P/S....tiada apa...hmmm ...kebelakangan ini, ku sgt suka membaca cerpen...sekadar cerpen...bukan nOvel ye...haha...btul,ku tidak suka baca nOvel...tidak suka sama sekali....ku buknlah Org yg bOleh menghadap sesuatu begitu lame, malahan nOvel menarik juga tidak mampu utk buatkan ku tertarik utk terus baca mahupun terus menyelami ap kndungnnya....hmmm....tpi...tpi....duniaku, ya duniaku...ku d kelilingi rakan2 yg memg kaki nOvel...haha...btul itu....tidak kira yg perempuan mahupun lelaki...rakan2 yg amat suka bca nOvel...part mne yg menarik hati mereka pun ku tidak tahu...adik ku juga....hmmm....cuma ku saja yg tidak minat akan nOvel2 ni....mgkin kerana sejarah hitam dulu...ya,dulu ku juga penggemar nOvel....ku berhenti membaca nOvel bilamana ku naik sekOlah menengah...ya, ku akui ...ku ade peristiwa hitamm...hmmm....akibat peristiwa ini, mne mungkin ku kan minat bca nOvel..tidak mngkin same skali....tidak akan itu sehingga sekarang....pling tebal ku bOle bce,erm,....ntah la...sgt nipis..asik kena gelak saja...haha...hmmm.even cerita ayat2 cinta yg ku minat itupun ku xsnggup baca, ku lebih sggup tOnton mOvie nya saja...tpi, mereka kata...mOvie itu tidak setulus nOvel nya...maka,ku mencuba utk baca nOvel nya...tpi bukn nOvel ya...ku bca melalui adObe reader...PDF file...haha....cra ni lebih efektif...bOle la juga ku baca....nOvel?...maaf, memg ku tidak mampu utk baca...tidak mampu sama sekali...seperti kata orang, ALLERGIC....haha...seperti juga kate SHELA...dh xbOle...tidak mampu....muak....nk termuntah, 'allergic'.....eh, tpi bukn nOvel la...itu dia kate utk CLOUD 9 yg ku suka sgt mkn 2...haha....ok...ni satu lagi CERPEN yg ku bca...ku suka baca cerpen berunsur ISLAMIK....tapi, ini bukan ISLAMIK manapun..ia lebih kepada ranjau hidup...perjalanan hidup....hmmmm....ni wt isma_17, bca la ye...int tau kmu ni pemalas nk cri...bca kt cni jela ye...haha....oPppppsss..pOpular sekejap isma_17 d cni....hehe....saje je 2....hmmm...17...ya....17 rakaat suma nya kan...
=====================================================================================
Mukaddimah: Aku tidak pernah menulis sebegini panjang lebar lebih-lebih lagi menukilkan kisah hidupku sendiri yang hanya sepelaung ini. Ini adalah kali pertama aku mencuba. Aku pun tidak pasti sama ada aku menulis ini mendedahkan pekung di dada atau pun ianya adalah satu keputusan yang tepat. Aku cuba menjauhkan diri dari menceritakan keburukan orang lain di sini. Sekurang-kurangnya seseorang beroleh manfaat dari tulisan ini. Dan jangan ditanya apakah format penulisan yang aku pakai kerana aku sendiri tidak tahu... Wallauhua’lam... Nama-nama yang aku gunakan disini mungkin hanyalah samaran untuk mengelakkan identiti aku diketahui. Aku meminta maaf terlebih dahulu dari para auda sekiranya aku tidak mampu untuk menyusun ayat-ayat ku dengan betul. Aku lebih selesa menulis di dalam bahasa Inggeris tetapi untuk kisah ini akanku cuba sedaya upayaku untuk menukilkan ia di dalam bahasa ibunda ku.
************************************************************************************
Kisahku ini berlaku lebih dari sepuluh tahun lepas…. Sekurang-kurangnya dari situlah aku ingin bermula….
Bapaku hanyalah seorang buruh, ibu ku terpaksa bekerja bertungkus lumus membantu bapa demi menyara hidup kami sekeluarga. Aku bukanlah dari sebuah keluarga yang kaya tetapi juga bukanlah dari sebuah keluarga yang miskin. Aku bersyukur dihantar bapa untuk tinggal di asrama kerana ia banyak mencorakkan hidup aku untuk berdikari. Aku memegang prinsip, 'When there’s a will, there’s a way’. Alah… pepatah melayu tu… kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih…. Aku tahu aku mampu untuk mencapai sesuatu sekiranya aku mahu.
Sewaktu di zaman persekolahan dahulu aku ‘malas’ untuk belajar. Aku lebih suka untuk relaks. Di waktu itu aku tercari-cari apakah suatu rangsangan yang aku perlukan di dalam hidupku untuk mendorong aku bertungkus lumus belajar untuk ke menara gading demi masa depanku sendiri. Aku ingin menjadikan ibu-bapaku sebagai sumber inspirasiku; aku cuba untuk menanam semangat bahawa suatu hari nanti aku mahu menolong mereka namun aku tidak mampu. Tidak mampu untuk menanam azam dan iktizam begitu untuk menyemarakkan semangatku; untuk mendorong aku mendaki gunung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Akhirnya aku seakan mendapat jawapan apabila hatiku berkata, ‘cinta’. Cinta bukanlah dari ibu atau pun bapa tapi dari seorang kekasih hati yang aku pujai…..
“Di sinilah permulaan kisah hidupku ini… mencari cinta yang sejati untuk ku bawa sehingga akhir hayatku. Cinta yang akan menjadi pendorong ku dan pelindung diriku. “
Cinta yang telah lama ku cari tetapi tak kunjung tiba….
************************************************************************************
Semenjak di bangku persekolahan aku tidak pernah bercinta. Teringin juga aku hendak berteman wanita seperti orang lain tapi apakan daya, aku adalah seorang yang terlalu pemalu. Terasa juga cemburuku melihat teman-teman lain berkepit di sana berkepit di sini. Ada di antara kawan aku tu, hitam legam tetapi teman wanitanya putih melepak dan rupanya begitu menawan... Aku tidak tahu ilmu apakah yang dipakainya. Adakah betul ilmu tu? Atau pun .... mereka mempunyai daya tarikan yang tersendiri...
Apa kekuranganku??? Yang aku paling pasti kekurangan aku adalah aku terlalu pemalu hatta hendak bercakap dengan kawan-kawan perempuan sekelas pun aku tidak berani. Bukannya aku tidak mahu dan bukannya aku sombong! Di kala berjalan pun aku tidak berani untuk mengangkat muka. Kalau aku terpandang mereka terasa ketar lututku. Apakah penyakit ku? Mungkinkah aku terlalu perasan? Aku pun tidak tahu. Sewaktu di sekolah, aku di aliran sains di sebuah negeri yang agak konservatif. Dan bukannya di dalam kelas aku tidak ada ramai gadis-gadis yang cantik. Memang ramai tapi apakan dayaku....Hendak ku mulakan pergerakan, rasanya tidak sekali-kali.
Pernah juga aku berkenan dengan seorang gadis, Hatinya, sewaktu di sekolah menengah tetapi aku tidak pasti bagaimana hendak memulakannya. Kali pertama aku terjumpa dengannya dia di tingkatan satu dan aku di tingkatan tiga. Aku dan dia bersekolah di sesi yang berlainan tetapi di bangunan yang sama. Aku telah mula menaruh hati padanya. Si dia bukanlah secantik teman-teman sekelasku tetapi aku tertarik dengan perawakannya. Aku tertarik kerana dia seperti seorang yang pendiam. Ada rupa... walaupun masih ada ramai lagi gadis yang lebih cantik. Tetapi bagiku dialah yang tercantik...
Sewaktu aku di tigkatan empat, dia di tingkatan dua, aku dan dia di kelas di bangunan yang berlainan. Kadang-kadang aku mencuri-curi pandang dari jauh sahaja. Sehinggalah ditakdirkan sewaktu aku di tingkatan lima dan dia di tingkatan tiga, kami berkongsi bilik darjah yang sama tetapi berlainan sesi. Selama dua setengah tahun aku memendam rasa akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengorak langkah. Puh... aku doakan langkah kanan.... entah-entah aku tergerak langkah kiri pun aku tak tahu... sebagai pembuka langkah.... bermulalah kali pertama di dalam hidupku yang naif untuk cuba bercinta.
Aku tidak memahami perempuan dan perasaan mereka. Aku tidak tahu apakah yang mereka suka dan apakah yang mereka benci…. Aku tidak tahu bermadah dan aku tidak tahu bagaimana untuk memikat. Maklumlah, aku bukan Mat Romeo. Aku hanyalah aku, yang buta tuli di dalam hal-hal bercinta. Aku tidak pandai di dalam segalanya... tak tahu nak mengambil hati dan tidak tahu hendak bermain kata.
Di pertama kali itu aku cuba bercinta, aku telah menulis sepucuk surat sebagai pembuka kata dan ku tujukan kepada si dia. Aku bukanlah seorang yang alim tetapi aku tidak berapa gemarkan dia berkawan dengan ’geng-geng’ dia yang agak agresif. Aku pun tidak faham... wataknya lembut dan ayu tetapi teman-temannya agresif.
Aku cuba menegur dan cuba memainkan jarum yang baru aku cuba tusuk. Aku tahu surat yang aku tuliskan itu dibaca bersama dua orang pengapitnya yang selalu ke sana ke mari bersama. Setelah dua pucuk surat ku tinggalkan di dalam lacinya… percubaan itu berakhir dengan kekecewaan kerana Hatinya menolak dan aku tidak tahu apa yang harus ku buat. Aku tahu Hatinya faham apa yang cuba aku lakukan, maksud yang tersirat dan tersurat, tetapi dia telah menolak ’lamaran’ku melalui pesanan pengapitnya Noriah. Aku tahu aku tidak pandai bermadah... Kalau nak dibandingkan dengan beberapa pasangan di sekolah aku pada waktu itu aku tahu dari segi rupa aku tidaklah kekurangan. Tetapi mungkinkah penampilan ku kurang?
Terus aku membawa duka. Sewaktu itu aku masih terus berharap padanya. Aku berdoa agar dia dapat menerima aku dan dapat menjadi sumber inspirasiku untuk terus maju jaya di dalam pelajaranku. Aku inginkan seorang yang dapat memberikan ku rangsangan supaya aku dapat yang terbaik di dalam hidupku. Tetapi bolehkah aku melupakan Hatinya? Langkah kananku tidak menjadi. Mungkinkah langkah aku sudah tersilap?
Tamat tingkatan lima, aku berangkat ke sebuah kolej sebagai persediaaan untuk aku ke luar negara. Suasana pembelajaran di sana membuatkan aku pening. Disebabkan aku lebih suka bersendirian aku amat tertekan. Terutamanya apabila kelasku dileteri pensyarah-pensyarah perempuan. Sekiranya dileteri lelaki mungkin bisanya tidak seberapa. Tetapi apabila dileteri pensyarah-pensyarah itu aku begitu tertekan.... Walaupun bukannya aku yang kena leter. Kadang-kadang tu pensyarah-pensyarah itu suka meleteri beberapa individu perempuan yang tertentu. Entah kenapa, mereka pun perempuan juga. Aku bersama pensyarah-pensyarah gila tu hanyalah sepenggal tetapi kesannya amat mendalam di dalam diriku. Tempat itu seperti telah menghantui diriku. Aku tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaranku lagi disebabkan mereka. Aku sedar bahawa pelajaranku semakin merosot. Aku hampir gagal di dalam pelajaranku. Aku masih lagi mencari-cari sumber inspirasiku…Hidupku ku rasakan teumbang-ambing. Aku sungguh
tertekan. Kalau ya pun nak anak murid menjadi pandai itu bukanlah caranya. Aku mula ’tak sukakan’ suasana di situ sehingga pembelajaranku merosot. Aku cuba melepaskan ’tension’ aku dengan relaks. Tak payah studi lagi.... Cuma yang aku pasti aku tidak boleh gagal di situ. Jadi aku pastikan bahawa aku lulus semua mata pelajaran dan markah purataku melebihi tahap wajib 2.0. Sekadar cukup makan.....
Aku masih tercari-cari masih adakah cinta buatku? Dari sesiapa sahaja yang sudi?
************************************************************************************
Aku masih tidak dapat melupakan Hatinya.... Di waktu aku terluka tiba-tiba datang di dalam hidupku seorang warisku, Matinya. Aku tidak tahu entah macam mana perhubungan itu bermula dan kami mula berutus surat. Matinya pada ketika itu menuntut di sebuah kolej matrikulasi. Aku masih tercari-cari cinta sejati.... mencari pengubat hati... Ada sesuatu yang ditulis di sampul suratnya setiap kali aku menerimanya yang membuatkan aku ’perasan’. Dari satu surat ke satu surat aku perhatikan perkataan itu tertera. Aku cuba mentafsir... Aku sangkakan bahawa Matinya menyukai aku. Aku memberanikan diri untuk meluahkan isi hati padanya kerana menyangkakan bahawa dia sukakan aku.... tetapi aku tersalah tanggapan. Aku menjadi keliru, apakah maksud perkataan itu yang tertera di sampul surat itu. Aku bertanyakan Matinya tentang aku di hatinya tetapi di dalam warkah-warkah yang mendatang dia langsung tidak memberitahu ku apa-apa. Penantian jawapan yang tiada noktahnya. Percubaan aku untuk memikat Matinya
telah mengajar aku banyak perkara. Banyak perkara....
Sebaik sahaja cuti semester, aku terus berangkat pulang ke tempat asalku. Di situlah juga tempat asal Matinya.
************************************************************************************
Sesampainya aku di negeriku.... Aku cuba menjadi ’gentleman’ dan menebalkan mukaku untuk menelefon Matinya di rumah. Aku menaiki bas ke rumahnya dan menelefon Matinya menggunakan telefon awam. Aku tidak dibenarkan pergi ke rumahnya dan aku akur. Aku masih lagi tercegat di situ tanpa mengetahui ’status’ cintaku.... Di hari-hari mendatang warkah-warkah dari Matinya berkurangan tetapi dia tidak memberitahuku kenapa.
Selang beberapa lama akhirnya aku faham bahawa mungkin Matinya tidak dapat menerimaku. Aku cuba memahami dan memujuk hatiku......
************************************************************************************
Masih lagi aku tercari-cari... Cinta... ohh, di manakah cinta........ Di manakah kepunyaanku? Di manakah sumber inspirasiku? Di kolej aku masih seperti yang lalu. Tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran…. Asalkan aku tidak tersingkir dari kolej dan aku mencapai tahap kelulusan yang diperlukan, aku okay… Matlamat aku pada waktu itu adalah… mahu keluar dari tempat itu. Keluar menyambung pelajaran di tempat yang lain. Dan harapanku ialah perubahan suasana akan dapat membantuku menghadapi pelajaranku. Dan aku masih lagi mengharapkan ada seseorang yang akan sudi menyambut hatiku yang kosong ini…. Aku banyak menghabiskan masa mendengar radio. Kadang-kadang aku bersama teman-teman sebilik mendengar ruangan ‘memori’ yang disiarkan di radio saban malam sabtu. Ruangan itu telah menjadi seperti suatu rancangan yang ditunggu-tunggu setiap minggu di kolej kami. Kadang-kadang kami bergelak ketawa apa bila ada Mat Jiwang dari kolej kami yang menukilkan ’memori’ mereka di rancangan itu. Cuma
yang aku tidak sangka ialah... di hari ini aku pula yang menukilkan kisah hidupku di sini......
Di dalam pencarian aku mula berjinak-jinak dengan sahabat pena. Ada kalanya aku mengambil alamat di dalam majalah URTV. Tetapi biasanya perhubungan itu hanyalah setakat itu dan ia tidak kemana. Aku hanyalah menganggap mereka sebagai sahabat untuk aku menghiburkan hati sahaja. Kerja aku sehari-hari selalu ’mentelaah’ radio. Terutamanya pada malam sabtu, menanti ruangan ’memori’... di radio KL kalau tak silap aku. Pada suatu malam itu aku terdengar suatu nama yang dibacakan oleh abang DJ sebagai seorang gadis yang ingin berkenalan dengan sesiapa sahaja yang sudi. Nama yang dibacakan sedap sekali kedengaran di gegendang telingaku....
”Shahidatul Aida binti Shahrin”. Dan alamatnya ... di kolejku juga....
’Wah, sedap namanya’, kataku di hati.
Aku menulis alamat yang diberikan itu. Aku tidak pasti sama ada aku mahu menulis padanya. Apa yang aku fikirkan? Perlukah aku menulis surat kepadanya? Aku menyimpan alamat itu beberapa hari.
Nama itu memang sedap dipalu di gegendangku.... ”Ah, tulis surat aja… berkenalan”. Aku pun mula menulis sepucuk surat dan ditujukan kepada tuan punya nama. Tanpa kusedari rupanya nama itu adalah nama samaran. Ya lah budak mentah macam aku ni mana lah tahu apa-apa.
Aku pun tidak tahu bahawa hanya satu dari dua nama itu adalah nama sebenar Shahidatul. Dan pada waktu itu Shahidatul sendiri pun tidak tahu bahawa namanya telah digunakan oleh teman-teman sebiliknya dan dihantar ke ruangan tersebut.
Aku yang bendul ini sungguh tidak menyangka bahawa surat-surat ku telah dibalas oleh orang yang berlainan. Ya lah… pada waktu itu aku mana ada perasaan pada Shahidatul… Manalah aku perhatikan sangat tulisan di surat-surat yang aku terima… Mereka sebilik kecuali Shahidatul yang sebenar membalas surat tu mengikut ‘mood’, sesiapa nak balas boleh balas. Dan aku, masih seperti dahulu. Hendak aku bertanyakan siapa tuan punya nama, pada siapa yang harus ku tanyakan? Bukannya ada mana-mana kawan perempuan yang aku berani nak tanya. Aku simpan semuanya di hati..... Perhubungan itu pun masih tak ke mana. Aku hanyalah salah seorang sahabat kepada tuan empunya nama yang melebihi lima orang itu tidak termasuk Shahidatul yang sebenarnya. Selang beberapa lama aku bersiap sedia untuk terbang ke luar negara….
*************************************************************
Aku masih cuba melupakan Matinya dan aku pun pulang ke negeri sebelum berlepas.... Aku cuba menjadi ’gentleman’.... Aku tahu Matinya pun pulang bercuti. Aku cuba untuk bersemuka dengannya. Aku gagal untuk bertemu kerana dia menolak. Lalu pada suatu hari aku pergi berjumpa dengan adik Matinya yang di rumahnya dan aku berpesan padanya supaya memberitahu Matinya bahawa aku meminta maaf di atas apa yang terjadi. Sangkaku adiknya tidak mengetahui tentang surat-surat ku kepada Matinya itu. Perkataan yang terkeluar dari mulut dari adiknya itu membuat aku kelu dan marah membara. ”Kami tahu dan bla... bla...bla...”. Terasa aku dipermainkan. Tidak aku sangka bahawa rupanya surat-suratku dibaca oleh mereka adik beradik. Apalah salahnya sekiranya Matinya memberitahuku seperti Hatinya. Walaupun pahit, insyallah, aku akan cuba menerimanya. Aku terima kenyataan secara baik bahawa Hatinya tidak dapat menerima aku. Kenapa tidak Matinya? Nak matikah budak ini? Aku betul-betul berang pada ketika itu
tetapi aku sembunyikan dari adiknya. Terasa ingin sekali aku kenakan Matinya. Jumpa bomoh siam ke..... Biar puas hatiku. Tetapi aku masih lagi waras, dan aku tenangkan hatiku walau pun dilanda api kemarahan yang amat. Kenapa perasaan aku mesti dipermainkan??? Sekiranya tak sudi kenapa tidak berterus terang. Katakan yang sebenarnya, sudahkah kau berpunya? Dan aku akan pergi dari hidupmu....
Amarah ku memang membara.... Aku tidak lena tidur.... Kekecewaan ku bukannya kerana tidak diterima, tetapi kerana terasa dipermainkan. Terasa aku menyumpah-nyumpah Matinya. Kenapa harus aku dilayani sebegitu?
Aku memang tidak pandai bermadah dan mungkin apa yang aku tuliskan padanya menampakkan bahwa aku memang ’naif’.
************************************************************************************
Dan tanpa ku sangka suatu hari ketika aku ke bilik kawan sekolejku, aku ternampak sepucuk surat yang mana tulisannya aku kenali. Dia juga berutus surat dengan Matinya. Aku mengambil sampul surat itu dan aku dapati Matinya menggunakan perkataan yang sama di sampul surat itu. Aku terkeliru...... Apakah maksud semua ini? Apakah yang harus aku tafsirkan kini? Apakah Matinya mempermainkan kami?
************************************************************************************
Aku keluar negara dengan api kemarahan yang menyala. Perhubungan aku dan Shahidatul tidak aku endahkan lagi. Bukannya ada apa pun. Sakitnya hatiku pada Matinya hanya tuhan yang tahu. Semua perempuan sama saja, fikirku...... jahat... Aku terus menyepi selama setengah tahun meredakan amarahku.... Kalaulah aku jahat memang telah aku ajar Matinya cukup-cukup. Memang telah lama aku kenakan dia. Tapi aku masih waras.
Aku memujuk hatiku… aku tidak mungkin akan mencari seperti dahulu lagi….Perempuan jahat... Kalau aku tergamak mungkin kali ini aku yang akan permainkan mereka pula.... Tetapi hatiku masih lembut, walaupun sakit aku cuba mengubatinya. ”Biarlah”, pujukku... ”Persetankan Matinya”, kata hatiku....
Setelah beberapa lama menyepi aku mula mencari kembali surat-surat dari Shahidatul. Telah sekian lama aku tidak mengutuskan sepucuk warkahpun kepadanya. Shahidatul... Shahidatul..... macam mana kau sekarang? Masihkah lagi kau di situ?
Aku masih juga mengharapkan ada yang sudi untuk mengambilku sebagai seorang teman istimewa.......
Di warkah terakhir dari Shahidatul yang aku simpan itu tertera cop dari pejabat pos sebuah kampung yang namanya amat pelik. Aku menyangkakan bahawa Shahidatul sememangnya berasal dari kampung tersebut. Lalu aku pun berseloroh tentang nama kampung itu. Warkah itu memang sah telah dihantar oleh salah seorang dari Shahidatul berlima tu... kerana Shahidatul yang sebenarnya pada ketika itu masih belum pernah lagi membalas surat-surat dariku…..
Apabila warkah dariku itu sampai ketangan Shahidatul yang berlima tu, mereka tak memahami seloroh ku itu.... ”Apalah budak ni merepek, tak faham aku”...... ”Shahidatul, di antara kami semua engkaulah yang pandai merapu... engkau balas lah surat budak ni, tak faham aku”, kata salah seorang dari mereka.....
Bermulalah kisah Shahidatul yang sebenarnya buat pertama kali membalas surat dariku. Di waktu itu internet masih asing....
Selang beberapa lama aku menulis kembali kepada Shahidatul aku terasa seperti ada satu tarikan darinya. Tidak tahu aku macam mana nak menceritakannya. Aku seakan-akan terpukau dengan penulisannya. Aku mula cuba untuk memahami isi hatinya. Bagiku apabila kita berutus surat kita akan lebih menjiwai apa yang ditulis, kerana kita mesti berfikir untuk mencoretkan sesuatu. Tetapi tidak sekiranya kita bercakap secara spontan. Mungkin perkataan itu terkeluar lebih cepat dari fikiran....
Tiba-tiba aku mendapat tahu bahawa Shahidatul sakit dan dia juga cuba untuk keluar dari kolej tempat aku belajar dahulu kerana pada waktu itu program berkembar luar negara itu menghadapi masalah dan dia mungkin akan menjadi mangsa keadaaan sekiranya program itu ditutup. Aku cuba menasihati dia, dan aku cuba biarkan dia berfikir yang terbaik baginya... Aku restui dia keluar dari program itu.... dan aku cuba membantu dia dengan penyakitnya itu. Aku bukanlah doktor tetapi kata-kata rangsangan dan nasihat kadang-kadang adalah salah satu ubat yang terbaik.....
************************************************************************************
”Awak tu, kalau berjalan bukannya pandang orang. Kita nak tegur pun takut”, kata seorang dari bekas kawan sekelasku sewaktu aku menelefon dia di salah sebuah universiti di luar negara. Seorang gadis bekas kawan sekelasku yang lain pun menyuarakan perkara yang sama. Di dalam telefon aku berani lah.... lepas tu pula mana ada aku akan terjumpa mereka kerana kami berlainan universiti. Kalau bersemuka tentu aku malu...
”Dulu teringin juga nak ’mengambil’ awak tetapi saya tak berani”, itu pula adalah kata-kata dari seorang wanita kawan sekelas di sekolah menengahku, yang telah selamat menjadi isteri kawanku sewaktu aku di luar negara.
Rupanya perasaan maluku yang menebal membuatkan aku berjalan tanpa menoleh kekiri dan kekanan. Arghhh... barulah aku sedar, bukannya tak ada orang yang cuba nak mendekati aku tapi mereka takut.... Apalah malangnya aku....
Di dalam... hatiku berkata,” Siapakah lagi yang boleh dipercayai? Adakah seperti Matinya lagi? Bolehkah aku mempercayai mereka? ”.
”Mungkin juga”, jawab benakku.
Semuanya telah ditentukan di Loh Mahfuz. Hanya Qada’ mubram iaitu mati yang tidak boleh diubah, tetapi Qada’ yang lain boleh diubah. Masa mati boleh diubah tetapi mati itu sendiri tidak boleh diubah. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi.... Masa kan Allah berfirman, ”La yori dool Qada’, illa bi’ doa”. Tidak akan berubah qada’ itu kecuali dengan doa. Allah memberikan kelonggaran di dalam ketentuan tertentu. Kita berusaha dan kemudian barulah bertawakkal. Dengan izinnya kita masih boleh mengubahnya. Aku hanyalah mesin yang berjalan mengikut ketentuan Allah. Ada hikmahnya disebalik kegagalan aku mencari cinta sejati. Cinta yang tak kunjung tiba...
************************************************************************************
Aku mahu aku diterima seadanya dan bukan kerana harta dan bukan kerana aku berpelajaran tinggi dan aku mungkin akan bekerja berjawatan besar suatu hari nanti. Memang keluarga aku bukan orang berada pun.
Aku masih meneruskan perhubungan ku dengan Shahidatul. Kali ini memang betul dengan tuan empunya nama. Apabila semakin lama kami semakin erat, akhirnya aku meminta Shahidatul menghantar sekeping gambar buatku. Shahidatul akur.
”Masyaallah, mak datuk... gambar apa yang dihantarnya ini. Gambar waktu mana ni? Dahlah panjangnya hanyalah selebar jari kelinking nak tengok pun tak berapa nampak”. Tetapi mujurlah bahagian kepalanya sahaja. Kalau seluruh badannya hanya selebar itu, memang aku tak akan nampak apa-apa.
”Kanta.. hai kanta... kat mana lah kau sekarang ni?”, mencari-cari aku.... Terpaksalah aku menggunakan kanta pembesar...... Nasib baiklah ada kanta tu.... Terima kasih, kanta!
Wah, walaupun kepayahan, aku menjenggilkan mata merenung gambar itu! Terdetik di hati ku, ”Cantik dia ni, tapi nampak muka dia macam muka nenek aku....”.
”Err... tapi mana mungkin aku kahwin dengan dia suatu hari nanti jika ditakdirkan kami bersama sekiranya aku menyamai dia dengan muhrim aku; nenek aku pulak tu”, terus berputar-putar seribu satu kemusykilan di benakku.
”Tetapi, mungkinkah dia gadis yang aku cari selama ini?”, aku tertanya-tanya diriku lagi.
”Mungkinkah aku memiliki gadis itu? Mungkinkah? Mampukah aku memikat dirinya? ”, melayang-layang fikiran di benakku.
”Macam mana nak aku mulakan?” Buntu fikiran aku....
”Alah... bukannya engkau pernah berjumpa dia pun”, pujuk hatiku.
”Tak pernah seumur hayat pun kau berjumpa dia. Mungkin suatu hari nanti apabila kau telah lebih mengenalinya boleh kau ajukan soalan berbentuk peribadi”, kata hatiku lagi.
Kan aku masih lagi cuba mengubat pilu tikaman pisau di hatiku dikerjakan Matinya…. Sewaktu itu bagi ku semua perempuan sama seperti Matinya... Nak mati. Tetapi dari hari ke hari semakin rancak aku berhubung dengan Shahidatul. Dan persepsi terhadapnya berubah sedikit demi sedikit. Aku percaya bahawa dia jujur di dalam perhubungan kami. Aku percaya isi kandungan yang ditulis di dalam surat untukku adalah benar. Akhirnya aku mendapat tahu bahawa Shahidatul mengambil keputusan muktamad untuk keluar dari kolej itu. Dan dia ke universiti tempatan. Aku merestuinya.
Setelah beberapa bulan aku mengenali Shahidatul melalui warkah-warkah darinya aku memulakan pergerakanku. Kata hatiku, dialah yang ku cari selama ini...... Aku pasrah dan nekad. Aku tidak pernah pun berjumpa dia. Manalah tahu kalau tiba-tiba ada kecacatan fizikal. Aku akan redha menerimanya seadanya. Insyaallah. Tidak kiralah bagaimana pun dia. Hatinya begitu suci bagiku.... Dialah kekasih awal dan akhirku, Insyallah. Itulah kata hatiku....
************************************************************************************
‘Ya, Shahidatul pun sayangkan Irfan’, itulah yang tertera di dalam sepucuk surat yang datang selepas berminggu di poskan dari Malaysia. Alangkah bahagianya aku. Terasa dunia ini aku yang punya….
Di universitiku ada beberapa pasangan kekasih yang tinggal serumah sebilik. Aku bersyukur kerana tidak menjadi seperti itu. Pada waktu itu aku belum lagi di ’Mat Sallehkan’ dari gaya pemikiranku... Walau pun begitu setelah aku lebih matang sekarang aku masih lagi tidak merestui perhubungan begitu... ”Janganlah aku terikut-ikut gaya mereka”. Aku bukanlah alim tetapi aku sebolehnya tidak mahu terjebak sebegitu.
Aku tinggal bersama sepasang suami isteri dan anak mereka.... kami telah pun terputus hubungan pada waktu ini dan aku amat merindui mereka kerana mereka adalah abang dan kakak angkatku tetapi aku tidak tahu ke mana harus ku tuju..... Banyak perkara yang abang angkatku ajar padaku tentang liku-liku hidup dan aku begitu menghargainya. Dan bukan kerana suatu insiden yang telah membuatkan aku marah, aku memutuskan hubungan kami sewaktu aku masih di luar negara dan mereka telah pulang ke tanah air. Aku terpaksa... kerana sesuatu yang terjadi... Abang dan kakat angkatku yang aku rindui mungkin di Sabah..... Jack...
Suatu hari aku ke JC-Penney dan aku terlihat sekeping kad yang amat menarik hatiku.... Ada gambar seekor burung merpati yang terbang di awangan. Kata-kata yang tertera di kad itu, ”If you believe it’s yours set it free, if it returns it’s yours”. Entah kenapa terus aku beli kad itu dan kusimpan di bilikku....
Bumi mana yang tak ditimpa hujan, ranjau mana yang tiada onak.... begitulah hubungan kami ketika itu. Pada suatu hari tu, entah hantu apa yang merasuk aku... aku terasa seperti Shahidatul tidak sayangkan aku lagi. Aku teringatkan kad yang masih aku simpan yang aku beli dahulu.... ”If you believe it’s yours set it free, if it returns it’s yours”. Aku pasrah…. Apa nak jadi, jadilah… walau pun aku takut…. Takut kehilangan kekasih yang sudah ku temui setelah sekian lama di dalam pencarian… yang tidak pernah aku ada sebelum ini…..
Aku telah pun nekad, Insyaallah Shahidatul tidak akan kemana dan menjadi milikku buat selama-lamanya..... Aku menulis sepucuk surat untuk Shahidatul tetapi aku tidak dapat tidur lena pada malam itu. Mahu rasanya aku menangis..... Apa dah jadi di dalam perhubungan aku? Aku terasa amat takut sekali. Memanglah bagus sekiranya aku dapat mencuba falsafah itu... kalau lah memang Shahidatul milik ku walau apapun yang terjadi dia tetap milikku. Tetapi bagaimanakah sekiranya dia betul betul pergi? Lantas aku mencapai pena meminta maaf dari Shahidatul. Surat itu aku poskan dua hari kemudian. Tiada apa lagi yang boleh aku lakukan?
Dua minggu selepas itu Shahidatul mula menerima warkah pertama dariku. ”Kalau Shahidatul rasa tak sayangkan Irfan lagi, pergilah”...... kata-kataku itu membuatkan tangisan Shahidatul berderai... hancur luluh rasa hatinya.... Dia terus pulang ke rumah dari kolej universitinya dan mengadu kepada kakaknya. Terus dia mencapai pena meminta penerangan dariku, apakah salahnya.... Apakah kesudahannya? Surat itu diposkan kepadaku.
Apabila dia pulang kembali ke universiti dia mendapat surat keduaku memohon maaf. Lalu dibalasnya lagi. Sementara itu aku menunggu dengan penuh debaran. Oh tuhan, apakah yang telah aku lakukan? Adakah aku bodoh? Betulkah falsafah yang aku baca tu?
”Penantian suatu seksa, dalam suka dan duka .....”, begitulah bunyi sebahagian dari lirik lagu itu…. Aku sungguh terseksa. Sungguh aku sedih... Aku mungkin akan kehilangan seorang kekasih yang aku tak pernah ada sebelumnya. Seorang yang menyambut cintaku dan mengisi kekosongan hatiku buat pertama kali. Adakah aku buta?
Makan tak lalu, mandi tak linyau.... Oh, tuhan... tolonglah aku.... Kenapakah aku memperlakukan Shahidatul begitu? Adakah aku masih menyimpan amarah ku gara-gara Matinya??? Matilah aku.... Apakah kesudahan aku? Kenapa harus begini?
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula ”boyfren and girlfren”.... Oh, tuhan! Hilang akalkah aku???
************************************************************************************
Akhirnya terbukti.... Surat yang kuterima mengungkap segalanya. Surat yang menyusul selepas itu memberikan ku kemaafan. Memang aku yang telah hilang akal agaknya sewaktu menulis warkah ’berdarah’ itu dulu. Memang Shahidatul milikku....
Aku mengambil keputusan lagi....
Aku bertanya Shahidatul, ”Sudikah sayangku menjadi milikku dan diijabkabulkan?”. Aku mengorak langkah...
”Irfan akan tamat belajar di dalam masa setahun setengah lagi.... kita akan bertunang selama dua tahun sebelum kita kahwin. Setuju?”, tanyaku... ”Setuju”, katanya....
Akupun terus menelefon ibuku di Malaysia untuk menguruskan pinangan. Aku menceritakan kepada ibuku hampir segalanya serba ringkas untuk mengenalkan Shahidatul ku kepada ibuku. Tidak lupa juga aku ceritakan bahawa aku tidak pernah berjumpa Shahidatul seumur hayatku. Aku nak suruh ibuku masuk meminang. Tersenyap ibuku. Kelu tak berkata-kata. Terperanjat besar orang tua ku. Terduduk dia mendengarkan hajatku ....
Masih aku ingat soalan pertama yang terpacul dari mulut ibuku mempersoalkan kewarasan aku sebaik sahaja aku menyatakan niatku itu.... Cuma yang tidak terkeluar dari mulutnya adalah pertanyaan, ”Adakah anakku sudah gila???”. Ibu ku bertanya, ”Irfan, Irfan betul ke ni? Macam mana nak kahwin sedangkan Irfan tak pernah pun berjumpa Shahidatul tu? Macam mana ni? Nak berkahwin ni jangan lah main main. Kita nak berkahwin sampai ke mati. Betul ke Irfan ni?”.
Ini kerja gila, tak pernah dibuat orang. Ayahku pun tidak setuju dengan perancanganku. Marah dia... Aku terus mendesak ibuku untuk pergi masuk meminang si jantung hati ku itu. Pasangan lain tak pernah berjumpa tetapi ibu-bapa mereka yang aturkan dan pilihkan. Ini kami tak pernah bejumpa tetapi empunya diri yang pilihkan... Tapi aku telahpun nekad!
Ibuku membantah untuk pergi meminang sehinggalah aku mengugut, sama ada dia pergi meminang ataupun aku tidak akan kahwin buat selama-lamanya dan aku tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Kasihan ibu. Aku tidak tahu apakah yang dia fikirkan tentang aku pada waktu itu. Mungkinkah anaknya sudah hilang akal seperti maksud tersirat yang diajukan di dalam soalannya yang pertama? Tetapi ibu terpaksa akur dengan kehendak anaknya ini....
Sementara itu, aku ini yang sememangnya bodoh benar dan ‘cap bendul’ telahpun menulis sepucuk surat kepada bakal bapa mertuaku setelah mendapat balasan dari Shahidatul.
***********************************************************************************
Fasal surat kepada bakal bapa mertua ku itu.... Ya lah, aku kan hendak anak orang mestilah meminta kebenaran bapanya. Berani kerana benar, kenapa mesti aku sembunyikan dari bapanya... fikirku... Aku cuba meminta keizinan dari bapanya untuk berhubung dengan anaknya dan meminta keizinan untuk memperisterikan Shahidatul. Aku menulis tanpa pengetahuan Shahidatul pada waktu itu.
Apabila Shahidatul pulang bercuti ke rumahnya di kampung, bakal abang ipar dan kakaknya mengusik dia.... ’aaa......’ kata mereka. ’eh.. eh.. eh.... hmmmm..... dah pulang jumpa abah?’. ”... Oooo.... aaaaa....”, agah mereka membuatkan Shahidatul terpingga-pingga. Shahidatul merasakan ada sesuatu yang tak kena... semakin takut dia untuk pulang ke rumah dan berjumpa abah. Dia mengelak setiap kali terserempak dengan abah sehinggalah pada hari terakhir dia hendak berangkat pulang ke asrama.
Abah memanggil Shahidatul,”Shahidatul, ke mari sekejap…”. Abah terus bertanya, “siapa dia ni yang menulis surat?” “Kenal dia ni?”, dan abah seolah-olah tahu hasrat Shahidatul yang berkemungkinan nak mempermainkan aku terus menasihatinya, ’”Jangan mainkan orang lain”. Shahidatul hanya mampu mengangguk dan menjawab, ’”ya, ya....”, dan semenjak itu Shahidatul berazam untuk mencintaiku sepenuh jiwa raganya.
Telahan abah Shahidatul memang tepat…. pada ketika Shahidatul menulis bahawa dia juga sayangkan aku terdetik juga di hatinya bahawa mungkin dia boleh ‘bermain-main’ dengan aku. Ya lah katanya, pada waktu itu itu dia pun tak pernah jumpa aku. Jadi kalau dia putuskan hubungan kami pun tak menjadi masalah.
Apabila aku fikirkan, memang betul juga kata Shahidatul. Kami tidak pernah berjumpa. Aku tidak boleh salah kan dia. Mungkin pada ketika itu aku memang benar sudah hilang akal dan tidak dapat membuat pertimbangan yang baik.
Shahidatul tidak pernah menceritakan kepada ahli keluarganya bahawa dia tidak pernah berjumpa aku secara fizikal. Almaklum sajalah.... Kerana aku keluarga Shahidatul menolak pinangan orang lain. Tapi macam mana nak kahwin sedangkan tak pernah berjumpa? Bukannya pilihan keluarga, tetapi pilihan sendiri. Tidakkah kerja gila itu namanya? Takutkan nanti abah tidak akan benarkan..... Perkara itu terus menjadi rahsia dari pengetahuan keluarganya.
************************************************************************************
Tidak berapa lama aku mendapat sepucuk surat dari bakal bapa mertuaku... memberi kan aku kebenaran untuk terus menghubungi Shahidatul.... Alangkah gembiranya aku…
*************************************************************
Kedatangan Shahidatul di dalam hidupku adalah suatu keajaiban. Perangsang yang aku cari berada di depan mata. Akan aku dedikasikan pelajaran aku demi dia. Aku telah berjaya mencapai markah purata melebihi 3.5/4.0 pada hampir setiap semester aku di universiti di luar negara. Dan Shahidatul di universiti tempatan membuktikan bahawa dia setanding dengan aku apabila prestasinya juga begitu. Aku gembira. Aku bertungkus lumus mempastikan keputusan cemerlang.
Aku di tahun akhir dan aku telah mengambil keputusan muktamad. Aku tidak akan mengambil dua lagi matapelajaran wajib untuk ijazah ku. Sebaliknya aku akan mengambil pilihan kedua dengan menukar ’specialization’ dan menamatkan ijazahku pada semester itu juga.
.... itu adalah kerana tanpa diduga aku telah mendapat tawaran dari tiga buah universiti. Aku akan mula bekerja di salah sebuah universiti itu. Di Michigan? Di Illinois? Dan aku akan mereka berikan biasiswa dan bantuan untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan sebelum itu....
Shahidatul pula akan menamatkan pengajiannya dalam masa setahun setengah lagi. Dan aku pula, masih memikirkan tawaran universiti manakah yang akan aku ambil.
Aku menanti dengan penuh debaran pada semester terakhirku. Bermacam-macam perancangan yang muncul dibenakku. Aku hendak membawa Shahidatul apabila dia tamat pelajarannya di universiti tempatan. Aku membuat keputusan untuk pulang berkahwin setelah menduduki peperiksaan akhirku untuk kelas musim panas menandakan aku telah tamat ijazah. Terkedu lagi ibuku. Mujurlah ibu dan bapaku tak ada sakit jantung. Buat perangai lagi anak mereka ni…. Masih tak sudah sudah. Semua kerja ’bidan terjun’.
Dua tahun yang aku janjikan masih lagi jauh.... Dah buat perangai lagi....
Aku sudahpun memikirkan masak-masak langkahku. Sekiranya aku tidak pulang kahwin, setelah Shahidatul tamat pengajian di universitinya mungkin aku terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan Visa dan ianya akan menyukarkan aku untuk membawa Shahidatul merantau bersamaku. Jika itu yang terjadi, mungkin selepas tempoh setahun dari tarikh perkahwinan kami barulah boleh Shahidatul mengikutku.
Rancangan aku mudah... aku akan turun dari kapal terbang, pulang ke rumah aku dan pergi ke rumah Shahidatul untuk diijab-kabulkan pada keesokan harinya. Dan itu lah yang telah aku lakukan. Kini, apabila aku fikirkan semula, betapa tololnya perancangan aku. Langsung tiada ’safety net’. Apa akan terjadi kalau penerbangan aku terlewat? Lembu dah disembelih... Ayam dah ditangkap.... kenduri dah nak berjalan... semua khemah sudah terpasang.... pengantin pula? Masih dalam kapal-terbang? Boleh huru-hara di buatnya......
Aku di hari perkahwinanku yang sungguh meriah. Maklumlah, dia anak perempuan yang pertama dari keluarganya yang berkahwin. Aku sungguh berdebar-debar. Di manakah Shahidatul? Tidak pernah lagi aku betemu dengannya. Adakah kakinya tempang? Atau adakah perkara lain yang tidak ku ketahui? Aku tidak peduli semua itu. Akan ku terima Shahidatul seadanya. Dan dia pun telah sudi menerima aku seadanya juga.
Tanpa aku sedari rupanya Shahidatul telah mencuri pandang dari jauh dari sebalik tingkap. Dia hanya boleh nampak gaya aku berjalan kerana aku berjalan agak jauh dari rumahnya. Aku berjalan dari kereta ke rumah jirannya. Rupanya, dia pun mempunyai perasaan ingin tahu yang sama. Adakah aku tempang? Ada benda yang tak kena kah?
Malam itu aku selamat diijab-kabulkan dengan kekasihku, Shahidatul. Di majlis membatalkan air sembahyang selepas kami sudah sah sebagai suami-isteri barulah buat pertama kali di dalam hidup, aku berdepan dengan yang empunya nama. Aku memandang matanya. Itulah kenangan abadi aku... pertama kali kami bertemu.... Sungguh cantik dia.... Berinai dan berbaju pengantin putih...
Setelah itu aku pun terus pergi ke rumah jirannya bersama keluarga ku untuk menumpang tidur. Keesokan paginya keluarga ku mula berangkat pulang ke negeri asal kami. Kerana tidak mengjangkakan bahawa aku akan memerlukan lagi sepasang kasut kerjaku aku membenarkan ibu membawanya pulang. Tinggallah aku bersama sepasang sepatu sukan Nike. Apabila tiba tengah hari aku diberitahu bahawa aku kena berarak dari rumah jiran itu ke rumah Shahidatul. Mati kutu aku dibuatnya. Manalah aku tahu ada adat macam tu. Sudahlah di situ tidak sesiapa mengenali aku.
Hendak bercakap aku tidak tahu... aku menyarungkan kembali baju melayu hitamku dan mengenakan kain songket. Aku melihat... ah, kasut ku... oh, kasutku... ”Hentam sajalah Mamat Oii”, kataku di hati.
Nasib baiklah tiba-tiba datang seorang yang ku kenali ke tangga rumah jiran itu sewaktu aku turun. Tanpa ku sangka pelajar junior sewaktu aku di sekolah menengah dahulu itu menjadi adik angkat kakak iparku. Dialah yang menemankan aku berjalan ke jalan raya.
Terjadilah sejarah aku berarak dengan berbaju dan berseluar melayu hitam siap dengan berkain songket. Tetapi dipadankan dengan memakai kasut sukan Nike berwarna biru berbelang putih... Malu? Aku tidak peduli lagi... habis... aku nak minta kasut siapa? Aku tahu mesti aku digelakkan oleh orang-orang kampung....
*************************************************************************************
Aku membawa Shahidatul melawat sanak saudaraku. Aku yang sememangnya bodoh telah membuat satu kesilapan yang telah melukakan hati Shahidatul….. Kesilapan yang mengajar aku buat pertama kalinya untuk mengenali perempuan dan menyayanginya. Maafkan aku, sayangku.... Kejadian itu akan ku ingat sehingga akhir hayatku....
Kesilapan pertamaku.... sewaktu sebelum aku berangkat ke luar negara beberapa tahun yang sebelumnya aku telah mengenali seorang gadis di sebelah rumah saudaraku itu. Di ketika itu dia sedang hendak menghadapi SPM. Entah macam mana cerita, aku beranikan diri dan cuba mengajar dia teknik-teknik menjawab soalan. Aku tahu ibunya menyukai aku... Aku cuba untuk mendorong dia belajar bersungguh-sungguh dan kami terus berhubung. Terus berhubung dengannya melalui beberapa pucuk surat membimbing dan menasihat. Akhirnya dia diterima ke sebuah kolej. Aku masih terus berhubung dengannya sehinggalah pada suatu hari aku mencoretkan padanya bahawa aku hanyalah menganggap perkenalan itu sebagai adik dan abang dan tidak lebih dari itu. Setelah itu aku tidak pernah lagi menerima sebarang berita darinya. Dan tanpa ku ketahui juga ibunya telah memberitahu orang kampung bahawa hubungan aku dan dia telah diputuskan dan dihalang oleh keluargaku....
Apabila aku membawa isteriku ke rumah saudaraku itu, tiba-tiba aku terpandang ada orang yang memerhati dari rumah jiran itu dan aku menjadi segan. Lalu aku suruh isteriku masuk ke rumah. Tindakan ku itu betul-betul melukakan hatinya. Kenapakah aku begitu bodoh sekali..... Siapa dia di hatiku? Dialah segalanya dan kenapa aku bertindak begitu? Kenapa harus aku punya perasaan malu itu?
Shahidatul menangis pilu. Aku bersalah, sayangku. Maafkan aku.
Itu adalah kesilapan pertamaku....
************************************************************************************
Aku pulang bekerja ke luar negara dan menyambung pelajaran meninggalkan Shahidatul di Malaysia. Apabila dia tamat pelajarannya aku pulang kembali ke tanah air untuk membawanya merantau bersama.
************************************************************************************
Masa yang di tunggu telah tiba.... Shahidatul telah lulus segala peperiksaan dengan cemerlang. Aku tidak sabar-sabar lagi mahu berjumpa dengan isteri tersayangku.... Rindu sekali rasanya....
Di Malaysia ibu menyampaikan hajatnya..... Ibu tidak mahu aku membenarkan Shahidatul bekerja. Sekeping kertas kelulusan sudah diperolehi tetapi ibu tidak mahu aku membenarkan Shahidatul bekerja. Itu adalah pengorbanan besar yang aku perlukan dari Shahidatul.... Aku membisu tetapi aku akur. Ibuku adalah bekas seorang pesara perubatan yang bekerja tanpa mengira waktu demi untuk membantu bapaku menyara aku dan adik-adik. Demi ibuku, aku telah tidak membenarkan isteriku bekerja walaupun dia mempunyai kelulusan tinggi. Ibuku memberikan aku nasihat supaya tidak membenarkan isteriku bekerja di luar selain dari di rumah membesarkan anak-anak ku kerana dia terkilan dia tidak dapat menjagaku dan adik-adik disebabkan terlalu sibuk bekerja membantu ayah. Aku pun tidak terfikir bahawa aku hendak Shahidatul bekerja walaupun sekiranya dia bekerja seperti kawan-kawannya yang lain, dia juga boleh menjawat pekerjaan yang bagus.
Aku bawa Shahidatul bersamaku merantau ke luar negara. Shahidatul masuk ke universiti yang sama....
Kesilapan keduaku.... Setelah kami dikurniakan anak pertama, aku sebagai seorang yang belum empuk masih tidak pandai melayan isteriku. Banyak perkara yang aku anggap remeh-temeh tetapi sebenarnya amat penting bagi isteriku. Sikap aku adalah... ’tidak kisah’. Bukan aku tidak sayangkan Shahidatul tetapi aku masih belum pandai hendak menunjukkan kasih sayang ku. Manalah ada orang tua di luar negara. Kami berdikari di sana. Aku belajar tentang semua ini dari Shahidatul dan insyaallah aku akan praktikkan sedaya upayaku, walaupun kadang-kadang aku asyik terlupa.
Aku bukannya pernah menjaga orang beranak. Aku pun tak tahu orang beranak makan apa.... Shahidatul meminta nasi dan aku hidangkan nasi dari peti ais. Sedihnya dia. Tapi itulah... balanya kerana sikap tidak kisah aku itu.... ”Apa dah jadi Mamat oii”. ”Apalah bengap sangat”. Maafkan aku Shahidatul....
Sudah banyak perkara yang aku belajar dari Shaidatulku....
Pertama.... Bukannya perempuan mesti dibelai sepanjang masa tetapi lelaki mestilah mengambil berat tentang mereka. Shahidatul juga telah banyak berubah menjadi tabah menghadapi kerenah aku ini. Dia banyak bersabar melayanku. Terima kasih, sayang! Aku tidaklah suka sangat wanita yang mengada-ngada. Shaidatul ku adalah yang terbaik bagi ku. Aku sukakan dia kerana dia adalah dia. Dari dahulu sampailah sekarang.
Kedua... haribulan.... mesti ingat hari apa.... tarikh perkahwinan. Tarikh lahir. Tarikh ulang tahun perkahwinan. Hari ibu. Hari jadi anak-anak...
Ketiga... jangan tunjukkan sikap kasar. Di dalam hal-hal ini aku sedar bahawa kadang-kadang aku masih terbuat juga. Apabila aku mempunyai masalah yang menghantui aku, aku tidak boleh dikacau. Aku akan cepat panas darah bila ditanya. Muka aku akan masam mencuka... Kadang-kadang aku menjadi tidak ada mood untuk bercakap. Contohnya sekiranya aku tengah berserabut dengan masalah di benakku terutamanya apabila pulang sahaja dari kerja dan isteriku tiba-tiba bertanya fasal sesuatu perkara. Aku sedar kadang-kadang cara aku jawab adalah kasar.
Aku meminta maaf, sayangku! Tidak ku bermaksud untuk melukai hati mu.
Janganlah kau makan hati berulam jantung.... Berikan aku sedikit masa untuk mengungkai dan meleraikan kecamuk di kepala ku. Aku sedar hati kau terluka kerana ku. Mungkin di lain kali aku akan cuba untuk meninggalkan masalah yang aku fikirkan itu di luar rumah sebelum aku melangkah masuk....
Keempat.... mesti berterus terang kepada pasangan. Ini yang paling penting di dalam kehidupan berumah-tangga. Berterus-terang terhadap pasangan masing-masing. Ianya sukar sekali. Tetapi tidak apa.... dedahkan semua... Kadang-kadang pahit tetapi mestilah ditelan. Ambil nafas panjang-panjang dan bawa bertenang.
Kelima.... jangan curang. Yang ini memang aku sentiasa jaga semenjak dari dahulu lagi. Shahidatul pernah memberitahuku bahawa dia tidak menyimpan kepercayaan seratus peratus kepadaku. Memang dia percaya bahawa aku tidak akan pergi mencari perempuan lain, tetapi apa kata kalau perempuan lain yang mencari aku. Dia tahu aku tidak pernah berada di dalam keadaan itu…. Aku sentiasa ingat kata-katanya itu dan akan aku buktikan kesetiaanku. Apabila aku keluar negara... balik dari kerja aku terus masuk ke hotel dan berkurung, keluar dari hotel aku masuk ke pejabat. Begitulah rutin harianku. Memang aku lebih gemarkan begitu dari aku terperangkap dengan kerja-kerja di tempat yang tak senonoh dan berfoya-foya di luar sana yang penuh dengan daki-daki kotaraya dan jebakan nafsu. Kawan-kawan aku berbilang kaum. Mat dan minah Salleh, Cina, India, Iban, Russia, dan macam-macam lagi. Kawan-kawan melayu aku? Ada juga yang kaki botol… dan segala-galanya lagi. Aku sengaja hadkan pergaulan aku dengan
kawan-kawan yang sering mengunjungi bar-bar dan hidup dengan berjenis-jenis perempuan dan botol..... perempuan boleh ditukar-tukar dan dibeli dan nafsu boleh dipuaskan.. tetapi adakah itu yang aku mahu? Tidak sayangkah aku kepada Shahidatul? Oh, tidak...... Tidak akan ku harungi kancah neraka itu...
************************************************************************************
Duit bukanlah segala-galanya. Kawan-kawan aku berhijrah keluar negara dengan pendapatan melebihi lima puluh ribu ringgit sebulan. Dan aku di Malaysia. Aku di sini hanyalah sebahagian kecil dari itu.
Aku telah pernah sedekad tinggal di luar negara. Dan anak-anak dan Shahidatul juga lama menemaniku di sana bersama. Aku mengambil keputusan pulang ke tanah air kerana beberapa faktor utama walaupun aku memperolehi pendapatan yang lumayan di luar negara sebagai tenaga mahir. Dua dari faktor penting adalah kerana anakku pada ketika itu hampir memulakan persekolahan dan ibuku telah lama merungut bahawa aku masih tidak pulang pulang. Ibu dan bapa ku sudah tua, nanti sekiranya aku terlalu jauh, sukar untuk aku pulang sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. Aku mengambil keputusan kembali ke tanah air dan bekerja di sini walaupun pendapatan ku kecil.... dan aku perlu mengubah gaya hidupku.... bermula dengan merangkak kembali dari bawah....
Tugas aku selalu membawaku kembali keluar negara juga, dan kalaulah aku liar aku mempunyai banyak peluang untuk menjadi kaki perempuan. Tapi aku tidak memilih untuk hidup jalan itu. Memang ada kawan-kawan aku yang kerjanya ’mencelup’ kat sana, ’mencelup’ kat sini. Tetapi aku tidak tergamak untuk berlaku curang terhadap isteriku. Aku telah pun membuat suatu kommitmen dan isteriku pun telah membuat pengorbanan-pengorbanan yang aku rasakan tidak ternilai harganya.
Aku tidak berniat untuk bekerja tetap di luar negara lagi buat masa yang terdekat. Rasanya aku masih ingin menetap di Malaysia. Tetapi sekiranya terpaksa aku akan pergi...
*************************************************************************************
Pengorbanan Shahidatul......
Shahidatul telah melakukan pengorbanan yang besar. Dia berkelulusan universiti....
Pengobanan pertama isteriku adalah apabila dia sanggup menyimpan sijil-sijilnya di dalam laci dan mendedikasikan hidupnya untukku. Dia melupakan kehidupan bekerjaya seperti wanita moden lain demiku. Dia membesarkan anak-anak aku dan tidak menggunakan sekeping kertas kelulusannya untuk bekerja di luar.
Aku memang tidak sanggup hendak menghadapi kerenah anak-anak setiap hari seperti dia. Isteriku memang penyabar dan dia mendidik anak-anak ku dengan penuh kasih sayang.
Dahulu sewaktu aku masih belum berpacaran aku memang sudah bertekad bahawa sesiapa sahaja yang akan ku pilih menjadi teman hidup sepanjang hayat ku mestilah seorang yang berpelajaran tinggi walau pun akhirnya dia tidak menggunakannya. Aku telah belajar melalui pengalaman hidup bapa saudaraku yang mempunyai seorang isteri yang tidak tinggi pelajarannya. Aku boleh melihat perbezaan di dalam gaya pemikirannya dan dia tidak arif mendidik sepupu-sepupu ku. Aku tidak katakan bahawa semua orang yang tidak berpelajaran tinggi akan mempunyai daya pemikiran yang sempit tetapi dari apa yang aku amati cara pemikiran seseorang yang berkelulusan setakat darjah enam amatlah berbeza dengan seseorang yang berkelulusan universiti. Semenjak itu aku menanam azam di dalam diriku untuk berkahwin dengan seseorang yang mempunyai kelulusan yang semestinya lebih dari SPM....
Shahidatul bangun awal pagi menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Setiap hari dialah yang menemani anak-anak aku mentelaah pelajaran di samping kerja-kerja lain yang tiada kesudahannya. Dia sanggup bersengkang mata menemani anak-anakku sehingga larut malam. Dia juga yang memasak untuk kami.
Pengorbanannya itu mendidik anak-anakku begitu beharga sekali. Tiada guru yang lebih baik untuk mendidik anak-anak selain dari ibu mereka.
Dan Shahidatul... jarang sekali meminta apa-apa dariku. Sayangku, aku mahukan yang terbaik buat kita. Walaupun sesuatu itu mungkin sukar untuk disediakan kerana keadaan, akan ku usahakan... demi mu sayang ku....
Sudah sampai masanya aku menilai kembali pengorbananmu dan memberikan penghormatan dan pembalasan yang setimpal dengannya.
Sekiranya Shahidatul ku tiada hidup aku boleh menjadi gila.
Kewajipannya telah dijalankan dengan baik sekali.
Demiku.... demi anak-anak....
Pengorbanan kedua yang tak kurang juga besarnya adalah kerana dia setia kepadaku. Itu tak akan dapat ku nilaikan. Sepanjang kami di luar negara banyak ranjau dan hutan belantara penuh dengan acak dan onak yang kami tempuhi.... bak air pasang surut, silih berganti... acak... onak... acak.....
Di antaranya... Shahidatul sanggup menempuh dugaan getir bersama di awal kehidupan perkahwinanku setelah aku telah tamat pengajian di universiti dan bekerja tetap. Ujian telah tiba di dalam hidupku apabila pada suatu hari yang malang itu aku telah kehilangan kerja. Memang sukar apabila berada di luar negara tanpa sesiapa. Pada ketika itu berapalah sangat gaji aku...
Dia tabah menolong aku... membina kembali hidup kami.... kami merahsiakan nasib kami dari pengetahuan sesiapa pun.... kami mencari-cari kerja yang boleh membantu kami sekeluarga. Aku mencari kerja apa saja....
Dikesejukan pagi Shahidatul membanting tulang membantu aku bersama anak kecil kami. Awal.... awal pagi.... di dalam kesejukan salji. Tidak akan ku lupakan pengorbananmu itu sayang. Barang terbuang orang menjadi harta kami.... Aku tahu kau sedih... maafkan aku sayang.... Sedih... sedih sekali aku... tapi apakan daya. Aku juga masih mentah pada waktu itu.... Ah... tidak ingin lagi aku membicarakan kisah itu.... biarlah ia berlalu sebelum air mataku bercucuran lagi....
Aku berjaya mendapatkan kerja kembali menggunakan kelulusanku setelah itu.....
Ada juga kisah lucu Shahidatul di sana. Dia menjerit ketakutan apabila disalak anjing dari dalam pagar sebuah rumah pada suatu pagi subuh itu apabila menemani aku pergi bekerja. Melompat dia... berdekah-dekah aku tertawa.... Nasib baik dia tak terjatuh di dalam salji tu…
Shahidatul banyak mencorakkan hidup aku. Merubah aku kepada aku yang kini. Mengajarku erti pengorbanan. Membuatkan aku sentiasa meletakkannya di hatiku. Tanpanya aku tidak akan berjaya di tahap aku kini. Aku meminati kereta ber’bintang tiga’, dan telah lima tahun aku memilikinya...
Di dalam kehidupan bersama Shahidatul dia telah banyak mengajar aku
menjadi matang dan lebih menyayanginya. Aku telah jauh berubah dari dulu walau pun perlahan-lahan. Aku tahu masih banyak lagi tabiat buruk ku yang tidak disukainya. Kadang-kadang dia bertanya, ”hai, bila awak nak berubah?. ”Saya tak tahulah bila lagi awak nak berubah. Kalau awak tak berubah lagi nanti tua awak tak berubah dah”. Aku tahu itu.... aku tahu...
Dan aku... aku masih lagi belajar macam mana nak memenangi hati isteriku yang tercinta. Dalam beberapa perkara aku mungkin masih lagi mentah dan bersikap terlalu mementingkan diri.
Itulah dia kekasih hidupku dari udara..... Tanpa kusedari kami telah pun bersama lebih dari sedekad. Rasanya masih baru seperti tiga empat tahun, kalau lah tidak kerana anak-anak aku yang semakin membesar tidak aku sedari bahawa masa berlalu begitu pantas. Kepada sesiapa teman-teman yang mengetahui kisahku ini janganlah diberitahu isteriku bahawa aku menukilkan kisah kami di sini. Matilah aku dikerjakan nanti.... Aku tahu dia memang tidak suka aku menceritakan kisah kami kepada orang lain.
Shahidatul adalah permata hatiku yang tidak akan dapat ku cari ganti buat selama-lamanya, Insyaallah.
”Shahidatul Aida binti Shahrin”. Nama yang diutuskan dari udara….
Cintaku dan segala-galanya.
”Cinta yang akhirnya aku temui…. Selagi hayat di kandung badan, selagi Izrail belum menggamit, akan ku tuluskan cinta ku yang abadi untuk mu yang tersayang….. Dengan ini termenterailah lagi perjanjianku yang abadi… kau lah pertama dan yang terakhir.
Insyaaallah…. Aida...”
Tulus ikhlas dari suamimu,
Irfan….
*************************************************************************************
Dari mana agaknya aku mengukir sejarah hidupku ini agaknya ya? Oh... semestinya tidak di Malaysia tetapi di luar negara. Kerana apabila aku di tanah air aku tidak akan ada masa untuk ini semua tetapi aku akan mempunyai banyak masa di luar negara terperap di dalam bilik hotel.
Allah maha kaya. Memang dah ditakdirkan bahawa Shahidatul memang milikku.... isteri aku amat menyayangi aku dan itulah yang amat aku hargai.... Semuanya sudah ditakdirkan... seperti sudah tertulis di perjalanan hidupku....
Dan dugaan-dugaan hidup? Nauzubillah. Aku minta dijauhkan dari dugaan hawa nafsu...... Tolong doakan aku semoga tidak terjebak.... Demi Allah! Demi Shahidatul ku!.....
Dan sehingga sekarang kadang-kadang aku masih tidak pasti sama ada arwah abah tahu bahawa kami tidak pernah berjumpa sehinggalah setelah kami diijab-kabulkan. Dan aku juga merindui arwah abah... dan baru-baru ini aku terjumpa seorang sahabat karib abah yang persis abah....
AMIN...
*****************************************************************ya...fullstOP!!!!!!!
1 comment:
sabar....
Post a Comment