9.11.2010

SAYANG SAJA TIDAK CUKUP...HARGAI ITU PERLIU

Again...Selamat Hari Raya Aidilfitri. Andai mahu ikut hati, raya satu hari saja cukup bukan? Tapi, erti 'raya' itu begitu besar. Pandangan setiap orang berbeza. Bukan meraikan raya terlalu meriah. Sederhana saja. Tapi, punya erti yang besar. Raya.

Tahun ini, seperti biasa. Tidak ada yang istimewa melampau. Raya. Pada pengakhiran Ramadhan, terasa sungguh tidak mahu raya. Mahu teruskan Ramadhan itu. Tapi, Syawal perlu menjelma bukan? Bulan2 lain juga perlu menjelma bukan? Setiap detik, setiap saat kita harus laluinya. Harus terus melalui selagi di izinkanNya, Lalui mengikut jalan keredhaan Nya.

Ok. Cukup dengan mukadimah. Mukadimah 'erti raya sebentar'.

Yang mahu dicerita, bukan itu =)..

Yang mahu dicerita, adalah tentang 2 hari yang dilalui pada bulan Syawal ini. 1 Syawal dan 2 Syawal.

1 Syawal

Pagi-pagi lagi sudah bangun. Selesai solat semua, duduk berkumpul sekeluarga. Tahun ni, terasa sungguh bila bersalam dengan ayahanda bonda. Hendak-hendak pula, apabila adik bongsu perempuan bersalam dengan ayahanda bonda. Aku pula yang terasa sebaknya. Sungguh, sebak!..Berjurai-jurai air mata, apabila adik mohon maaf pada bonda...pada ayahanda..

Pagi-pagi lagi, sahabat ayahanda sudah mahu menjenguk. Tapi, terpaksa di tolak dengan baik memandangkan kami punya urusan lain. Sudah bertolak pun saat menerima panggilan.

Bertolak. Meneruskan perjalanan ke rumah datuk dan nenek tercinta. Berkumpul bersama keluarga pak cik2 dan mak cik2. Raya tahun ini, kedatangan sahabat saudara yang datang dari Indonesia. Pertama kali beraya di Malaysia. Selesai sudah di rumah datuk dan nenek, konvoi ke rumah saudara mara yang lain pula. Konvoi ziarah diteruskan sehingga malam. Balik, terus tidur. Tak tipu, aku terus tidur. Mengantuk. Kesibukan di dapur dan juga konvoi dari rumah ke rumah. (punya keluarga yang besar. Syukur, terasa nikmat berhubung)


2 Syawal

Bangun pagi. Hari ini, lokasi adalah kubur. Selesai pergi kubur, rapi menyiapkan juadah untuk hari raya ke-2 ini. Seperti biasa, jangkaan besar. Rumah akan diserbu. Ia, memang benar. Tidak menang tangan di buatnya. Saudara mara dari Endau datang. Penuh rumah. Sungguh. Pulang saja mereka, tidak sampai 5 minit, sampai pula keluarga dari KL dan Hulu Langat. Ini betul-betul ramai. Tak menang tangan kami adik beradik. Nasib punya adik beradik perempuan yang ramai (bonus =) )

Selesai saja, datang pula anak-anak kecil jiran yang mahu beraya. Layan kerenah mereka. Ouh, baru aku perasan. Aku banyak mulut apabila berbicara dengan anak-anak kecil. Serius, suka mengusik mereka. Pulang. Kemudian, beberapa orang sahabat adik (Syahirah) pula datang. Layan. Datang pula sahabat adik yang lain (Athirah) . Nampak gaya, bukan tuan rumah yang halau tetamu supaya pulang. Tetapi, tetamu yang halau tetamu. Maaf (ketawa kecil yang sopan..hehe)..

Selesai saja dengan mereka, sahabat-sahabat aku pula yang tiba. Mahu sekali aku sebut nama di sini (Fathilah, Ami Royani - lama xjumpa sahabat ni..kali terakhir, sekolah rendah. Trima kasih sudi dtg, Allim, Zulfikar, Qayyum, Fadzil, dan juga Fadzirul- ini kepalanya). Pulang saja mereka, sahabat polis ayahanda pula datang. Dengan kereta polis lagi. Layaaaannn =)..Dalam melayan sahabat2 ayahanda, abang saudara bersama keluarganya pula sampai..Ouh, rumah bertambah meriah. Pagi-petang habis dengan kunjungan ziarah. Tidak sempat untuk buat perkara lagha. Tika dan saat entri ini di taip, tangan keletihan. Kaku. Tapi, terasa ingin benar menaip. Rasa bahagia waima penat.

Rasanya, hanya sempat berehat untuk solat sahaja. Basuh pinggan itu bukan rehat bukan?..Ouh, pinggan tidak usah di kata. Malamnya pula, sekali lagi menerima panggilan sahabat. Nak datang rumah katanya. Dipersilakan. Lama tak jumpa sahabat ni. Datang bersama 2 lagi sahabat tetapi junior di sekolah ( Fekry, Firus, dan Roy ). Tak sangka, dunia ini kecil. Firus, Cikgu kepada adik. Si Roy, aku juma beberapa hari lepas di Bazar. Tapi, tidak bertegur sapa. Hanya senyum2 saja. Nah, raya..datang rumah. Kunjungan ziarah ke rumah, habis sekitar pukul 12 tgh malam. Mata sudah mengantuk. Badan sudah lesu. Ayah bonda ajak keluar ambil angin di pantai. Kami seharian melayan tetamu. Agak penat. Pulang rumah, masing-masing hanya nampak katil...ZZzzzzz...

3 Syawal...kami menjangkakan rumah bakal di serbu lagi..Ini boleh lawan tahun bila ya...Ada satu tahun tu, satu bulan Syawal dipenuhi dengan kunjungan. Tahun ini nak lawan?..Bolehkah?

- update...(xsempat nk publish blog..busy sedikit)

3 Syawal

Alhamdulillah, hari ini..rehat sedikit..=)...Pagi-pagi bangun, menyediakan juadah untuk hari ini. Lodeh - fevret.. Tengah hari, sudah dapat panggilan dari sahabat adik (Athirah). Mahu datang selepas Zohor. Layankan. Masa melayan sahabat adik, datang pula saudara dari Penang. Baru sampai. Layankan. Menginjak ke petang, sahabat aku pula datang. Terima kasih sahabat2 kerana sudi menjenguk ( Liza, Ain, Farah, dan Saadah ) . Kemudian, ikut mereka, pergi ke rumah Amlah =). Malam, sahabat ayahanda dan bonda pula bertandang. Selesai pulang mereka, ayah bonda dan adik2 pergi ke rumah saudara. Tinggal aku di rumah bersama 2 lagi adik. Nah, dapat update!



Entri tambah. Untuk tajuk di atas sebenarnya.

Hari ini, sedih sangat. Tidak tipu. 2 Syawal. Kucing kesayangan keluarga kami mati. Sedih. Kena langgar secara tidak sengaja. Kucing paling baik pernah aku jumpa. Masa tahu, terus menitik air mata seakan-akan tidak percaya. Banyak dosa aku pada haiwan itu. Saat entri ini di taip, memang khusus untuk kucing itu sebenarnya. Tiada lagi panggilan Gemuk, Miang, Oren. Tiada. Mungkin hari ini sibuk, dapat seka air mata sebentar. Tapi, bila dah free semula, pasti terkenang kucing itu. Ketika buang sampah, buka pagar luar, teringat kucing itu. Masa hayat kucing itu ada, dia akan meluru terus masuk ke rumah. Kucing itu memang kucing rumah. Dibuang oleh tuan. Adik yang ambil pulang. Jadi, kucing itu lebih selesa duduk dalam rumah. Cuma kami x ajar agar terus duduk rumah. Kami biarkan dia di luar. Sekali sekala, kami bawa masuk. Pada permulaan, memang susah haiwan itu nak menyesuaikan diri dengan alam barunya. Yelah, kucing bela. Berak dalam tandas. Sekarang, harus berdikari. Teringat pula ketika hujan. Kucing ni sangat penakut.Dan betul, kucing ini memang comel. Habis tingkap kami. Dipanjat2 nya, dan habis robek 'cover' tingkap kami. Kucing ni juga penakut bila jumpa kucing liar lain. Menyeringau seakan-akan mahu melawan, tapi..badan berundur ke belakang. Memang penakut. Kalau bagi makan, kucing ini x akan berebut. Akan kucing ini biarkan dulu kucing-kucing lain yang makan dahulu. Adik-adik aku sangat sayangkan kucing ni. Kalau bergurau dengan kucing ni, kucing x akan melawan sedikit pun. Malah selesa dengan gurauan. Tak sama dengan kucing lain. Memang tak sama langsung. Tika aku pergi tarawikh di surau hadapan rumah, kucing ini akan ikut aku, sehingga aku sampai pintu surau. Boleh kata tiap-tiap hari dalam minggu terakhir Ramadhan. Bukan dekat jarak itu. Tapi kucing ni masih ikut. Macam tak percaya. Kucing ni mati dalam keadaan bunting. Sangat sedih. Teringat pula saat aku nak bagi makan ikan pada kucing ni. Makanan untuknya, khas sebenarnya. Untuk jaga bulunya. Tapi, kadang-kadang kami berikan juga makanan biasa. Campur-campur. Aku main-main masa berikan dia makanan. Bergurau. Sekarang, dah x boleh beri dia makan. Aku sangat susah untuk pegang kucing. Dan aku tak tipu, rasanya aku x penah angkat dan dokong kucing itu. Usap pernah. Aku akui, aku kurang gemar akan kucing. Kalau aku nak halau kucing itu, aku tolak perlahan menggunakan kaki. Aku tiada kekuatan untuk pegang kucing. Tidak tahu mengapa. Sekarang, aku rasa bersalah. Itulah manusia. Tidak tahu bersyukur. Hanya sayang. Tapi tak pernah nak menghargai. Aku sudah mula rindukan kucing tu walaupun sehari. Tak lagi dengar rengekan kucing tu. Tak lagi menyusup masuk ke rumah saat pintu pagar di buka. Tak lagi duduk di 'seat' kereta aku dan ayahanda aku. Tak akan lagi melihat adik-adik aku membelai, memeluk, dan bermain dengan kucing itu. 2 adik aku menangis sedu sedan hari ni. Mereka sangat sayangkan kucing tu. Aku yang xsuka ni pun sudah mula sayangkan kucing tu. Bagaimana?
Comel walau tidak suka. Sayang tapi xpandai hargai.

nota mata palsu:
1) Mungkin aku kena belajar untuk lebih menghargai orang/benda sekeliling aku. Aku tak mahu kehilangan. Dan aku tak suka akan kehilangan. Sayang saja tak cukup. Hargai itu perlu. Aku harus belajar ini.
2) Raya ni dapat mengeratkan silaturrahim. Yang dulu sudah lama tidak berhubung, dapat berhubung kembali. Bahagia dan gembira rasanya.
3) Macam2 cerita dapat dengar dari satu-satu mulut sahabat. Suka. Lama xberjumpa. Raya disambut dengan penuh erti. Suka.
4) Tadi, dapat pegang baby. Tapi, xsempat utk upload gambarnya. Sangat comel =)
5) Rindu Si Miang, Gemuk, Oren.

10 comments:

Zul Helmi said...

bz yerrr kak...

sian kat kuceng tu..ish3..

Farhah said...

int comelnye kucing tuh int!takpelah, die jadi ahli syurga insyaallah :)

neway int, selamat hari raye :)
moga raya kali ni lebih bermakne.

Pencacai Alim said...

aku syg kucing aku..

intaneqashut said...

emi: sekarang sudh relax sedikit ;p..tau xpe, sedeh sgt bila igt kucing tu...k.int yg xsuka kucing pun bole suka kucing tu..xsama dgn kucing laen..

farhah: insyaAllah, haiwan memg mulus..selmt ari raya juga buat kmu..insyaAllah, pertingktkan maksud raya tu dri masa ke masa. amin =)

takeshi: aku kurg sayang..huuhu...

hamzah ian said...

gua geli kucing..

intan shafiqah said...

hamzah: lu sama ngn wa, wa pun geli kucing.

Pencacai Alim said...

wa syg kucing tapi kucing wa buang sbb suka masuk dlm kain gua tgh tido.gila seks..

intan shafiqah said...

takeshi: haha...lu yg gila seks ke kucing lu..pndai je~...aish...kucing memg penyayang..

AJ said...

Selamat Hari raya..Comelnya si Kucing...

P/s : dijemput join My Raya Moments Contest

intan shafiqah said...

Selamat hari raya juga buat kmu...kucing itu memg comel...tpi, sayang..hayatnya d dunia sudah tiada..

p/s: dan2 juga prOmote contest..insyaAllah, akn d jenguk...heee ;p