Ouh..tajuk ini bukan bermakna 'SAYA SUDAH CUKUP DEWASA' dalam erti kata lain merujuk pada 'saya' =)...Tapi, tuntasnya saya maksudkan sebuah rancangan dari Jepun/ Nippon/ Japanese yang saya kira amat diminati oleh segenap lapisan.. Tidak tipu, saya amat menggemari rancangan ini (walhal, baru sekali sahaja saya tengok....tapi, disebabkan banyak kali disogok oleh adik-adik saya, saya jadi 'gemar', ~) ..
Saluran TV3 ada menyiarkan rancangan ini pada setiap hari Ahad, pada pukul 6 petang. Luangkan sedikit masa anda, untuk menonton rancangan ini. InsyaAllah, pasti tidak kecewa. Kita ambil dari sudut positif..Anak-anak kecil dalam lingkungan umur 3-6 tahun disuruh dan di arah melaksanakan suatu tugasan yang memerlukan 'keringat' dan 'daya usaha' mereka dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
Contoh, anak-anak kecil ini diminta membeli 'pampers', kuih, dan sedikit barang. Bukan dekat anak kecil ini mahu pergi dan pulang semula ke rumah dengan membawa barang-barang berat yang dipesan si ibu. Menangis bersungguh anak-anak kecil ini apabila pulang ke rumah tapi dalam keadaan puas la!....Bersemangat memenuhi permintaan suruhan ibu. Berdikari dan bersungguh bukan?...
ambil contoh lagi dua cerita berkaitan :
1) crita yg pertama pasal 2 adik bradik, sekecil umo 2 thn g bawak helmet safety utk atok n ayah dia...naik keretapi n bas sendirian tanpa bantuan org dewasa...crita yg kedua psl 2 budak pompuan g beli brg..kecik2 dh diajar berdikari...but of course dlm pemantauan pekerja realiti tv nie kan....berani betul...kalo kat mesia mesti dh kena culik..huhuhu..
2) Dalam satu slot, anak kecil perempuan berusia 5 tahun disuruh ibunya supaya membawakan ikan dari pelabuhan ke rumah mereka.
Pada awalnya, ibu mengatakan yang dia baru mendapat panggilan telefon dari bapa saudaranya supaya mengambil ikan dari pelabuhan. Tetapi si ibu tidak dapat ke sana kerana sedang bekerja dan dia tidak boleh meninggalkan pejabat (pejabatnya di rumah) kerana bimbang dimarahi si ayah. Dengan rela, anak kecil ini menawarkan diri untuk ke sana seorang diri. Nampak sangat dia seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kerana tidak sanggup membiarkan ibunya ke pelabuhan di waktu kerja yang kemudian boleh mengundang kemarahan bapa. Terlihat sifat pelindung pada si kecil ini.
Jadi, si kecil ini berjalan seorang diri ke pelabuhan. Setibanya di sana, pakciknya memang menyediakan ikan-ikan untuk dibawa pulang. Bukan sekadar 5 ekor, tapi dalam 60-70 ekor. Berat tu! Walaupun mulutnya mengomel akan bebanan yang perlu dibawa sepanjang perjalanan, dia tetap mengheret beg plastik hingga ke pintu rumah. Si ibu terharu melihat anak kecilnya yang sudah boleh diharap. Aku pun turut kagum. Apabila ditanya adakah itu semua ikan yang diberi pakciknya untuk ibu, dia jawab, „Tak, ada lagi. Tapi berat sangat mak, tercicir tengah jalan“. Ikan-ikannya tercicir kerana beg plastik yang diseretnya telah terkoyak J.
Ah, si ibu menyuruhnya kembali mengutip ikan-ikan tersebut kerana semua itu telah diberi oleh pakcik untuk ibunya. Berat atau tidak dia perlu membawa pulang kesemua ikan-ikan itu ke rumah. Dia perlu bertanggungjawab atas amanah yang diserahkan padanya. Sekali lagi, si kecil ini meyakinkan ibunya yang dia boleh kembali ke jalan yang dilalui tadi untuk mengutip ikan-ikan yang tercicir. Oh, yang tercicir bukan sedikit ye! Ada dalam 57 ekor kesemuanya. Si kecil ini benar-benar mengutip kesemua ikan yang tercicir dan menyerahkan kepada ibunya.
nota mata palsu :
1) anak-anak kecil ini sangat comel bukan?..Sangat berdikari. Sangat amanah. Sangat bertanggungjawab. Walhal umur baru setahun jagung. Tulus dan jujur bila umpamakan anak kecil .
2) Jepun sengaja buat saya 'adore' pada cara mereka!....Memang mencerminkan negara mereka sendiri. Sedari dulu =)...
3) Moga kita rakyat Malaysia juga punya identiti begitu. Bahasa juga. Tak gitu along?....(entri berkait) =)
6 comments:
yup...setuju..aku ada tengok gak slot tu...yg pasal budak kutip ikan tu, aku sendirik rasa WOW!!! suci bersih betul hati bebudak...tetiba terasa berat tanggungjawab nak mendidik anak2 besok..(cakap cam bagus...umur baru 23...lama lagi nak jadik bapak kot~~~)
Gorengbaek - Mari membudayakan bahasa melayu
best rancangan i'm old enough tu. selalu gak tengok :)
along: sabar lOng ;p...kan baru menduda ;p....hehe...betul, rancangan yang menarik..WOW!
amirez: tau xpe ;p...best ;p...comel bangat =)
comel..comel
ada gak tengok rancangan tu,budaya jepun mengajar anak2 mereka berdikari dari kecil lg
takeshi : int tau, int memg chOmel =)..
saiful : memg bgus rncgn ni =)
Post a Comment