Pernahkah anda berada di dalam situasi seperti di bawah:-
Situasi A:
Saya dah makan vitamin Shaklee tapi kenapa tak nampak kesannya pun? Badan tetap rasa letih jugak.
Situasi B:
Saya dah makan set kecantikan kulit Shaklee TAPI kenapa jerawat masih keluar? Kenapa parut masih ada? Kenapa kulit masih rasa kering?
Situasi C:
Saya dah makan set kurus Shaklee TAPI kenapa berat saya tak turun?
Hmm… Bila pengguna datang bertanya soalan seperti di atas, saya pula akan bertanya?
Ambil vitamin masa bila?
Pengambilan air putih berapa liter satu hari?
Ada jaga pemakanan tak?
Dah berapa hari ambil vitamin? Konsisten tak cara pengambilan?
Pada saya jika kita tidak kenal sifat
vitamin yang kita ambil, jika kita kurang minum air putih, jika kita
makan ikut selera anak tekak dan jika kita on off ambil vitamin kita
tidak akan dapat rasa kesan selepas ambil vitamin. Kenapa saya katakan
begitu? Saya bagi 5 sebab kenapa ambil vitamin tapi tiada kesan.
1. Kenal sifat atau fungsi setiap vitamin
Mungkin ramai yang tidak mengetahui
sifat atau fungsi bagi setiap vitamin yang kita ambil. Ini kerana
sesetengah vitamin bertindak balas dengan faktor pemakanan. Saya ambil
contoh vitamin Shaklee.
Vitamin B-Complex –
Bertindak balas menukar makanan kepada tenaga. Jika di ambil selepas
makan, tubuh badan akan lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari
Vita-Lea – Salah satu
kandungan mineral di dalam Vita-Lea ialah zat besi. Jika di ambil
bersama susu ianya akan menggangu penyerapan zat besi di dalam tubuh
badan.
Ostematrix – Seeloknya
diambil pada waktu malam sebelum tidur bersama-sama segelas susu. Ianya
akan mengoptimumkan penyerapan kalsium di dalam tubuh badan. Hasilnya
tidur akan lebih lena dan pagi anda lebih bertenaga.
Vita E dan Alfalfa –
JANGAN ambil Vitamin E dan Alfalfa serentak. Ini kerana kandungan
khasiat di dalam alfalfa akan menggangu penyerapan Vitamin E di dalam
tubuh badan. Jarak kan pengambilan 1-2 jam.
Vita E dan GLA – JANGAN ambil Vitamin E dan GLA serentak. Ianya akan menggangu proses penyerapan nutrisi. Jarakkan pengambilan 1-2 jam.
Lecithin dan Omega Guard
– Jika anda ingin turunkan berat badan, seeloknya ambil kedua-dua
vitamin ini selepas makan. Ini kerana lecithin berfungsi memecahkan
lemak dan Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak. Jadi proses nak
kurus lebih cepat.
2. Pengambilan air putih
Semak balik jumlah pengambilan air putih
yang kita ambil setiap hari. Adakah kurang dari 3L sehari? Jika ya,
pastikan anda tingkatkan lagi jumlah pengambilan air putih untuk
mengoptimumkan proses penyerapan vitamin di dalam tubuh badan.
3. Faktor pemakanan
Sebaiknya kawal corak pemakanan seharian
kita. Kurangkan makan makanan yang tidak sihat seperti fast food,
makanan yang tinggi kandungan lemak, makanan yang berminyak serta
makanan yang tinggi kandungan gula. Jika anda ingin menurunkan berat
badan, kulit yang cantik serta badan yang sihat faktor pemakanan juga
diambil kira. Jangan harapkan magik pada vitamin.
4. Konsisten
Konsisten itu penting jika nak rasakan
perbezaan sebelum dan selepas ambil vitamin. Kalau kita ambil vitamin
sekali seminggu atau 2 kali jer seminggu macam mana lah nak rasa
kesannya kan. Sedangkan tubuh badan kita nie memerlukan makanan tambahan
setiap hari. Jadi tanamkan dalam hati, set kan minda kita supaya ambil
vitamin setiap hari.
5. Sabar
Sabar jika inginkan cara yang selamat
dan berkesan. Tindak balas setiap orang mungkin berbeza dengan kita.
Berikan tempoh 2-5 bulan untuk rasakan perbezaaan yang positif. Jika
kita baru pertama kali nak amalkan pengambilan vitamin berilah masa
untuk badan kita bertindak balas. Lebih baik lambat tetapi selamat,
daripada cepat tapi merbahaya.
3 panduan jika anda merancang untuk mengambil vitamin:-
1. Pastikan pihak syarikat yang mengeluarkan vitamin mempunya sijil HALAL.
2. Pilihlah vitamin semulajadi, bukan jenis vitamin sintetik. Klik sini jika ingin tahu.
3. Pastikan mempunyai kelulusan daripada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jangan ambil minuman berkafein melebihi 2 cawan sehari.
Sharing is caring..!
No comments:
Post a Comment