Entri ini, hamba tak nak cerita kenapa dan mengapa blog ini tidak di 'update'. Entri ini, hamba kira luahan hati hamba. Sungguh, hamba terkesan dek seorang perempuan. Nak 'update' di FB, pendek pula...nah, di sini hamba nak luahkan!...
Hamba tertarik dengan 'status' salah seorang kenalan hamba di FB..hamba kira, amat bersopan cara beliau luahkan apa yang mahu dinyatakan. Jadi, bukan beliau yang hamba mahu persoalkan. Tetapi, rakan beliau yang memberi 'komen'. Hangat!...Hamba tidak tertarik dengan komen rakan-rakan beliau yang lain, tetapi hamba amat2 tertarik dengan 'perempuan yang seorang ini'. Wah!...Bukan main emo beliau!...Kalau beliau emo, hamba juga emo!..Tapi, hamba tak mahu membalas secara keras. Itu bukan 'cara' hamba..Serius, hamba sendiri tidak mengenali 'siapa beliau'..
Ada 4 komen beliau yang hamba kira, begitu mengguris perasaan!..Tolong, anda sepatut nya tahu untuk membezakan antara dua ini: PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..dua PAKAIAN yg amat2 berbeza!..Hamba memang pantang betul bila ada yang mempersoalkan hal ini...Hamba tahu, hamba sendiri naif tidak kira dari PAKAIAN TAKWA mahupun PAKAIAN AURAT. Hamba tidak sempurna!..Tapi, tolonglah sahabat, tahulah bezakan antara dua ini. Hamba tidak mahu memandang serong pada yang bertudung, mahu pun yang tidak bertudung. Hamba juga tidak mahu memandang serong pada yang berperangai baik, mahu pun yang tidak berperangai baik. Hamba mahu 'positif2' saja. Jadi, tolonglah sama2 kita berfikiran positif!
'Komen beliau yang pertama, saudari yang amat hamba kasihi..saudari adalah seangkatan dengan hamba...keras sungguh kata2 saudari. CAPS LOCK!..hamba tidak mahu berkata, kami yang bertudung ini 'sempurna'. Ada kurangnya kami. Contoh am: Saudari tidak memakai tudung, tetapi perangai saudari baik. Alhamdulillah!...Hamba, memakai tudung (Alhamdulillah!), tetapi perangai hamba, Nauzubillah!...Nah, saudari sendiri dapat lihat bukan?..Saudari lebih di suatu sudut, tetapi kurang di suatu sudut. Hamba lebih di suatu sudut (Maha Suci Allah, moga contoh yang hamba berikan ini benar!), tetapi kurang di suatu sudut. Akal kita kadang2 hanya nampak pada suatu sudut itu baik, pada suatu sudut lagi itu buruk. Nah, terbatas sungguh kita ini bukan?...Memang tidak sempurna!..Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel''Komen beliau yang kedua, MasyaAllah saudari..anda tunggu kami yang 'bertudung' ini menampakkan contoh yang terbaikkah?..Kami dah mulakan dengan 'bertudung', tidak mahu ikut yang inikah?..Terbuka hati untuk 'bertudung' hanya apabila melihat kami ini yang 'bertudung' dan 'berperangai baik'?..Sampai bila pun tak lepas saudari!...Kami yang bertudung ni pun masih belajar akan takwa daripada insan2 sekeliling, tidak kira sama ada yang bertudung mahu pun tidak bertudung. Perangai buruk tu, datang dari kita bukan? Tidak kira kita ini bertudung atau tidak bertudung bukan? Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel''Komen beliau yang ketiga, Erk. Siapa yang memalukan kaum perempuan ni saudari (mungkin hamba?..Ya, mungkin hamba sebab hamba lampirkan permasalahan ini di sini..Mohon di jauhkan!..Moga benar apa yang hamba cuba sampaikan)...Bertudung atau tidak bertudung, perilaku, perangai tetap harus dijaga. Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, MasyaAllah, baik hamba kira!..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, MasyaAllah, baik juga hamba kira!..Hamba punya sahabat2 yang tidak bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?..Hamba juga punya sahabat2 yang bertudung, Astaghfirullah, perilaku beliau?...Ya Allah, siapa hamba untuk mempersoalkan mereka?..Siapa pula hamba untuk mempersoalkan saudari?..Ya, hamba tau hamba tidak layak. Tapi, tohmahan saudari ke atas kami yang bertudung ini sungguh keras. Hamba mau kita tengok balik. Kita sama-sama kurang, kita sama-sama lebih!..Kita patut belajar sama2 untuk menjadi lebih baik tidak kira dari segi apa2 pun. Jadi, fikir baik-baik sebelum 'melabel''Komen beliau yang keempat, MasyaAllah...yang ini hamba kira, saudari sendiri sudah tahu, kenapa kita 'bertudung'?..tak payah kira ikhlas la, tak payah kira suami la, tak payah kira mak bapak la, tak payah kira BF....yang perlu kita kira, kita ini bertudung atas melaksanakan perintah Dia!...Allah yang khaliq!...Kewajipan rasanya bukan?..Janganlah nak nafikan yang ini. hamba kira biar 'TERPAKSA' kerana yang SATU ini.
Ya Allah, maafkan hamba. Hamba bukan mahu mengaibkan kaum hamba sendiri. Hamba bukan juga mahu mengaibkan beliau. Sungguh, cantik paras rupa 'perempuan' yang hamba persoalkan ini. Tapi, tolonglah. Beliau harus tahu bezakan antara PAKAIAN TAKWA dan PAKAIAN AURAT..Hamba tidak mahu memandang enteng pada yang tidak bertudung kerana MAJORITI rakan2 hamba yang tidak bertudung, sangat2 elok perilakunya. Dan hamba bersyukur, kerana dikurniakan juga rakan2 yang bertudung, yang juga sangat2 elok perilakunya. Hamba mahu 'positif2' sahaja.
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26) - Ini sudah cukup untuk menjawab segala tohmahan, persoalan hamba, saudari, mahupun insan2 di luar sana..
Nota mata palsu:
1) Maafkan hamba pada sahabat yang mengeluarkan 'status'. Anda seratus peratus tidak terlibat dalam hal ini. Hamba terkilan dengan kata2 perempuan ini sahaja
2) Maafkan hamba pada 'perempuan' ini. Hamba kira, beliau tidak tahu hamba mengutarakan permasalahan ini di sini. Tujuan hamba bukan untuk mengaibkan. Nauzubillah, jauhkan hamba dari perasaan itu!..Kalau kamu terbaca, hamba harap sangat kamu faham.
3) Jom, berusaha menjadi lebih baik!...Buang yang keruh, ambil yang jernih!..Sama2 menggapai redha Ilahi! :)
4) Maaf atas kekhilafan hamba dalam berkata2. Harap sampai!
5) Jom, baca ini!...Mungkin lebih menjawab permasalahan ini - WAJIB BACA! - http://panduanislam.com/blog/2010/10/%E2%80%9Calaah-perempuan-pakai-tudung-tp-perangai-buruk-nak-buat-apa%E2%80%9D/
6) Hamba rasa tunggang langgang pula apabila sudah lama tidak menaip entri!..Haha..harap sampai!
4 comments:
salam...cik intan...wah2...aku yg tlambt update..or aku yg xpnh bce...aku xtau lak ko dh tka blog add..huhu...nway,interesting topic...n btul la...nobody's perfect...xnk kmen pnjg2...lbh sk jd silent reader..huhu.. :)
lama ek intan diamkan diri..huhu...
pasal pompuan bertudung tak bertudung ni dah selalu sangat aku dengor...even aku pun ada bagi pendapat beberapa kali kat GB...
senang kata takyah nak klasifikasikan pompuan pada bertudung dengan tak bertudung...tapi bezakan dengan yang berakhlak dengan tak berakhlak...tak kisahla bertudung ke tak...yang buat onar biasanya yang tak berakhlak...bukannya tudung...
just a piece of mind...
Gorengbaek - retailing: pompuan pun ada pantang...bukan jantan jek....
Hangit Habis dah - Malware dah settle...so aku nak buat entri yang perlu disertu....
Kerat Senget - Kaa Dabri
salam intan,
emm..setuju dengan Along Tapa..
analogi macam ni :
"Tudung tu bukan penentu akhlak, tetapi pemakainya yg memilih utk berakhlak begitu. maka terpalit kesannya pada tudung walhal tudung tu kan sepatutnya menjadi 'penutup' @ 'pelindung' dirinya.kalau dia nak jadi jahat pun bukan sebab tudung tu yang suruh, tapi sbb iman&takwa dia sendiri.kalau dia faham, dia malu dengan tudung yg dia pakai, dia akan pilih utk menjaga akhlaknya.tapi sekurang2nya dia pakai tudung sebab dia patuh pada WAJIBnya pakai tudung"..
wallahua'lam..:)
saya baru belaja pakai tudung..
Post a Comment