ok...kt cni int letakkan 2 cite....satu cerpen n satu lagi luahan la...yg luahan ni, rse nye kebanyakan kite dh baca...btw....2-2 yg int pOstkan ni...2-2 dari membr skype int....hmmm...dari mahathir n dari isma.....diOrg yg bgi kt int...diOrg tau int mint cerpen...sO, int msukkan skali la....btw, isma n mahathir...thnx ya...
PERMINTAAN TERAKHIR
Malam semakin larut. Sesekali kedengaran jelas bayu malam berhembusan dingin memecah kesunyian
malam. Jam di dinding sudah mencecah ke angka dua pagi. Baringannya semakin merimaskan.
Kesakitan yang cuba dilawannya semakin menyakitkan. Nalia mencuit lengan adiknya, Nadia di sisinya
perlahan. Nadia terjaga dari lena.
"Akak sakit ke?" tanya Nadia risau. Nalia hanya mengangguk lemah. Berkerut-kerut dahinya menahan
sakit. Peluh sudah membasahi mukanya. Nadia bangun lalu mencapai botol-botol ubat di sisi katil. Jag
berisi air masak dituang ke dalam gelas lalu membantu Nalia memakan ubat. Air mata yang mengalir
segera diseka Nadia. Tersentuh hatinya melihatkan keadaan kakaknya yang terlantar begitu sejak dua
bulan yang lalu kerana kanser tulang yang dihadapinya. Tubuh Nalia dibetulkan agar lebih selesa
baringnya. Selimut tebal yang sudah terselak sehingga ke betis segera dicapai lalu menutup tubuh Nalia
sehingga ke paras dada.
"Akak nak Dia panggilkan Mama?" tanya Nadia semakin risau. Nalia hanya menggelengkan kepala.
Nadia mengurut kaki dan tangan Nalia agar dapat mengurangkan sedikit kesakitannya walaupun dia tahu
Nalia ibarat gadis yang telah lumpuh di perbaringan.
"Dia, akak nak Dia janji dengan akak. Kalau ditakdirkan, akak dah tak ada nanti, berikan surat di atas
meja tu kepada Kak Liana. Hanya itu permintaan terakhir akak," pesan Nalia tersekat-sekat. Nadia hanya
mengangguk. Tiada apa yang dapat dilafazkan lagi. Kata-kata doktor sudah cukup sebagai persediaan
untuk mereka sekeluarga menerima setiap takdir yang menimpa. Penyakit Nalia sudah di tahap kritikal.
Sudah seminggu Nalia keluar dari hospital setelah tiada ikhtiar lagi dari pihak hospital. Pembedahan
juga tidak mahu dijalaninya. Dia tidak mahu mati dengan kekurangan fizikal yang Tuhan berikan. Itu
permintaan terakhirnya. Nalia tidak setuju untuk menjalani rawatan kimoterapi yang menyakitkan
sedangkan keputusannya belum tentu akan menggembirakan hatinya. Dia tidak mahu menyusahkan
sesiapa lagi. Andai ajal telah ditetapkan, berubat sehebat mana pun, malaikat tetap akan mengambil
nyawanya. Itu alasan yang sering diberinya. Nalia tidak putus semangat atau putus asa. Cuma, dia mahu
orang di sekelilingnya menghormati keputusan yang dia beri. Dia mahu habiskan sisa hidupnya dengan
keluarga dan orang yang disayanginya kecuali Hazrul. Sejak malam itu, dia sengaja tidak menghubungi
jejaka itu.
"Dia janji, kak," janji Nadia. Nalia memejamkan matanya. Pasti ubat tadi sudah mula memberikan
kesan. Nadia mengusap ubun rambut kakaknya yang sudah banyak gugur. Dahi yang sudah tidak segebu
dulu diciumnya lama. Kelak dahi itu tidak lagi dapat diciumnya. Kemudian pipi cengkung Nalia pula
menjadi persinggahan bibirnya.
Sesekali kedengaran nafasnya bagaikan tersekat. Ada ketikanya dahinya berkerut menahan perit kesakitan. Nalia menyeka air mata yang gugur tanpa dimintanya. Tiga tahun di luar negeri sudah cukup
menjarakkan dirinya dengan kakak kesayangannya itu. Dia tidak mahu satu-satunya kakak yang
dimilikinya itu hilang dari pandangan matanya. Sudah terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan
oleh Nalia sehingga dia sanggup mengenepikan perasaan dan masa depannya sendiri. Sehingga ke akhir
hayatnya, belum tentu jasa-jasa kakaknya itu dapat dibalas. Saat ini, hanya ini satu-satunya pengorbanan
yang dapat dilakukan. Biarlah dia kehilangan pekerjaan asalkan dia tidak kehilangan kakaknya.
********************
Nalia terjaga dari tidurnya apabila terasa ada jemari yang mengusap pipinya yang tidak lagi semontel
dulu. Wajah Liana tenang di sisinya walaupun sudah basah dek air mata. Nadia di sisi hanya menjadi
pemerhati. Sedetik pun jika boleh tidak ingin dia jauh dari pandangan kakaknya.
"Kenapa kau rahsiakan dari kami, Nell?" tanya Liana kesal dalam tangisan. Nalia hanya tersenyum.
"Tak ada bezanya Nell bagitahu atau tidak. Kematian tetap suatu suratan. Nell redha, Yan," jawabnya
tenang. Liana memeluk tubuh yang tidak lagi setegap beberapa bulan yang lalu. Pertemuan di Majlis
Pertemuan semula kolej mereka bagaikan suatu mimpi. Nalia berdiri anggun bergaya dan menawan di
hadapannya. Senyuman mekar di kelopak bibirnya. Nalia yang masih rancak bercerita tentang zaman
kolej mereka. Nalia yang masih mampu ketawa dan tergelak. Nalia yang masih diusik dan manja. Nalia
yang tidak pernah kering dengan sifat pemaafnya. Tapi hari ini Nalia sudah berubah. Wajah itu semakin
cengkung. Tubuh itu hanya terlantar di atas katil. Senyumannya tidak lagi seayu dulu. Cerianya sudah
hilang ditelan kesakitan.
"Tapi Nell tak patut rahsiakan dari Yan kalau betul kita kawan baik. Nell lupa, kunci sebuah
persahabatan adalah kejujuran dan kesudian kita untuk berkongsi setiap suka dan duka. Lainlah kalau
Nell dah tak anggap Yan ni kawan Nell," leter Liana sedikit kesal. Nalia ketawa kecil. Liana tetap
seperti dulu. Cepat merajuk. Aku akan merindui sifat manjamu itu, Yan.
"Tak apalah. Sekurang-kurangnya Nell masih bernafas. Yan masih sempat jumpa Nell. Itu yang penting."
"Sejak bila Nell sakit ni? Patutlah malam tu Nell nampak lain sangat. Yan dah agak mesti ada sesuatu
yang tak kena dengan Nell."
"Semuanya bermula lima tahun dahulu. Yan ingat lagi tak, Nell pernah cakap pada malam tu yang Nell
baru ditinggalkan keretapi." Liana hanya mengiakan saja. Nalia mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Sayu renungannya.
"Nell baru naik pangkat masa tu. Tak lama kemudian, orang yang Nell sayang tinggalkan Nell untuk
berkahwin dengan kawan Nell sendiri. Nell bawa diri sambung belajar ke US selama dua tahun. Tahun
lepas, Nell kemalangan di sana. Siapa sangka kemalangan tu telah mengesahkan Nell menghidap barah
tulang. Kalau tak kerana tu, Nell takan balik ke sini. Nell takkan jumpa Yan. Nell takkan dapat tengok
muka putera hati Nell untuk kali terakhir. Nell bersyukur di atas apa yang terjadi sebab Nell tahu ada hikmah di sebalik semua takdir ini," ceritanya lemah.
"Nell nak jumpa putera?" tanya Liana tanpa Nalia duga. Hanya senyuman terukir di bibirnya.
"Nell dah jumpa dia dan Nell tak terkilan andai Tuhan ambil nyawa Nell hari ini. Nell tahu, Iza tak
bermaksud nak buat Nell macam tu. Nell faham perasaan dia. Dia sayangkan Hazrul. Begitu payah dia
cuba dapatkan Hazrul. Sekurang-kurangnya dia berusaha. Tak macam Nell. Menanti macam pungguk
rindukan bulan."
Nalia berpaling ke wajah Liana yang sudah reda dari tangisnya. "Yan, janji dengan Nell. Ini permintaan
terakhir dari Nell. Rahsiakan perkara ni dari Hazrul. Nell tak nak dia lebih terluka. Biarlah dia tak tahu
dari dia meratapi pemergian Nell. Semua impian Nell dah tertunai. Nell dah bersedia untuk pergi",
pintanya. Liana hanya mengangguk.
"Yan janji. Yan akan tunaikan permintaan Nell," janjinya. Jemari Nalia erat di dalam genggamannya.
Hanya itu perngorbanan terakhir yang mampu dilaksanakannya. Perpisahan selama enam tahun dulu
sudah cukup merugikannya. Dia tidak mahu terkilan pula kali ini. Demi Nalia dia sanggup buat apa saja.
****************
Sudah dua hari Liana berada di rumah Nalia. Kebetulan suaminya berkursus ke utara Semenanjung
Malaysia selama seminggu memberikannya peluang untuk berada di sisi Nalia. Sudah sebulan Nalia
tidak bangun dari baringnya. Jika sebelum ini sekurang-kurangnya dia masih mampu duduk di kerusi
roda kini tubuh itu sudah terlalu lemah untuk bergerak.
Matanya yang bulat galak sudah hilang indahnya. Tubuh yang tidak lagi berselera menerima makanan
kini sudah tinggal tulang. Tempoh hayat yang doktor berikan sudah melewati dua bulan. Barangkali ini
satu berita yang baik untuk mereka yang mengasihinya.
"Yan menangis lagi ke?" tegur Nalia. Liana hanya ketawa kecil.
"Mata masuk habuklah," dalihnya sambil mengesat air mata.
"Apasal mata Nell tak masuk habuk pun?" jerat Nalia. Liana menggaru kepala yang tidak gatal.
"Got you!". Mereka ketawa serentak. Liana mengusap lengan Nalia yang semakin susut.
"Nell masih sayangkan putera?" tanya Liana.
"Cinta pertama, Yan. Dan, cinta pertama tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta pertama
selalunya mematangkan kita. Dan cinta pertama selalunya lebih kita kenang dari cinta selepasnya."
"Kalau ditakdirkan dia muncul di saat ni, Nell nak jumpa dia?" duganya.
"Nell tak sanggup nak jumpa dia dengan keadaan Nell begini. Lagipun, Nell takut Nell tak sekuat malam
tu, Yan. Bila Nell tengok dia, Nell rasa gembira sangat. Sekurang-kurangnya Nell tak terkilan. Sekurangkurangnya
Nell boleh dengar suara dia untuk kali terakhir. Dan, yang paling penting, Nell tahu selama ni
walaupun sudah terlambat, Nell tak pernah bertepuk sebelah tangan".
"You're so tough, Nell. I'm glad to be you're friend." Nalia tersenyum.
"Me too." Mereka berpelukan erat bagaikan tidak mahu berpisah.
"Yan, Nell mengantuklah. Boleh Nell tidur atas riba Yan?" pintanya. Liana membetulkan duduknya lalu
memangku kepala Nalia ke ribanya. Jemari kanan Nalia mengusap perlahan perut Liana yang sedang
mengandung lima bulan.
"Agaknya sempat tak Nell nak jumpa baby ni, Yan?" tanyanya meruntun jiwa Liana. Hanya anggukan
yang mampu menjawab pertanyaan yang tidak diketahui jawapannya. Ubun rambut Nalia diusap mesra
penuh kasih sayang bagaikan si ibu memujuk si anak kecil. Jemari mereka masih bertaut erat. Tanpa
sedar, Liana terlena bersandar di kepala katil milik Nalia.
Nalia cuba mengejutkan Liana yang sedang tidur lena. Kali ini sakit yang menyerang lebih sakit dari
biasa. Badannya bagaikan telah mati. Tidak berupaya untuknya bergerak walau sedikit pun sedangkan
air mata sudah mengalir laju mengharapkan bantuan. Suaranya juga bagaikan sudah hilang untuk
mengejutkan tidur Liana. Nalia memejam matanya erat menahan sakit.
Dia tahu ajalnya sudah tiba. Bibir pucatnya berkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah walaupun
sejuta kepayahan yang muncul sebelum tangannya jatuh terkulai di birai katil. Lenanya tidak lagi
diganggu kesakitan.
*******************
Liana masih setia di pusara yang baru berpenghuni itu. Sudah dua hari Nalia meninggalkan mereka
semua. Meninggalkan segala keperitan dan kenangan indahnya. Buku surah Yassin diletakkan di atas
ribanya. Lalu disirami pusara yang masih merah tanahnya dengan air dan taburan mawar merah.
"Yan," Liana dan suaminya, Hazlan menoleh apabila namanya dipanggil. Seorang jejaka tampan berdiri
tegak berbaju melayu ungu. Liana menginjak sedikit menghampiri suaminya. Si jejaka turut berteleku di
sisi pusara yang masih bernesankan kayu dan bersalut kain putih. Sekalung doa disedekahkan buat si
penghuni.
"Nell, kenapa rahsiakan semuanya dari Hazrul? Apa salah Hazrul Nell buat macam ni?" kesalnya. Ada
getaran pada suara yang baru didengar oleh Liana dan suami. Liana mengeluarkan sepucuk surat dari
beg tangannya lalu diserahkan pada Hazrul.
"Permintaan terakhir dari Nell, agar diserahkan surat ni setelah dia sudah tidak ada lagi". Hazrul
mencapainya dari Liana lalu segera dibuka. Tulisan tangan Nalia masih kemas seperti dulu.
Assalamualaikum.
Maafkan Nell kerana terpaksa melukakan hati Hazrul. Bukan niat Nell untuk menjadi kejam cuma
keadaan yang memaksa. Nell mengaku bersalah kerana berbohong pada Hazrul sejak di malam itu lagi.
Nell terpaksa sebab Nell tak nak menggelapkan kehidupan Hazrul kelak.
Pagi hari itu, Nell baru saja dikhabarkan tentang penyakit Nell yang sudah di tahap kritikal. Nell sedih
sebab ajal Nell sudah tiba ke penghujungnya di saat Hazrul lafazkan kata-kata yang Nell tunggu selama
ni. Tapi, Nell tak kecewa sepenuhnya sebab sekurang-kurangnya Nell tahu Nell tak bertepuk sebelah
tangan selama ni.
Penantian Nell berbaloi.
Abang Hazrul sayang, Nell teringin memanggil Hazrul begitu dulu. Semenjak tujuh tahun dulu, kasih
sayang Nell pada Hazrul tak pernah berubah walau sekelumit pun. Semakin hari ia semakin membara
walaupun Nell telah dikecewakan. Nell sedar rintangan yang datang. Maafkan Nell kerana selama ini
menganggap Hazrullah putera di hati Puteri Nalia. Terima kasih kerana sudi menyayangi gadis yang
tidak sempurna ini. Nell bawa kasih sayang Hazrul dari dulu sehingga ke akhir hayat Nell ke sana.
Nell berdoa moga Hazrul akan temui insan yang lebih sempurna dari Nell. Permintaan terakhir Nell,
kirimkanlah sekalung doa untuk Nell di sana kelak.
Wasalam.
Puteri Nalia
Hazrul melipat kembali surat tadi lalu disimpan ke dalam kocek poketnya.
"Nell pergi dengan aman dalam tidurnya, Hazrul. Dia dah dapat apa yang dia nak. Semua harapan dan
impiannya tertunai sudah sebelum dia menutup mata", Liana bersuara.
"Yan tahu semuanya?" tanya Hazrul menahan sebak.
"Dari awal sehingga akhir hayatnya, Hazrul. Cuma, penyakitnya saja Yan baru tahu iaitu kira-kira tiga
bulan yang lepas. Dia cukup gembira malam tu walaupun dia sedih sebab terpaksa berbohong dan
melukakan perasaan dia sendiri dan perasaan Hazrul," cerita Liana.
"Mungkin kami tidak ditakdirkan untuk bersama di dunia ini. Di akhirat mungkin jodoh kami semakin
kuat," Hazrul bersuara lemah. Liana menatap wajah jejak itu lama.
"Apa maksud Hazrul?".
"Hazrul akan menyusul langkah Nell, Yan. Doktor baru sahkan Hazrul mengidap barah hati sebulan
yang lalu. Hazrul ingat nak jumpa arwah sebelum Hazrul pergi. Hazrul ingat Hazrul yang akan
tinggalkan dia dulu. Rupanya, arwah dulu pergi meninggalkan Hazrul. Hazrul terkilan, Yan," jelasnya.
"Bersabarlah, Hazrul. Insyaallah, Tuhan sentiasa bersama hambaNya yang sabar," Hazlan bersuara
setelah lama membisu menjadi saksi kepiluan di wajah Hazrul.
"Kami beransur dulu, Hazrul," Liana memohon diri. Hazrul hanya mengangguk lalu menghantar
langkah mereka dengan ekor matanya.
"Nell, seperti mana Nell membawa kasih sayang Nell sehingga ke akhir hayat Nell, Hazrul juga akan
buat perkara yang sama. Moga kita jumpa di sana kelak. Hazrul minta diri dulu. Insyaallah, esok Hazrul
datang lagi, sayang. Semoga Nell aman di sana."
Hazrul mengusap kayu menggantikan batu nesan yang masih belum bertanda lalu perlahan-lahan
bergerak meninggalkan pusara yang telah menyemadikan jasad orang yang paling dicintainya.
Permintaan terakhirmu tidak dapat kutunaikan kerana permintaan terakhirku agar aku terus
menyayangimu sehingga akhir hayatku. Puteri Nalia, akulah putera di hatimu kerana bagiku kaulah
puteri teristimewa dalam hidupku. Selamanya.
ni lagi satu int msukkan...
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...
Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. . ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /1999
Bila tiba aja kat hospital.... .
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti... .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil~
ok...int dh pOst kan kedua2 nya...btw...thnx ya...~~~~klo ade lgi...kite kOngsi lgi eh...
No comments:
Post a Comment