6.28.2011

AMLAH BINTI ABDULLAH - CHE AM




Akan merindui kalian. Entah bila akan berjumpa lagi.
Haya. Dayah. Isma. Che Am. Saadah. Leya. Nani. Kak Ayien.

Entri khas.
Tahniah sahabat di atas pertunangan. Bahasa pasarnya, opsss...anda sudah di 'COP!'..
Moga dipermudahkan segala urusan. Moga menggapai 'barakah'. Moga diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Hampir lengkap sudah. Bahagia rasa. Tahniah sahabat.
Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana 'beri rasa bahagia yg amat ini' pada sahabat hamba. Moga dipermudahkan ke jalan Mu ya Rabb.

No more 'gatal2', no more 'gedik2'. Kamu harus serius dalam hal ini. Bertolak ansur itu penting kawan. Jangan cepat melenting. Bahagia apabila melihat kamu bahagia.

Buat calon suami Amlah, jaga dia baik2. Kamu anak sulung. Dia anak bongsu. Harus nampak ada beza tingkah dan perangai. (ok, tak tipu, rasa nk nanges. belum kahwin lgi. baru tunang. adui.). Moga dipermudahkan jalan kamu berdua. Hamba doa yg terbaik untuk kamu berdua.


AMLAH BINTI ABDULLAH.



Hamba kenal dia dari tahun 1996. Darjah satu, Sekolah Agama. Bawa hingga ke sekolah menengah. Satu kelas juga. Masih boleh bawa cerita. Hingga ke Universiti juga. Nak tengok rapat lagi ke tak? Hamba satu bilik (roomate) dengan Amlah. Dari semester pertama, hingga semester enam. Tiga tahun pengajian di Universiti juga bersama dia. Hujung minggu juga bersama dia. Pulang ke kampung juga bersama dia.

Di hari pertunangan dia, hamba tak rasa sedih. Rasa gembira yang amat. Teruja sangat2 untuk lihat calon pilihan. Nah, tapi di saat entri ini di 'taip', hamba rasa sebak. Sahabat hamba mahu melangkah ke alam bahtera rumahtangga. Baitul muslim. Hamba rasa gembira. Tapi hamba juga rasa berat. Moga kamu berdua kuat untuk tempuh alam itu nanti. Moga kamu berdua persiapkan diri.

Nota mata palsu:
1) Kuat2 saja ya!

2) Fazli, hamba kenalkan Amlah. Amlah orangnya manja, gedik, gatal, sweet. Opsss..Tapi sangat serius apabila berbicara hal penting. Mudah ikut rentak bicara. Kamu bawa serius, dia akan jadi serius. Kamu bawa lawak, dia akan jadi lawak. Kamu bawa isu nakal, dia akan jadi nakal. Mudah saja dengan beliau. Asal tahu rentak beliau, maka mudahlah :)
3) Cepat2 nikah, kahwin!...Sekejap rasa tak sabar, sekejap rasa nantilah. Wei, aku tak terkejar wei~...hehe :)

4) Che am, ko di antara yang mengungguli carta :)..Hebat!

5) Eh, kawan2 amlah yang datang, hamba rindu kalian!

6) Ok lah, moga dipermudahkan Dia. Ameen ya Rabb