Showing posts with label cErpeN. Show all posts
Showing posts with label cErpeN. Show all posts

8.10.2010

KARANGAN: GALAK MEMBACA

Baca karangan ni....sengal abis....haha...itu sajalah yg mampu d eksperasikan...haha...


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

1.06.2010

CERPEN : SELAMAT TINGGAL MUSLIMAHKU...NURUL HUDA

Cerpen ni ak baca tatkala tgh membelek2 page iluvislam...tika tu, ak jumpa cerpen n..k, kongsi dengan yg laen2...


Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. ****api wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya.

Kubelai perlahan rambut ikalnya yg wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari ,usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima.Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua adalah normal.

Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan.

Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.." Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ....Pasti!

"Huda....bangun.,...jom kita solat." Ku gerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ....

Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya....Ahh.Aku sayang padamu Huda..

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firmanAllah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur..

" Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua kudapati Huda dah berada di belakangku..Wajahnya masam, merajuklah tu.

Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.?Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.... Semakin menjadilah rajuknya. "kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya... Aku tersenyum cuma.

"Dah,abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..

Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami menikmati minum petang,Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : "Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja..

Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..!

Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .

Sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?

"Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.."Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Huda tak cemburu.

Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?

hujahnya panjang lebar. "Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..?
"Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang.

"Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.

"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda sayang !Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail. Berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh..umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ...

Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan,beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini....Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan.

Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .."

Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ketelingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja .

Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut.

Huda dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..

"Bismillahirrahmanirrahim..ku potong kek istimewa itu.kami berbalas suapan.. Dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.."Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamil..!! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.

Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti; tika ini,.. tangisan SYUKUR..!

"kenapa jumpa doctor tak bagi tau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.."Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba..

Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.

Ku sangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik.Sungguh..!!

Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.

Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..

Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa'. Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa'. Ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,.

Dia berkhutbah panjang. "Abang sayang,abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini,bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..?

Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Ku rasa badannya, panas.!

Seingat aku Huda hanya akan melahirkan anak pada 26mei. Hari ni baru 26 april,.Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya Allah. selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku berulang kali.. "Encik Saifuddin..?"

..Dr Khadijah,..pakar sakitpuan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutku cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,air ketumbannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?

" Tanyaku dgn nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..untuk menyelamatkan kedua-duanya,..

Yang lain kita serahkan pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .."Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah,.selamatkanlah isteriku,..

Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang..

Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,. Tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..

aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya. "Encik saifudin..?" ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.."Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr,khadijah terdiam ..Tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..

Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggelengkan kepalanya perlahan sambil tertunduk..

Mulutku ternganga seketika,.. "Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,. Tapi Allah lebih menyayangi Huda,..

" Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,. Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan..Ku rasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,..
Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..Tanpa ku sedari ku dakap Huda seerat-eratnya..Tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! "Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,.."Nurse,.. tolong bawa anak encik saifudin.." katanya lagi,..

Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,. ****ap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya,hidungnya,mulutnya,..Allahuakbar..!!!

Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,..Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,.. "Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang kembali.." Huda,.. rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,..untuk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya,.



Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,.. Tidak,itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,.. Selamat jalan Huda…… Selamat jalan……

2.27.2009

IBU MITHALI

hmmm.....ni int dpt dri isma....thnx ya isma.....hu, kmu salu suh int update cerpen2 int...supaya kmu bOle bce....tpi, squnk kmu plak yg kasi kt int.....thnx cOz sharing...int suka bce yg kmu kasi ni....

hmmm.....1st time bce, hmmmmm.....int mengalir air mate tau....int lgsung xle klO bab2 cite pasal ibu bapa ni..int cept tersentuh bab2 ni...wua...i miss my mOm n my dad...wua.....nk balek~`~~
mama......hu......dri artikel ni....ap yg int dpt, kite kena hrgai ap yg parent kite dh wt slama ni....kite xkn mmpu blas jasa dOrg...ma, abah...alOng rindu kalian....saat alOng tulis ni pun, alOng nagis....ma, abah......windu~~sOb2222.....huhuhuuh....sedey....ap yg sedey pun xtau....nk peluk mama....nk peluk abah......nk baring seblah mama....nk minum2+b'bual ngn mama, ngn abah...hu....windu....npe alOng xnk benti nagis ni?////.....huhu....wlau tiap2 ari ckp ngn mama pun xpuas....hu.....alOng nk nangis lgi......mama...abah....

k la alOng, stOp it...dOnt cry.....!!!!
isma...kmu la ni.....int dh nangis tau.....abg im...kmu pun sme!!.... x aci...npe kmu blik jOhor?...int tgh terigt mama ngn abah tau mse ni...hu~~...

ok la...stOp it int~~

IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.

2.07.2009

episOd 3:ADIK DAN PALESTIN

hmmm...ini episOd last bgi cite ni.....mula nya, xrse cite ni best...takat sekadar biasa n bOleh2 saje...tpi, bile bca epiSod last ni, bru mengerti...bru memahami,,,...siapalah kite?xpenah sedar...xpenah mengerti...kesian mereka2 yg d sana...
Andai jiwa sekecil ‘adek’ yang hakikatnya baru berusia 3 thun sudah terpanggil untuk jihad di jalan Allah, biar makna JIHAD sendiri pun ‘adek’ masih belum tahu, bagaimana pula dengan kita?...hmmmmm....


=====================================================================================

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran.

“Bismillahirrahmanirrahim..”

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari.

Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

“Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid”muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

“Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda.Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hamas mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak” terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap.

Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji.

Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.

Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel.

Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah.

Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba…..

“Muhammad!!!!!!!”

Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa.

Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

“Ummi, adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang” terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

1.13.2009

episOd 2:ADIK DAN PALESTIN

kali ni ku akan smbung cerpen bagi episod utk adik dan palestin ni....

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu.

Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek Sedang adik seronok bermain, abang rampas ‘bola’ adik. Adik masam.

Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.

Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa.Benda bulat seperti bola pun abang bawa.

Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik.

Abang dukung adik,usap kepala adik. “Adik jaga ummi ya” pesan abang.“Abang nak pergi mana” tanya adik seperti orang bodoh.“Abang nak pergi berjuang”. Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.

Semuanya adik tidak faham. “Isra..Israfil.” terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. “Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel.” Ummi membetulkan sebutan adik. “Is.ra.el” akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.

Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.

Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik.

Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.

Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

“Ummi, kenapa kita hidup susah?” adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik.

“Kita kena sabar sebab sabar itu cantik” ujar ummi perlahan.“Cantik macam syurga ker ummi?” adik tanya lagi.Ummi senyum.

“Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa” sambung ummi lagi.Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

bersambung.....

1.10.2009

episOd 1:ADIK DAN PALESTIN

HMMMM.....xceli...pd episOd satu ni...bru saje bca...ku pOst one by One la....ni pisOd dulu.....

EPISOD 1.....

Adik dan Palestin (Episod 1)

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik selimut semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.

Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.
Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik.Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier.

Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.

Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk dipenjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid.

Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.

Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid.

Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah.

Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

“Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!”

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. AAdik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk dipenjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.

Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.“Adik nak ikut walid” Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.
bersambung...

11.10.2008

ku tinggalkan cinta kerana NYA

SALAM UKHWAH....

maaf andaikata pOst ini ade buat Org tersinggung...ya, int memg tujukan pOst ni utk dia......maaf, bukn niat int surh dia ap2...tpi....klO dia nk tau, krn cite inilah int bertukar arah...ya, int bertukar arah....int akui, dulu int memg nakal...amt nakal...nakal dan juga jahat...sgt jahil...sekarang, juga jahill...int dlm prOses ubah diri...seperti dia juga....dia, sahabat int...int syg dia...hmmm...wt dia, xpela if kmu x ble ubah...mne yg elOk bg kmu., kmu buat lah...kmu lakukanlah...klO kmu rse itu adalah takdir kmu, n memg dia jOddoh kmu...int rse x salah utk kmu teruskan...ya, mngkin utk peringkt seterus nya....int dOakan kebahagiaan sahabat int ni....int tau, memg sukr nk ubah...int pun penh alami nya...tipulah ati ini x penh gOyah...n sesungguh ny memg sntiasa d uji....sgt2 d uji....sekarang pun msih d uji....kekuatan 2 sukar d duga...

hmmm.....xpe,kmu....int rse kmu terusknlah cuma elak la dri ap yg kmu rse x elOk d lakukan,....jaga sehabis baek hubungan 2...cuba elak yg mne ptut...ckit2 kmu ubah..mne tau, dlm dOk ubah 2, kmu terima pinangan si dia...eceh~~..hehe....mne tau...suka nya andaikata kmu kawen degn dia...ya, dia pilihan kmu....pilihan ati kmu....hmmmm....itu int dOakan utk sahabat int ni...btw, kmu memg nmpk sepadan pun...

ok....2 je....syg sgt kt kmu...jgn ambil ati ye dgn pOst ni...jgn ambil ati juga ye dgn kOmen int 2..int pun mcm kmu....sedg berubah....sgt sukar...n int sedang cuba...same2 kite bgnding bhu ye sahabat....


====================================================================================




Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.


Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.

Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia.

Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.

Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them.

So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o­ne, you can never build it o­n what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah o­n their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

11.04.2008

KAU PERGI JUA

P/S: Tiada apa lagi buat arini....hehe...tiap2 pagi ku baca sebuah cerpen...tpi pagi ni, ak baca dua cerpen...hehe....xla best sgt...tpi tertarik dgn sikit part nya....tidak byk, sikit saja...dan tiada kaitan dgn hidupku pun...haha....satu tajuk nya Sayangku Intan...hmm...watak utama Intan...hehe....sama ngn namaku...tapi jalan cite xbest sgt....sO, ku masukkan lagi sebuah cerpen yg ku baca, Kau Pergi Jua....cite ni pun, xda la best sgt...dh seperti cite2 yg kite biasa baca...tpi, tertarik atas2 sebab ringkas je,....hehe....

SEBAB-SEBAB RINGKAS ITU ADALAH
i) hmmmm....nme watak dalam citer ni.....Intan...Intan bukanlah watak utama...hehe, tapi watak ni sama nama dengan ku...jadi teruja lah ckit...hehe...

ii) hmmmm.....nme watak Imran dalam citer ni....Imran....Imran watak utama gk la dlm ite ni....d kaitkan dengan Sara, peneraju utama citer ni...ini pun buat ku teruja nk baca...hhaha...Imran...same nama dengan abg Imran, jurulatih silatku yg perah santan 2....haha, abg Im...jgn marah ye Int ckp psal abg d cni....haha...cm kbutlan plak...pagi ni baca cerpen, kuar pula nama anda...nama Int pun ada...hhaha...lawakkk..dlm cite ni, Imran meninggal dunia...tapi dalam idup ku,insan bernama Imran ni wujud lagi...x meninggal pun...hehe...sihat je....oppppSsss...lupe...nama Imran ni juga sama ngn sOrang budak kecik yg byk xtau lagi salah silah idup ni...hehe...Labu~~~...Labu,, nme kmu pun mencapap la d page int ni...hehe...

iii) hehe...latihan silat yg d hadiri Sara...haha,,....ade kaitan dengan hidup ku juga...haha...2 yg menyebabkan ku teruja juga mau mengepOst d cni.....tpi, dia xcite detailed la psal silat...juz ckp silat...silat pun xtau silat ape...haha....

-haha...itu sahaja yg menyebabkan ku teruja nk baca....berkaitan sgt...nama dan watak la....jalan cite 2 jauh menyimpng....xda kaitan langsung....hmmm....Intan,Imran,dan silat...haha....mcm2....kebetulan yg amat sagt....jadi, d cni...dgn bangga nye ku pOst entri ini...hehehe..

=====================================================================================

"Woi ade budak baru r!"
"Mane-mane? Hensem tak?" Mata Sara galak meninjau-ninjau di seluruh kantin sekolah untuk mencari budak baru yang dikhabarkan oleh Intan.
"Mane Tan? Aku tak nampak pun"
"Hish perempuan nih…pantang tau! tu ha…yang tengah makan dengan Qairul tu" ujar Intan sambil memuncungkan bibirnya ke arah budak yang dimaksudkan.
"Ermm…mengikut pemerhatian aku, budak ni boleh ‘makan’ nih!" Sara tergelak besar bila dia merasakan budak baru tu macam nerd...je.
"Jom kita serbu diorang nak?"
"Eh, tak nak r aku...segan r..."
"Ek eleh minah ni, sejak bile lak ko tau segan…jom r! tak payah nak jd hipokrit ek…"
"Assalamualaikum…"

Aik! Berbudi bahasa lak pempuan ni tibe-tibe.Intan menggumam dalam hati sambil dok tersengih kat Qairul dan kawan barunye.Boleh tahan gak mamat nih…sopan jer dia makan…ermm…pe r malang sangat nasib ko hari ni ek…terpakse berkenalan dengan si Sara yang tak cukup pempuan nih…adei…

"Wa’alaikumsalam. Hah, ko Sara…Intan. Nak pe?"
"Amboi...kerek lak mamat nih...saje nak tegur ko tak leh?"
"Ermm...macam pelik...jer?"

Qairul menghentikan suapannya dan merenung ke arah Sara. Sara yang terkenal dengan sikap selumbernye merenung kembali ke arah Qairul. Dia, tanpa dipelawa telah melabuhkan punggungnye di atas kerusi berhadapan dengan Qairul. Intan juga terpaksa mengikut Sara walau tebal mukanya menahan malu.

"Ko tak nak kenalkan aku dengan kawan sebelah ko ni?"

Sara mengenyitkan matanya sambil menguntumkan senyuman yang boleh mencairkan hati Qairul. Satu sifat Sara ni, walau agak kasar berbanding pempuan biasa, tapi wajah jawanya tu dihiasi dengan sebuah senyuman yang sangat manis. Ramai yang memuji begitu. Tapi Sara jinak-jinak merpati. Jenis tak makan puji sangat. Kadang-kadang je bila otaknyer kekurangan oksigen, ade r gak dia melayan…

"Oh…dah agak dah…mesti ade something yang cik puteri Sara ni nak sampai sanggup mencemar duli kepada patik pacal yang hina nih…"

Geli hati sungguh Intan melihat aksi Qairul yang berbahasa istana dengan Sara.

"Ko penah tak makan kasut sekolah saiz 7?"

Sara merenung Qairul sambil mempamerkan wajah ketatnye. Saje je nak uji…Wajah Qairul yang berubah kelat membuatkan Sara ingin menghamburkan tawa. Tapi terpaksa ditahan untuk menjaga air muka dihadapan budak baru yang masih belum diketahui namanye.
"Hehehe…rileks r Sara…ok aku kenalkan ni Imran. Dia baru daftar tadi. Satu kelas dengan aku. Ha, Imran…ni aku kenalkan Sara dan Intan. Diorang dak kelas Alfa. Amik aliran Sains."

"Ermm…ok."

Aik! Itu jer response mamat nih? Belagak badak tol…dah r baru datang tempat orang…dah berani nak tunjuk taring…ni tak leh jadi…perlu di kasi pelajaran nih…takpe…takpe…ko tunggu je r! Ni Sara r…

"Aduh…bengong aku klu camni hari-hari. Leh bertukar jadi gunung berapi pale aku nih! Awat r banyak beno rumus yang nak kena ingat dalam subjek fizik nih."
"Sabo r Sara oiii…ni r namenyer belajo! Klu nak senang jer...pergi balik rumah...tunggu orang masuk meminang..."
"Haa...best gak cadangan ko tu! Nanti aku suruh r Ibu aku pinangkan mane-mane lelaki hensem dan kaya untuk aku."
"Oit,minachi! Pigi daa…aku kata tunggu orang datang meminang! Bukan suruh ibu ko pergi meminang... "
"Hah,apsal lak? Tak boleh ke? Klu nak tunggu orang datang meminang...masalahnyer ade ke? Hahaha…dengan perangai aku yang tak semenggah ni."
"Ko ni dah betul r pempuan, cume perangai tu jer yang sengal sikit…tapi takpe,perangai tu boleh diubah...Allah dah tetapkan jodoh kita masing-masing kan..."
"Betul!"

Mereka tergelak bersama. Hubungan mereka yang rapat membolehkan mereka bercerita tentang apa saje.

"Eh,pe plak mamat kerek ni buat kat kelas kita ni Tan?"

Mata Sara tepat menikam ke arah Imran yang duduk tenang di bangku belakang tempat mereka duduk

"Kan hari ni kita ade kelas agame…kita kan gabung dengan dak Beta…sebab tu dia ade kt sini…

Otak Sara ligat berfikir cara untuk membalas dendam kepada Imran. Berani sungguh ko memalukan aku ek…

"Hai Qairul, ko nampak smart sangat hari ni nape? Nak ngurat Intan ek? Hahaha…"

Kurang asam tol si Sara nih! Aku lak tibe-tibe terkena! Muka si Qairul ni dah cam udang panggang. Sengih-sengih! Huh!

"Sara, minggu lepas kita belajar sampai bab berape ek?"
"Entah,ko tanye r si Intan nih. Aku bab kawin jer ingat!"
"Hish,tak senonoh!

Tibe-tibe terdengar satu suara garau menyampuk! Oh…si kerek ni ade hati nak berbual jugak…ermm…

"Ops! Am I talking to you just now? And by the way, do I know you?"

Hah, amik ko! Sibuk jer…nasib baik ustazah dah masuk, klu tak…aku basuh ko cukup-cukup…

Ek eleh, pe hal r mamat ni dok menyidai kat tepi tangga ni…tengok orang semacam lak tu. Hish, psycho ke ape dia nih! Lepas letak beg, Sara berbual dengan Ogy di koridor kelas. Sempat gak r Sara mengelamun…

"Hai.Tengok ape?" Aril mengambil tempat Ogy disebelah Sara sambil turut memandang Sara.

Ermm…nak jual minyak lg r mamat nih…Aril lebih dikenali sebagai player atau playboy dikalangan rakan-rakan. Aku pun tak paham nape yang dia suke beno nak menempel kat aku. Sekali-sekali kenakan mamat ni best gak nih.

"Malam tadi tido awal ek?"
"Oh, ha’ah. Ngantuk gile, petang semalam ade latihan bola tampar. Nak ape SMS mlm td?" Sara sengaja melayan Aril. Lagipun moodnye pagi ni baik. Intan pun masih belum sampai.

"Takde ape.Saje je.tak boleh ke?"
"Tak kate pun tak boleh...awek ko tak marah ke asyik SMS dengan aku jer…?"
"Awek? Orang mane ade awek r…tak percaye ek…?"

Huh! Wat muke simpati konon…uwekkk…!

"Kite nak kat orang tu, tapi orang tu wat tak layan je kat kite…"

Dia dah mule dah…

"Sape orang tu?" Sara buat-buat tak paham. Padahal dia paham bebeno! Dah kecoh pun yang buaya ni nak test aku! Ceh!

"Dia r…yang selalu tak percaya kat orang. Tak tau takpe r…" Aril wat muke satu sen.
"Woit, dating!" Intan datang selamatkan aku dari mabuk cendawan dengan buaya nih.
"Wa’alaikumsalam cik Intan…weh jom pergi kantin. Aku tak sempat breakfast r tadi."

"Assalamualaikum…hehehe…jom r! Ko ni dah dekat nak assembly baru nak pergi makan r…ermm…saje je r tu nak kena tahan dengan abang pengawas hensem!" Intan tergelak bila melihat wajah Aril berubah sayu mendengar kenyataannya tadi. Memang sesuai beno r korang berdua nih. Sorang buaya…sorang serigala…hehehe…

Malas rasenye nak pergi mesyuarat dan latihan silat petang nih. Penat! Malas nak tunggu bas lagi! Arghhh…!!! Ibu ni r kedekut sangat tak bagi aku amik lesen selagi aku tak habis sekolah!

"tittit…tittit…" Satu SMS diterima.

Aku tak siap lagi ni. Tudung tak bergosok lagi…nanti r aku bace. Tak penting kot…tibe-tibe telefon bimbit pemberian ibu tu bernyanyi lagu V.E. Party Like This. Alah…call r plak…! Sara bergegas mengangkat panggilan tersebut. Takut ibu yang call. Bila dilihat nama pemanggil di skrin…ermm…

"Hello, yes Aril…"jawabku lemah setelah memgetahui si pemanggil.

Akhirnya petang tu aku ke sekolah dengan driver…huhu…Aril bawak keta ayahnyer. Pastu pelawa nak tumpangkan aku. Ermm…macam orang mengantuk disorongkan bantal…layan…kebetulan Aril pun dak silat…hehehe…

Aku tak tau macam mane aku dengan si kerek ni leh jadi kawan. Aku klu boring dok umah sorang-sorang, petang-petang aku lepak kat Perpustakaan sekolah. Qairul slalu gak study kat situ petang-petang. Di mana ade Qairul…kat situ r gak ade dak kerek nih! Macam tak reti berkawan. Membontot jer si Qairul...bile aku borak dengan Qairul…Imran dok melangak. Walau matanye kat buku…tapi aku tau fikirannye bukan bagi tumpuan pun. Nampak sangat r kan klu dah sejam kitorg borak...sejam tu gak r dia dok ngadap muka surat yang same. Hahaha…Intan r yang mulakan perbualan dengan Imran. Dari situ r aku pun join the club…ok gak r dia ni…yang selame ni dia tu kerek semacam sebab dia dari sekolah lelaki dan memang tak reti sangat nak berkawan. Parents lak sibuk. Kiranye dia ni dak kekurangan kasih sayang r…kitorang ni kiranya kawan perempuan pertama dia r...terselit r gak rase bangga dalam diri ni…ahaks!

"tittit…tittit…"

Ermm…SMS dari Imran. Rajin lak mamat ni sekarang SMS and call aku. Aku tak kisah pun. Asal tak mengada-ada...aku layan je…sepanjang kitorang berkawan, aku lebih banyak mengenali dia. Kesian gak r cite hidup dia nih.

"Sara, ko free tak sok petang? Leh tolong ajar BI kat aku?" begitu r bunyi SMS dari Imran.

"Ermm…aku ok jer…tp ko kena balanje aku ABC r pastu…"
"Ok.xkisah.10 mangkuk ko nak hadap pun boleh! ;)"
"hahaha…melampau! Ni yang wat aku sayang kat ko nih! Hehe…"

Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas. Hari ni aku bangun dari tidur dah 1 Januari 2004. Macam-macam perasaan bercampur-baur dalam diri aku. Tahun ni aku SPM. Seram siot! Belajar dah r main-main jer! Science stream lak tu! Huhu…

Hah, banyaknyer SMS masuk! Tu r malam tadi tuan puteri masuk beradu awal! Adik aku cakap tak rock langsung malam tahun baru tido awal. Alah…aku klu ngantuk mane leh tahan-tahan…ibu selalu pesan, klu dah ngantuk tu tido jer. Jangan nak paksa diri. Sume pun SMS ucapan selamat tahun baru. Wah, yang wat aku teruja ni aku dapat satu SMS dari secret admire nih!

"Slmt Thn Baru Sara. Semoga kamu sentiasa berada dlm rahmat dan keampunan ALLAH s.w.t. amiiin…" – your secret admire

Dup dap dup dap hati aku. Hish…sape r ni…sonoknyer de secret admire…haha…aku cube call, tapi dia tak nak angkat. Ermm…pelik! Tibe-tibe satu SMS masuk. Terkejut aku! Tengah sedap berangan…kurang asam punye hp…

"As’kum.Sara tak perlu lah mengenali siapa saya…saya hanya ingin Sara terus maju dlm hidup. Good Luck 4 ur SPM."

Ala…ni yang tak best nih…dia kenal aku…tapi aku tak kenal dia…aku balas SMS dia dan menyatakan rasa ketidakpuasan hatiku. Tapi dia langsung tak balas. Bile aku cube call, talian tak leh disambung. Pergh…dia terus buang agaknyer sim card dia…Ah, biar r. Aku tak nak rosakkan mood aku di pagi tahun baru nih. Miggu depan aku dah masuk sekolah balik. Ibu nak ajak aku pergi beli barang keperluan sekolah aku. Ibu memang suka wat persediaan awal, supaya tak kelam-kabut nanti.

Tahun ni memang betul-betul mencabar. Kelas dengan homework aku gile banyak! Aku, kerap lepak kat PS tiap petang dengan budak-budak kelas aku dan tak terkecuali Qairul and Imran. Walau diorang amik akaun, tapi diorang rapat dengan budak-budak kelas aku. Satu petang…

"Sara…orang betul-betul sayang kat Sara. Nape susah sangat Sara nak terima orang? Macam-macam hint dah orang bagi...Sara...could you please stop from being ignorance towards me?! I’m serious. Jangan r percaye gossip yang ntah ape-ape tu…"

Yes! Sape sangka si buaya ni buang tabiat petang tu tibe-tibe luahkan perasaan kat aku...dah kena sampuk agaknyer dak ni. Gilo! Ade hati nak suruh aku percaya kat dia...dah terang-terang ko tu buaya! Kawan-kawan aku pun tak galakkan aku layan dak ni. Tapi diorang percaye aku pandai jaga diri. Aku pun nampak sendiri perangai buaya dia nih. Ko ingat aku senang-senang nak percaya kat ko? Mintak maap je r ek...huh!

"Aril...ko ni dah kenape? Kan aku dah kata, aku cume leh kawan jer dengan ko. Ko tau tak pe situasi kite sekarang? Tahun ni kite nak SPM tau. Jangan semakkan pale dengan benda-benda remeh ni leh tak?"
"Orang tau...tapi orang takut kehilangan Sara..." tu je r modal ko, wat muke satu sen...sepak kang baru tau!
"Sudah-sudah, aku tak nak dengar benda-benda nonsense ni lagi. Aku tak lari ke mane pun. Tapi klu ko terus camni...aku janji akan lari jauh-jauh dari ko! Nak?!" Sara terpaksa mengugut sebab si Aril ni dah tak leh bawak berlembut.
" Ok.ok. Orang dah tak cakap lagi pasal ni. Tapi Sara janji jangan hilangkan diri and tolong r bagi peluang kat orang ek. Klu bukan sekarang, lepas SPM. Leh ek?" rayu Aril dengan penuh mengharap. Dasar buaya! Lembut gigi dari lidah! Huh!
"Ermm…tengok r nanti camne. Takdir hidup kite dah tertulis di Loh Mahfuz. Pasangan hidup kita pun dah ditentukan. Dan peribadinya bergantung pada peribadi kita sendiri. Ingat tu. Jangan nak turutkan perasaan sangat." Sara menepuk bahu Aril dan berlalu ke arah Intan yang berteriak memanggilnya untuk balik bersama.

Imran makin rapat dengan aku. Aku ade terdengar gossip yang dia ni ade hati kat aku. Tapi since dia tak kata ape-ape, aku pun tak nak andaikan ape-ape. Aku wat biase jer. Dia selalu call aku and bercerita macam-macam. Mengutuk dah memang selalu. Sampai satu hari kitorang gaduh dan masing-masing ego dan tak nak mengalah. Hubungan kitorang jadi dingin. Sebulan lepas tu Imran couple dengan dak kelas Tassawur. Aku kenal dak tu. Tapi tak rapat r. Ermm…bagus r, dia dah pandai sekarang berkawan dengan perempuan.

Aril lak cam biase jer aku tengok. Tapi sengal dia tu tak ilang gak. Dia tetap nak cube memenangi hati aku. Lantak ko r! Ape-ape jadi ko tanggung r sendiri. Dalam hati aku ni takde sape-sape. Cume kadang-kadang aku teringat secret admire aku tu. Sampai sekarang aku tak tau sape dia. Aku tak nak terlalu memikirkan tentang dia. Takut aku hanyut atau ntah-ntah kawan aku saje nak prank aku. Bukan leh percaye sangat diorang nih!

Huh…SPM lagi sebulan. Cikgu-cikgu aku mule menggelabah nak wat kelas tambahan and nak bincang soalan yang mungkin keluar. Otak aku dah sendat rasenye ni. Klu leh aku nak transfer dulu sume maklumat kat pale ni dalam pendrive and isi yang baru. Huhu...

Pagi tu lepas assembly, Qairul and Imran tahan aku mase aku nak panjat tangga naik kelas aku. Hish, bebulu tol aku tengok perangai monyet 2 orang nih! Leh lak tahan-tahan aku.

"Weh Sara, ko nak tau satu cite tak? Semalam kan…kawan baik ko mati kena langgar…cian beb…pale dia pecah…isk..isk.."
"Sape kawan aku?" aku dah menyinga kat diorng ni. Aku tau diorang saje nak main-mainkan aku. Siap gelak-gelak sambil tekan perut lagi…memang nak makan penerajang aku ni sat lagi. Si Imran jawab.
"Kawn baik ko r monyet! Hahaha…"
"Setan…korang r monyet!!!" dua-dua kena breakfast penumbuk aku pagi tu. Rasekan korang! Wat rosak mood aku jer!

Tiga hari lepas kejadian tu…diorang masuk kelas aku untuk subjek Agama. Minggu ni minggu akhir kitorang belajo. Nyampah aku tengok muka sekor-sekor! Abis kelas diorang datang kat aku. Aku wat sibuk dengan nota aku. Malas nak layan. Tibe-tibe Imran bersuara.

"Sara, aku ade benda nak cakap ni. Ko nak dengar tak?"
"Aku tengok muka diorang sepintas lalu. Imran wat muka serious. Tapi aku tak nak tertipu lagi dengan sandiwara diorang. Aku amik langkah selamat dengan mendiamkan diri.

"Takpe r Sara klu ko tak nak dengar." Imran bersuara lagi. Lepas tu diorang pun blah.

"Ko gaduh dengan diorang ke Sara?" tanya Intan.

Pelik! Sebab Sara hanya akan diam bila dia betul-betul bengang. Intan dapat rasa ade yang tak kena kat kawannye ni.

"Diorang yang cari pasal dulu. Nasib r!" Sara geram dipermainkan oleh mereka.

Tahun ni SPM jatuh dalam bulan Ramadhan. Aku rase lebih tenang sebab berada dalam bulan yang mulia ni.

Lagi seminggu nak exam. Huh! Makin berdebar rasanye. Pagi tu lepas sahur aku kemas rumah dulu sebelum bersiap nak pergi sekolah. Tibe-tibe telefon rumah berbunyi. Hish! Sape r plak call pagi-pagi ni.

"Hello…"
"Sara, ko tau tak yang Imran meninggal?"
"Hah? Ko jangan main-main Ema!"
"Betul r…aku dah anto SMS kat ko kan…cube ko tengok…"

Perasaan aku jadi tak keruan. Aku harap Ema hanya berbohong. Aku bergegas mencari hp aku kat bawah bantal. Ya ALLAH, betul…Ema ade anto SMS. Aku call Ema balik.

"Ema, betul ke ni? Camne leh jadi camni? Tipu r!" tangan aku dah menggigil dan suara aku dah sebak.
"Sabar Sara, betul...malam tadi dia eksiden mase nak pergi kelas tuisyen dengan abang dia. Diorang naik moto. Bertembung dengan lori. Imran pembonceng. Pale dia pecah sebab dia tercampak and tak pakai topi keledar dengan betul."
"Ya ALLAH…Imran…!!!"

Aku dah lembik. Aku dah mule nangis. Aku cube call Qairul. Tapi talian sibuk. Aku call Aril sebab rumah Imran dekat dengan ruamah Aril. Aku harap Aril akan menafikan berita ni.

"Betul Sara, orang pun baru tau. Imran dah meninggal..."

Innalillahiwainaillahirrojiun...Ya ALLAH...air mata aku dah bercucuran di hening subuh tu. Ibu mendapatkan aku dan minta aku bersabar.

Pagi tu aku tak pergi sekolah. Aku dengan Intan pergi menziarah ke rumah Imran. Ramai kawan-kawan yang dah ade kat situ. Aku rase kaki aku sangat lemah untuk melangkah. Aku masih berharap yang sume ni hanya mimpi.

Jenazah Imran belum sampai. Disebabkan kecederaan teruk yang dialaminya, jenazahnya telah diuruskan oleh pihak hospital. Abang Imran hanya patah kaki. Aku cuba sedaya upaya untuk tak menangis. Aku membaca surah Yasin berulang kali untuk menenangkan hati.

Sejam kemudian, jenazah Imran sampai di rumah. Nafas aku serasa makin sesak. Orang terlalu ramai. Aku tak dapat melihat jenazah Imran buat kali terakhir. Sebenarnya aku pun tak sanggup untuk menatap wajahnya yang dikatakan telah hancur dan berjahit di mana-mana.

Saat jenazahnya diangkat untuk dibawa ke kubur…air mataku tak dapat dibendung lagi. Aku menangis semahunya di situ. Aku tak sanggup melihat jenazahnya dibawa pergi. Adik Imran datang kepadaku dan memeluk aku erat. Aku sangat-sangat lemah waktu itu. Kami sama-sama merasai kehilangan.

Ya ALLAH, sesungguhnya janjiMu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Begini rasanya kehilangan orang yang rapat dengan kita. Imran, aku mohon maaf atas semua keterlanjuran kata dan perbuatanku. Aku benar-benar terkilan kerana tak dengar ape yang dia nak cakap kat aku hari tu. Aku lebih terasa sebab dia bagi tanda yang dia akan meniggalkan aku melalui gurauannya tentang monyet tu! Ya ALLAH…menyesalnye aku…Maafkan aku Imran…Maafkan aku…

"Sebenarnye selama ni dia suka kat ko Sara. Awek dia pun cakap camtu. Dalam hati Imran ade ko Sara."
"Ape yang ko cakap ni Qairul? Imran tak pernah cakap ape-ape pun kat aku r!" Sara gelisah mendengarkan bicara Qairul.
"Betul. Abang dia pun tau. Dia pernah curi gambar dari dompet ko kan? Dia letak gambar tu kat meja belajo. Sampai r ko berkeras nak balik gambar tu. Ko pempuan pertama yang rapat dengan dia selain keluarganya. Sayangnya kasihnya tak terucap pada ko." Ucap Qairul dengan tenang.

Aku dah tak sanggup mendengar sume ni lagi. Bahu Intan di sebelah ku menjadi tempat aku menghamburkan piluku. Aku yang terkenal dengan keras hati dan sukar menitiskan air mata tibe-tibe jadi terlalu lemah mendengar kenyataan ni. Sungguh aku kejam. Sungguh aku buta dalam menilai kasih sayang.

Kenapa aku hanya tahu semua ni selepas semuanya dah terlambat? Mungkin aku bukan pempuan yang ditakdirkan untukmu. Tak layak untuk menjadi bidadarimu. Seminggu aku tidur bertemankan gambar-gambar kenangan aku dan Imran.

"Aku tak pernah amik gambar dengan perempuan. Inilah pertama kali."

Terngiang-ngiang ucapan Imran saat aku menatap gambar pertama yang kami rakam bersama itu untuk kesekian kalinya. Di kala ini jua, lagu ‘Kau Pergi Jua’ nyanyian Kamikaze berkumandang di corong radio. Gugur lagi air mataku...

Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termenung dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada di sisiku

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupmu
Kau pergi tak kembali selamanya

Walau berkali ku tangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh di alam abadi
Di pusaramu

Hanya doa yang ku iringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku

Segalanya datang dan pergi
Ku tahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Takdir telah tertulis untuk dirimu

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termangu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi
Memanggilku

11.02.2008

PENGANTINKU DARI UDARA

P/S....tiada apa...hmmm ...kebelakangan ini, ku sgt suka membaca cerpen...sekadar cerpen...bukan nOvel ye...haha...btul,ku tidak suka baca nOvel...tidak suka sama sekali....ku buknlah Org yg bOleh menghadap sesuatu begitu lame, malahan nOvel menarik juga tidak mampu utk buatkan ku tertarik utk terus baca mahupun terus menyelami ap kndungnnya....hmmm....tpi...tpi....duniaku, ya duniaku...ku d kelilingi rakan2 yg memg kaki nOvel...haha...btul itu....tidak kira yg perempuan mahupun lelaki...rakan2 yg amat suka bca nOvel...part mne yg menarik hati mereka pun ku tidak tahu...adik ku juga....hmmm....cuma ku saja yg tidak minat akan nOvel2 ni....mgkin kerana sejarah hitam dulu...ya,dulu ku juga penggemar nOvel....ku berhenti membaca nOvel bilamana ku naik sekOlah menengah...ya, ku akui ...ku ade peristiwa hitamm...hmmm....akibat peristiwa ini, mne mungkin ku kan minat bca nOvel..tidak mngkin same skali....tidak akan itu sehingga sekarang....pling tebal ku bOle bce,erm,....ntah la...sgt nipis..asik kena gelak saja...haha...hmmm.even cerita ayat2 cinta yg ku minat itupun ku xsnggup baca, ku lebih sggup tOnton mOvie nya saja...tpi, mereka kata...mOvie itu tidak setulus nOvel nya...maka,ku mencuba utk baca nOvel nya...tpi bukn nOvel ya...ku bca melalui adObe reader...PDF file...haha....cra ni lebih efektif...bOle la juga ku baca....nOvel?...maaf, memg ku tidak mampu utk baca...tidak mampu sama sekali...seperti kata orang, ALLERGIC....haha...seperti juga kate SHELA...dh xbOle...tidak mampu....muak....nk termuntah, 'allergic'.....eh, tpi bukn nOvel la...itu dia kate utk CLOUD 9 yg ku suka sgt mkn 2...haha....ok...ni satu lagi CERPEN yg ku bca...ku suka baca cerpen berunsur ISLAMIK....tapi, ini bukan ISLAMIK manapun..ia lebih kepada ranjau hidup...perjalanan hidup....hmmmm....ni wt isma_17, bca la ye...int tau kmu ni pemalas nk cri...bca kt cni jela ye...haha....oPppppsss..pOpular sekejap isma_17 d cni....hehe....saje je 2....hmmm...17...ya....17 rakaat suma nya kan...


=====================================================================================


Mukaddimah: Aku tidak pernah menulis sebegini panjang lebar lebih-lebih lagi menukilkan kisah hidupku sendiri yang hanya sepelaung ini. Ini adalah kali pertama aku mencuba. Aku pun tidak pasti sama ada aku menulis ini mendedahkan pekung di dada atau pun ianya adalah satu keputusan yang tepat. Aku cuba menjauhkan diri dari menceritakan keburukan orang lain di sini. Sekurang-kurangnya seseorang beroleh manfaat dari tulisan ini. Dan jangan ditanya apakah format penulisan yang aku pakai kerana aku sendiri tidak tahu... Wallauhua’lam... Nama-nama yang aku gunakan disini mungkin hanyalah samaran untuk mengelakkan identiti aku diketahui. Aku meminta maaf terlebih dahulu dari para auda sekiranya aku tidak mampu untuk menyusun ayat-ayat ku dengan betul. Aku lebih selesa menulis di dalam bahasa Inggeris tetapi untuk kisah ini akanku cuba sedaya upayaku untuk menukilkan ia di dalam bahasa ibunda ku.

************************************************************************************

Kisahku ini berlaku lebih dari sepuluh tahun lepas…. Sekurang-kurangnya dari situlah aku ingin bermula….

Bapaku hanyalah seorang buruh, ibu ku terpaksa bekerja bertungkus lumus membantu bapa demi menyara hidup kami sekeluarga. Aku bukanlah dari sebuah keluarga yang kaya tetapi juga bukanlah dari sebuah keluarga yang miskin. Aku bersyukur dihantar bapa untuk tinggal di asrama kerana ia banyak mencorakkan hidup aku untuk berdikari. Aku memegang prinsip, 'When there’s a will, there’s a way’. Alah… pepatah melayu tu… kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih…. Aku tahu aku mampu untuk mencapai sesuatu sekiranya aku mahu.

Sewaktu di zaman persekolahan dahulu aku ‘malas’ untuk belajar. Aku lebih suka untuk relaks. Di waktu itu aku tercari-cari apakah suatu rangsangan yang aku perlukan di dalam hidupku untuk mendorong aku bertungkus lumus belajar untuk ke menara gading demi masa depanku sendiri. Aku ingin menjadikan ibu-bapaku sebagai sumber inspirasiku; aku cuba untuk menanam semangat bahawa suatu hari nanti aku mahu menolong mereka namun aku tidak mampu. Tidak mampu untuk menanam azam dan iktizam begitu untuk menyemarakkan semangatku; untuk mendorong aku mendaki gunung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Akhirnya aku seakan mendapat jawapan apabila hatiku berkata, ‘cinta’. Cinta bukanlah dari ibu atau pun bapa tapi dari seorang kekasih hati yang aku pujai…..

“Di sinilah permulaan kisah hidupku ini… mencari cinta yang sejati untuk ku bawa sehingga akhir hayatku. Cinta yang akan menjadi pendorong ku dan pelindung diriku. “
Cinta yang telah lama ku cari tetapi tak kunjung tiba….

************************************************************************************

Semenjak di bangku persekolahan aku tidak pernah bercinta. Teringin juga aku hendak berteman wanita seperti orang lain tapi apakan daya, aku adalah seorang yang terlalu pemalu. Terasa juga cemburuku melihat teman-teman lain berkepit di sana berkepit di sini. Ada di antara kawan aku tu, hitam legam tetapi teman wanitanya putih melepak dan rupanya begitu menawan... Aku tidak tahu ilmu apakah yang dipakainya. Adakah betul ilmu tu? Atau pun .... mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri...

Apa kekuranganku??? Yang aku paling pasti kekurangan aku adalah aku terlalu pemalu hatta hendak bercakap dengan kawan-kawan perempuan sekelas pun aku tidak berani. Bukannya aku tidak mahu dan bukannya aku sombong! Di kala berjalan pun aku tidak berani untuk mengangkat muka. Kalau aku terpandang mereka terasa ketar lututku. Apakah penyakit ku? Mungkinkah aku terlalu perasan? Aku pun tidak tahu. Sewaktu di sekolah, aku di aliran sains di sebuah negeri yang agak konservatif. Dan bukannya di dalam kelas aku tidak ada ramai gadis-gadis yang cantik. Memang ramai tapi apakan dayaku....Hendak ku mulakan pergerakan, rasanya tidak sekali-kali.

Pernah juga aku berkenan dengan seorang gadis, Hatinya, sewaktu di sekolah menengah tetapi aku tidak pasti bagaimana hendak memulakannya. Kali pertama aku terjumpa dengannya dia di tingkatan satu dan aku di tingkatan tiga. Aku dan dia bersekolah di sesi yang berlainan tetapi di bangunan yang sama. Aku telah mula menaruh hati padanya. Si dia bukanlah secantik teman-teman sekelasku tetapi aku tertarik dengan perawakannya. Aku tertarik kerana dia seperti seorang yang pendiam. Ada rupa... walaupun masih ada ramai lagi gadis yang lebih cantik. Tetapi bagiku dialah yang tercantik...

Sewaktu aku di tigkatan empat, dia di tingkatan dua, aku dan dia di kelas di bangunan yang berlainan. Kadang-kadang aku mencuri-curi pandang dari jauh sahaja. Sehinggalah ditakdirkan sewaktu aku di tingkatan lima dan dia di tingkatan tiga, kami berkongsi bilik darjah yang sama tetapi berlainan sesi. Selama dua setengah tahun aku memendam rasa akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengorak langkah. Puh... aku doakan langkah kanan.... entah-entah aku tergerak langkah kiri pun aku tak tahu... sebagai pembuka langkah.... bermulalah kali pertama di dalam hidupku yang naif untuk cuba bercinta.

Aku tidak memahami perempuan dan perasaan mereka. Aku tidak tahu apakah yang mereka suka dan apakah yang mereka benci…. Aku tidak tahu bermadah dan aku tidak tahu bagaimana untuk memikat. Maklumlah, aku bukan Mat Romeo. Aku hanyalah aku, yang buta tuli di dalam hal-hal bercinta. Aku tidak pandai di dalam segalanya... tak tahu nak mengambil hati dan tidak tahu hendak bermain kata.

Di pertama kali itu aku cuba bercinta, aku telah menulis sepucuk surat sebagai pembuka kata dan ku tujukan kepada si dia. Aku bukanlah seorang yang alim tetapi aku tidak berapa gemarkan dia berkawan dengan ’geng-geng’ dia yang agak agresif. Aku pun tidak faham... wataknya lembut dan ayu tetapi teman-temannya agresif.

Aku cuba menegur dan cuba memainkan jarum yang baru aku cuba tusuk. Aku tahu surat yang aku tuliskan itu dibaca bersama dua orang pengapitnya yang selalu ke sana ke mari bersama. Setelah dua pucuk surat ku tinggalkan di dalam lacinya… percubaan itu berakhir dengan kekecewaan kerana Hatinya menolak dan aku tidak tahu apa yang harus ku buat. Aku tahu Hatinya faham apa yang cuba aku lakukan, maksud yang tersirat dan tersurat, tetapi dia telah menolak ’lamaran’ku melalui pesanan pengapitnya Noriah. Aku tahu aku tidak pandai bermadah... Kalau nak dibandingkan dengan beberapa pasangan di sekolah aku pada waktu itu aku tahu dari segi rupa aku tidaklah kekurangan. Tetapi mungkinkah penampilan ku kurang?

Terus aku membawa duka. Sewaktu itu aku masih terus berharap padanya. Aku berdoa agar dia dapat menerima aku dan dapat menjadi sumber inspirasiku untuk terus maju jaya di dalam pelajaranku. Aku inginkan seorang yang dapat memberikan ku rangsangan supaya aku dapat yang terbaik di dalam hidupku. Tetapi bolehkah aku melupakan Hatinya? Langkah kananku tidak menjadi. Mungkinkah langkah aku sudah tersilap?

Tamat tingkatan lima, aku berangkat ke sebuah kolej sebagai persediaaan untuk aku ke luar negara. Suasana pembelajaran di sana membuatkan aku pening. Disebabkan aku lebih suka bersendirian aku amat tertekan. Terutamanya apabila kelasku dileteri pensyarah-pensyarah perempuan. Sekiranya dileteri lelaki mungkin bisanya tidak seberapa. Tetapi apabila dileteri pensyarah-pensyarah itu aku begitu tertekan.... Walaupun bukannya aku yang kena leter. Kadang-kadang tu pensyarah-pensyarah itu suka meleteri beberapa individu perempuan yang tertentu. Entah kenapa, mereka pun perempuan juga. Aku bersama pensyarah-pensyarah gila tu hanyalah sepenggal tetapi kesannya amat mendalam di dalam diriku. Tempat itu seperti telah menghantui diriku. Aku tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaranku lagi disebabkan mereka. Aku sedar bahawa pelajaranku semakin merosot. Aku hampir gagal di dalam pelajaranku. Aku masih lagi mencari-cari sumber inspirasiku…Hidupku ku rasakan teumbang-ambing. Aku sungguh
tertekan. Kalau ya pun nak anak murid menjadi pandai itu bukanlah caranya. Aku mula ’tak sukakan’ suasana di situ sehingga pembelajaranku merosot. Aku cuba melepaskan ’tension’ aku dengan relaks. Tak payah studi lagi.... Cuma yang aku pasti aku tidak boleh gagal di situ. Jadi aku pastikan bahawa aku lulus semua mata pelajaran dan markah purataku melebihi tahap wajib 2.0. Sekadar cukup makan.....

Aku masih tercari-cari masih adakah cinta buatku? Dari sesiapa sahaja yang sudi?

************************************************************************************

Aku masih tidak dapat melupakan Hatinya.... Di waktu aku terluka tiba-tiba datang di dalam hidupku seorang warisku, Matinya. Aku tidak tahu entah macam mana perhubungan itu bermula dan kami mula berutus surat. Matinya pada ketika itu menuntut di sebuah kolej matrikulasi. Aku masih tercari-cari cinta sejati.... mencari pengubat hati... Ada sesuatu yang ditulis di sampul suratnya setiap kali aku menerimanya yang membuatkan aku ’perasan’. Dari satu surat ke satu surat aku perhatikan perkataan itu tertera. Aku cuba mentafsir... Aku sangkakan bahawa Matinya menyukai aku. Aku memberanikan diri untuk meluahkan isi hati padanya kerana menyangkakan bahawa dia sukakan aku.... tetapi aku tersalah tanggapan. Aku menjadi keliru, apakah maksud perkataan itu yang tertera di sampul surat itu. Aku bertanyakan Matinya tentang aku di hatinya tetapi di dalam warkah-warkah yang mendatang dia langsung tidak memberitahu ku apa-apa. Penantian jawapan yang tiada noktahnya. Percubaan aku untuk memikat Matinya
telah mengajar aku banyak perkara. Banyak perkara....

Sebaik sahaja cuti semester, aku terus berangkat pulang ke tempat asalku. Di situlah juga tempat asal Matinya.

************************************************************************************

Sesampainya aku di negeriku.... Aku cuba menjadi ’gentleman’ dan menebalkan mukaku untuk menelefon Matinya di rumah. Aku menaiki bas ke rumahnya dan menelefon Matinya menggunakan telefon awam. Aku tidak dibenarkan pergi ke rumahnya dan aku akur. Aku masih lagi tercegat di situ tanpa mengetahui ’status’ cintaku.... Di hari-hari mendatang warkah-warkah dari Matinya berkurangan tetapi dia tidak memberitahuku kenapa.

Selang beberapa lama akhirnya aku faham bahawa mungkin Matinya tidak dapat menerimaku. Aku cuba memahami dan memujuk hatiku......

************************************************************************************

Masih lagi aku tercari-cari... Cinta... ohh, di manakah cinta........ Di manakah kepunyaanku? Di manakah sumber inspirasiku? Di kolej aku masih seperti yang lalu. Tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran…. Asalkan aku tidak tersingkir dari kolej dan aku mencapai tahap kelulusan yang diperlukan, aku okay… Matlamat aku pada waktu itu adalah… mahu keluar dari tempat itu. Keluar menyambung pelajaran di tempat yang lain. Dan harapanku ialah perubahan suasana akan dapat membantuku menghadapi pelajaranku. Dan aku masih lagi mengharapkan ada seseorang yang akan sudi menyambut hatiku yang kosong ini…. Aku banyak menghabiskan masa mendengar radio. Kadang-kadang aku bersama teman-teman sebilik mendengar ruangan ‘memori’ yang disiarkan di radio saban malam sabtu. Ruangan itu telah menjadi seperti suatu rancangan yang ditunggu-tunggu setiap minggu di kolej kami. Kadang-kadang kami bergelak ketawa apa bila ada Mat Jiwang dari kolej kami yang menukilkan ’memori’ mereka di rancangan itu. Cuma
yang aku tidak sangka ialah... di hari ini aku pula yang menukilkan kisah hidupku di sini......

Di dalam pencarian aku mula berjinak-jinak dengan sahabat pena. Ada kalanya aku mengambil alamat di dalam majalah URTV. Tetapi biasanya perhubungan itu hanyalah setakat itu dan ia tidak kemana. Aku hanyalah menganggap mereka sebagai sahabat untuk aku menghiburkan hati sahaja. Kerja aku sehari-hari selalu ’mentelaah’ radio. Terutamanya pada malam sabtu, menanti ruangan ’memori’... di radio KL kalau tak silap aku. Pada suatu malam itu aku terdengar suatu nama yang dibacakan oleh abang DJ sebagai seorang gadis yang ingin berkenalan dengan sesiapa sahaja yang sudi. Nama yang dibacakan sedap sekali kedengaran di gegendang telingaku....

”Shahidatul Aida binti Shahrin”. Dan alamatnya ... di kolejku juga....

’Wah, sedap namanya’, kataku di hati.

Aku menulis alamat yang diberikan itu. Aku tidak pasti sama ada aku mahu menulis padanya. Apa yang aku fikirkan? Perlukah aku menulis surat kepadanya? Aku menyimpan alamat itu beberapa hari.

Nama itu memang sedap dipalu di gegendangku.... ”Ah, tulis surat aja… berkenalan”. Aku pun mula menulis sepucuk surat dan ditujukan kepada tuan punya nama. Tanpa kusedari rupanya nama itu adalah nama samaran. Ya lah budak mentah macam aku ni mana lah tahu apa-apa.

Aku pun tidak tahu bahawa hanya satu dari dua nama itu adalah nama sebenar Shahidatul. Dan pada waktu itu Shahidatul sendiri pun tidak tahu bahawa namanya telah digunakan oleh teman-teman sebiliknya dan dihantar ke ruangan tersebut.

Aku yang bendul ini sungguh tidak menyangka bahawa surat-surat ku telah dibalas oleh orang yang berlainan. Ya lah… pada waktu itu aku mana ada perasaan pada Shahidatul… Manalah aku perhatikan sangat tulisan di surat-surat yang aku terima… Mereka sebilik kecuali Shahidatul yang sebenar membalas surat tu mengikut ‘mood’, sesiapa nak balas boleh balas. Dan aku, masih seperti dahulu. Hendak aku bertanyakan siapa tuan punya nama, pada siapa yang harus ku tanyakan? Bukannya ada mana-mana kawan perempuan yang aku berani nak tanya. Aku simpan semuanya di hati..... Perhubungan itu pun masih tak ke mana. Aku hanyalah salah seorang sahabat kepada tuan empunya nama yang melebihi lima orang itu tidak termasuk Shahidatul yang sebenarnya. Selang beberapa lama aku bersiap sedia untuk terbang ke luar negara….

*************************************************************
Aku masih cuba melupakan Matinya dan aku pun pulang ke negeri sebelum berlepas.... Aku cuba menjadi ’gentleman’.... Aku tahu Matinya pun pulang bercuti. Aku cuba untuk bersemuka dengannya. Aku gagal untuk bertemu kerana dia menolak. Lalu pada suatu hari aku pergi berjumpa dengan adik Matinya yang di rumahnya dan aku berpesan padanya supaya memberitahu Matinya bahawa aku meminta maaf di atas apa yang terjadi. Sangkaku adiknya tidak mengetahui tentang surat-surat ku kepada Matinya itu. Perkataan yang terkeluar dari mulut dari adiknya itu membuat aku kelu dan marah membara. ”Kami tahu dan bla... bla...bla...”. Terasa aku dipermainkan. Tidak aku sangka bahawa rupanya surat-suratku dibaca oleh mereka adik beradik. Apalah salahnya sekiranya Matinya memberitahuku seperti Hatinya. Walaupun pahit, insyallah, aku akan cuba menerimanya. Aku terima kenyataan secara baik bahawa Hatinya tidak dapat menerima aku. Kenapa tidak Matinya? Nak matikah budak ini? Aku betul-betul berang pada ketika itu
tetapi aku sembunyikan dari adiknya. Terasa ingin sekali aku kenakan Matinya. Jumpa bomoh siam ke..... Biar puas hatiku. Tetapi aku masih lagi waras, dan aku tenangkan hatiku walau pun dilanda api kemarahan yang amat. Kenapa perasaan aku mesti dipermainkan??? Sekiranya tak sudi kenapa tidak berterus terang. Katakan yang sebenarnya, sudahkah kau berpunya? Dan aku akan pergi dari hidupmu....

Amarah ku memang membara.... Aku tidak lena tidur.... Kekecewaan ku bukannya kerana tidak diterima, tetapi kerana terasa dipermainkan. Terasa aku menyumpah-nyumpah Matinya. Kenapa harus aku dilayani sebegitu?

Aku memang tidak pandai bermadah dan mungkin apa yang aku tuliskan padanya menampakkan bahwa aku memang ’naif’.

************************************************************************************

Dan tanpa ku sangka suatu hari ketika aku ke bilik kawan sekolejku, aku ternampak sepucuk surat yang mana tulisannya aku kenali. Dia juga berutus surat dengan Matinya. Aku mengambil sampul surat itu dan aku dapati Matinya menggunakan perkataan yang sama di sampul surat itu. Aku terkeliru...... Apakah maksud semua ini? Apakah yang harus aku tafsirkan kini? Apakah Matinya mempermainkan kami?

************************************************************************************

Aku keluar negara dengan api kemarahan yang menyala. Perhubungan aku dan Shahidatul tidak aku endahkan lagi. Bukannya ada apa pun. Sakitnya hatiku pada Matinya hanya tuhan yang tahu. Semua perempuan sama saja, fikirku...... jahat... Aku terus menyepi selama setengah tahun meredakan amarahku.... Kalaulah aku jahat memang telah aku ajar Matinya cukup-cukup. Memang telah lama aku kenakan dia. Tapi aku masih waras.

Aku memujuk hatiku… aku tidak mungkin akan mencari seperti dahulu lagi….Perempuan jahat... Kalau aku tergamak mungkin kali ini aku yang akan permainkan mereka pula.... Tetapi hatiku masih lembut, walaupun sakit aku cuba mengubatinya. ”Biarlah”, pujukku... ”Persetankan Matinya”, kata hatiku....

Setelah beberapa lama menyepi aku mula mencari kembali surat-surat dari Shahidatul. Telah sekian lama aku tidak mengutuskan sepucuk warkahpun kepadanya. Shahidatul... Shahidatul..... macam mana kau sekarang? Masihkah lagi kau di situ?

Aku masih juga mengharapkan ada yang sudi untuk mengambilku sebagai seorang teman istimewa.......

Di warkah terakhir dari Shahidatul yang aku simpan itu tertera cop dari pejabat pos sebuah kampung yang namanya amat pelik. Aku menyangkakan bahawa Shahidatul sememangnya berasal dari kampung tersebut. Lalu aku pun berseloroh tentang nama kampung itu. Warkah itu memang sah telah dihantar oleh salah seorang dari Shahidatul berlima tu... kerana Shahidatul yang sebenarnya pada ketika itu masih belum pernah lagi membalas surat-surat dariku…..

Apabila warkah dariku itu sampai ketangan Shahidatul yang berlima tu, mereka tak memahami seloroh ku itu.... ”Apalah budak ni merepek, tak faham aku”...... ”Shahidatul, di antara kami semua engkaulah yang pandai merapu... engkau balas lah surat budak ni, tak faham aku”, kata salah seorang dari mereka.....

Bermulalah kisah Shahidatul yang sebenarnya buat pertama kali membalas surat dariku. Di waktu itu internet masih asing....

Selang beberapa lama aku menulis kembali kepada Shahidatul aku terasa seperti ada satu tarikan darinya. Tidak tahu aku macam mana nak menceritakannya. Aku seakan-akan terpukau dengan penulisannya. Aku mula cuba untuk memahami isi hatinya. Bagiku apabila kita berutus surat kita akan lebih menjiwai apa yang ditulis, kerana kita mesti berfikir untuk mencoretkan sesuatu. Tetapi tidak sekiranya kita bercakap secara spontan. Mungkin perkataan itu terkeluar lebih cepat dari fikiran....

Tiba-tiba aku mendapat tahu bahawa Shahidatul sakit dan dia juga cuba untuk keluar dari kolej tempat aku belajar dahulu kerana pada waktu itu program berkembar luar negara itu menghadapi masalah dan dia mungkin akan menjadi mangsa keadaaan sekiranya program itu ditutup. Aku cuba menasihati dia, dan aku cuba biarkan dia berfikir yang terbaik baginya... Aku restui dia keluar dari program itu.... dan aku cuba membantu dia dengan penyakitnya itu. Aku bukanlah doktor tetapi kata-kata rangsangan dan nasihat kadang-kadang adalah salah satu ubat yang terbaik.....

************************************************************************************

”Awak tu, kalau berjalan bukannya pandang orang. Kita nak tegur pun takut”, kata seorang dari bekas kawan sekelasku sewaktu aku menelefon dia di salah sebuah universiti di luar negara. Seorang gadis bekas kawan sekelasku yang lain pun menyuarakan perkara yang sama. Di dalam telefon aku berani lah.... lepas tu pula mana ada aku akan terjumpa mereka kerana kami berlainan universiti. Kalau bersemuka tentu aku malu...

”Dulu teringin juga nak ’mengambil’ awak tetapi saya tak berani”, itu pula adalah kata-kata dari seorang wanita kawan sekelas di sekolah menengahku, yang telah selamat menjadi isteri kawanku sewaktu aku di luar negara.

Rupanya perasaan maluku yang menebal membuatkan aku berjalan tanpa menoleh kekiri dan kekanan. Arghhh... barulah aku sedar, bukannya tak ada orang yang cuba nak mendekati aku tapi mereka takut.... Apalah malangnya aku....

Di dalam... hatiku berkata,” Siapakah lagi yang boleh dipercayai? Adakah seperti Matinya lagi? Bolehkah aku mempercayai mereka? ”.

”Mungkin juga”, jawab benakku.

Semuanya telah ditentukan di Loh Mahfuz. Hanya Qada’ mubram iaitu mati yang tidak boleh diubah, tetapi Qada’ yang lain boleh diubah. Masa mati boleh diubah tetapi mati itu sendiri tidak boleh diubah. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi.... Masa kan Allah berfirman, ”La yori dool Qada’, illa bi’ doa”. Tidak akan berubah qada’ itu kecuali dengan doa. Allah memberikan kelonggaran di dalam ketentuan tertentu. Kita berusaha dan kemudian barulah bertawakkal. Dengan izinnya kita masih boleh mengubahnya. Aku hanyalah mesin yang berjalan mengikut ketentuan Allah. Ada hikmahnya disebalik kegagalan aku mencari cinta sejati. Cinta yang tak kunjung tiba...

************************************************************************************

Aku mahu aku diterima seadanya dan bukan kerana harta dan bukan kerana aku berpelajaran tinggi dan aku mungkin akan bekerja berjawatan besar suatu hari nanti. Memang keluarga aku bukan orang berada pun.

Aku masih meneruskan perhubungan ku dengan Shahidatul. Kali ini memang betul dengan tuan empunya nama. Apabila semakin lama kami semakin erat, akhirnya aku meminta Shahidatul menghantar sekeping gambar buatku. Shahidatul akur.

”Masyaallah, mak datuk... gambar apa yang dihantarnya ini. Gambar waktu mana ni? Dahlah panjangnya hanyalah selebar jari kelinking nak tengok pun tak berapa nampak”. Tetapi mujurlah bahagian kepalanya sahaja. Kalau seluruh badannya hanya selebar itu, memang aku tak akan nampak apa-apa.

”Kanta.. hai kanta... kat mana lah kau sekarang ni?”, mencari-cari aku.... Terpaksalah aku menggunakan kanta pembesar...... Nasib baiklah ada kanta tu.... Terima kasih, kanta!

Wah, walaupun kepayahan, aku menjenggilkan mata merenung gambar itu! Terdetik di hati ku, ”Cantik dia ni, tapi nampak muka dia macam muka nenek aku....”.

”Err... tapi mana mungkin aku kahwin dengan dia suatu hari nanti jika ditakdirkan kami bersama sekiranya aku menyamai dia dengan muhrim aku; nenek aku pulak tu”, terus berputar-putar seribu satu kemusykilan di benakku.

”Tetapi, mungkinkah dia gadis yang aku cari selama ini?”, aku tertanya-tanya diriku lagi.

”Mungkinkah aku memiliki gadis itu? Mungkinkah? Mampukah aku memikat dirinya? ”, melayang-layang fikiran di benakku.

”Macam mana nak aku mulakan?” Buntu fikiran aku....

”Alah... bukannya engkau pernah berjumpa dia pun”, pujuk hatiku.

”Tak pernah seumur hayat pun kau berjumpa dia. Mungkin suatu hari nanti apabila kau telah lebih mengenalinya boleh kau ajukan soalan berbentuk peribadi”, kata hatiku lagi.


Kan aku masih lagi cuba mengubat pilu tikaman pisau di hatiku dikerjakan Matinya…. Sewaktu itu bagi ku semua perempuan sama seperti Matinya... Nak mati. Tetapi dari hari ke hari semakin rancak aku berhubung dengan Shahidatul. Dan persepsi terhadapnya berubah sedikit demi sedikit. Aku percaya bahawa dia jujur di dalam perhubungan kami. Aku percaya isi kandungan yang ditulis di dalam surat untukku adalah benar. Akhirnya aku mendapat tahu bahawa Shahidatul mengambil keputusan muktamad untuk keluar dari kolej itu. Dan dia ke universiti tempatan. Aku merestuinya.

Setelah beberapa bulan aku mengenali Shahidatul melalui warkah-warkah darinya aku memulakan pergerakanku. Kata hatiku, dialah yang ku cari selama ini...... Aku pasrah dan nekad. Aku tidak pernah pun berjumpa dia. Manalah tahu kalau tiba-tiba ada kecacatan fizikal. Aku akan redha menerimanya seadanya. Insyaallah. Tidak kiralah bagaimana pun dia. Hatinya begitu suci bagiku.... Dialah kekasih awal dan akhirku, Insyallah. Itulah kata hatiku....

************************************************************************************

‘Ya, Shahidatul pun sayangkan Irfan’, itulah yang tertera di dalam sepucuk surat yang datang selepas berminggu di poskan dari Malaysia. Alangkah bahagianya aku. Terasa dunia ini aku yang punya….

Di universitiku ada beberapa pasangan kekasih yang tinggal serumah sebilik. Aku bersyukur kerana tidak menjadi seperti itu. Pada waktu itu aku belum lagi di ’Mat Sallehkan’ dari gaya pemikiranku... Walau pun begitu setelah aku lebih matang sekarang aku masih lagi tidak merestui perhubungan begitu... ”Janganlah aku terikut-ikut gaya mereka”. Aku bukanlah alim tetapi aku sebolehnya tidak mahu terjebak sebegitu.

Aku tinggal bersama sepasang suami isteri dan anak mereka.... kami telah pun terputus hubungan pada waktu ini dan aku amat merindui mereka kerana mereka adalah abang dan kakak angkatku tetapi aku tidak tahu ke mana harus ku tuju..... Banyak perkara yang abang angkatku ajar padaku tentang liku-liku hidup dan aku begitu menghargainya. Dan bukan kerana suatu insiden yang telah membuatkan aku marah, aku memutuskan hubungan kami sewaktu aku masih di luar negara dan mereka telah pulang ke tanah air. Aku terpaksa... kerana sesuatu yang terjadi... Abang dan kakat angkatku yang aku rindui mungkin di Sabah..... Jack...

Suatu hari aku ke JC-Penney dan aku terlihat sekeping kad yang amat menarik hatiku.... Ada gambar seekor burung merpati yang terbang di awangan. Kata-kata yang tertera di kad itu, ”If you believe it’s yours set it free, if it returns it’s yours”. Entah kenapa terus aku beli kad itu dan kusimpan di bilikku....

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, ranjau mana yang tiada onak.... begitulah hubungan kami ketika itu. Pada suatu hari tu, entah hantu apa yang merasuk aku... aku terasa seperti Shahidatul tidak sayangkan aku lagi. Aku teringatkan kad yang masih aku simpan yang aku beli dahulu.... ”If you believe it’s yours set it free, if it returns it’s yours”. Aku pasrah…. Apa nak jadi, jadilah… walau pun aku takut…. Takut kehilangan kekasih yang sudah ku temui setelah sekian lama di dalam pencarian… yang tidak pernah aku ada sebelum ini…..

Aku telah pun nekad, Insyaallah Shahidatul tidak akan kemana dan menjadi milikku buat selama-lamanya..... Aku menulis sepucuk surat untuk Shahidatul tetapi aku tidak dapat tidur lena pada malam itu. Mahu rasanya aku menangis..... Apa dah jadi di dalam perhubungan aku? Aku terasa amat takut sekali. Memanglah bagus sekiranya aku dapat mencuba falsafah itu... kalau lah memang Shahidatul milik ku walau apapun yang terjadi dia tetap milikku. Tetapi bagaimanakah sekiranya dia betul betul pergi? Lantas aku mencapai pena meminta maaf dari Shahidatul. Surat itu aku poskan dua hari kemudian. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan?

Dua minggu selepas itu Shahidatul mula menerima warkah pertama dariku. ”Kalau Shahidatul rasa tak sayangkan Irfan lagi, pergilah”...... kata-kataku itu membuatkan tangisan Shahidatul berderai... hancur luluh rasa hatinya.... Dia terus pulang ke rumah dari kolej universitinya dan mengadu kepada kakaknya. Terus dia mencapai pena meminta penerangan dariku, apakah salahnya.... Apakah kesudahannya? Surat itu diposkan kepadaku.

Apabila dia pulang kembali ke universiti dia mendapat surat keduaku memohon maaf. Lalu dibalasnya lagi. Sementara itu aku menunggu dengan penuh debaran. Oh tuhan, apakah yang telah aku lakukan? Adakah aku bodoh? Betulkah falsafah yang aku baca tu?

”Penantian suatu seksa, dalam suka dan duka .....”, begitulah bunyi sebahagian dari lirik lagu itu…. Aku sungguh terseksa. Sungguh aku sedih... Aku mungkin akan kehilangan seorang kekasih yang aku tak pernah ada sebelumnya. Seorang yang menyambut cintaku dan mengisi kekosongan hatiku buat pertama kali. Adakah aku buta?

Makan tak lalu, mandi tak linyau.... Oh, tuhan... tolonglah aku.... Kenapakah aku memperlakukan Shahidatul begitu? Adakah aku masih menyimpan amarah ku gara-gara Matinya??? Matilah aku.... Apakah kesudahan aku? Kenapa harus begini?

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula ”boyfren and girlfren”.... Oh, tuhan! Hilang akalkah aku???

************************************************************************************

Akhirnya terbukti.... Surat yang kuterima mengungkap segalanya. Surat yang menyusul selepas itu memberikan ku kemaafan. Memang aku yang telah hilang akal agaknya sewaktu menulis warkah ’berdarah’ itu dulu. Memang Shahidatul milikku....

Aku mengambil keputusan lagi....
Aku bertanya Shahidatul, ”Sudikah sayangku menjadi milikku dan diijabkabulkan?”. Aku mengorak langkah...

”Irfan akan tamat belajar di dalam masa setahun setengah lagi.... kita akan bertunang selama dua tahun sebelum kita kahwin. Setuju?”, tanyaku... ”Setuju”, katanya....

Akupun terus menelefon ibuku di Malaysia untuk menguruskan pinangan. Aku menceritakan kepada ibuku hampir segalanya serba ringkas untuk mengenalkan Shahidatul ku kepada ibuku. Tidak lupa juga aku ceritakan bahawa aku tidak pernah berjumpa Shahidatul seumur hayatku. Aku nak suruh ibuku masuk meminang. Tersenyap ibuku. Kelu tak berkata-kata. Terperanjat besar orang tua ku. Terduduk dia mendengarkan hajatku ....

Masih aku ingat soalan pertama yang terpacul dari mulut ibuku mempersoalkan kewarasan aku sebaik sahaja aku menyatakan niatku itu.... Cuma yang tidak terkeluar dari mulutnya adalah pertanyaan, ”Adakah anakku sudah gila???”. Ibu ku bertanya, ”Irfan, Irfan betul ke ni? Macam mana nak kahwin sedangkan Irfan tak pernah pun berjumpa Shahidatul tu? Macam mana ni? Nak berkahwin ni jangan lah main main. Kita nak berkahwin sampai ke mati. Betul ke Irfan ni?”.

Ini kerja gila, tak pernah dibuat orang. Ayahku pun tidak setuju dengan perancanganku. Marah dia... Aku terus mendesak ibuku untuk pergi masuk meminang si jantung hati ku itu. Pasangan lain tak pernah berjumpa tetapi ibu-bapa mereka yang aturkan dan pilihkan. Ini kami tak pernah bejumpa tetapi empunya diri yang pilihkan... Tapi aku telahpun nekad!

Ibuku membantah untuk pergi meminang sehinggalah aku mengugut, sama ada dia pergi meminang ataupun aku tidak akan kahwin buat selama-lamanya dan aku tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Kasihan ibu. Aku tidak tahu apakah yang dia fikirkan tentang aku pada waktu itu. Mungkinkah anaknya sudah hilang akal seperti maksud tersirat yang diajukan di dalam soalannya yang pertama? Tetapi ibu terpaksa akur dengan kehendak anaknya ini....

Sementara itu, aku ini yang sememangnya bodoh benar dan ‘cap bendul’ telahpun menulis sepucuk surat kepada bakal bapa mertuaku setelah mendapat balasan dari Shahidatul.

***********************************************************************************

Fasal surat kepada bakal bapa mertua ku itu.... Ya lah, aku kan hendak anak orang mestilah meminta kebenaran bapanya. Berani kerana benar, kenapa mesti aku sembunyikan dari bapanya... fikirku... Aku cuba meminta keizinan dari bapanya untuk berhubung dengan anaknya dan meminta keizinan untuk memperisterikan Shahidatul. Aku menulis tanpa pengetahuan Shahidatul pada waktu itu.

Apabila Shahidatul pulang bercuti ke rumahnya di kampung, bakal abang ipar dan kakaknya mengusik dia.... ’aaa......’ kata mereka. ’eh.. eh.. eh.... hmmmm..... dah pulang jumpa abah?’. ”... Oooo.... aaaaa....”, agah mereka membuatkan Shahidatul terpingga-pingga. Shahidatul merasakan ada sesuatu yang tak kena... semakin takut dia untuk pulang ke rumah dan berjumpa abah. Dia mengelak setiap kali terserempak dengan abah sehinggalah pada hari terakhir dia hendak berangkat pulang ke asrama.

Abah memanggil Shahidatul,”Shahidatul, ke mari sekejap…”. Abah terus bertanya, “siapa dia ni yang menulis surat?” “Kenal dia ni?”, dan abah seolah-olah tahu hasrat Shahidatul yang berkemungkinan nak mempermainkan aku terus menasihatinya, ’”Jangan mainkan orang lain”. Shahidatul hanya mampu mengangguk dan menjawab, ’”ya, ya....”, dan semenjak itu Shahidatul berazam untuk mencintaiku sepenuh jiwa raganya.

Telahan abah Shahidatul memang tepat…. pada ketika Shahidatul menulis bahawa dia juga sayangkan aku terdetik juga di hatinya bahawa mungkin dia boleh ‘bermain-main’ dengan aku. Ya lah katanya, pada waktu itu itu dia pun tak pernah jumpa aku. Jadi kalau dia putuskan hubungan kami pun tak menjadi masalah.

Apabila aku fikirkan, memang betul juga kata Shahidatul. Kami tidak pernah berjumpa. Aku tidak boleh salah kan dia. Mungkin pada ketika itu aku memang benar sudah hilang akal dan tidak dapat membuat pertimbangan yang baik.

Shahidatul tidak pernah menceritakan kepada ahli keluarganya bahawa dia tidak pernah berjumpa aku secara fizikal. Almaklum sajalah.... Kerana aku keluarga Shahidatul menolak pinangan orang lain. Tapi macam mana nak kahwin sedangkan tak pernah berjumpa? Bukannya pilihan keluarga, tetapi pilihan sendiri. Tidakkah kerja gila itu namanya? Takutkan nanti abah tidak akan benarkan..... Perkara itu terus menjadi rahsia dari pengetahuan keluarganya.

************************************************************************************

Tidak berapa lama aku mendapat sepucuk surat dari bakal bapa mertuaku... memberi kan aku kebenaran untuk terus menghubungi Shahidatul.... Alangkah gembiranya aku…
*************************************************************

Kedatangan Shahidatul di dalam hidupku adalah suatu keajaiban. Perangsang yang aku cari berada di depan mata. Akan aku dedikasikan pelajaran aku demi dia. Aku telah berjaya mencapai markah purata melebihi 3.5/4.0 pada hampir setiap semester aku di universiti di luar negara. Dan Shahidatul di universiti tempatan membuktikan bahawa dia setanding dengan aku apabila prestasinya juga begitu. Aku gembira. Aku bertungkus lumus mempastikan keputusan cemerlang.

Aku di tahun akhir dan aku telah mengambil keputusan muktamad. Aku tidak akan mengambil dua lagi matapelajaran wajib untuk ijazah ku. Sebaliknya aku akan mengambil pilihan kedua dengan menukar ’specialization’ dan menamatkan ijazahku pada semester itu juga.

.... itu adalah kerana tanpa diduga aku telah mendapat tawaran dari tiga buah universiti. Aku akan mula bekerja di salah sebuah universiti itu. Di Michigan? Di Illinois? Dan aku akan mereka berikan biasiswa dan bantuan untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan sebelum itu....

Shahidatul pula akan menamatkan pengajiannya dalam masa setahun setengah lagi. Dan aku pula, masih memikirkan tawaran universiti manakah yang akan aku ambil.

Aku menanti dengan penuh debaran pada semester terakhirku. Bermacam-macam perancangan yang muncul dibenakku. Aku hendak membawa Shahidatul apabila dia tamat pelajarannya di universiti tempatan. Aku membuat keputusan untuk pulang berkahwin setelah menduduki peperiksaan akhirku untuk kelas musim panas menandakan aku telah tamat ijazah. Terkedu lagi ibuku. Mujurlah ibu dan bapaku tak ada sakit jantung. Buat perangai lagi anak mereka ni…. Masih tak sudah sudah. Semua kerja ’bidan terjun’.

Dua tahun yang aku janjikan masih lagi jauh.... Dah buat perangai lagi....

Aku sudahpun memikirkan masak-masak langkahku. Sekiranya aku tidak pulang kahwin, setelah Shahidatul tamat pengajian di universitinya mungkin aku terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan Visa dan ianya akan menyukarkan aku untuk membawa Shahidatul merantau bersamaku. Jika itu yang terjadi, mungkin selepas tempoh setahun dari tarikh perkahwinan kami barulah boleh Shahidatul mengikutku.

Rancangan aku mudah... aku akan turun dari kapal terbang, pulang ke rumah aku dan pergi ke rumah Shahidatul untuk diijab-kabulkan pada keesokan harinya. Dan itu lah yang telah aku lakukan. Kini, apabila aku fikirkan semula, betapa tololnya perancangan aku. Langsung tiada ’safety net’. Apa akan terjadi kalau penerbangan aku terlewat? Lembu dah disembelih... Ayam dah ditangkap.... kenduri dah nak berjalan... semua khemah sudah terpasang.... pengantin pula? Masih dalam kapal-terbang? Boleh huru-hara di buatnya......

Aku di hari perkahwinanku yang sungguh meriah. Maklumlah, dia anak perempuan yang pertama dari keluarganya yang berkahwin. Aku sungguh berdebar-debar. Di manakah Shahidatul? Tidak pernah lagi aku betemu dengannya. Adakah kakinya tempang? Atau adakah perkara lain yang tidak ku ketahui? Aku tidak peduli semua itu. Akan ku terima Shahidatul seadanya. Dan dia pun telah sudi menerima aku seadanya juga.

Tanpa aku sedari rupanya Shahidatul telah mencuri pandang dari jauh dari sebalik tingkap. Dia hanya boleh nampak gaya aku berjalan kerana aku berjalan agak jauh dari rumahnya. Aku berjalan dari kereta ke rumah jirannya. Rupanya, dia pun mempunyai perasaan ingin tahu yang sama. Adakah aku tempang? Ada benda yang tak kena kah?

Malam itu aku selamat diijab-kabulkan dengan kekasihku, Shahidatul. Di majlis membatalkan air sembahyang selepas kami sudah sah sebagai suami-isteri barulah buat pertama kali di dalam hidup, aku berdepan dengan yang empunya nama. Aku memandang matanya. Itulah kenangan abadi aku... pertama kali kami bertemu.... Sungguh cantik dia.... Berinai dan berbaju pengantin putih...

Setelah itu aku pun terus pergi ke rumah jirannya bersama keluarga ku untuk menumpang tidur. Keesokan paginya keluarga ku mula berangkat pulang ke negeri asal kami. Kerana tidak mengjangkakan bahawa aku akan memerlukan lagi sepasang kasut kerjaku aku membenarkan ibu membawanya pulang. Tinggallah aku bersama sepasang sepatu sukan Nike. Apabila tiba tengah hari aku diberitahu bahawa aku kena berarak dari rumah jiran itu ke rumah Shahidatul. Mati kutu aku dibuatnya. Manalah aku tahu ada adat macam tu. Sudahlah di situ tidak sesiapa mengenali aku.

Hendak bercakap aku tidak tahu... aku menyarungkan kembali baju melayu hitamku dan mengenakan kain songket. Aku melihat... ah, kasut ku... oh, kasutku... ”Hentam sajalah Mamat Oii”, kataku di hati.

Nasib baiklah tiba-tiba datang seorang yang ku kenali ke tangga rumah jiran itu sewaktu aku turun. Tanpa ku sangka pelajar junior sewaktu aku di sekolah menengah dahulu itu menjadi adik angkat kakak iparku. Dialah yang menemankan aku berjalan ke jalan raya.

Terjadilah sejarah aku berarak dengan berbaju dan berseluar melayu hitam siap dengan berkain songket. Tetapi dipadankan dengan memakai kasut sukan Nike berwarna biru berbelang putih... Malu? Aku tidak peduli lagi... habis... aku nak minta kasut siapa? Aku tahu mesti aku digelakkan oleh orang-orang kampung....

*************************************************************************************

Aku membawa Shahidatul melawat sanak saudaraku. Aku yang sememangnya bodoh telah membuat satu kesilapan yang telah melukakan hati Shahidatul….. Kesilapan yang mengajar aku buat pertama kalinya untuk mengenali perempuan dan menyayanginya. Maafkan aku, sayangku.... Kejadian itu akan ku ingat sehingga akhir hayatku....

Kesilapan pertamaku.... sewaktu sebelum aku berangkat ke luar negara beberapa tahun yang sebelumnya aku telah mengenali seorang gadis di sebelah rumah saudaraku itu. Di ketika itu dia sedang hendak menghadapi SPM. Entah macam mana cerita, aku beranikan diri dan cuba mengajar dia teknik-teknik menjawab soalan. Aku tahu ibunya menyukai aku... Aku cuba untuk mendorong dia belajar bersungguh-sungguh dan kami terus berhubung. Terus berhubung dengannya melalui beberapa pucuk surat membimbing dan menasihat. Akhirnya dia diterima ke sebuah kolej. Aku masih terus berhubung dengannya sehinggalah pada suatu hari aku mencoretkan padanya bahawa aku hanyalah menganggap perkenalan itu sebagai adik dan abang dan tidak lebih dari itu. Setelah itu aku tidak pernah lagi menerima sebarang berita darinya. Dan tanpa ku ketahui juga ibunya telah memberitahu orang kampung bahawa hubungan aku dan dia telah diputuskan dan dihalang oleh keluargaku....

Apabila aku membawa isteriku ke rumah saudaraku itu, tiba-tiba aku terpandang ada orang yang memerhati dari rumah jiran itu dan aku menjadi segan. Lalu aku suruh isteriku masuk ke rumah. Tindakan ku itu betul-betul melukakan hatinya. Kenapakah aku begitu bodoh sekali..... Siapa dia di hatiku? Dialah segalanya dan kenapa aku bertindak begitu? Kenapa harus aku punya perasaan malu itu?

Shahidatul menangis pilu. Aku bersalah, sayangku. Maafkan aku.

Itu adalah kesilapan pertamaku....

************************************************************************************

Aku pulang bekerja ke luar negara dan menyambung pelajaran meninggalkan Shahidatul di Malaysia. Apabila dia tamat pelajarannya aku pulang kembali ke tanah air untuk membawanya merantau bersama.

************************************************************************************

Masa yang di tunggu telah tiba.... Shahidatul telah lulus segala peperiksaan dengan cemerlang. Aku tidak sabar-sabar lagi mahu berjumpa dengan isteri tersayangku.... Rindu sekali rasanya....

Di Malaysia ibu menyampaikan hajatnya..... Ibu tidak mahu aku membenarkan Shahidatul bekerja. Sekeping kertas kelulusan sudah diperolehi tetapi ibu tidak mahu aku membenarkan Shahidatul bekerja. Itu adalah pengorbanan besar yang aku perlukan dari Shahidatul.... Aku membisu tetapi aku akur. Ibuku adalah bekas seorang pesara perubatan yang bekerja tanpa mengira waktu demi untuk membantu bapaku menyara aku dan adik-adik. Demi ibuku, aku telah tidak membenarkan isteriku bekerja walaupun dia mempunyai kelulusan tinggi. Ibuku memberikan aku nasihat supaya tidak membenarkan isteriku bekerja di luar selain dari di rumah membesarkan anak-anak ku kerana dia terkilan dia tidak dapat menjagaku dan adik-adik disebabkan terlalu sibuk bekerja membantu ayah. Aku pun tidak terfikir bahawa aku hendak Shahidatul bekerja walaupun sekiranya dia bekerja seperti kawan-kawannya yang lain, dia juga boleh menjawat pekerjaan yang bagus.

Aku bawa Shahidatul bersamaku merantau ke luar negara. Shahidatul masuk ke universiti yang sama....

Kesilapan keduaku.... Setelah kami dikurniakan anak pertama, aku sebagai seorang yang belum empuk masih tidak pandai melayan isteriku. Banyak perkara yang aku anggap remeh-temeh tetapi sebenarnya amat penting bagi isteriku. Sikap aku adalah... ’tidak kisah’. Bukan aku tidak sayangkan Shahidatul tetapi aku masih belum pandai hendak menunjukkan kasih sayang ku. Manalah ada orang tua di luar negara. Kami berdikari di sana. Aku belajar tentang semua ini dari Shahidatul dan insyaallah aku akan praktikkan sedaya upayaku, walaupun kadang-kadang aku asyik terlupa.

Aku bukannya pernah menjaga orang beranak. Aku pun tak tahu orang beranak makan apa.... Shahidatul meminta nasi dan aku hidangkan nasi dari peti ais. Sedihnya dia. Tapi itulah... balanya kerana sikap tidak kisah aku itu.... ”Apa dah jadi Mamat oii”. ”Apalah bengap sangat”. Maafkan aku Shahidatul....

Sudah banyak perkara yang aku belajar dari Shaidatulku....

Pertama.... Bukannya perempuan mesti dibelai sepanjang masa tetapi lelaki mestilah mengambil berat tentang mereka. Shahidatul juga telah banyak berubah menjadi tabah menghadapi kerenah aku ini. Dia banyak bersabar melayanku. Terima kasih, sayang! Aku tidaklah suka sangat wanita yang mengada-ngada. Shaidatul ku adalah yang terbaik bagi ku. Aku sukakan dia kerana dia adalah dia. Dari dahulu sampailah sekarang.

Kedua... haribulan.... mesti ingat hari apa.... tarikh perkahwinan. Tarikh lahir. Tarikh ulang tahun perkahwinan. Hari ibu. Hari jadi anak-anak...

Ketiga... jangan tunjukkan sikap kasar. Di dalam hal-hal ini aku sedar bahawa kadang-kadang aku masih terbuat juga. Apabila aku mempunyai masalah yang menghantui aku, aku tidak boleh dikacau. Aku akan cepat panas darah bila ditanya. Muka aku akan masam mencuka... Kadang-kadang aku menjadi tidak ada mood untuk bercakap. Contohnya sekiranya aku tengah berserabut dengan masalah di benakku terutamanya apabila pulang sahaja dari kerja dan isteriku tiba-tiba bertanya fasal sesuatu perkara. Aku sedar kadang-kadang cara aku jawab adalah kasar.

Aku meminta maaf, sayangku! Tidak ku bermaksud untuk melukai hati mu.

Janganlah kau makan hati berulam jantung.... Berikan aku sedikit masa untuk mengungkai dan meleraikan kecamuk di kepala ku. Aku sedar hati kau terluka kerana ku. Mungkin di lain kali aku akan cuba untuk meninggalkan masalah yang aku fikirkan itu di luar rumah sebelum aku melangkah masuk....

Keempat.... mesti berterus terang kepada pasangan. Ini yang paling penting di dalam kehidupan berumah-tangga. Berterus-terang terhadap pasangan masing-masing. Ianya sukar sekali. Tetapi tidak apa.... dedahkan semua... Kadang-kadang pahit tetapi mestilah ditelan. Ambil nafas panjang-panjang dan bawa bertenang.

Kelima.... jangan curang. Yang ini memang aku sentiasa jaga semenjak dari dahulu lagi. Shahidatul pernah memberitahuku bahawa dia tidak menyimpan kepercayaan seratus peratus kepadaku. Memang dia percaya bahawa aku tidak akan pergi mencari perempuan lain, tetapi apa kata kalau perempuan lain yang mencari aku. Dia tahu aku tidak pernah berada di dalam keadaan itu…. Aku sentiasa ingat kata-katanya itu dan akan aku buktikan kesetiaanku. Apabila aku keluar negara... balik dari kerja aku terus masuk ke hotel dan berkurung, keluar dari hotel aku masuk ke pejabat. Begitulah rutin harianku. Memang aku lebih gemarkan begitu dari aku terperangkap dengan kerja-kerja di tempat yang tak senonoh dan berfoya-foya di luar sana yang penuh dengan daki-daki kotaraya dan jebakan nafsu. Kawan-kawan aku berbilang kaum. Mat dan minah Salleh, Cina, India, Iban, Russia, dan macam-macam lagi. Kawan-kawan melayu aku? Ada juga yang kaki botol… dan segala-galanya lagi. Aku sengaja hadkan pergaulan aku dengan
kawan-kawan yang sering mengunjungi bar-bar dan hidup dengan berjenis-jenis perempuan dan botol..... perempuan boleh ditukar-tukar dan dibeli dan nafsu boleh dipuaskan.. tetapi adakah itu yang aku mahu? Tidak sayangkah aku kepada Shahidatul? Oh, tidak...... Tidak akan ku harungi kancah neraka itu...

************************************************************************************

Duit bukanlah segala-galanya. Kawan-kawan aku berhijrah keluar negara dengan pendapatan melebihi lima puluh ribu ringgit sebulan. Dan aku di Malaysia. Aku di sini hanyalah sebahagian kecil dari itu.

Aku telah pernah sedekad tinggal di luar negara. Dan anak-anak dan Shahidatul juga lama menemaniku di sana bersama. Aku mengambil keputusan pulang ke tanah air kerana beberapa faktor utama walaupun aku memperolehi pendapatan yang lumayan di luar negara sebagai tenaga mahir. Dua dari faktor penting adalah kerana anakku pada ketika itu hampir memulakan persekolahan dan ibuku telah lama merungut bahawa aku masih tidak pulang pulang. Ibu dan bapa ku sudah tua, nanti sekiranya aku terlalu jauh, sukar untuk aku pulang sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. Aku mengambil keputusan kembali ke tanah air dan bekerja di sini walaupun pendapatan ku kecil.... dan aku perlu mengubah gaya hidupku.... bermula dengan merangkak kembali dari bawah....

Tugas aku selalu membawaku kembali keluar negara juga, dan kalaulah aku liar aku mempunyai banyak peluang untuk menjadi kaki perempuan. Tapi aku tidak memilih untuk hidup jalan itu. Memang ada kawan-kawan aku yang kerjanya ’mencelup’ kat sana, ’mencelup’ kat sini. Tetapi aku tidak tergamak untuk berlaku curang terhadap isteriku. Aku telah pun membuat suatu kommitmen dan isteriku pun telah membuat pengorbanan-pengorbanan yang aku rasakan tidak ternilai harganya.

Aku tidak berniat untuk bekerja tetap di luar negara lagi buat masa yang terdekat. Rasanya aku masih ingin menetap di Malaysia. Tetapi sekiranya terpaksa aku akan pergi...

*************************************************************************************

Pengorbanan Shahidatul......

Shahidatul telah melakukan pengorbanan yang besar. Dia berkelulusan universiti....
Pengobanan pertama isteriku adalah apabila dia sanggup menyimpan sijil-sijilnya di dalam laci dan mendedikasikan hidupnya untukku. Dia melupakan kehidupan bekerjaya seperti wanita moden lain demiku. Dia membesarkan anak-anak aku dan tidak menggunakan sekeping kertas kelulusannya untuk bekerja di luar.

Aku memang tidak sanggup hendak menghadapi kerenah anak-anak setiap hari seperti dia. Isteriku memang penyabar dan dia mendidik anak-anak ku dengan penuh kasih sayang.

Dahulu sewaktu aku masih belum berpacaran aku memang sudah bertekad bahawa sesiapa sahaja yang akan ku pilih menjadi teman hidup sepanjang hayat ku mestilah seorang yang berpelajaran tinggi walau pun akhirnya dia tidak menggunakannya. Aku telah belajar melalui pengalaman hidup bapa saudaraku yang mempunyai seorang isteri yang tidak tinggi pelajarannya. Aku boleh melihat perbezaan di dalam gaya pemikirannya dan dia tidak arif mendidik sepupu-sepupu ku. Aku tidak katakan bahawa semua orang yang tidak berpelajaran tinggi akan mempunyai daya pemikiran yang sempit tetapi dari apa yang aku amati cara pemikiran seseorang yang berkelulusan setakat darjah enam amatlah berbeza dengan seseorang yang berkelulusan universiti. Semenjak itu aku menanam azam di dalam diriku untuk berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kelulusan yang semestinya lebih dari SPM....

Shahidatul bangun awal pagi menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Setiap hari dialah yang menemani anak-anak aku mentelaah pelajaran di samping kerja-kerja lain yang tiada kesudahannya. Dia sanggup bersengkang mata menemani anak-anakku sehingga larut malam. Dia juga yang memasak untuk kami.

Pengorbanannya itu mendidik anak-anakku begitu beharga sekali. Tiada guru yang lebih baik untuk mendidik anak-anak selain dari ibu mereka.

Dan Shahidatul... jarang sekali meminta apa-apa dariku. Sayangku, aku mahukan yang terbaik buat kita. Walaupun sesuatu itu mungkin sukar untuk disediakan kerana keadaan, akan ku usahakan... demi mu sayang ku....

Sudah sampai masanya aku menilai kembali pengorbananmu dan memberikan penghormatan dan pembalasan yang setimpal dengannya.

Sekiranya Shahidatul ku tiada hidup aku boleh menjadi gila.

Kewajipannya telah dijalankan dengan baik sekali.
Demiku.... demi anak-anak....

Pengorbanan kedua yang tak kurang juga besarnya adalah kerana dia setia kepadaku. Itu tak akan dapat ku nilaikan. Sepanjang kami di luar negara banyak ranjau dan hutan belantara penuh dengan acak dan onak yang kami tempuhi.... bak air pasang surut, silih berganti... acak... onak... acak.....

Di antaranya... Shahidatul sanggup menempuh dugaan getir bersama di awal kehidupan perkahwinanku setelah aku telah tamat pengajian di universiti dan bekerja tetap. Ujian telah tiba di dalam hidupku apabila pada suatu hari yang malang itu aku telah kehilangan kerja. Memang sukar apabila berada di luar negara tanpa sesiapa. Pada ketika itu berapalah sangat gaji aku...

Dia tabah menolong aku... membina kembali hidup kami.... kami merahsiakan nasib kami dari pengetahuan sesiapa pun.... kami mencari-cari kerja yang boleh membantu kami sekeluarga. Aku mencari kerja apa saja....

Dikesejukan pagi Shahidatul membanting tulang membantu aku bersama anak kecil kami. Awal.... awal pagi.... di dalam kesejukan salji. Tidak akan ku lupakan pengorbananmu itu sayang. Barang terbuang orang menjadi harta kami.... Aku tahu kau sedih... maafkan aku sayang.... Sedih... sedih sekali aku... tapi apakan daya. Aku juga masih mentah pada waktu itu.... Ah... tidak ingin lagi aku membicarakan kisah itu.... biarlah ia berlalu sebelum air mataku bercucuran lagi....

Aku berjaya mendapatkan kerja kembali menggunakan kelulusanku setelah itu.....

Ada juga kisah lucu Shahidatul di sana. Dia menjerit ketakutan apabila disalak anjing dari dalam pagar sebuah rumah pada suatu pagi subuh itu apabila menemani aku pergi bekerja. Melompat dia... berdekah-dekah aku tertawa.... Nasib baik dia tak terjatuh di dalam salji tu…

Shahidatul banyak mencorakkan hidup aku. Merubah aku kepada aku yang kini. Mengajarku erti pengorbanan. Membuatkan aku sentiasa meletakkannya di hatiku. Tanpanya aku tidak akan berjaya di tahap aku kini. Aku meminati kereta ber’bintang tiga’, dan telah lima tahun aku memilikinya...

Di dalam kehidupan bersama Shahidatul dia telah banyak mengajar aku
menjadi matang dan lebih menyayanginya. Aku telah jauh berubah dari dulu walau pun perlahan-lahan. Aku tahu masih banyak lagi tabiat buruk ku yang tidak disukainya. Kadang-kadang dia bertanya, ”hai, bila awak nak berubah?. ”Saya tak tahulah bila lagi awak nak berubah. Kalau awak tak berubah lagi nanti tua awak tak berubah dah”. Aku tahu itu.... aku tahu...

Dan aku... aku masih lagi belajar macam mana nak memenangi hati isteriku yang tercinta. Dalam beberapa perkara aku mungkin masih lagi mentah dan bersikap terlalu mementingkan diri.

Itulah dia kekasih hidupku dari udara..... Tanpa kusedari kami telah pun bersama lebih dari sedekad. Rasanya masih baru seperti tiga empat tahun, kalau lah tidak kerana anak-anak aku yang semakin membesar tidak aku sedari bahawa masa berlalu begitu pantas. Kepada sesiapa teman-teman yang mengetahui kisahku ini janganlah diberitahu isteriku bahawa aku menukilkan kisah kami di sini. Matilah aku dikerjakan nanti.... Aku tahu dia memang tidak suka aku menceritakan kisah kami kepada orang lain.

Shahidatul adalah permata hatiku yang tidak akan dapat ku cari ganti buat selama-lamanya, Insyaallah.

”Shahidatul Aida binti Shahrin”. Nama yang diutuskan dari udara….
Cintaku dan segala-galanya.

”Cinta yang akhirnya aku temui…. Selagi hayat di kandung badan, selagi Izrail belum menggamit, akan ku tuluskan cinta ku yang abadi untuk mu yang tersayang….. Dengan ini termenterailah lagi perjanjianku yang abadi… kau lah pertama dan yang terakhir.
Insyaaallah…. Aida...”

Tulus ikhlas dari suamimu,
Irfan….

*************************************************************************************

Dari mana agaknya aku mengukir sejarah hidupku ini agaknya ya? Oh... semestinya tidak di Malaysia tetapi di luar negara. Kerana apabila aku di tanah air aku tidak akan ada masa untuk ini semua tetapi aku akan mempunyai banyak masa di luar negara terperap di dalam bilik hotel.

Allah maha kaya. Memang dah ditakdirkan bahawa Shahidatul memang milikku.... isteri aku amat menyayangi aku dan itulah yang amat aku hargai.... Semuanya sudah ditakdirkan... seperti sudah tertulis di perjalanan hidupku....

Dan dugaan-dugaan hidup? Nauzubillah. Aku minta dijauhkan dari dugaan hawa nafsu...... Tolong doakan aku semoga tidak terjebak.... Demi Allah! Demi Shahidatul ku!.....

Dan sehingga sekarang kadang-kadang aku masih tidak pasti sama ada arwah abah tahu bahawa kami tidak pernah berjumpa sehinggalah setelah kami diijab-kabulkan. Dan aku juga merindui arwah abah... dan baru-baru ini aku terjumpa seorang sahabat karib abah yang persis abah....
AMIN...

*****************************************************************ya...fullstOP!!!!!!!