7.24.2010

PUISI: SYAIR SITI SIANAH

Entri ni, mgkin kesinambungan bgi entri sebelum nya=)...
mengikut tafsiran masing2 =)...

dengarkan...
syair siti sianah...


Setengah Perempuan terlalu janggalnya,
Roma dimuka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam di keningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihat laki-laki tampakkan muka,
Supaya laki2 boleh meyangka,
Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias berdandan berpakai molek,
Didalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan,lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,’
memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki2 matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah taala,
Supaya laki2 berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskan,
Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.

Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yg tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk dibuntut...



~Abu Hassan Sham(Puisi2 raja Ali Haji)

2 comments:

Along Tapa said...

Puisi berbahasa lama..aku suka..susunan indah disulami dengan bahasa sarkastik yang mendalam..

p/s:aku pernah jumpa sorang pompuan yang memenuhi semua yg ada kat puisi tu..diulangi SEMUA...timbul perasaan BENCI yang amat...serius~~

Blog nostalgia budak Muor

intan shafiqah said...

same goes tO me=)....
meminati dan menyukai bahasa yg indah =)...

p/s: klO nk d ikutkan, memg ramai perempuan yg memenuhi kriteria puisi ni....xtau lah nk ckp ap...mOga kite n mereka, sentiaasa d bwh naungannya n mendapat rahmatnya...mOga kite sntiasa terdidik dgn agamanya...insyaAllah...

jgn lah bnci=(...hukhuk..