9.30.2009

CERPEN: YANG LEBIH MENYAYANGI...

hmmm...lme dh x pOst entri kt cni....nk2 psal cerpen...hmm...k, nk letak satu crita lgi...tpi jgn anggp ia ade kaitan ngn cheQ...ap yg terjadi ats cheQ, cheq redha....crita ni d pOst kan cOz cheQ terbaca crita ni....hmmm....

Awan mendung berarak menutup sinar matahari pagi itu. Hujan renyai-renyai membasahi sedikit demi sedikit tubuh ini. Namun jasad ini masih tetap berada disisi pusara. Hari ini, tanggal 04 Ogos 2009, genaplah 365 hari dia pergi meninggalkanku.
Hujan semakin lebat. Aku masih setia membersihkan kawasan pusara itu. Pusara milik insan yang aku amat cintai. Pusara ini jugalah yang menjadi tempatku berkunjung pada setiap hujung minggu. Tiada lagi taman tasik tempatku beriadah seperti yang berlaku setahun yang lalu.
" Sudahlah, Maya. Jom kita balik. Hari makin gelap…." Julia sentiasa menjadi temanku. Setelah arwah pergi meninggalkan kami, dia tempatku mengadu.

Perkarangan rumah menjadi sunyi sepi tatkala mereka melihat kepulangan aku ke rumah. Mahu tersenyum pun aku tidak mampu lagi. Aku bukan lagi Maya yang dulu. Namun aku gagahkan jua untuk meneruskan hidup walaupun perit hari-hari yang aku lalui tanpa insan tersayang.
Julia memimpinku ke buaian dihalaman rumah. Rumah kampung yang mendamaikan ini menjadikan aku tenang. Aku mengayun perlahan. Julia membantu nenek di dapur. Atuk pula sibuk dengan tanamannya. Inilah rutin harianku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain bermenung.

**************************************************

Muhammad Amirul Daniel melangkah masuh ke ruangan pejabat. Semua mata memandang ke arah lelaki tinggi lampai itu. Aku akui, Encik Amirul mempunyai ciri-ciri lelaki idamanku. Namun aku tidak pernah meletakkan harapan untuk dekat dengannya. Memandangkan sikapnya yang angkuh itu, aku menjadi semakin benci dengannya walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Julia adalah peminat nombor satunya. Setiap hari ada sahaja cerita tentang Encik Amirul yang keluar dari mulutnya. Sebagai anak CEO ditempat kami bekerja, Encik Amirul tidak mahu menurunkan walau sedikitpun egonya itu. Namun ramai gadis di syarikat tempatku bekerja ini tidak memandang semua itu. Mungkin bagi mereka, rupa paras lebih bermakna dari budi bahasa.
" Saya nak awak hantar ke meja saya sebelum pukul 2.00 tengah hari." Encik Amirul memang terkenal dengan sikapnya yang panas baran. Pantang salah sikit, haru biru satu pejabat dibuatnya. Nasibku begitu pada hari tersebut. Sudahlah lambat bangun, tayar kereta pancit pula, ini semua akan menguntungkan Encik Amirul. Bagiku, dia hanya mahu mencari salahku sahaja.
" Awak ingat pejabat ni bapak awak yang punya? Saya anak tuan punya syarikat pun tak lambat macam awak." Tengking Encik Amirul.
" Saya minta maaf, Encik Amirul." Aku hanya mampu memohon maaf.
" Awak ingat maaf awak tu boleh balikkan masa yang awak bazirkan tadi?" Marahnya semakin membuak. Aku semakin malu apabila semua staff memandang ke arahku. Suara Encik Amirul masih boleh menembusi pintu kaca diruangannya.
" Encik Amirul, ada seorang gadis menunggu encik di depan." Julia menyelamatkanku. Wajahnya kembali ceria.
" Awak bernasib baik. Sudah! Saya tak mahu awak terlambat lagi." Halaunya.

Selama setahun aku bekerja di syarikat tersebut, namun aku masih belum mengenali siapa sebenarnya Muhammad Amirul Daniel. Sikapnya sering kali berubah-rubah. Jarang aku lihat dia tersenyum. Majikanku itu sentiasa serius dengan hidupnya. Walaupun apabila bersama Dato’ Hamid iaitu ayah kandungnya sendiri. Sikapnya jauh berbeza dengan sikap Dato’ Hamid. Dato’ Hamid merupakan seorang yang prihatin, mesra dan jarang benar untuk melenting.

Hari demi hari, aku sering menjadi pelepas kemarahan Encik Amirul. Pada mulanya aku menganggap itu perkara biasa bagi seorang yang bertanggungjawab besar. Namun Encik Amirul bersikap pilih kasih. Apabila berhadapan denganku, sikapnya mula berubah. Aku juga tidak memahami sikap lelaki ini.
" Awak ni harap muka saja cantik tapi tak pandai buat kerja! Lebih baik awak berhenti kerja dan tunggu orang pinang awak. Tak payah nak menyusahkan mak bapak awak lagi!" Fail yang aku serahkan sebentar tadi dilemparkannya ke dalam tong sampah. Aku bertambah kesal dengan sikapnya apabila menyebut tentang ibu bapaku yang telah lama meninggal dunia. Julia dan Azman yang berada di tempat kejadian turut tergamam. Aku terus meluru keluar bersama air mata.
" Encik Amirul, bersyukurlah kerana masih dikurniakan ibu bapa tapi jangan menghina anak yatim piatu." Azman juga berang dengan sikap pengurus kami itu. Hanya Julia yang setia didalam bilik mesyuarat itu.

Aku mengemas segala keperluanku. Aku nekad untuk berhenti kerja dari terus dihina seperti anjing kurap ditepi jalan. Azman menghampiriku. Namun sengaja aku tidak mempedulikan kehadirannya itu.
" Jangan pergi, Maya. Kau masih diperlukan disini." Azman memujukku. Namun hatiku lebih keras berbanding batu untuk termakan rayuannya itu. Semakin aku rancak berkemas, semakin Azman emujukku, semakin ramai juga kakitangan pejabat menghampiriku. Mereka juga bersimpati dengan nasibku yang selalu menjadi mangsa pelepas kemarahan Encik Amirul.

Aku terus mengangkat kotak-kotak berisi barang milikku untuk dimasukkan ke dalam kereta. Dari jauh aku melihat Dato’ Hamid untuk mengejarku.
" Maya, saya tak benarkan awak letak jawatan. Saya perlukan awak sebagai setiausaha Amirul." Dato’ Hamid menghalangku.
" Dato, saya sudah setia hampir setahun dengan sikap Encik Amirul tetapi kali ini saya tak boleh usahakannya lagi." Pintu lif terus tertutup. Bangunan 7 tingkat itu hanya akan tinggal kenangan pahit aku selama bekerja dibawah Amirul Daniel.

Aku terus melangkah ke ruang parkir kereta. Namun dari jauh aku dapat melihat seorang lelaki berdiri disebelahnya. Lelaki tersebut kelihatan kusut masai dengan pakaian yang berpeluh.
" Maya…. Tolong jangan pergi." Azman masih belum berputus asa menghalangku.
" Dah lah, Man. Saya dah tekad…."
" Saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada untuk menyokong awak. Balik dari kerja nanti, saya akan datang ke rumah nenek. Saya akan tolong awak cari kerja baru." Azman memberiku harapan.

Aku menekan pedal minyak dan terus ke pintu utama. Tiba-tiba aku dihalang oleh seorang lelaki yang mengejarku dari tadi.
" Encik Amirul!" Aku terkejut. Encik Amirul membahayakan nyawanya untuk menghalang perjalananku. Segera aku keluar dari kereta.
" Maya…. Saya cintakan awak!" Aku tergamam. Encik Amirul meluahkan isi hatinya di depan semua staff. Pak cik pengawal yang berada di situ juga tertawa melihat gelagat Encik Amirul itu. Tapi aku masih tidak berganjak dari kereta.
" …. Saya sayangkan awak. Tapi saya tak tahu bagaimana untuk memberitahu awak. Maafkan saya…. Saya tahu awak tak akan menerima saya setelah apa yang saya lakukan terhadap awak selama ini. Tapi kalau awak nak pergi juga, saya nak awak tahu yang saya terlalu cintakan awak…." Sambungnya lagi. Namun jauh disudut hatiku ini, aku juga menyimpan perasaan yang sama terhadap lelaki bongkak itu. Encik Amirul menundukkan wajahnya. Aku juga masih malu dengan kenyataan yang keluar dari mulutnya itu. Seluruh kakitangan yang berada disitu tersenyum melihat kami. Dato’ Hamid menghampiriku sambil berbisik.
" Anak saya tu tak pandai jaga hati wanita. Tapi dia benar-benar sayangkan awak. Itu jaminan saya pada awak. Dia tak akan sia-siakan awak…."

***********************************************

Mengharungi kehidupan baru sebagai insan yang disayangi banyak mengubah hidup kami. Amirul juga semakin matang dan berhati-hati dalam tindakannya. Namun aku sentiasa bersedia untuk membimbingnya menjadi pengurus yang lebih baik. Alhamdulillah…. Ramai yang menyedari perubahan sikapnya itu. Makan tengah hari bersama menjadikan hubungan kami semakin erat. Tambahan pula apabila bekerja dibawah satu bumbung.

0 Sepanjang 3 tahun melayari hubungan percintaan ini, kami belum pernah lagi berselisih faham. Setiap perkara yang berlaku, kami akan bawa berbincang. Aku bersyukur mempunyai Amirul Daniel sebagai kekasih kerana dia pandai membawa diri walau dimana sahaja dia berada. Sifat cemburu tidak pernah wujud dalam hubungan kami.
" Maya, saya nak awak tahu bahawa awak adalah perempuan pertama yang berjaya mencuit hati saya. Saya bukan memilih awak dari paras rupa tapi dari kali pertama saya lihat awak, saya sudah jatuh cinta." Amirul sering mengingatkan aku tentang perkara tersebut. Aku yakin dan berpegang dengan jaminan yang diberikan Dato’ Hamid 3 tahun dahulu.
" Saya mahu jadikan awak sebagai yang halal dalam hidup saya…." Setelah lama Amirul mendiamkan diri, kata-katanya itu cukup membuat aku terkesima.

Setiap hujung minggu kami menghabiskan masa dengan membeli persediaan untuk menempuhi alam perkahwinan. Keputusan untuk hidup bersama itu dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga. Atuk dan nenek juga selalu tersenyum apabila melihat cucu tunggalnya ini akan menamatkan zaman bujangnya.
" Mirul janji dengan nenek. Mirul tak akan buat Maya menangis walaupun sekali. Mirul nak nenek doakan supaya jodoh kami bukan setakat anak cucu tapi sehingga akhir hayat. Kalau boleh Mirul nak pergi dulu sebelum Maya sebab Mirul tak dapat bayangkan hidup Mirul bila Maya tinggalkan Mirul nanti." Kata-kata Mirul membuat hatiku luluh.
" Kenapa awak cakap macam tu? Kenapa awak nak tinggalkan saya?"
" Saya tak akan tinggalkan awak cuma saya tak sanggup melihat awak pergi dulu sebelum saya." Amirul mengesat air matanya.
" Dah lah, Mirul…. Nenek sentiasa doakan cucu-cucu nenek ni bahagia, dikurniakan anak yang comel dan hidup aman sentosa."

**********************************************

Satu khidmat pesanan ringkas aku terima pada tepat jam 12.01 pagi pada 19 September 2008. Tarikh tersebut merupakan tarikh yang bakal mencipta sejarah dan menjadi kemuncak hubungan kami.
" Tepat jam 10.00 pagi nanti, Maya Isandra akan menjadi milik Muhammad Amirul Daniel. Mirul terlalu gembira sebab impian Mirul selama ni bakal menjadi kenyataan. Maya, andai kata ada sesuatu yang terjadi pada Mirul nanti, Mirul nak Maya cari pengganti Mirul supaya Maya dapat melupakan Mirul dan akan selalu gembira seperti sekarang." Hatiku berbunga-bunga bercampur pedih apabila kata-katanya itu seperti menyimpan makna yang begitu mendalam. Namun dalam kebimbangan itu, aku tetap membalasnya dengan harapan yang menggunung.
" Terima kasih kerana sanggup menerima Maya seadanya. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Mirul dalam hati ini."

Nenek masuk ke bilik pengantin dengan wajah yang berseri. Aku menyambut nenek dengan senyuman yang paling manis.
" Cucu nenek akan jadi isteri orang tak lama lagi. Lepaslah segala tanggungjawab nenek dan cucu nenek ni pun akan berpindah ikut suami ke rumah besar. Tinggallah nenek dan atuk dalam rumah buruk ni." Air mataku jatuh mengalir mendengar kata-kata nenek itu. Nenek mengucup mesra dahiku sebelum cincin disarungkan ke jari manisku ini.

Jam menunjukkan tepat pukul 9.50 pagi. Tok imam dan orang ramai juga sudah memenuhi masjid. Hanya tinggal 10 minit lagi. Hatiku berdebar-debar menunggu Amirul. Julia masih setia menjadi pengapitku. Dialah kawan yang sanggup mengorbankan impiannya untuk melihat aku gembira. Semua orang tahu Julia sering menarik perhatian Amirul dipejabat namun Amirul hanya setia kepadaku seorang.
" Hari ini segala-galanya akan berubah. Aku yakin Amirul tak akan buat kau menangis." Julia membisikkan kata-kata tersebut untuk menenangkanku. Namun jantung ini tetap berdegup laju. 10 minit telah berlalu. Namun bayang Amirul dan keluarganya masih belum kelihatan lagi.
" Kak Maya…. Kak Maya…. Abang Mirul!" Seorang pemuda dari kampungku masuk ke kawasan masjid dengan kelam kabut. Aku semakin tidak keruan. Julia menghampiri pemuda tersebut. Tanganku erat menggenggam jari nenek.
" Maya…. Mirul kemalangan!" Julia memberitahuku dan bersaksikan orang kampung yang berada di situ. Duniaku menjadi gelap gelita. Hanya Tuhan yang tahu betapa pedihnya aku menerima berita itu. Orang kampung mula berbisik sesama sendiri. Nenek memelukku erat. Aku memandang wajah nenek dengan linangan air mata. " Nenek…."
" Mirul dah tak ada, Maya. Dia meninggal ditempat kejadian. Azman juga cedera parah. Hanya kotak dan surat ni yang polis jumpa pada tangan Mirul." Aku mengambil kotak tersebut dengan tangan yang longlai.

" Maya….
Pada hari ni Mirul rasa terlalu bahagia. Kalau boleh Mirul tak nak hari ni berlalu macam tu je. Mirul sayangkan Maya lebih dari segalanya. Dalam kotak ni ada rantai yang Maya idamkan dulu. Mirul kumpul duit untuk berikan pada Maya pada hari bersejarah kita. Mirul nak Maya jaga seperti Maya sayangkan Mirul. Maya, Mirul akan sayangkan Maya hingga saat nafas terakhir Mirul."

***********************************************

Kini tiada lagi Amirul Daniel dalam hidupku. Duniaku juga tidak secerah dan seceria dulu. Tiada lagi insan yang selalu menengkingku. Tiada lagi insan yang memberi kata-kata perangsang kepadaku. Tiada lagi Amirul Daniel….

" Maya, buka mulut tu. Nenek suapkan nasi…." Nenek mengesat air mataku. Sepatutnya aku menjaganya ketika usia senjanya ini tetapi sebaliknya yang berlaku. Aku tidak sekuat dulu. Julia memerhatikan kami dari jauh.
" Nek, biar Julia suapkan Maya." Julia mengambil pinggan ditangan nenek.
" …. Maya, dah setahun Mirul pergi. Tak kan kau nak bersedih lagi? Kau pun dah tak terurus macam dulu. Tak secantik Maya Isandra kepada Amirul Daniel, tak seceria Maya Isandra kepada nenek dan atuk. Maya, jangan macam ni. Yang lepas biarlah lepas. Aku carikan kau pengganti ya?" Aku yang dari tadi hanya mendengar tanpa membantah, akhirnya bangkit dengan kata-kata.
" Tak ada siapa pun yang dapat ganti tempat Amirul dalam hati aku." Inilah maksud khidmat pesanan ringkas yang aku terima awal pagi dihari pernikahan kami dulu. Mesej itu juga masihku simpan dalam simpananku.
" Tepat jam 10.00 pagi nanti, Maya Isandra akan menjadi milik Muhammad Amirul Daniel. Mirul terlalu gembira sebab impian Mirul selama ni bakal menjadi kenyataan. Maya, andai kata ada sesuatu yang terjadi pada Mirul nanti, Mirul nak Maya cari pengganti Mirul supaya Maya dapat melupakan Mirul dan akan selalu gembira seperti sekarang." Tidak! Aku tak akan dapat melupakan dirinya.

Hanya kenangan kami bersama menjadi temanku kini. Segalanya dilakukan oleh nenek. Aku masih tidak dapat menerima hakikat ini. Biarlah apa orang mahu katakan. Aku mayat hidup yang hanya menyusahkan nenek! Aku hanya perlukan masa untuk menerima kenyataan yang pahit itu. Kepada nenek, terima kasih kerana sudi menjaga Maya seperti anak kecil. Kepada Julia, terima kasih kerana membantu nenek selama ‘pemergianku’ ke alam kenangan. Biarlah masa yang menentukan segalanya. " Amirul Daniel, awak akan sentiasa ‘hidup’ dalam hati Maya hingga matinya hati ini untuk meneruskan kehidupan."


~~~tidak wajar deh begini....hmmm....

No comments: