7.16.2010

15 NASIHAT UNTUK WANITA

233282597l.jpg wanita solehah image by man_jihad24
ok...saya terkesima sebentar dengan tajuknya...aiyOOoooyoooo...hehe, sedar xsedar, erk....hehe....baca jela eh...simpanan entri=)

1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk – Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan – Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat – Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur – Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira – Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah – Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih – Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana – Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan – Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais – Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang – Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.


nota mata palsu: byk sgt 'terlalu' nya...tpi, 'terlalu2' pun, memg kite 'terlalu' pun kan?...

4 comments:

Pencacai Alim said...

nasihat org laki lak? hikhik

Along Tapa said...

aaaaa......aku taktau nak komen~~~

Blog nostalgia budak Muor

intan shafiqah said...

zaini: utk laki?...akn cuba dapatkan=)...agaga...

alOng: aaaa...x yh kOmen ;p

Mario said...

bagus nasinhat2 ni...hehe