yg 'recOmmend' seOrang lelaki ni, utk d tunangkan dengan int..tunang saja ye...belum kahwin...hehe...mCik tu pun xkenal si lelaki ni..tapi, lelaki ni memang tengah mencari calon isteri la...nk d pendekkan cerita, intan setuju dengan majlis tunangan tu....(wOww, setelah saya penat mendengar leteran ibu saya!, dlm ati, xsetuju sgggggtttt22)

ari majlis tu, jiran2 sekeliling taman ni dah kecah dah tOlong2 mama intan persiapkan segalanya...tema warna : KUNING EMAS okeyh!... (pergh..memg rasa mcm pengantin kO~)...haha...(ramai jiran2 datang n teruja anak sulung pCIk shaari nk bertunang ni..aish~)..bertunang je kot.

nk d pendekkan cite lgi, rOmbongan pihak lelaki pun sampai la...tau ap dia?...ok, umO dia might b dlm lingkungan 35-45 (umO yg auww...xrela i~)...datang dengan apa?...mak ai~...gila kapcai!..mOto kapcai yg sgt la dh uzur n berpakaian agk lusuh...dia dtg bersama 2 anak kecilnya..anak??????....ha, saya kena jadi 'IBU SEGERA' ke?..x mahu x mahu!...wuaaaaa...(masa tu, intan rasa nak pitam dah...panas seluruh badan)...Allah, betulke keputusan yg ak buat ni?...jantung dh dup dap dup dap dah ni...

masa persilakan lelaki tu masuk, Ya Allah...mamat ni, mulut tu xda insuran ke?...napalah anda ni x reti2 nak berhenti bercakap?...mulut anda memang nOn stOp eh?...masa tu, mama abah, jiran2, adik beradik suma dah bimbang, betulke ni yg nak jadi tunangan?...majlis dh siap bagai dh ni..meriah kO~...wuaaaaaa....masa lelaki tu d benarkan utk lihat calOnnya aka intan la tu, dia p kt intan, dia bagi ank dia kt int!...budak tu dlm keadaan yg kurg sempurna sikit la...maksud nya, badan dia melekit2 n berpeluh2..belum mandi agaknya (hehe)...wua, saya x mahu jadi ibu segera...!...saya nk anak sendiri...hukhuk..

pastu, mimpi tu mcm mati kt situ jap...cOZ tetibe int d kejutkan oleh adik int; alOng, nk cOntct lens 2 pasang..kawan org nk beli ni!..(hehe...Alhamdulillah, pagi2 rezeki masuk)...tpi, liat lagi tu nk bgun ...till la fikir, ouh...saya belum sOlat rupanya!...hehe...




Mimpi adik intan~

(Yg ni. pendek jela cita nya eh..sebab masing2 sibuk nak mandi nak siap bagai pergi kerja...hehe...)

Adik intan cite kat intan, lepas intan cita mimpi intan kt dia...wah, apsal mimpi berkait ni?...hu, xnak dengar..xnak dengar!...

Along, malam tadi ak mimpi pasal ular long..sempat lagi aku mengusik dia, ha angah...jOdoh dh dekat la tu...hehe, kO yg nk kawen kOt..bukan alOng ;p....pastu, dia sambung cite...tapi, masalahnya Along, ular tu, kO yg minat!....(haaaaaa?...euwwwww...geli ok!..meremang bulu rOma!)...Dia cerita la, kita pergi satu rumah ni lOng..dalam tu banyak gila ular...xterkira...tapi, alOng (intan) 'selamba badak' je maen2 ngn ular tu, usap2...belai2 (ha, yeke int gini?...oh tidak, int xkn berani utk usap n belai)...Along nampak sgt berminat ngn ular tu...haaaaa????....ok, cite mati mcm tu je cOz msing2 sibuk=)....

(damn...i dOnt like it! )


nOta mata palsu:

Mimpi Intan~masa majlis berlangsung, gmbr candid n cameraman2 x prOffesional byk....oh no, n mereka masukkan d facebOok n tagged saya!...oh tidak, saya rasa mcm xnk bangun pagi tu memandangkan saya telah bertunang secara rasminya!>..x mahu x mahu...!!!!!...wua....lgi satu, bOlehkah saya hidup dengan lelaki tu dgn melihat keadaan situasinya tu?...OMG, saya salu pK bukan2 =(...

Mimpi Adik Intan~org salu kata, mimpi pasal ular ni salu d kaitkan dengan jOdoh..apakah jOdoh saya semakin menghampiri?...haaa?...bila fikir balek, masih banyak yg saya belum bersedia utk laksanakan!...ok2, stOp fikir psal kawen!...bukan masanya...hehe...suma itu hanyalah mimpi ...hehe...gile mimpi!...

7.19.2010

PEREMPUAN SEKARANG HIPOKRIT?

Simple entri je sebenarnya=)...

Apa pandangan kOrg tentang pOmpuan2 zaman sekarang?...int rasa dh mcm hipOkrit plak tgk pOmpuan2 zaman sekarang...

Int ade 2 akaun fb..satu tOtally memg utk sahabat, keluarga n memg org yg kite kenal....n utk fb ni, int x kan apprOve org yg int xkenal melaenkan ade sebab musabab int apprOved..satu lgi plak, entah spe2 pun int xkenal...tpi, int buat fb lgi 1 ni ats tjuan bisnes la=)..cOz int memg buat bisnes online=)...sO, xkisahla sape custOmer kita pun kan...

Klo nk cOmpare 2 fb ni, memg gile nmpk sgt 'keketaraannya'....fb yg shbt hndai keluarga ni, lbih sOpan sedikit..tpi, fb yg lgi 1 ni, yg ke arah kecantikan ni, ya Allah ...seram!...int x nafikan, kdg2 int add org (utk fb bisnes) ni, berdasarkan rupa, style, n ade kmgkinan akan membeli prOduk int=)...(erk...tpi xsuma eh....ade je yg punya pOtensi membeli, org nya sOpan, bgus, baek saje...)...int cuma maksudkan yg melampO n nmpk keketaraannya=)...hehe, jgn salah ertikan kata int okeyh=)...

erm, kdg2 int add org tu, sebab dia cantik =)...eh, serius....int agk Obses dengan wanita cantik=)...int suka tgk wanita cantik...ble tny kawan2 int=)...int memg pntang tgk pOmpuan cantik...lelaki ensem lalu pun int xpndg klO int nmpk pOmpuan cantik...hehe, tpi int bukn lesbian okeyh!...=)...int cuma suka lihat kecantikan yg Allah beri itu=)...

hmmm, tpi...kdg2 int terfikir, kecantikan ni neutral ke?....bapak cantik pOmpuan2 ni=)...giler...cantik wei=)...erk, tup tup...terkantOi int jumpa gmbr biasa dia..hah?....int cOmpare balek ngn gmbr2 laen...mak aiiiii...ketara mak~...bukn sOrang 2 ok!...berpuluh2 yg int jumpa org yg mcm tu...yg laki2 punya la memuji melambung ke darat ke langit..beruntung la klO dapat..ap la itu la...hehe...maaf ye...bukn kate laki...tpi, int sendiri pun tertipu okeyh=)...sgt cntik oOoo!!...

sO, sebenarnya kecantikan asli wanita ni dh xdapat kita nk lihat?...Actually, ap mOtif 'mereka2' ini kelihatan canteQ2 ini?...kepuasan diri?...

*maaf bgi yg suka mekap=),...anda punya hak mekap tpi bgi segelintir la yg 'terOver' tu yg int tekankan kt sni=)..
*jgn marah ye dgn entri int ni...cuma rasa dh xnmpk asli nya kecantikan wanita itu....
*n jgn salah tafsirkan ap yg int cuba smpaikan...cuma melihat situasi sekarang...sian laki2, tertipu sudah=)...







imej : imej ni adlh imej owner sndri..pada mulanya, nk gunakan gmbr org lain..tpi, seakan2 mcm int hentam org itu plak...sO, int ambil gmbr sndri jadi bhn tuk int lihat beza mekap..eh, tapi ni bukn mekap asli tau...int xreti mekap..sO, int edit je...tgk, edit pun org ble slh fhm punya...hehe..ni bukn gmbr perasan...just nk tunjuk gmbr yg x d 'tOuch up' ngn gmbr yg tlh d 'tOuch up'...hehe...maaf, xreti mengedit juga....hehe...sO, anda dpt lihatkan?..d mana kecantikan wanita itu sebenarnya?....int pun dh mcm kecewa sgt2 liht wanita ari ni...tayang sana, tayang sini...eh, ade tpi eh kt sni...erm, gmbr ni bukn tujuan tayang*....tujuan kesedaran sebenarnya...terutama utk diri int....nk hentam org pun, baek hentam diri dulukan...hmmm...


Mengambil 2 status berkenaan (fb):

Dalam Gambar punya CUN nak mampus tapi real life x menggambarkan seperti apa yang ada di dalam gambar. Please bagi kata putus anda..

gile sentap tgk gmbr2 certain2 girl yg term nya 'lawa2'....oh2....hehe, maap...*status sengal ckit*...tpi, term saje la....tgk gmbr sebnr, ouchhhh~....hehe x 'chanteQ2' pun=(...mekap whOle face yg nmpk cnteQ=)...giler la 'care' diOrg mekap...

nOta mata palsu: biji bOla mata pun bOle edit kO...giler~...dri xda spek mahal2 pun jadi ade kO~..haha, mgkin lbih nmpk tulen spek tu klO xpakai tdung kOt....

6.28.2010

ILUSI: 24 EPISOD ~episOd hari ni sgt menyentuh hati =(


Ilusi ~ Permainan nyawa dalam bayangan mata...

tajuk menarik! ...rasa nya xpernah pun teruja utk ulas cerita or drama rancangan kt TV ni...tapi, terpaku sekejap menOntOn cerita ni...nmpk menarik..well, memang menarik....kalian kena tOnton!....mempunyai 24 episOd keseluruhannya, n insyaAllah, akn d tOnton smpai abes...but well, i guess dh dapat tangkap dah apa ending nya n sape watak antagOnisnya..2 yg jadi mcm x best plak...tpi, whO knOws kan?...tetibe, ap yg int fikir, salah belaka?...ke lOngkang cara nya...haha, mungkin?...

hmmm....jap, masuk hal tepi sekejap...entri ni, d keluarkan...sebab sedih!...damn, my brO usik int!>...sO sad!...tengOk episOd petang tadi, ia seakan2 pernah berlaku pada int...1 tahun lbih yg lalu!>..memg pernah pun!....d saat wktu gmbira, tetibe dpt khbr berita buruk=(...d saat melihat sekujur wajah kaku, seakan x mahu menjengah wajah itu..seakan x mahu utk mengatakan dan mengiakan bahawa dia dah x da...d pujuk utk duduk d tepi ibunya...bila datang dekat, terpaksa utk akui, ya Allah, dia memang dah x da d dunia ni...yg d kafan dengan kain putih itu, memang dia...dia dh kembali ke pangkuan Maha Suci Esa ...

mulai saat tu, terpaksa akur dengan apa yg d lihat mata...mata ni x menipu...sekujur tubuh dengan wajah suci dan tenang, d kafankan...d saat merelakan ia pergi ke tanah perkuburan, hanya Allah saja tahu hati ni...d saat melihat dia d kuburkan, hanya Allah saja tahu perasaan ini..d saat tanah d kambuskan, hanya Allah sja tahu perasaan ini...d saat pergi 7 langkah dari kubur tu, hanya Allah saja tahu perasaan ini...gejOlak ati memikirkan dia yg akn menghadap Ilahi....yg akn menjadi tulang temulang d mamah tanah dan haiwan d dalam tanah..d saat memikirkan dia yg akn d sOal...yg xdapat mkn, minum xdapat berkata2...Ya Allah, suma sekali terfikir d benak fikiran...

int dh hilang dia sbgai sahabat, rakan, teman, kawan, dan segala2 nya...dah setahun lebih pun,, tpi int still rase, bru semalam int berbicara dengan dia...baru semalam int dengar dia nasihat, bergurau dengan int...seakan2 baru semalam dia berjanji dengan int...Ya Allah, int halalkan segala janji dia pada int...int halalkan segala2 nya utk dia..int xsempat pun utk minta maaf pada dia...beberapa ari sebelum dia meninggal, dia penah kata pada int, dia berhutang pada int segala2 nya, n int sikit pun xda silap pada dia...Int halalkan segala2 nya tuk kmu...int mintak maaf klO selama ni, int byk berahsia dgn kmu...int byk endah x endah dgn kmu...int byk acuh x acuh dgn kmu...int byk xlayan kmu...int minta maaf...



lagu tema crita ilusi ni, lagu aiman....~cinta terakhir...damn, lagu ni memg int minat...lagu yg int dengar b4 tidur...lagu ni, sedikit sebanyak, naikkan semula semangat int...ya, segalanya...ketentuan Tuhan...Alhamdulliah...lagu yg amt bermakna...

ok, int bgi sinOpsis cite ni...mne tau, yg xpenah tgk...teringin plak nk tgk kan?...best, jOm la jOin ngn int tgk cite ni=)....


Ilusi mengisahkan seorang gadis bernama Lyza (Diana Rafar) yang mampu meramal masa depan. Lyza dan Shahril (Ryzal Jafar) berkawan rapat dan saling mempunyai telepati yang mampu membaca fikiran sesama sendiri. Shahril mengambil keputusan untuk melamar dan berkahwin dengan Lyza setelah didorong rakannya, Rizal (Ashraf Muslim). Sebelum pernikahan Lyza dan Shahril, Lyza mendapat bayangan bahawa sesuatu akan berlaku pada Shahril apabila melihat jam tangan yang dipakai oleh Rizal.

Ramalan Lyza tepat apabila Shahril terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Lyza mula berubah sikap dengan menjadi murung dan selalu mendapat bayangan apabila menyentuh baju2 milik Shahril. Rizal yang juga kawan baik Lyza dan Shahril selalu memberi semangat dan sokongan terhadap Lyza. Kebaikan Ryzal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman.

Dengan kuasa telepatinya, akhirnya Lyza dapat merungkai penyebab kemalangan bakal suaminya, Shahril yang telah dirancang.

4.20.2010

SIMPLE POST-anak sapOlah ni?...

SIMPLE POST

~hu, baru saje menjahanamkan kereta bapak dia (rasa terlampau bersalah okeyh?...~saya x dikenakan bayaran sesen pon..hOw luvly my dad...akbt luvly sgt, i rasa bersalah sgt okeyh!)

~punya masalah peribadi yg rasa, klO bOle nk tarik rmbut, smpai bOtak...bOle???....

~xle lepaskan lelah sehingga semua masalah setel!

~gembira ada, tapi masalah tu lebih ada...(personal prOblem...~tiada kaitan ngn Org laen)

~masalah cOnflict diri...

~self esteem and self cOncept..

~perlu buat keputusan...owh...xsuka okeyh!!>..

~sedih dan perlukan masa

~malu, dOk ngn fmly tp lOm dapat senyumkan fmly...

~ank yg degil...tula, dh ckp xnk dgr?....kan dh kena...

~ank yg byk susahkan parent, owh..saya lah tu!!!

nk luah lebih, tapi xble?...sakit ati weyh....

4.13.2010

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-25 ABAH MAMA!!!!!


SAJAK NI ALONG TUJUKAN BUAT ABAH DAN MAMA SEMPENA ULANG TAHUN PERKAHWINAN (ANNIVERSARY) ABAH MAMA YG KE-25...!!.....

14.04.1985~~~ N NoW it been almOst 25 years!!!!!!....

Along doakan, abah n mama kekal hingga ke akhir hayat!!!!!!!!!....~dunia akhirat...

Along sayang sgt kt mama abah!!...mama abah adlh sumber kekuatan Along!!....

Tanpa mama abah, hidup alOng x lengkap!!!!...

x terluah oleh kata2 bile mahu sebut tentang mama n abah..tidak terungkap oleh kata2 bile melihat senyuman dan tangisan mama abah....~mama abah punya erti besar buat along...

maafkan alOng, andai kata...along xmampu utk penuhi impian mama abah...memberi senyuman pada mama abah..tidak pernah sebesar zarah, sekelumit rasa utk kecewakan mama abah...utk berkasar pada mama abah...

moga Along sntiasa bersyukur dgn stiap ap yg ada n penuhi kegembiraan hidup mama abah...mOga mama abah sntiasa senyum dgn anak kalian yg degil ini!!!!!!!


Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup
sayu
Kudusnya kasih yang engkau
hamparkan
Bagaikan laut yang tak
bertepian

Biarpun kepahitan yang telah
engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami
semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua
ini
semoga Allah memberkati
kehidupan ayah ibu

Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris
hatimu
Restumu yang amat aku
harapkan
Kerana di situ letaknya
syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan
anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku
kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh
bernilai
itulah harta yang kau berikan

Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah dan ibu
Kasihanilah Tuhan, ibu yang
telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu
sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia
dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah tak sanggup
berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa
Ikhlas dan rela asalkan bahagia

Terima kasih duhai ayah dan
ibuku tersayang
Diatas setiap segala
pengorbanan serta setiap
titis air susu yang telah
membesarkan kami